Remy Ishak muat naik video nikah untuk peminat. Sekali rupanya masa nak nikah tu Remy siap kena tahan dengan polis lagi.

Tanggal 21 Ogos merupakan tarikh paling bermakna buat pelakon, Remy Ishak kerana sah bergelar suami kepada Ezza Yusof. Menerusi Youtube Channel Remy Ishak Official, pelakon ‘Pujaan Hati Kanda’ ini telah memuat naik sebuah video mengenai majlis pernikahannya tempoh hari.

Intimate Wedding

https://youtu.be/Rys4iypTm88

Menerusi video yang diberi nama ‘Intimate Wedding’, Remy berkongsi kepada para peminat mengenai momen hari bersejarahnya bersama Ezza. Seperti lelaki lain, Remy memberitahu dia agak gemuruh sebelum sesi akad nikah tersebut dijalankan.

Namun begitu, segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan hanya sekali lafaz Ezza menjadi suri hati hidupnya.”8 tahun mengenali antara satu sama lain, putus pertunangan dalam perkenalan,

namun sejauh mana pun kita berlari, sedalam mana pun kita sembunyi. Jika ditakdir oleh Ilahi, bertemu juga jodoh di akhiri dengan lafaz nikah disamping saksi.”

Video yang berdurasi 5:09 saat itu turut menunjukkan persiapan yang dilakukan oleh Remy, Ezza dan team mereka sebelum majlis akad nikah berlangsung. Ujar Ezza, dia berterima kasih kepada Remy kerana sudi menjadikannya

sebagai isteri meskipun pelbagai cabaran telah berlaku sepanjang perkenalan mereka. Ezza turut berjanji bahawa dia akan menjadi isteri yang terbaik buat Remy.

Tahniah Remy!

Majlis pernikahan waktu PKP, saya buat yang wajib dahulu dan mana yang boleh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Ujar Remy, dia mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang wajib terlebih dahulu dan berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: Remy Ishak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://ohbulan.com/

Banyak cerita yang berlegar di media sosial melibatkan pasangan ini. Sekali Ezza muat naik sanggup dimadukan Remy Ishak.

Ezza sanggup ‘dimadukan’ Remy Ishak

Sepanjang minggu ini, hampir setiap hari ada sahaja cerita tentang pasangan pengantin baharu, Remy Ishak dan Ezza Yusof berlegar dalam media sosial. Selain Instagram Remy, media sosial milik Ezza turut mendapat perhatian. Iyalah, kalau sudah jadi isteri Hero Pujaan Malaya, mestilah.

Salah satu hantaran yang menarik tumpuan apabila Ezza mendedahkan hanya ada satu makhluk yang boleh diterima sebagai madunya. Rupa-rupanya madu yang dimaksudkan Ezza ialah seekor kucing.

“Ini sahaja ‘madu’ yang saya terima. Berebut kasih sayang,” seloroh Ezza dalam InstaStorynya yang berkongsi foto seekor kucing sedang tidur lena di atas pangkuan Remy.

Lucu juga Ezza ini ya. Semoga kalian bahagia sampai syurga. Minta simpanglah madu-madu itu semua. Sumber : Komedi Media

Remy Ishak umum esok nikah. Terkejut ini pulak respon dari bakal isteri dia.

Dijadual melangsungkan pernikahan esok, bakal isteri Remy Ishak iaitu Ezza Yusof bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebaikan untuknya dan pasangan. “Syukur alhamdulilah, terima kasih di atas doa yang baik-baik untuk saya dan Remy.

“Semoga urusan anda semua dipermudahkan Allah,” katanya. Ezza yang juga pengasas kasut 2morrow itu berkongsi rasa syukurnya itu di akaun Instagram (IG) Story miliknya pagi ini. Menerusi entri yang sama Ezza turut memuat naik ayat al-Quran mengenai berserah kepada Allah.

“Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku). Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambanya,” maksud ayat yang dikongsi. Semalam, secara eksklusif kepada Gempak TV, Remy mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinannya esok iaitu 21 Ogos.

Aktor itu memberitahu, mereka bakal dinikahkan di sebuah lokasi di ibu negara dengan mengikut SOP yang ditetapkan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP). Menerusi temu bual itu, Remy berkongsi perasaannya serta perancangannya yang dibuat sejak Mei lalu.

Program Gempak TV itu disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria malam semalam.Ezza dan Remy pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun, putus dua tahun kemudian. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka dikatakan bercantum semula, tahun ini.

Sumber: HMetro, Gempak

Merupakan seorang pengarah urusan. Ini biodata bakal isteri Remy Isak buat ramai yang terkedu.

Mungkin ini merupakan khabar gembira buat seluruh peminat pelakon pujaan ramai, Remy Ishak apabila ada pihak memaklumkan yang dia dan bekas tunangnya, Ezza Yusof bakal melangsungkan pernikahan pada Sabtu ini.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, kenalan terdekat pelakon tersebut memaklumkan yang pasangan itu akan bernikah di satu lokasi yang sudah ditetapkan. Namun, sebelum menuju ke majlis pernikahan, mereka akan bersiap di sebuah hotel terkemuka ibu kota.

PeIakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini. Sumber kepada HarianMetro berkata, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal. Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun pvtus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik covid 19 majlis itu dibatalkan. Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

” Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali. ” Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala bdai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami,” katanya.

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

Kenali siapa Ezza, gadis cantik suri hati Remy Ishak

Sebelum ini ramai yang terkjut dengan berita pertunangan hero Malaya, Remy Ishak dengan gadis pilihannya Ezza Yusof. Meskipun pernah putus tunang, namun hubungan mereka bertaut kembali dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Remy Ishak boleh dikatakan antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan wanita-wanita di Malaysia ni kerana karakternya yang bersahaja dan kelakar. Bukan itu sahaja, malah mempunyai rupa Melayu tulen dan bentuk badan yang ‘fit’.

Siapa Ezza?

Beliau bukanlah model, bukan artis, bukan individu yang popular pun.. Jadi siapakah sebenarnya gerangan gadis bernama Ezza Yusof ni? Anda mesti nak tahu kan. Penggemar fesyen. Ezza merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.

Seorang business woman berjaya. Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita. Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.

Rakan baik kepada Nad Zainal. Jika anda salah seorang followers Ezza di instagram, anda akan tahu bahawa mereka ni merupakan rakan baik dan sentiasa menyokong karier masing-masing. Apa yang membuatkan mereka lebih rapat ialah kerana masing-masing sudah mempunyai anak yang masih kecil dan comel!

Biodata Ezza Yusof

Nama Penuh: Roszaliza Yusof. Nama Komersil: Ezza Yusof. Tarikh Lahir: 23 April 1983. Umur: 34 Tahun (2017). Zodiak: Aries. Asal: Pahang. Kerjaya: Ahli Perniagaan. Instagram: instagram.com/ezzarl

Trivia Menarik Ezza Yusof

Mula mengenali Remy Ishak sejak tahun 2013. Mempunyai dua anak angkat bernama Dania dan Damia. BFF kepada aktres cantik, Nad Zainal. Seorang yang sangat menggemari fesyen dan selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels di Instagram miliknya.

Merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels. Mula menggenakan hijab pada Februari 2017 lalu. Mempunyai lebih 11,000 pengikut di Instagram miliknya. Sumber: hmetro, obulan, bartasangbad.siteApa Kata Anda?

Lama menyepi tiba tiba Remy Ishak umum nk nikah sabtu ni. Rupanya bakal isteri bukan calang calang orang.

Pelakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini. Sumber kepada Harian Metro berkata, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal. Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik cov1d-19 majlis itu dibatalkan. Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

“Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali. “Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami,” katanya.

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *