Imam besar Masjid tampil mohon maaf secara terbuka berhubung rakaman ini. Rupanya ini sebabnya sampai dia tampil sekali lagi mohon maaf.

Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini. Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi. Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video tular itu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra. Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tular itu malah, beliau tidak reda dengan penyebaran video berkenaan.

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=398293894978515

Menerusi rakaman video itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menularkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid. Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular itu. Sumber – K! ONLINE

Tak dapat masuk masjid. Ini yang bekas MB Negeri Sembilan buat sampai ramai yang suruh contohinya.

Semalam merupakan hari dimana kaum lel4ki beragama Islam menvnaikan solat Juma4t. Pastinya dalam tempoh pendem1k ini, jumlah pengunjvng yang ingin menun4ikan kewajiban solat Jumaat t3rpaksa dihadkan demi m3ngelakkan sebarang penularan. Oleh itu, disesetengah masjid, merek4 yang hadir lewat terp4ksa solat di luar pag.ar kerana pihak pengurusan leb1h mengutamakan mereka y4ng sudah tiba lebi.h awal disana.

Solat luar pagar

Jadi, menerusi satu perkongsian di laman media sosial, gambar b3kas menteri besar Nege.ri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan s0lat diluar pintu pag.ar masjid kerana tidak dap4t m4suk ke dalam bagi menun4ikan solat Jumaat telah tular.

Bergambar dengan AJK masjid lepas s0lat. Dalam muat naik tersebut, jelas kelih4tan Tok Mat hanya dvduk beralaskan sejadah yang dibawa dan dibentang di t4r jalan betul-betvl dihadapan pintu pagar masjid.

Walau bagaimanapun, seusai daripada menvnaikan solat, Tok Mat sempat bergambar dengan pihak pengurusan masj1d yang menyedari k3hadiran bekas menteri besar itu.

Terbaik Tok Mat

Sehubungan dengan perkongsian yang dibvat, rata-rata warg4net telah tinggalkan pelbagai komen diruangan F4cebok sumber. Kebanyakkan daripada mereka memuji sikap yang ditunjukkan Tok Mat kepada masyarakat kerana tetap merendah diri.

Solat luar pagar pun boleh

Sumber : Selangor Media

Kecoh kata Masjid Putra double standard. Sekali pihak Masjid tampil dedahkan sesuatu dan ini yang dia buat lepas kapasiti jemaah dah mencukupi.

Pengurusan Masjid Putra tampil memberi penjelasan berhubung penularan satu video di laman sosial kononnya mendakwa mereka memberi layanan berbeza kepada jemaah yang hadir bagi mengikuti solat Jumaat.

Pengurusan Masjid Putra dalam satu kenyataan berkata, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid itu adalah masih mengikut garis panduan dan ketetapan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan kapasiti 300 orang.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota buat jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dengan turut memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

“Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Satu video tular di laman sosial sejak Jumaat memaparkan ketidakpuasan hati sebilangan jemaah terhadap pengurusan masjid itu yang dilihat memberi layanan berbeza kepada mereka sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian video berdurasi 51 saat itu, pengurusan masjid dilihat menutup pintu pagar dan hanya membenarkan jemaah tertentu memasuki ruang rumah ibadah terbabit.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, saban minggu Masjid Putra sememangnya menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak jam 11 pagi lagi bagi menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid dan menyebabkan ada jemaah yang hadir tidak dapat memasuki masjid.

VIDEO:

https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fkhirariffin%2Fvideos%2F254311243251543%2F&show_text=0&width=560

Sumber : Sinar Harian

Fizz Fairuz kecewa bila dia ditahan dari masuk masjid. Apa yang jadi buat ramai yang terkedu.

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kecewanya apabila dia dan individu lain ditahan daripada memasuki perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon ini berkongsi dia

dan beberapa individu lain mahu menunaikan solat memandangkan pihak kerajaan membenarkannya baru-baru ini. Kebenaran untuk menunaikan solat di masjid tertakluk pada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan hanya untuk mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin sahaja.

“Masih tak boleh masuk! Kata dah boleh, sekarang tak boleh? Mana satu nak ikut ni?”, luah pelakon itu. Kongsi pelakon ini, dia dan beberapa individu lain yang pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan. Selepas itu mereka terpaksa menunggu di luar perkarangan masjid tersebut kerana tidak dibenarkan masuk oleh sukarelawan RELA.

“Kesian kat orang datang, nak solat tapi tak boleh masuk. Akhirnya lari ke surau dekat rumah saja, pun sama duduk luar juga tak boleh masuk”, dedahnya. Sekadar info, kebenaran untuk menunaikan solat di surau dan masjid sudah berkuat kuasa pada 10 Ogos. Tetapi ianya hanya tertakluk pada SOP dan individu yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19. Sumber:Murai.my

Almy Nadia menangis teresak kenangkan pemergian Siti Sarah. Perasaan seorang ibu ni memang lain sangat.

Selain ahli keluarga terdekat, pemergian Siti Sarah akibat covid-19 nyata cukup menginsafkan. Meskipun sudah selamat diuruskan sebentar tadi, namun ramai masih risau dengan penerimaan anak-anak serta perjalanan Shuib selepas ini

Shuib kena kuat untuk anak-anak…kami ada untuk membantu apa saja. Antara yang turut terkesan dengan pemergian penyanyi tersohor berkenaan adalah keluarga Datuk Fizz Fairuz. Di samping menitipkan semangat kepada Shuib yang bakal menjadi ibu serta ayah kepada 4 anaknya selepas ini, mereka juga sudi menawarkan sebarang bantuan bagi meringankan bebannya susulan kejadian hari ini.

Perasaan seorang ibu mengandung…maaf saya menangis, sedih takut semua rasa sekarang. Turut sedang hamil sama seperti Siti Sarah, pemergian itu nyata memberikan impak dari sudut emosi Datin Almy Nadia.

Menerusi Instagram, beliau dilihat menangis teresak-esak sambil mengakui takvt kejadian sama men1mpa keluarga mereka. Rentetan itu, Datuk Fizz Fairuz berusaha sebaik mungkin untuk menenangkan kembali isterinya sebaik mungkin.

Macam ni juga menangis sebab perasaan bercampur-baur…naluri ibu tu kuat sangat. Detik penuh hiba itu nyata dibanjiri pelbagai reaksi dalam kalangan peminat serta rakan-rakan artis. Bukan setakat ibu mengandung,

sebaliknya ramai akui mengalir air mata seperti ini juga sebaik dapat tahu berita duka berkenaan. Walau bagaimanapun, Datin Almy Nadia tetap dinasihati agar tenang serta jangan banyak fikir perkara negatif. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

https://www.instagram.com/p/CSWDexfH1Jb/

Sumber: IG fizzfairuzofficial & almynadiaofficial

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *