MawarKarim Akhlrnya Jawab Sebab Sbenar Dla K0ngsi Gmbar Anak Kes0rangan

Bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim mend.akwa anak perempuanya Wan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru-baru ini.

Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya keseorangan ketika berada di Legoland.

Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam bersandar di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa t.akut.

Bukan itu sahaja, Mawar turut menyatakan bahawa anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka.

Mawar turut meletakkan tanda pagar indah khabar dari rupa di posting berkenaan. Menerusi kapsyen dan tanda pagar tersebut, rata-rata netizen mend.akwa Mawar merasakan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti bersama Fizo dan isterinya, Fazeera.

Di samping itu, kapsyen Mawar seolah-olah memberi gambaran bahawa dia dan Maryam tidak boleh hidup berasingan walau apa jua keadaan.

Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen media sosial vs kehidupan realiti.

Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Reaksi Terbaru Dari Mawar Karim

Kredit : OB/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.