Lepas Cik B. Kini Kacak pula luah dia bakal setuju dengan siapapun DSV nak kahwin tapi wajib ada satu syarat ini.

Anak lelaki kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Kacak menyatakan dia bersetuju jika ibunya mahu berkahwin baru. Namun menurut pemilik nama sebenar Muhammad Eric Zecquan, 14, berkata dengan nada bergurau, dia tidak akan bersetuju dengan mudah tentang siapa pilihan ibunya itu.

Menerusi platform TikTok, Kacak berkongsi video tersebut untuk tatapan umum. “Kacak, bapak baru Kacak. Dapat bapak baru best Kacak. Kacak bila mama kahwin Kacak. Apa perasaan Kacak dapat bapak baru Kacak. Bapak, bapak, bapak kau. “First of all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin im just gonna agree with it guys. But not gonna agree macam tu je la. “No, you have to give me some.. you know.. (duit). If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes money, yes talk. No money, no talk.Give me some (duit) and I will agree with everything, don’t worry. Saya bukan pisau cukur ke apa, but money works you know,” ujarnya secara bergurau dalam video tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi kacak yang bergurau tentang isu ibunya ingin berkahwin baru.“@Miss Eiyra:hahahahaha.. adoyy lawak..sabar kacak…”“@LizaWatiey(Liz): Bilo anok-anok lebih cerdik dari ore tua mikir”“@Haritzzzz95:HAHAHAHAHAHAH jujur sangat tu”

Video :

https://vt.tiktok.com/ZSJEuTqMy/

“@MakKauMampusKe??:Ni mesti risau bapak baru kikis harta mak. so Kacak ambik peluang keemasan ini supaya pisang tak berbuah 2 kali”“@SΛ:Sabar cakkkkkkk. Bawak mengucap. Tak cukup nafas tu HAHAHAHAHAHAHAHAHAH”“@BLUEPHONEIX戈:Nak tanya kalau dato vida kawin dengan iqbal, Adakah iqbal akan bergelar datin?”“@ꜱʏɪꜰᴀ ࿐ ࿔*:・゚:HAHAHAHAHAAH yea no money no talk”

Sekadar info, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat. Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu. Sumber : Gempak

DSV jalani ujian Ovarian Reserve. Sekali Iqbal dedah voice note tangisan gembira pada Iqbal.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi pula sepotong video dirinya menjalani ujian ovari4n reserve untuk menguji tahap kesuburannya akhir Ogos lalu. Kata Vida, menerusi ujian terbabit, dia bersyukur dirinya masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat.

“Bila ada kisah-kisah nak kahwin ni, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah… Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan boleh mel4hirkan zuriat. Maka saya buat ujian ovari4n reserve, ambil dr4h untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya. Kata doktor, tiada kolesterol pun dalam d4rah saya. Macam dr4h anak dara…,” ujarnya yang berkongsi sepotong video menjalani prosedur terbabit.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTUz-pDB90m/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ac231c88-c791-42da-bec4-5e14f4011727

Dalam perkembangan sama, bekas pembantu peribadi yang turut digosipkan bersamanya, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi sepotong video di Instagram Stories bukti perbualannya bersama Vida. Dalam video berkenaan, Vida mengirimkan voice note men4ngis kesyukuran difahamkan selepas menjalani ujian terbabit.

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat, beginilah beliau apabila dengan saya. Voice note pagi ini beliau hantar pada saya. Men4ngis gembira. Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau kerana ‘mengik1s harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” ujarnya. Sumber:Gempak

DSV bakal umumkan tarikh nikah. Sekali DSV akui dia memang ikhlas terima dan harap ini jodoh terbaik.

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin!

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Selepas beberapa hari desas desus pekara tersebut,akhirnya Dato Sri Vida bakal mengumumkan tarikh nikah beliau tidak lama lagi. Perkongsian tersebut telah dibuat melalui laman IG beliau pada semalam. Sumber : Instagram Dato Seri Vida@KLMENJERIT

Kini DSV akui bakal berkahwin. Tapi ada satu benda pula yang dia kena pastikan dulu sebelum buat keputusan.

Taikun kosmetik, Datuk Seri Vida memaklumkan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak mahu terhegeh-hegeh berkahwin andai tidak mampu melahirkan zuriat memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak. Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak. Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Vida bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli selepas rakan baik usahawan berkenaan, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak memuat naik video klip pendek perbualan yang mendedahkan perkara tersebut.

Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya. Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu I Am Me itu menafikan sambil tinggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: “Tak kot (tertawa).

Iqbal dalam satu kenyataan kepada portal hiburan memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian kesuburan dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya. Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree pergi buat selamanya dalam satu kebk4ran di rumah Vida di Ipoh pada 2013. Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun bercerai pada 7 April 2017. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *