Selalu kongsi foto ikut Ebit Lew. Sekali ada pula yang kata Zul Ariffin cuba menunjuk nunjuk dan ini responnya.

Sejak kebelakangan ini, pelakon Zul Ariffin sering mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL). Bagaimanapun, Zul Ariffin tampil memohon maaf sekiranya dia banyak memuat naik posting yang kaitan dengan agama di media sosial.

Tak ada niat untuk menunjuk

Menerusi akaun Twitter miliknya, aktor kacak ini menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi mengenai hal agama bukanlah untuk menunjuk atau mendapat pujian daripada warganet sebaliknya dia cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja.

Minta maaf tau kalau saya post kat Instagram atau Twitter pasal agama. Langsung tak ada niat nak menunjuk, raih pujian, nak perhatian, cuma share experince je.

Pemilik nama Zulkifli Ariffin juga meluahkan rasa teruja walaupun hanya mencedok nasi untuk golongan gelandangan ketika dia mengikuti misi mengagih makanan baru-baru ini bersama Ebit Lew. Perkara berkenaan membuat dirinya berasa gembira dan boleh tersenyum selama satu hari.

Walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya kat tempat tu. Cedok nasi pun boleh senyum satu hari tau.

Seronok ambil tahu mengenai hal agama

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut memaklumkan bahawa dia masih mencuba untuk menimba ilmu sebaik mungkin dan mula rasa seronok untuk mengambil tahu mengenai hal agama dengan lebih mendalam lagi.

Korang jangan pula ingat saya ni tiba-tiba nak jadi itu ini pulak ya. Saya cuma ‘trying’ sebaik mungkin untuk menimba ilmu, pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai. sweet korang ni.

Saya now tengah seronok nak ambil tahu lebih tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu ni bagi saya lebih teruk daripada kaya-raya sebab riak tu macam dalam poket kita je. Dia tak duduk jauh pun.

Di Twitter :

Sumber : zul_ariffin86

Jodoh rahsia tuhan. Lama menyepi Ruhainies mula bongkarkan sifat baik Zul Ariffin. Dalam diam rupanya ini perangai Zul Ariffin.

Dilihat mesra bersama selepas bergandingan menerusi drama Wifi Sebelah Rumah, ramai peminat mendoakan agar pelakon Ruhainies dan Zul Ariffin bertemu jodoh. Menurut Ruhainies, dia mengakui selesa berkawan dengan Zul namun hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja. Kata Ruhainies sikap Zul yang mudah mesara membuatkan mereka jadi rapat.

“Jodoh dengan Zul? Saya tak berani nak cakap soal itu. Tetapi setakat ini saya cukup selesa berkawan baik dengan dia. Seronok kawan dengan Zul.

“Saya memang suka menyakat dia di set penggambaran. Dia pun g.ila-g.ila juga. Kerja pun jadi senang bila dua-dua serasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies memuji Zul seorang lelaki yang baik serta berharap akan dapat bergandingan bersama lagi selepas ini.

Haihh dia ni kalau xkacau org x sah. susah betul nak cari gambar yang proper. Ada je dia buat muka pelik2. Kang kalau i post dia kata i selfish pulak pilih gmbr i je cantik. Tapi sapa suruh main2 kan! Grrr.. but yang paling penting, we had so much fun on set! Rindu the whole team! Oh, ya! Goodnews untuk korang yang dah lama menanti drama bersiri #wifisebelahrumah !! This drama is now available to watch on @disneyplushotstarmy , yay! Finally, Enjoy guys!

@zul_ariffin is gonna kll me for uploading this video. AHAHHA.  patut tak i block dia sebelum dia nampak? here’s some clips/BTS during on set for drama series #wifisebelahrumah. One of the best project for me. We had so much fun shting for this drama series i swear. It took us only 3weeks untuk habiskan semuanya 16eps!

@zul_ariffin is one of the best sparring partner. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. He’s actually funny + pemalu tbh. walaupun hobi dia suka kacau orang. And tak lupa jugak. @fadlanhazim, @keithfoo, @ridzuan__hashim, @nurinafiqaaah dan yang lain lain.

Im so grateful dapat bekerja dengan all these positive people around me the whole team pun best, our director abg @shuhaimizulkefli yang sangat sporting and fun to work with. To those yang belum tengok, korang boleh subscribe @disneyplushotstarmy dan boleh strim #wifisebelahrumah today. I promise you guys will enjoy this drama as much as i do. Especially during this MCO. Boleh la release stress sikit I love the storyline, the script, the editing, EVERYTHING! have fun!

“Walaupun penggambaran drama itu sudah tamat tapi hubungan kami masih baik. Lagipun kalau peminat suka gandingan kami, maksudnya berjayalah drama tersebut. “Zul pun seorang lelaki yang baik dan sopan. Saya tak kisah pun kalau orang nak cakap atau doakan itu ini, jodoh kan rahsia Tuhan?” katanya. Sumber: Rotikaya

Video ada yang pertikaikan jantina Ruhainies. Terkejut sekali ini yang warganet perasan.

Bergelar anak seni membuatkan pelakon kecil molek, Ruhainies yang kini semakin digemari ramai gara-gara watak Ellani. Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas yang mempunyai wajah cantik molek sering mendapat pujian dari para peminat beliau.

Terbaru dilaman instagram beliau terdapat video menarik perhatian warganet. Video yang berudasi beberapa saat tersebut telah membuatkan para peminat beliau bertanya mengenai jantina Ruhainies. Ada orang tanya i….. 

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CQOqPMyDBjO/

Sumber:Instagram Ruhainies

Ramai Yang Teruja Bila Ruhainies Kongsikan Video Pakai Baju Pengantin. Sampai Ada Yang Komen Macam Ni.

Pelakon Ruhainies seakan-akan memberi bayangan bakal menamatkan zaman solo selepas kakaknya yang juga aktres, Risteena Munim selamat bernikah pada Mac lalu. Menerusi laman Instagram, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik posting video reels memaparkan dirinya mengenakan busana serba putih berserta kapsyen ‘menghitung hari’.

Menerusi pemerhatian, video tersebut turut dikongsi oleh produksi video perkahwinan yang tidak asing lagi di negara ini iaitu CST Production di Instagram rasmi mereka.

‘Counting days’

Posting berkenaan menerima komen rakan artis dan peminatnya yang teruja sekiranya benar pelakon berusia 29 tahun itu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Rata-rata mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat Ruhainies melangsungkan perkahwinan apabila sebelum ini dikhabarkan bercinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mr E. Bagaimanapun, tiada pengesahan lanjut daripada Ruhainies mengenai perkara tersebut sama ada video pra-perkahwinan atau hanya gimik drama semata-mata. Sumber: Instagram Ruhainies

Tular masih ada yang degil sampai nak anjurkan majlis kahwin ketika PKP. Sekali ini tindakan polis.

Semalam kec0h di media sosial apabila polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Komp4un tersebut dikeluarkan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0. Pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar dalam kediaman berkenaan.

Difahamkan juga, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki tuan rumah itu tetapi tindakan itu tidak bertepatan dalam keadaan semasa. Perkara itu sekali gus mengundangan kem4rahan warganet kerana masih ada yang berani dan degil mengadakan majlis ketika orang ramai sedang menjalani ‘total l0ckdown’.

“Kau boleh sabar tak. nak buat majlis kahwin pun. Dah kenapa degil sangat”. Inilah masalah rakyat Malaysia memang degil dan suka ingkar PKP. Takkanlah tak tahu tak boleh buat majlis kahwin. Ingatkan time Cov1d jimat, rupanya tak…sebab kena k0mpaun,” tulis beberapa warganet.

Sekadar info, sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan. Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *