Tular kesesakan di pusat rekreasi bila negeri bertukar ke fasa 2. Sekali Polis tak teragak agak untuk ambil keputusan ini.

Susulan kelonggaran merentas daerah diben4rkan di Lembah Klang, nampaknya orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi selepas lama berkvrvng di rumah.

Memetik l4poran Berita Harian, p1hak p0lis tidak ter4gak-4gak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditvtvp jika terlalu ses4k dengan keh4diran orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (S0P) terutama penj4rakan f1zikal.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, ketika ini, pihaknya akan membuat pemantauan pematuhan S0P dari semasa ke semasa terutama di Lembah Klang yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Jumaat lalu.

“Polis menyedari keghairahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama membabitkan warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya. Justeru, polis membuat pem4ntauan dan heb4han dengan memberi nasihat supaya mereka mematuhi S0P seperti penjarakan fizikal. Bagaimanapun, jika keadaan tidak dapat dikawal ak1bat keses4kan dan pengunjung terlalu ramai, polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan supaya pusat rekreasi ditutup,” katanya.

Ditanya tindakan kompaun kepada pengunjung, Mastor berkata, ia pilihan terakhir jika mereka menghiraukan nasihat polis supaya mematuhi S0P. “Kita mengambil pendekatan berhemah dahulu dengan memberi nasihat. Kalau mereka masih berdegil, pilihan terakhir ialah dengan memberi kompaun,” ujarnyanya.

Tutup lokasi tumpuan jika terlalu sesak, tidak patuh SOP

Polis Pulau Pinang mengingatkan orang ramai kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan negeri ini masih berada dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia susulan tinjauan polis pada hujung minggu lalu di beberapa kawasan tumpuan dilihat sedikit sesak dengan kehadiran pengunjung. Beliau berkata, sekiranya berlaku perlanggaran SOP, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup premis atau kawasan terbabit.

“Kita akan terus menjalankan pemantauan di lokasi tumpuan dan menasihati orang ramai bagi mematuhi SOP manakala tanggungjawab pengunjung ialah membatalkan niat bagi menjalankan aktiviti itu, jika terlalu sesak. Jika mereka masih lagi berdegil atau berada dalam kapasiti ramai, kita akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya tutup premis atau kawasan itu jika perlu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tinjauan polis di lokasi tumpuan, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi sedikit sesak seperti di pesisir pantai Batu Feringghi dan taman rekreasi Empangan Mengkuang. Katanya, pergerakan orang ramai di negeri ini sejak 7 Julai lalu agak memuaskan, namun menunjukkan peningkatan drastik pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Kes positif Cvid-19 di negeri ini masih mencatatkan empat digit dan walaupun banyak sektor yang sudah dibuka, kita masih perlu patuhi SOP,” katanya. Sumber: Metr0

Bengang bila tengok ramai yang berkelah dekat sungai. Sekali ini respon Fynn Jamal buat ramai yang terdiam.

Baru-baru ini viral satu rakaman video menunjukkan satu rakaman orang ramai berkerumun di sebuah tempat air terjun. Video itu tular dan mendapat perhatian warganet di media sosial, ramai yang kurang senang melihatnya kerana dilihat ia seperti tidak patuh SOP termasuklah Fynn Jamal.

Menurut Gempak, Fynn Jamal mengatakan bahawa individu harus pertimbangkan secara common sense mengenai hal ini. Aku malas nak cakap pasal SOP, malas cakap benda-benda yang boleh difikir secara common sense.”

Pesannya lagi, jika ingin melakukan aktiviti lakukanlah di tempat-tempat sulit. Akui harga agak sedikit mahal, ia sekurang-kurangnya boleh bantu dalam selamat nyawa. “Aku tahu this would sound agak kejam, tapi kalau betul nak beraktiviti, buat kat tempat private Bayar mahal sikit, tapi baik mahal sekarang dari dibayar dengan nyawa.”

Tambah Fynn lagi, seandainya masih belum ada kemampuan untuk berbelanja secara private, minta tahan sikit kerana Covid-19 kini semakin mengganas. Viral Video Orang Berkumpul Air Terjun 2
“Kalau rasa belum mampu, takpe. Sabar dulu ye.

Nampak tak adil. Yang ada duit lebih boleh beraktiviti, yang tidak terpaksa bosan di rumah. Aku tau, aku faham tapi memang takde jawapan lain. Bahaya. Sungguh-sungguh bahaya. Tak berbaloi ni semua.” Katanya lagi, lengkap 2 dos vaksinasi itu tidak bermakna diri sudah kebal.

“Just nak mention kadar pemergian kanak-kanak berganda tahun ini, jangkitan pada kanak-kanak apatah lagi. Aku juga bawa anak-anak aku keluar, tapi lokasi yang kami pergi benar-benar kita pastikan berjarak, berSOP, bersanitasi.”

Keluarganya sendiri sanggup berulang-alik mencari kawasan pantai yang tidak ramai orang untuk mengambil angin. “We dont even bring them to malls walau Nilai dah lama fasa 3. Masa kami ke hotel, aku kat kaunter, suami stand by dengan anak-anak dan terus ke bilik, tiada berlegar sana-sini.”

“Sama juga ketika kami picnic tepi pantai. We went to 4 beaches patah balik ulang-alik sampai dapat tempat yang takde orang.” Fynn juga mengatakan bahawa dia faham kanak-kanak tertekan duduk dirumah kerana dia sendiri rasai perkara itu.

“Anak aku kurang upaya yang kau explain cane pun dia nak apa yang dia nak. Ye, mengeti darab sejuta.” Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN Jumaat lepas.

Lembah Klang dah beralih kefasa 2 ppn. Terkejut rupanya hanya 2 sjr ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.

Ini perkara yang dibenarkan kepada individu lengkap dua dos vaksin di Lembah Klang. *Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP);

*Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri; * Ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;

* Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin; * Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;

* Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium; * Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan * Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.

Hanya 2 SJR di daerah Petaling ditutup, lain masih dikekalkan

Petaling Jaya: Dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini ditutup berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini susulan pengumuman kawasan Lembah Klang beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua SJR yang ditutup itu adalah Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram yang terletak di bawah laluan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Menurutnya, bagaimanapun lokasi SJR yang sedia ada akan terus dikekalkan iaitu Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang. “Polis Daerah Petaling Jaya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PPN Fasa 2.

“Orang ramai juga diingatkan tidak terlalu leka dengan beberapa pengumuman kelonggaran yang diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, kerjasama erat daripada semua lapisan masyarakat amat diharapkan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Lepas je Ismail Sabri umum boleh rentas daerah antara Kl Putrajaya dan Selangor. Terkejut bila warganet mula luahkan ini di laman fb Ismail Sabri.

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan itu akan menikmati kelonggaran sama dengan negeri-negeri yang sudah memasuki Fasa 2 sebelum ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan kepada individu sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain kebenaran merentas daerah ialah pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Komen warganet:

Rata rata komen warganet di laman Facebook Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kerana memberi kelonggaran tersebut untuk Lembah Klang. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana kes masih terlalu tinggi dan tanpa kelonggaran ini pun kelihatan rakyat mula membanjiri ibukota.

Ada juga komen yang mengatakan tidak sepatutnya diberi kerana gusar ada yang tidak menjaga SOP kerana sudah bebas bergerak ke sana ke sini.“Macam mana dengan Penang? Kes capai 2000++ hari ni. Tiada plan tindakan dikemukakan. Penang cuma negeri kecil. Without a proper plan, it could be a catastrophe”

“Dato tlong la bg kelonggaran kepada suami yg ckup 2 dose teman isteri bersalin…kt kedai dh boleh mkn..xkn suami nk teman isteri bersalin kejap x boleh…mkn kt kedai bila2 masa boleh…teman isteri bersalin bkn slalu…sy hrap dato baca la komen sy…

“Assalam dato Ismail Sabri Yaakob nak tanya la. Kalau dh complete fully vaccine. Boleh tak bawa anak2 jalan2 masuk mall untuk dine in atau beli belah. Xlalu nak tinggal anak time cuti kat pengasuh. Pengasuh pun nk rehat juga . Dah tu anak² pun nk juga bersantai dgn parents diorg kat luar asyik memerap je kan. Boleh ke tidak??” Sumber : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *