Lepas Cik B dedahkan tak setuju dengan keputusan Ds Vida untuk nikah. Terkini Iqbal pula muat naik video detik sebelum ke alam perkahwinan.

Bakal mendirikan rumah tangga Disember ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal meminta jutawan kosmetik itu berterus terang dengan anak-anak mengenai perkara itu.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata, dia bimbang seandainya Vida merahsiakan perkara itu boleh menggangu emosi kedua anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak. “DSV kena terus terang tentang hubungan kita ini, dari awal saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main perasan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu.

“Sejak dulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami. Sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu. “Saya kasihankan Cik B.

Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah masakecil berbeza dengan remaja lain sebab itu saya kena fikir perasaan dia juga,” katanya. Iqbal berkata dia mempunyai hubungan baik dengan kedua anak Vida dan sering bertanya khabar.

Namun, sejak kebelakangan ini Cik B berubah sikap dan kurang bercakap sejak gosip ibunya tular. “Saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma sejak kebelakangan ini dia banyak mendiamkan diri.

“Kalau dulu timbul gosip tentang saya dan ibunya, dia akan marah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya takut juga. “Sebelum ini saya ada mesej dia tapi tak berbalas. Saya dah bincang dengan Vida katanya dia perlukan sedikit masa.

Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak terhadap saya,” katanya. Mengulas mengenai majlis perkahwinan, Iqbal berkata mereka akan berkongsikan lebih lanjut tidak lama lagi. Ujarnya mereka sudah ada beberapa tarikh, lokasi dan tema perkahwinan.

https://www.instagram.com/p/CTs5XC_M6Bd/

ULANG TAHUN 27 BERSEJARAH – Detik Sebelum ke Alam Perkahwinan @datoserivida. 12 September 2021 genap usia saya 27 tahun. Saya hanya harapkan doa dari kalian semua agar segalanya terjadi dengan baik. Saya akan berkahwin dan menggalas tanggungjawab, amanah yang sangat besar.

Terima kasih kalian semua yang sudi mendoakan saya. Terima kasih semua yang pernah berbuat baik kepada saya. Terima kasih staf-staf Dato Seri Vida mempertemukan kami semalam.

KOMEN WARGANET:

https://youtu.be/OM-juDmF8Ao

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:malaysiatimes.news

Akhirnya Cik B buka mulut tentang Vida nak kahwin. Terkejut bila Cik B dedahkan macam ni hubungan dia dengan Iqbal.

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli. Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut. Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Jelas Cik B, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza menjadikan salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut. Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25.

Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta bta.

Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali brbalah. Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gadh dengan dia.

Gadh tu bukan gadh biasa biasa. Saya gadh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontroversi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius. Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal. Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

Video:

https://youtu.be/OM-juDmF8Ao

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *