Bertegas ianya bukan lakonan. DSV dedah terkena buatan orang sampai minta Ustaz tolong jelaskan.

Ibu kepada pelakon dan penyanyi Cik B itu menegaskan bahawa ia bukan lakonan. Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) akui telah terkena buatan sh1r daripada pihak yang tidak bertanggungjawab berikutan dirinya berada dalam keadaan sihat serta tidak bermaya sejak beberapa hari lalu.

Jalani Rawatan Secara Islam 

Perkara itu didedahkan sendiri oleh DSV menerusi laman Instagram nya pada malam Khamis selepas mendapatkan khidmat seorang ustaz dalam menjalani rawatan secara Islam. Terdahulu, pada Rabu DSV mendedahkan dirinya berasa ‘panas’ dan pitam pada malam sebelumnya.

Nafi Hanya Lakonan 

Dalam video secara langsung itu, kelihatan DSV memegang telur dan meletakkan beberapa kali pada wajahnya dipercayai sebagai medium perubatan. Malah pada telur itu juga tertulis sesuatu dipercayai beberapa ayat suci Al-Quran. Bagaimanapun, ibu kepada pelakon dan penyanyi Cik B itu menegaskan bahawa ia bukan lakonan selain meminta ustaz yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut.

“Ustaz bagi penerangan sedikit dan cakap kepada mereka ustaz daripada mereka ftn4h saya. Tak ada nak drama-drama lah benda ini bukan nak berdrama. Daripada nak pergi berlakon dengan Michael Ang bukan mudah nak bayar saya. Dan bukannya masalah stress” ujar DSV.

Video : Klik link

Jelas DSV lagi, dia masih tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai apa yang terjadi kerana masih dalam rawatan. Terdahulu, nama DSV menjadi sebutan ramai di media sosial selepas mendedahkan ingin mendirikan rumahtangga dengan bekas pembantu peribadinya. Namun, perkara tersebut seperti mendapat tentangan Cik B dan ‘status’ untuk meneruskan perkahwinan mereka ketika ini juga masih samar. Sumber : Murai.my

Dah tawar hati dengan Ds Vida. Terkejut sekali tiba tiba pihak Dato Vida tawarkan kereta Bently.

Kemelut yang melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli masih belum menemui jalan penyelesaian.

Pernah baling selipar

Terbaru, Vida, 49, menerusi Instagram (IG) miliknya mengakui pernah melakukan kekerasan sewaktu Iqbal bekerja dalam syarikat miliknya. Kata pemilik nama Hasmiza Othman, dia pernah membaling selipar pada usahawan berumur 27 tahun itu sekaligus menafikan dia seorang wanita yang lembut.

Iqbal ikhlas menerima saya seadanya.. terima anak saya, Cik B dan Kacak. Dia telan semua perangai saya. Saya bukan orang yang lembut tapi dia terima saya. Kalau tak kena (ada isu) saya marah. Saya baling selipar. Tapi di saat dia dihina.. mana saya? Saya tak hilang tapi saya banyak berdoa.

Warganet dah muak


Perkongsian video itu telah dipenuhi dengan komen-komen warganet yang sudah ‘naik menyampah’ dengan drama yang tiada penghujung. Ada juga segelintir yang menganggap pelantun lagu I Am Me telah mempermainkan hati dan perasaan bekas pembantunya itu. Namun, masih ada dalam kalangan warganet yang mendoakan agar urusan perkahwinan Vida dan Iqbal dipermudahkan Allah.

“Jika Janda Beli Basikal Pun, Sy Sanggup Kahwin..” – Iqbal Tolak Tawaran Hadiah Kereta Bently Bernilai RM3 Juta.

Terbaru, menerusi halaman ‘story’ Iqbal, beliau ada berkongsi dengan orang ramai mengenai satu gambar kereta Bently yang berharga lingkungan RM3juta. Ternyata pendirian Iqbal kali ini berbeza, beliau sanggup untuk terima hadiah basikal dan juga menegaskan yang dirinya tidak boleh dijual beli.

Terdahulu, hubungan Vida dan Iqbal menjadi perhatian ramai apabila dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini. Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui. Sumber: Instagram @datoserivida

Iqbal nampak diperlekehkan. Terkejut sekali ini yang warganet buat pada laman ig Ds Vida.

Drama percintaan Dato Seri Vida dan dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli nampaknya belum lagi berakhir. Setiap hari ada saja luahan serta pergolakkan yang berlaku sehingga ramai yang mulai muak melihatnya.

Iqbal dah kecewa

Iqbal juga dilihat telah meluahkan perasaan kecewa dengan keadaan ini dan merasakan DSV tidak bersungguh-sungguh dalam percintaan mereka. Namun, sejak semalam, DSV dilihat kembali ‘memujuk’ Iqbal dengan mengatakan sedia menjadi isteri dan anak-anaknya iaitu Cik B Kacak telah bersetuju untuk menerima pemuda itu dengan bersyarat.

Kena ‘sound’ dengan peminat

Disebabkan terlalu meleret-leret drama percintaan mereka, posting terbaru DSV di Instagramnya telah mendapat kritikan daripada peminat sendiri berikutan merasakan tindakan usahawan kosmetik itu agak keterlaluan terutamanya kepada Iqbal.

Nampak macam Iqbal diperlekehkan

Terdahulu, Iqbal ada meluahkan rasa sepanjang ‘berjuang’ untuk memastikan perancangan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar termasuk menghadapi pelbagai ftnah yang dikatakan mahu mengikis harta usahawan itu.

Namun sejak kebelakangan ini, dia seakan ingin mengundur diri selepas mendapat tentangan daripada anak-anak DSV yang mengeluarkan kenyataan di media seakan tidak menerima kehadirannya sebagai bapa tiri apabila berkahwin dengan ibu mereka nanti. Sumber: Instagram DSV

Hilang sabar sebab terlalu ramai yang cakap Iqbal nak kikis harta Ds Vida. Terkeujut bila tiba tiba Iqbal campak duit depan wartawan.

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli bengang apabila sering dilabel sengaja ‘menghimpit Datuk Seri Vida dengan isu perkahwinan demi menumpang kekayaan jutawan berstatus ibu tunggal berkenaan. Menerusi pertemuan dengan mStar, Iqbal, akhirnya terpaksa ‘flex’ atau menunjukkan kekayaan bagi membuktikan yang dia juga berkemampuan.

“Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu. “Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu? “Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!” katanya kepada mStar. Sumber : mStar

Akhirnya Iqbal lega bila Cik B dah restu pasal perkahwinan. Terkejut ada pula syarat yang tak masuk akal Cik B tetapkan.

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbl Zulkefli masih menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial. Terbaru, anak lelaki Vida, Kacak tampil memohon maaf secara peribadi dengan Iqbal atas gurauan yang dibuat menerusi aplikasi TikTok serta kenyataan yang telah dikeluarkan.

Saya tahu dah sakltkan hati

Menerusi Instagram Stories, Iqbal mendedahkan tangkapan skrin perbualan di WhatsApp bersama Kacak.Kacak, 14, atau nama Muhammad Eric Zecquan mengakui kesal dengan kesilapannya dan berharap agar Iqbal memaafkan dirinya yang telah terlanjur berkata.

Tidak terhenti di situ, Iqbal meminta penjelasan daripada Kacak sebab dia diperlakukan sebegitu.

Cik B dah restu

Sekarang beliau merayu untuk saya kembali, namun saya rasa terlalu kecewa setelah terlalu banyak perkara di putar belit sehinggakan menjatuhkan maruah saya. Berkali-kali. Katanya Cik B sudah setuju kami berkahwin, namun ada satu syarat.

Syaratnya adalah saya perlu belikan Mercedes yang bernilai RMljuta lebih. Saya berasa kecewa kerana terlalu merumitkan perkahwinan. Jika serius, percepatkan pernikahan bukan ciptakan drama terlalu banyak sehingga masyarakat berasa dipermainkan. Selepas berkahwin, jauh lebih besar saya boleh bantu.

Menerusi hantaran yang berbeza, Iqbal turut mendedahkan Cik B sudah memberi ‘green light’ untuk perkahwinannya dengan Vida yang dijangka Disember ini. Namun kata Iqbal, Cik B ada meletakkan syarat iaitu menginginkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang bernilai lebih RM1 juta. Dalam pada itu, usahawan berusia 27 tahun ini memohon agar orang ramai memberi sokongan serta mendoakan untuk kebahagiaanya. Sumber : Ohbulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *