Kritik tentang kuota solat di masjid. Kali ni giliran Persatuan Ulama pula tampil bagi nasihat kepada rakyat buat ramai yang terkedu.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengingatkan semua pihak agar berhati-hati semasa menyatakan pandangan mahupun kritikan berhubung hal ehwal Islam di negara ini khususnya isu kuota yang diperuntukkan untuk kalangan orang kenamaan (VIP) di jabatan kerajaan bagi solat Jumaat.

Setiausaha agungnya, Mohd Roslan Mohd Nor, berkata ini kerana setiap kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan berhubung perkara tersebut ibarat mengkritik keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam dan raja-raja Melayu yang menjadi ketua di setiap negeri.

“Saya bimbang apabila kita mengkiritik prosedur operasi standard (SOP) itu kerana kita kena jaga juga hubungan dengan pihak istana,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Tambah Mohd Roslan dalam hal ehwal Islam di negara ini ia bukan terletak kepada keputusan kerajaan sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan Agong atau sultan sesebuah negeri selaku ketua agama.

Sebarang cadangan atau maklumat yang dipersembahkan kepada tuanku, katanya, jika ia tidak diperkenankan maka ia perlu terima. Di sesetengah negeri katanya masih ada larangan jumlah jemaah yang dibenarkan ke masjid kerana faktor tertentu yang dipertimbangkan pihak istana.

“Jadi, kita tidak boleh mengkritik sewenang-wenangnya. Kita (mungkin) nampak seolah-olah mengkiritik kerajaan tetapi sebenarnya dalam soal agama ini apabila kita mengkritik perkara-perkara (hal ehwal agama) tersebut ianya terarah kepada istana.

“Sebab itu kita kena berhati-hati dalam bab ini. Saya fikir dari sudut pemilihan perkataan untuk menunjukkan bahawa rakyat tak puas hati itu pun kita kena semak kembali,” katanya. Rakyat amat rindu hadirkan diri

Mohd Roslan berkata demikian mengulas rasa tidak puas hati orang ramai terhadap isu tular membabitkan VIP dan orang awam yang mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya pada minggu lalu.

Berdasarkan kepada penjelasan Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim, pihaknya memang memperuntukkan kuota khusus untuk VIP termasuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas – sebanyak 10 peratus – setiap kali sembahyang Jumaat.

Bagaimanapun untuk rekod, rasa tidak puas hati itu bukan sekadar melibatkan jumlah jemaah yang dibenarkan hadir tetapi turut melibatkan masa seseorang itu tiba di masjid serta kebenaran yang diberikan untuk VIP terbabit.

Mohd Roslan oleh kerana urusan Islam tertakluk kepada Agong dan raja-raja Melayu, rakyat mestilah memahami pihak istana begitu prihatin soal keselamatan dan kesihatan rakyat.

“Sebarang cadangan untuk menambah baik SOP sedia ada perlu dibuat dengan cermat supaya kita menghormati institusi istana yang menjadi ketua agama dan pada masa sama kita memberikan pandangan yang sesuai daripada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PUM, Abdul Halim Abdul Kadir, dalam kenyataan lain menyambut baik cadangan agar SOP untuk solat di masjid dan surau di seluruh negara disemak semula terutama membabitkan kehadiran jemaah.

Abdul Halim berkata, semakan semula itu perlu selaras dengan perkembangan semasa peralihan fasa yang diumumkan pihak kerajaan berasaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Rakyat amat merindui kesempatan untuk hadir solat di masjid dan surau yang ada.

“Kejadian yang tular pada hari Jumaat kelmarin menunjukkan betapa ada rakyat yang sanggup menunggu untuk melaksanakan kewajipan solat di masjid,” katanya. Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmadm memberitahu kerajaan sedia mengkaji semula had kapasiti jemaah yang dibenarkan hadir di masjid dan surau.

Tengah hangat isu solat jumaat. Sekali tiba tiba Zahid bersuara dakwa umno dah bagi cadangan sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Masalah jemaah tidak dapat menunaikan solat Jumaat sebagaimana berlaku di Masjid Putra Jumaat lalu tidak akan berlaku sekiranya pihak tertentu melaksanakan cadangan yang diberikan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan. Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit memilih untuk menimbulkan kontroversi dengan masyarakat apabila masih mengehadkan kehadiran jemaah di sesebuah masjid mengikut SOP ditetapkan.

“Umat Islam yang menonton rakaman video berhubung dakwaan layanan berbeza kepada jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Jumaat lalu pasti terasa hati. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

“Antara rungutan yang kita boleh dengari dengan jelas dalam rakaman video itu “mahu solat pun perlu guna kabel”. VIP dibenarkan menunaikan solat Jumaat, tetapi orang biasa dilarang. “Namun, inilah keadaan yang mahu dielakkan semasa saya mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Pada Jumaat lalu, tular satu video yang menunjukkan puluhan jemaah tidak dibenarkan masuk ke Masjid Putra di Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat dengan pihak masjid menutup pintu pagar utama.

Bagaimanapun, pada masa sama, datang seorang VIP bersama pengawal pengiringnya terus memasuki masjid berkenaan tanpa menghiraukan rungutan jemaah sekeliling. Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, kontroversi berkenaan dijawab pohak pengurusan masjid dengan alasan, kapasiti 300 jemaah telah penuh.

Sedangkan, katanya, individu (VIP) yang datang kemudian dibenarkan masuk kerana telah mendaftar lebihawal. Menurut beliau, cadangannya sebelum ini adalah bertujuan supaya umat Islam negara ini mempunyai lebih banyak lokasi pilihan untuk menunaikan solat Jumaat di kawasan masing-masing semasa pandemik mahupun endemik.

“Ini sekali gus memberi peluang kepada setiap umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat dengan mematuhi garis panduan dan ditetapkan. “Dalam keadaan ramai individu dewasa Malaysia dilaporkan telah lengkap dua dos suntikan vaksin, saya fikir cadangan itu mungkin lebih wajar untuk dipertimbangkan pada waktu ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Tengah kecoh pasal isu kuota vip solat jumaat. Tak boleh berdiam sekali warganet lancarkan satu kempen.

Putrajaya, 13 September: Warganet melancarkan kempen Hapus Saf VIP berikutan tularnya video di Masjid Putra di mana VIP yang datang lewat untuk solat jumaat tetapi dibenarkan masuk. Hantaran poster kempen itu yang dimulakan oleh seorang pengguna facebook, Fadzlan Rizan Johani, setakat ini mendapat 1200 tanda suka dan 5,800 perkongsian.

Dihubungi Buletin TTKM, Fadzlan berkata isu saf khas untuk VIP ini sudah lama berlaku, malah sebelum pandemik covid-19 melanda negara lagi. Tambahnya lagi, budaya memperuntukkan kedudukan saf dan giliran VIP untuk bersolat jemaah di masjid wajar dihapuskan sambil mengulangi niatnya bukan untuk menyusahkan atau mengkritik pengurusan masjid.

Malah dengan menghapuskan budaya ini, katanya pengurusan masjid tak perlu lagi bersusah menyediakan protokol VIP atau disalahgunakan oleh orang lain untuk dapat tempat dengan VVIP. “Kembalikan hak kepada mereka yang terlebih dahulu berusaha datang awal. Jangan mencuri giliran mereka untuk mendapatkan saf pertama. Takkanlah dalam beribadat pun nak mncri” katanya.

Semalam, mantan mufti perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid. “Sewajarnya dipraktikkan ‘first come, first serve’. Ketika masjid dibuka, berikan kad kuota pada setiap jemaah, apabila kad kuota tersebut habis, barulah pintu masjid ditutup.”

Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan. “Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid. Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang Quran dan hadis Nabi. ” katanya lagi.

Tambahnya, masjid yang bersaiz besar seharusnya mewajarkan sekurang-kurangnya kapasiti sebanyak 50% atau 75% di beranda masjid dengan syarat membawa sejadah sendiri. “Kalau ikutkan KKM, ia amat selamat dari solat di ruang utama. ini kerana di luar sistem pengudaraannya cukup baik sebab ianya terbuka”,

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Buletin TTKM sebentar tadi sebagai mengulas kenyataan imam besar masjid Putrajaya yang mengesahkan kuota 10% diperuntukkan kepada VIP untuk solat jumaat. Pada perkembangan yang sama, video secara langsung imam besar masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim di akaun facebooknya didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan.

Pada video itu, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf. “Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu

“Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”

Waranet juga musykil jika VIP tersebut ada scan my sejahtera atau tidak kerana melalui video yang tular, dia terus meluru masuk ke masjid. Dalam pada itu, Ustazah Asma berkongsi bahwa mereka yang bseungguh untuk beratur solat Jumaat tapi tak dapat masuk, InsyaAllah pahala akan di kira

“Kepada yang dah usaha & beratur namun masih tak dapat solat jumaat, insyaAllah peluh yang menitik jadi saksi di Mahsyar kelak & kalian tetap dikira dan diberi pahala umpama solat jumaat  Allah Maha Melihat”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Ada 30 kuota untuk Vip. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Mantan mufti Perlis buat ramai yang terdiam.

Putrajaya 12 September : Mantan mufti perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid.

“Sewajarnya dipraktikkan ‘first come, first serve’. Ketika masjid dibuka, berikan kad kuota pada setiap jemaah, apabila kad kuota tersebut habis, barulah pintu masjid ditutup.” kata beliau.

Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan. “Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid.

Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang Quran dan hadis Nabi. ” katanya lagi. Tambahnya, masjid yang bersaiz besar seharusnya mewajarkan sekurang-kurangnya kapasiti sebanyak 50% atau 75% di beranda masjid dengan syarat membawa sejadah sendiri.

“Kalau ikutkan KKM, ia amat selamat dari solat di ruang utama. ini kerana di luar sistem pengudaraannya cukup baik sebab ianya terbuka”, Beliau berkata demikian ketika dihubungi Buletin TTKM sebentar tadi sebagai mengulas kenyataan imam besar masjid Putrajaya yang mengesahkan kuota 10% diperuntukkan kepada VIP untuk solat jumaat.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Ahmad Marzuk Shaary meminta pengurusan masjid di Malaysia agar tidak membeza-bezakan layanan kepada individu atau kumpulan tertentu sebaliknya melayan sama rata jemaah yang hadir untuk menunaikan solat di masjid.

Katanya, layanan ‘kayangan’ itu tidak seharusnya berlaku dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi seperti dalam video yang tular di laman sosial pada Jumaat (10 Sep).

“Pihak yang berhormat menteri agama sendiri telah pun meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya. Encik Ahmad Marzuk berkata selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaharu prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid. “SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.

“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 57 saat mendakwa ‘layanan dua darjat’ apabila mendakwa golongan tertentu diberi keutamaan untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur.

Dalam video itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila VIP datang dengan menaiki kenderaan besar, pintu pagar utama dibuka untuk mereka. –

Hari ini Imam Besar beritahu yang Masjid Putra memang sedia kuota 30 tempat untuk VIP

Masjid Putra adalah “masjid kerajaan” dan kita nak beri peluang kepada VIP yang sibuk untuk menyertai sembahyang Jumaat, kata Ikmal Zaidi Hashim.

kredit: mkini, Buletin TTKM

Imam Masjid tampil mohon maaf dan jelaskan perkara sebenar berkenaan kuota masjid. Sekali sempat lagi beri pesanan padu untuk orang yang merakam.

Masjid Putra di Putrajaya sememangnya memperuntukkan kuota khusus untuk kalangan VIP di jabatan kerajaan bagi sembahyang Jumaat, menurut imam besar masjid itu, Ikmal Zaidi Hashim. Ikmal berkata, kuota itu sebanyak 10 peratus, iaitu sebanyak 30 tempat daripada kapasiti 300 jemaah yang dibenarkan, dan untuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan. Kita nak bagi peluang kepada VIP pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, manakala 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya menerusi siaran langsung di laman Facebooknya semalam.

Ikmal menjelaskan kumpulan itu juga harus memberikan nama lebih awal kepada pihak masjid untuk mendapat tempat dalam sembahyang Jumaat, manakala kuota orang awam menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Jumaat lalu, tular klip video menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di depan pintu pagar Masjid Putra yang ditutup, dipercayai tidak dapat masuk ke masjid untuk bersembahyang Jumaat kerana kuota telah penuh.

Tidak lama kemudian, ketika mereka masih menuggu di situ, kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan mewah dan dibenarkan masuk ke masjid berkenaan diiringi dua lelaki dipercayai pengawal kes.elamatannya. Video itu tular di media sosial dengan kebanyakannya mempertikai apa yang disifatkan mereka sebagai layanan berbeza terhadap jemaah.

Susulan itu, Masjid Putra semalam dalam satu kenyatan menjelaskan pihak pengurusan masjid telah memperuntukkan sejumlah kuota daripada 300 kuota yang ditetapkan, untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal. Jemaah tetap itu, kata pihak masjid, telah memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

Video :

https://www.facebook.com/100000317850345/videos/258517102811492/

Jelas Masjid Putra, pihak masjid telah menasihatkan jemaah secara baik tentang pagar yang akan ditutup apabila kapasiti telah penuh, namun mereka tetap memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku pada Jumaat lalu. Kejadian itu mendapat perhatian timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary yang meminta agar pihak masjid melayan jemaah yang hadir untuk solat secara sama rata.

Untuk rekod, ketika ini p.rosedur operasi standard (SOP) untuk solat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan masih dikekalkan di sebalik peralihan status Lembah Klang dari fasa satu kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara. Mengulas lanjut, Ikmal Zaidi meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang merakam kejadian berkenaan dan meyebarkannya, sedangkan mereka yang menunggu di luar pagar pada hari itu sudah pun dimaklumkan tentang kuota yang sudah dipenuhi.

Katanya, memandangkan rentas daerah sudah dibenarkan bermula Jumaat lalu, dia menjangkakan ramai jemaah dari sekitar Putrajaya mengambil peluang untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Putra, sehingga ada yang tidak mendapat tempat. Meskipun mengaku tidak redha dengan tindakan merakam video itu, Ikmal Zaidi berkata dia tetap mendoakan agar mereka mendapat hidayah daripada Allah namun mereka haruslah meminta maaf terlebih dahulu daripadanya.

Ikmal Zaidi menjelaskan mengenai syarat keempat taubat nasuha yang merupakan syarat tambahan kepada tiga syarat utama iaitu untuk memulangkan hak yang diz.alimi kepada pihak yang sepatutnya. “Kalau ada yang mendengar ini, tolong sampai-sampaikan. Ambil video yang saya cakap ni, k.erat sikit, hantarlah kepada sesiapa yang berkaitan,” katanya lagi. SUMBER/KREDIT : MK/FB

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *