Dah tiada pilihan. Izreen Azminda terpaksa bersalin secara operasi.

Selepas dua kali melahirkan anak secara operasi ca3sarean, pelakon Izreen Azminda tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiganya menerusi kaedah yang sama. Menurut Izreen, 36, yang dijangka melahirkan anak ketiganya sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.

“Anak pertama dilahirkan secara operasi, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dioperasi. Oleh sebab itu, saya  juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara operasi juga,” kata Izreen.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Tanggang Ayu meluahkan kebimbangannya melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19. Jelasnya, disebabkan sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain daripada menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.

“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk. Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” ujar Izreen.

Meskipun berasa bimbang, kata Izreen hatinya sedikit lega apabila melihat pihak hospital mengenakan posedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.

“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin. Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum operasi dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital. Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” ujar Izreen.

Ditebak akan jantina anak ketiganya, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu. “Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” tutur Izreen.

Kehamilan ketiga tersebut merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Sumber – K! ONLINE

Berat Lebih 80kg dan susah nak tidur Izreen Azminda tunggu Hari Bersalin.

Pelakon Izreen Azminda mendedahkan dia kini mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam.Bakal melahirkan anaknya dalam masa terdekat, lebih mengejutkan Izreen memberitahu beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).

“Dah hujung-hujung (fasa terakhir hamil) ni memang semua mommies ada masalah tidur ke?“Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ni.. kalau tidur pun tidur-tidur ayam je.

“Pusing sana tak kena sini tak kena..Makan pun dah kurang.. eceh… padahal dah 80kg lebih ni,” katanya.Izreen berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik wajahnya yang mengenakan gincu merah.Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing.“Serius la 80kg?

Tak nampak pun macam berat tu,” tanya salah seorang warga maya.“Sama! nak nangis dan stress kalau nak tidur…semalam 2 jam je tidur,” komen salah seorang pengikutnya.

Izreen mendirikan rumah tangga bersama suami Ude Wahid secara rahsia pada 8 Ogos 2019. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim, 2.Terdahulu Izreen berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.

Janna Nick Dhntam Warganet Selepas Menanyakan Soalan Sensitif Kepada Intan Liyana

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikecam oleh warganet gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dicer4ikan oleh suaminya, Ude Wahid.

Soalan Janna Tidak Sensitif?

Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda

Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya  Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Suami sanggup hancurkan rumah gara gara isteri minta sesuatu ini selepas pulang dari Hong Kong. Rupanya ini yang buatkan si suami nekad.

Perpisahan pasangan dari Ponorogo, Indonesia ini mendapat perhatian ramai selepas viral si suami nekad mahu menghancurkan rumah kelamin mereka yang bernilai 400 juta Rupiah (RM115,140). Menurut Detik, si suami, Agus Purwanto kecewa kerana isterinya, Anjar Trisnawati didakwa menduakan suaminya selepas wanita itu yang baru pulang bekerja dari Hong Kong enam bulan lalu tiba-tiba memohon untuk berpisah.

Rumah yang dibina pada tahun 2014 ini sebenarnya telah dibuat menggunakan kayu pemberian orang tua Agus. Oleh itu, Agus mengambil keputusan untuk memulangkan semula kayu-kayu berkenaan ke rumah ibu bapanya.

Manakala rumah itu pula menurut sumber adalah milik isterinya, Anjar. Tahu-tahu adik saya sudah dilepas, ertinya disuruh pulang ke rumah orang tua. Terus rumah dibongkar. Asalnya inti rumahnya begini, dulu waktu bikin rumah kayunya dari adik saya, dari bapak saya,” kata Gunanjar, kakak Agus.

Rata-rata warga setempat yang kasihan dengan nasib Agus datang membantu membongkar kayu di rumah tersebut. Agus katanya hanya mengambil kayu seperti kuda-kuda, jendela dan lain-lain manakala tembok tidak dibongkarnya.

Manakala pihak berkuasa pula katanya memantau kawasan tersebut kerana bimbang kalau ada perbalahan berlaku antara dua pihak. Malah menurut mereka, perkara yang berlaku juga merupakan persepakatan antara dua pihak. Haih macam-macam ye. Suami setia, isteri pulak curang. 

Tular pihak bomba terima panggilan kecemasan sebab ada ular dalam rumah. Sekali apa yang pihak bomba temui memang buat ramai yang terkedu.

Anggota bomba sentiasa mendapat pujian oleh masyarakat di negara ini  kerana kesanggupan dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas tidak kira seberat dan seringan mana pun tugasan tersebut.

Mereka dianggap sebagai hero sebenar yang sentiasa berjaga-jaga menyumbang tenaga membantu orang awam. Sebelum ini, kita sering dihidangkan dengan kisah perit dan cabaran mengenai anggota bomba dalam pelbagai misi menyelamat.

Pun begitu, terdapat juga misi-misi yang melucukan apabila anggota bomba perlu menjalankan operasi ekoran daripada kepanikan masyarakat. Sebelum ini, menerusi Facebook seorang ahli bomba yang dikenali sebagai Pakdo Mat,  menceritakan kisah lucu yang dialaminya selepas menerima panggilan kcemasan dari seorang individu yang mendakwa bahawa rumahnya dimasuki ular.

Terima panggilan kecemasan, ular senduk di dalam rumah, berlari saya pergi ke rumahnya, sampai-sampai mujur tidak kena patuk. Saya cemas, mujur dapat tngkap, tak pernah lagi saya lihat ular senduk bentuk ‘S’ macam ni.

Indah ciptaanMu Ya Allah. Takpe lah saya belit di kain langsir senang, memang tanggungjawab saya macam ni. Pun begitu, ular tersebut sebenarnya hanyalah sekeping plastik yang berhuruf  ‘S’.

Itu situasi dialami anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh ketika melakukan tugas mnyelamat di sebuah kediaman di Kampung Chica, Kubang Kerian. Ketua BBP Pasir Tumboh, El Taraf Mohamad berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga itu yang ketakutan apabila melihat seekor ‘ular’ melingkar pada langsir kediaman mereka.

Katanya, seramai tiga anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba mereka terlihat kelibat ‘ular’ berkenaan. “ Anggota bomba perasaan itu bukan ular, sebaliknya plastik berbentuk huruf S yang berwarna hitam.

“ Mereka bertanyakan di mana ular itu sebelum ditunjukkan ke arah huruf itu. Anggota kemudian ‘menangkap’ ular itu dan mereka ketawa,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya, keluarga berkenaan hanya mampu tergelak dan memohon maaf kepada anggota bomba kerana mereka terlalu panlk lalu menelefon bomba bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba menerangkan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tugas menyelamat sebaik menerima panggilan kcemasan. “ Sejak bertugas di balai berkenaan, ia adalah kejadlan pertama yang melucukan membabitkan panggilan menangkap ular,” katanya.

Sementara itu, dalam Facebook, kisah ular dan bomba itu mendapat 5,500 tanda suka, 292 komen dan 8,400 perk0ngsian sejak dimuat naik pemilik akaun bernama ‘Pakdo Mat’. Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian dan menganggap itu asam garam dalam tugasan anggota bomba yang sedia bertugas dalam apa juga kcemasan. Sumber : kisahbena.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *