Tengah hangat isu solat jumaat. Sekali tiba tiba Zahid bersuara dakwa umno dah bagi cadangan sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Masalah jemaah tidak dapat menunaikan solat Jumaat sebagaimana berlaku di Masjid Putra Jumaat lalu tidak akan berlaku sekiranya pihak tertentu melaksanakan cadangan yang diberikan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan. Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit memilih untuk menimbulkan kontroversi dengan masyarakat apabila masih mengehadkan kehadiran jemaah di sesebuah masjid mengikut SOP ditetapkan.

“Umat Islam yang menonton rakaman video berhubung dakwaan layanan berbeza kepada jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Jumaat lalu pasti terasa hati. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

“Antara rungutan yang kita boleh dengari dengan jelas dalam rakaman video itu “mahu solat pun perlu guna kabel”. VIP dibenarkan menunaikan solat Jumaat, tetapi orang biasa dilarang. “Namun, inilah keadaan yang mahu dielakkan semasa saya mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat lalu, tular satu video yang menunjukkan puluhan jemaah tidak dibenarkan masuk ke Masjid Putra di Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat dengan pihak masjid menutup pintu pagar utama.

Bagaimanapun, pada masa sama, datang seorang VIP bersama pengawal pengiringnya terus memasuki masjid berkenaan tanpa menghiraukan rungutan jemaah sekeliling. Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, kontroversi berkenaan dijawab pohak pengurusan masjid dengan alasan, kapasiti 300 jemaah telah penuh.

Sedangkan, katanya, individu (VIP) yang datang kemudian dibenarkan masuk kerana telah mendaftar lebihawal. Menurut beliau, cadangannya sebelum ini adalah bertujuan supaya umat Islam negara ini mempunyai lebih banyak lokasi pilihan untuk menunaikan solat Jumaat di kawasan masing-masing semasa pandemik mahupun endemik.

“Ini sekali gus memberi peluang kepada setiap umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat dengan mematuhi garis panduan dan ditetapkan. “Dalam keadaan ramai individu dewasa Malaysia dilaporkan telah lengkap dua dos suntikan vaksin, saya fikir cadangan itu mungkin lebih wajar untuk dipertimbangkan pada waktu ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Tengah kecoh pasal isu kuota vip solat jumaat. Tak boleh berdiam sekali warganet lancarkan satu kempen.

Putrajaya, 13 September: Warganet melancarkan kempen Hapus Saf VIP berikutan tularnya video di Masjid Putra di mana VIP yang datang lewat untuk solat jumaat tetapi dibenarkan masuk. Hantaran poster kempen itu yang dimulakan oleh seorang pengguna facebook, Fadzlan Rizan Johani, setakat ini mendapat 1200 tanda suka dan 5,800 perkongsian.

Dihubungi Buletin TTKM, Fadzlan berkata isu saf khas untuk VIP ini sudah lama berlaku, malah sebelum pandemik covid-19 melanda negara lagi. Tambahnya lagi, budaya memperuntukkan kedudukan saf dan giliran VIP untuk bersolat jemaah di masjid wajar dihapuskan sambil mengulangi niatnya bukan untuk menyusahkan atau mengkritik pengurusan masjid.

Malah dengan menghapuskan budaya ini, katanya pengurusan masjid tak perlu lagi bersusah menyediakan protokol VIP atau disalahgunakan oleh orang lain untuk dapat tempat dengan VVIP. “Kembalikan hak kepada mereka yang terlebih dahulu berusaha datang awal. Jangan mencuri giliran mereka untuk mendapatkan saf pertama. Takkanlah dalam beribadat pun nak mncri” katanya.

Semalam, mantan mufti perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid. “Sewajarnya dipraktikkan ‘first come, first serve’. Ketika masjid dibuka, berikan kad kuota pada setiap jemaah, apabila kad kuota tersebut habis, barulah pintu masjid ditutup.”

Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan. “Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid. Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang Quran dan hadis Nabi. ” katanya lagi.

Tambahnya, masjid yang bersaiz besar seharusnya mewajarkan sekurang-kurangnya kapasiti sebanyak 50% atau 75% di beranda masjid dengan syarat membawa sejadah sendiri. “Kalau ikutkan KKM, ia amat selamat dari solat di ruang utama. ini kerana di luar sistem pengudaraannya cukup baik sebab ianya terbuka”,

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Buletin TTKM sebentar tadi sebagai mengulas kenyataan imam besar masjid Putrajaya yang mengesahkan kuota 10% diperuntukkan kepada VIP untuk solat jumaat. Pada perkembangan yang sama, video secara langsung imam besar masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim di akaun facebooknya didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan.

Pada video itu, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf. “Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu

“Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”

Waranet juga musykil jika VIP tersebut ada scan my sejahtera atau tidak kerana melalui video yang tular, dia terus meluru masuk ke masjid. Dalam pada itu, Ustazah Asma berkongsi bahwa mereka yang bseungguh untuk beratur solat Jumaat tapi tak dapat masuk, InsyaAllah pahala akan di kira

“Kepada yang dah usaha & beratur namun masih tak dapat solat jumaat, insyaAllah peluh yang menitik jadi saksi di Mahsyar kelak & kalian tetap dikira dan diberi pahala umpama solat jumaat  Allah Maha Melihat”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Ada 30 kuota untuk Vip. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Mantan mufti Perlis buat ramai yang terdiam.

Putrajaya 12 September : Mantan mufti perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid.

“Sewajarnya dipraktikkan ‘first come, first serve’. Ketika masjid dibuka, berikan kad kuota pada setiap jemaah, apabila kad kuota tersebut habis, barulah pintu masjid ditutup.” kata beliau.

Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan. “Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid.

Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang Quran dan hadis Nabi. ” katanya lagi. Tambahnya, masjid yang bersaiz besar seharusnya mewajarkan sekurang-kurangnya kapasiti sebanyak 50% atau 75% di beranda masjid dengan syarat membawa sejadah sendiri.

“Kalau ikutkan KKM, ia amat selamat dari solat di ruang utama. ini kerana di luar sistem pengudaraannya cukup baik sebab ianya terbuka”, Beliau berkata demikian ketika dihubungi Buletin TTKM sebentar tadi sebagai mengulas kenyataan imam besar masjid Putrajaya yang mengesahkan kuota 10% diperuntukkan kepada VIP untuk solat jumaat.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Ahmad Marzuk Shaary meminta pengurusan masjid di Malaysia agar tidak membeza-bezakan layanan kepada individu atau kumpulan tertentu sebaliknya melayan sama rata jemaah yang hadir untuk menunaikan solat di masjid.

Katanya, layanan ‘kayangan’ itu tidak seharusnya berlaku dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi seperti dalam video yang tular di laman sosial pada Jumaat (10 Sep).

“Pihak yang berhormat menteri agama sendiri telah pun meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya. Encik Ahmad Marzuk berkata selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaharu prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid. “SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.

“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 57 saat mendakwa ‘layanan dua darjat’ apabila mendakwa golongan tertentu diberi keutamaan untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur.

Dalam video itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila VIP datang dengan menaiki kenderaan besar, pintu pagar utama dibuka untuk mereka. –

Hari ini Imam Besar beritahu yang Masjid Putra memang sedia kuota 30 tempat untuk VIP

Masjid Putra adalah “masjid kerajaan” dan kita nak beri peluang kepada VIP yang sibuk untuk menyertai sembahyang Jumaat, kata Ikmal Zaidi Hashim.

kredit: mkini, Buletin TTKM

Imam Masjid tampil mohon maaf dan jelaskan perkara sebenar berkenaan kuota masjid. Sekali sempat lagi beri pesanan padu untuk orang yang merakam.

Masjid Putra di Putrajaya sememangnya memperuntukkan kuota khusus untuk kalangan VIP di jabatan kerajaan bagi sembahyang Jumaat, menurut imam besar masjid itu, Ikmal Zaidi Hashim. Ikmal berkata, kuota itu sebanyak 10 peratus, iaitu sebanyak 30 tempat daripada kapasiti 300 jemaah yang dibenarkan, dan untuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan. Kita nak bagi peluang kepada VIP pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, manakala 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya menerusi siaran langsung di laman Facebooknya semalam.

Ikmal menjelaskan kumpulan itu juga harus memberikan nama lebih awal kepada pihak masjid untuk mendapat tempat dalam sembahyang Jumaat, manakala kuota orang awam menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Jumaat lalu, tular klip video menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di depan pintu pagar Masjid Putra yang ditutup, dipercayai tidak dapat masuk ke masjid untuk bersembahyang Jumaat kerana kuota telah penuh.

Tidak lama kemudian, ketika mereka masih menuggu di situ, kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan mewah dan dibenarkan masuk ke masjid berkenaan diiringi dua lelaki dipercayai pengawal kes.elamatannya. Video itu tular di media sosial dengan kebanyakannya mempertikai apa yang disifatkan mereka sebagai layanan berbeza terhadap jemaah.

Susulan itu, Masjid Putra semalam dalam satu kenyatan menjelaskan pihak pengurusan masjid telah memperuntukkan sejumlah kuota daripada 300 kuota yang ditetapkan, untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal. Jemaah tetap itu, kata pihak masjid, telah memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

Video :

https://www.facebook.com/100000317850345/videos/258517102811492/

Jelas Masjid Putra, pihak masjid telah menasihatkan jemaah secara baik tentang pagar yang akan ditutup apabila kapasiti telah penuh, namun mereka tetap memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku pada Jumaat lalu. Kejadian itu mendapat perhatian timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary yang meminta agar pihak masjid melayan jemaah yang hadir untuk solat secara sama rata.

Untuk rekod, ketika ini p.rosedur operasi standard (SOP) untuk solat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan masih dikekalkan di sebalik peralihan status Lembah Klang dari fasa satu kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara. Mengulas lanjut, Ikmal Zaidi meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang merakam kejadian berkenaan dan meyebarkannya, sedangkan mereka yang menunggu di luar pagar pada hari itu sudah pun dimaklumkan tentang kuota yang sudah dipenuhi.

Katanya, memandangkan rentas daerah sudah dibenarkan bermula Jumaat lalu, dia menjangkakan ramai jemaah dari sekitar Putrajaya mengambil peluang untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Putra, sehingga ada yang tidak mendapat tempat. Meskipun mengaku tidak redha dengan tindakan merakam video itu, Ikmal Zaidi berkata dia tetap mendoakan agar mereka mendapat hidayah daripada Allah namun mereka haruslah meminta maaf terlebih dahulu daripadanya.

Ikmal Zaidi menjelaskan mengenai syarat keempat taubat nasuha yang merupakan syarat tambahan kepada tiga syarat utama iaitu untuk memulangkan hak yang diz.alimi kepada pihak yang sepatutnya. “Kalau ada yang mendengar ini, tolong sampai-sampaikan. Ambil video yang saya cakap ni, k.erat sikit, hantarlah kepada sesiapa yang berkaitan,” katanya lagi. SUMBER/KREDIT : MK/FB

Sepatutnya benda ni tak boleh berlaku di Putrajaya. Sekali Ahli Parlimen Putrajaya tampil mohon maaf dan ada rayu sesuatu.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merayu had jemaah solat Jumaat di Masjid Putra di sini ditambah selepas simpati dengan isu jemaah disekat kelmarin. Sambil melahirkan kehairanan kerana ia tidak sejajar dengan garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri, beliau merayu agar had minimum itu dapat dilonggarkan. Apatah lagi bilangan ditetapkan itu tidak selaras prosedur operasi standard (SOP) diwartakan MKN bagi Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membolehkan ramai jemaah datang.

“Saya rayu pihak berwajib termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk longgar had solat jemaah dan acara keagamaan,” katanya menerusi hantaran dalam akaun sosialnya. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu merujuk kejadian tular diperkatakan warganet apabila ramai dihalang memasuki masjid tersebut walaupun Putrajaya sudah beralih ke Fasa 2 PPN.

Sebaliknya, beberapa jemaah kenamaan dilihat dapat masuk meskipun datang lambat dan ia mencetuskan kemarahan umat Islam seolah-olah ada perbezaan layanan antara dua darjat sekali gus ramai mempersoalkan SOP MKN yang jelas menyatakan had jemaah berdasarkan kapasiti premis dengan ada penjarakkan fizikal. Ini bermakna masjid yang pertama dibina di Putrajaya pada 1999 dengan kos RM250 juta itu, sepatutnya boleh diisi 8,000 berbanding had maksimum sebelum ini adalah 15,000 jemaah.

Bagaimanapun, hanya 300 orang dibenarkan masuk walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN bermula semalam. Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, sepanjang pengetahuan beliau, permasalahan itu tidak pernah berlaku di Putrajaya, bahkan Masjid Putra itu sendiri memang ada ruang amat luas.

“Apa yang berlaku ini adalah sesuatu amat tidak wajar apatah lagi melibatkan orang ramai kerana pemimpin sepatutnya lebih mendahulukan rakyat marhaen,” tegasnya. Beliau malahan yakin, sekiranya ada budi bicara, tentu jemaah juga maklum mengenai isu pematuhan SOP ketat selain penjarakan fizikal dengan mengikut selang ruang yang ditetapkan. Putrajaya setakat ini mempunyai hanya tiga buah masjid di samping sejumlah 20 surau dengan kebenaran solat fardu Jumaat dan sebanyak 91 surau biasa di wilayah berkenaan.

Warganet Tidak Berpuas Hati Dan ‘Meny3rang’ Masjid Putra Di FB

Walaupun penjelasan rasmi telah diberikan oleh Masjid Putra tetapi warganet masih tidak berpuas hati. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku. Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut sama.

“VIP tu patut datang awal la, baru adil, jaga la nama baik sendiri orang dah bagi kelebihan, tapi tunjuk la tauladan yang elok, bukan tunjuk kuasa. Cuba tengok dalam video tu, golongan umur mana yg ramai? Dan lumrahnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. KJ menteri KKM ckp ENDEMIC, so ubah lah SOP ikut fasa sekarang. Sy menyarankan bagi yg mendapat kuota pihak masjid ataupun VVIP yg mahu hadir perlu smpai mengikut masa yg ditetapkan” Sumber : Malaysia Kini / FB Masjid Putra Putrajaya

Kecoh kata Masjid Putra double standard. Sekali pihak Masjid tampil dedahkan sesuatu dan ini yang dia buat lepas kapasiti jemaah dah mencukupi.

Pengurusan Masjid Putra tampil memberi penjelasan berhubung penularan satu video di laman sosial kononnya mendakwa mereka memberi layanan berbeza kepada jemaah yang hadir bagi mengikuti solat Jumaat.

Pengurusan Masjid Putra dalam satu kenyataan berkata, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid itu adalah masih mengikut garis panduan dan ketetapan dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dengan kapasiti 300 orang.

Menurut kenyataan itu, daripada jumlah itu, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota buat jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dengan turut memaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

“Ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Satu video tular di laman sosial sejak Jumaat memaparkan ketidakpuasan hati sebilangan jemaah terhadap pengurusan masjid itu yang dilihat memberi layanan berbeza kepada mereka sewaktu ingin menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian video berdurasi 51 saat itu, pengurusan masjid dilihat menutup pintu pagar dan hanya membenarkan jemaah tertentu memasuki ruang rumah ibadah terbabit.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, saban minggu Masjid Putra sememangnya menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti ditetapkan sejak jam 11 pagi lagi bagi menunaikan solat Jumaat.

“Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid dan menyebabkan ada jemaah yang hadir tidak dapat memasuki masjid.

VIDEO:

https://www.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fkhirariffin%2Fvideos%2F254311243251543%2F&show_text=0&width=560

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *