Rupanya ada benda yang tak elok jadi dekat Gunung Jerai sampai Menteri Agama minta hentikan perkara ni.

Segala aktiviti pemujaan yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai perlu dihentikan segera memandangkan ia satu perbuatan bertentagan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Senator Idris Ahmad berkata kegitan itu juga boleh mengundang ‘bala’ kepada masyarakat kerana bukan sahaja pelaku akan menerima kesan malah akan melibatkan keseluruhan penduduk di sekitar kawasan itu.

“Sebab itu ada sahabat tanya kepada Nabi (Muhammad) SAW, adakah kami orang baik akan kena juga kalau datang bala dan Nabi kata ya, termasuk juga kamu…cuma esok bila dibangkitkan, mereka akan dibangkitkan berdasarkan kepada niat mereka.

“Iaitu maksudnya orang baik akan dibangkitkan dalam keadaan baik manakala orang yang buat benda tidak baik, mereka akan terima hkman,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kesan banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di Yan hari ini.

Idris turut menyampaikan sumbangan akibat kejadian itu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)/ Yayasan Taqwa bernilai RM516,600.

BARANGAN ‘persembahan’ berupa ayam yang telah dsmblih, pulut kuning serta telur yang ditemui di kawasan perkelahan Air Terjun Seri Perigi, Yan. Pada 22 Ogos lepas, akhbar tempatan melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai mengharapkan segala aktiviti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan.

Penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai, di sini berharap agar segala akti­viti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan. Malah, sebilangan penduduk beranggapan

kejadian kepala air yang melanda daerah Yan dan Kuala Muda pada Rabu lalu me­rupakan ‘amaran’ kepada mereka yang terlibat supaya menghentikan perbuatan tersebut. Aktiviti seperti bertapa, memuja nombor ekor dan mandi

bunga dikatakan banyak dilakukan golongan tidak bertanggungjawab terutama di Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai. Penduduk mendakwa kejadian kepala air Malah, sebilangan penduduk dilaporkan menganggap bencana yang melanda daerah Yan dan Kuala Muda itu merupakan ‘amaran’ kepada mereka yang terlibat supaya menghentikan perbuatan berkenaan.

Aktiviti seperti bertapa dan memuja nombor ekor selain mandi bunga dikatakan banyak dilakukan mereka tidak bertanggungjawab terutama di kawasan Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai. Ditanya mengenai tindakan penguatkuasaan, Idris percaya bahawa pihak Jabatan Agama Islam Negeri akan bertindak sebaik mungkin untuk menghalang perbuatan itu daripada terus berleluasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : dnq.pw via bernama

Terkejut lepas ditemui ini keadaan lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai.

YAN – Keadaan lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu ditemui di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar, hari ini.

Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.23 petang. Dia yang merupakan bekas imam Masjid Yan dekat sini ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Keadaan sasaran yang kelima itu didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar. Dia ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia Kedah, Sayani Saidon memberitahu, sasaran berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit kemudian. Katanya, Ku Shuib kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya.

Ebit Lew Pergi Ke Rumah Bekas Imam Di Yan, Kedah Umur 90 Tahun Selepas Banjr

Pendakwah bebas, Ebit Lew meneruskan misi bantuan dan ziarah penduduk di Yan, Kedah yang dilanda banjir teruk. Ebit menerusi perkongsian di Facebooknya tadi berkata, dia bersama pasukannya menziarahi rumah bekas imam berusia 90an bagi memberi sedikit sumbangan dan kata-kata semangat.

“Kami ziarah rumah mantan Imam berumur 90an yang hilang dibawa air. Beri sedikit kata semangat dan doa serta sedikit sumbangan buat isterinya dan ahli keluarga. Allah Lindung Rumah Imam Ini“Sayu dengar Imam ini tak boleh bangun.

Keluarga yang mandikan dan uruskannya. Rumah ini masih selamat asbab Allah lindung dengan pokok besar. Jika tak langsung tiada tempat berpaut dan lain-lain. Dengar anak kecil cucunya bersangkut dekat dahan,” katanya hari ini.

Ebit turut memberitahu, pasukannya itu diiringi oleh ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Jamek Yan, Kedah selain turut berterima kasih kepada pihak kerajaan dan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk yang saling bantu-membantu.

“Semoga Allah beri pahala syahid buatnya. Allah beri kekuatan buat ahli keluarganya. Semoga Allah beri ketabahan buat penduduk di sini. Kami bersama Masjid Jamek Yan dan Masjid di sini. “Terima kasih AJK masjid di Yan. Terima kasih pihak kerajaan dan semua NGO dan penduduk kampung yang saling bantu membantu,” ujarnya.

sumber: kosmo

Baru semalam polis pergi rumah Ebit Lew untuk cari bahan bukti. Tapi apa yang Ebit Lew buat hari ni ramai yang rerspect.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberitahu akan terus membuat kebaikan sampai akhir hayat dan memaafkan semua pihak yang cakap buruk pasal dia. Ebit percaya ujian yang menimpa kerana ALLAH sayang turut memberitahu memaafkan apa yang terjadi dan memaafkan sesiapa sahaja.

“Perkara ini membuatkan saya lebih bersemangat dan saya akan terus membuat kebaikan sampai saya tiada,” katanya kepada media selepas memberikan keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Ebit dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan jnyh, Wanita dan Kanak-kanak (D11), JSJ Bukit Aman. Pendakwah itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi sebelum keluar dari Bukit Aman pada jam 2 petang.

Terbaru, Ebit Lew terus menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa dan menyampaikan misi bantuan kepada penduduk di Yan Kedah. “Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang.

Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu. Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam. Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian.

Petugas bertungkus lumus mencari sasaran banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini. Semoga menjadi asbab kebaikan”

Akhirnya Pengarah Jsj tampil bongkarkan apa sebenarnya yang berlaku dekat rumah Ustaz Ebit Lew.

Kuala Lumpur: “Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi tentang ftnah gangguan yang tgah jadi isu. Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Semalam Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini. Menurutnya, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang. Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.

Sementara itu, peguam Ebit, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, beliau dan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan selama lebih satu jam. Beliau berkata, pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu siasatan berkenaan.

“Polis ada menyatakan beberapa s.eksyen untuk s.iasatan k.es berkenaan namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini. Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video tak elok yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan tersebut.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Hanya pemeriksaan biasa di rumah Ebit Lew

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melakukan pemeriksaan biasa di kediaman pendakwah, Ebit Lew di Setia Alam semalam bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan membabitkan pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan dan ia bertujuan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya terdapat barangan yang dirampas ketika pemeriksaan di kediaman pendakwah terbabit dilakukan. Semalam dilaporkan, polis melakukan pemeriksaan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, dekat sini.

Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang. Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.

Kredit : HM/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sambutan orang ramai untuk sertai kem motivasi di bawah UEL masih dapat tumpuan. Ianya seolah olah tidak beri kesan.

Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu. Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19.

“Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun. Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gz4 yang didkwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Plst1n seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice. Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gz4 Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dkwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarikat Hala untuk ke Gz4. Semalam, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung dkwaan ganggvan s3ksval yang dikaitkan dengan dirinya. Sumber -K! ONLINE

Terkejut Ebit Lew tiba tiba muncul di gerai buah Azlee Senario. Tak sangka Ustaz Ebit siap beli lagi buah yang dia jual.

SELEPAS tular foto Azlee Senario berniaga di tepi jalan, personaliti dakwah iaitu Ebit Lew datang melawat gerai milik pelawak tersebut yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Menganggap ia satu kejutan yang besar, Azlee atau nama sebenarnya Azlee Jaafar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran Ebit Lew yang memberi kata-kata semangat untuk dia terus mencari rezeki dalam tempoh pandemik Covid-19.

Menurut Azlee, pakar motivasi itu juga membeli buah-buahan yang dijualnya selain memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai.“Sejujurnya saya terkejut apabila gambar saya berniaga menjadi tular. Mungkin dari situ beliau nampak dan tergerak hati nak datang ke gerai saya.

Bagi saya, ia satu kejutan yang amat besar. “Saya sangat terharu dengan kehadirannya yang sanggup turun bertemu dengan saya di tapak berniaga. Dia memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada saya agar jangan pernah berputus asa kerana Allah sayang.

“Semangat yang dia berikan sebagai satu sumber dan ilham untuk saya mencari rezeki di kala pandemik. Dia juga ada membeli buah-buahan serta sedikit sumbangan. “Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli… Alhamdulillah,” kata Azlee kepada mStar.

Pada minggu lalu, tular foto Azlee sedang duduk berniaga buah-buahan sambil menunggu pelanggan di laman sosial dan rata-rata warganet meminta orang ramai untuk membantu pelawak itu dengan membeli hasil jualannya di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Azlee mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan Jun lalu.

Dalam pada itu, Azlee mengakui banyak kerja termasuklah penggambaran filem serta konsert Senario terpaksa ditangguhkan berikutan kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti seni. Biarpun terkesan dengan keadaan sekarang, pelawak berusia 54 tahun ini tidak pernah patah semangat untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Bukan sahaja buah-buahan, Azlee turut menjual hasil lautan seperti udang galah.

“Buat masa ini, semua aktiviti seni terpaksa ditangguhkan sehingga kerajaan membenarkan semula. Jadi, saya kena cari sumber pendapatan lagi. Sepatutnya saya dan ahli Senario lain menjalani penggambaran untuk filem kami di Terengganu.

“Semuanya sudah dirancang dan tinggal untuk jalankan penggambaran saja. Konsert 25 tahun Senario yang sepatutnya diadakan bulan November pun terpaksa ditunda. Tapi tak apa, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mencari rezeki menyara keluarga.

“Sebab itu saya berniaga… walaupun berniaga buah-buahan dan seafood seperti udang galah tak banyak untung tapi saya dapatlah beli barangan keperluan serrta menyara keluarga dalam keadaan sekarang,” ujarnya.

Tular tentang Azlee Senario niaga buah di tapak pasar malam. Terkejut bila tiba tiba Raza Azura masuk komen.

Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong bisnes rakan artis yang juga merupakan pelawak, Azlee Senario. Menurut Raja Azura, Azlee kini difahamkan sedang menjalankan bisnes menjual buah-buahan segar di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

“Jom support abang saya ni. Siapa nak buah-buahan Azle? Memang sedap fresh dan murah. Macam orangnya…pemurah. “Korang boleh pergi dekat tapak Pasar Malam Saujana Utama. Depan Petronas. beli buah je tau. Orang dia jangan sebab tuan buah tuuu dah kelat-kelat masam,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Magika itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Menerusi entri yang sama, Raja Azura juga dilihat sempat mengusik Azlee yang sibuk mempromosikan barangan jualannya itu. Dalam pada itu juga, Raja Azura turut memanjatkan doa semoga bisnes yang dijalankan oleh Azlee itu akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang saya meniaga insyaallah amin. Support ok gais…..#kitajagakita,” katanya lagi. Selain buah-buahan, Azlee juga dilihat menjual beberapa produk berasaskan madu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Azlee.

“Manggis dia jual harga murah sangat. Berbaloi. “Terbaik Abang Azlee. Sempoi bak hang. “Murah manggis tu. Kalau boleh rentas, dah pergi dah dekat Abang Azlee. “Terbaik Abang Azlee meniaga. Nanti ada kesempatan saya pergi terjah,” antara reaksi-reaksi warganet di laman Instagram. Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin..

Lokasi: tapak pasar SAUJANA UTAMA

Tular Gambar Azlee Senario Berniaga Buah Dekat Tepi Jalan. Ramai Yang Puji Bila Azlee Bersikap Macam Ni.

Ramai individu yang terkesan dengan situasi ketika pandemik Covid-19 melanda negara termasuklah golongan selebriti. Sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah selebriti mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu atau menjual produk makanan misalannya, untuk kelansungan hidup.

Baru-baru ini, viral sekeping foto di Twitter menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga menjual buah-buahan di tepi jalan. Foto terbabit dipercayai diambil oleh orang awam ketika Azlee sedang duduk sambil menunggu pelanggan di kedainya yang terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Jom sama-sama kita support perniagaan abang Azlee Senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. “Orangnya tak sombong”

Berdasarkan komen netizen di Twitter, Azlee memang berniaga buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama dan ramai yang mengajak untuk sama-sama memberi sokongan dengan membeli buah dijualnya. Sesetengah warganet dilihat memuji keperibadian Azlee yang tidak sombong dan mudah mesra selain gemar berborak dengan orang lain membuatkan dia disenangi.

“Jaga-jaga nanti ada kedai Mazlan buka dkt sebelah”

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang sempat berseloroh dengan menyelit tentang dialog mahu pun babak legend daripada filem Lagi-Lagi Senario lakonan Azlee serta rakan pelawak yang lain. Antara komen warganet adalah soalan sama ada Azlee sudah tidak menjual roti canai dan ada juga yang bergurau dengan berkata nanti Mazlan akan buka kedai di sebelahnya seperti di dalam filem tersebut.

Popular pada era 90-an, antara watak pernah dibawakan Azlee yang menjadi sebutan adalah ketika dia menjadi seorang pemuda terencat akal di dalam filem Senario The Movie, watak pemilik warung roti canai dalam filem dalam Lagi-Lagi Senario dan menerusi filem Senario Lagi sebagai suami kepada Syanie.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *