Bukan sebab jadi PA buat Iqbal jadi kaya. Sekali Iqbal dedahkan apa yang dia jual dengan modal Rm500 sampai raih untung Rm10 Juta.

Nama lelaki berusia 27 tahun ini kembali hangat diperkatakan ekoran niatnya mahu memperisterikan jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida. Ahmad Iqbal Zulkefli rupanya dalam diam telah mempunyai perniagaan sendiri iaitu produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi di bawah label, Iba Perfumes.

Mesra disapa Iqbal dan pernah menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam penulisan kreatif, lelaki ini baharu saja membina empayar perniagaan selama empat tahun. Dalam masa yang singkat itu, usahawan ini berjaya membuktikan kejayaannya dengan memiliki jam tangan mewah yang dibeli secara tunai.

Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati Dato’ Seri Dr. Hajah Vida ini telah membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai. Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 dan jam kedua, bernilai RM150,000. Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf butik jam melayannya.

Imbas kembali jejak langkah pertama anak ketiga daripada lapan beradik yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini dalam dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Bermodalkan dengan hanya RM500 saja, Iqbal berjaya buktikan semangat dan tekadnya dalam perniagaan.

“Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli dan RM160,000 berjaya dikumpul. Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis. Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan produk di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta. Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya.

Cik B berubah sikap… bekas PA minta Vida terus-terang, sekali Cik B Respon

BEKAS pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli meminta usahawan kosmetik itu berterus-terang dengan anak-anak mengenai rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Iqbal, 27, tindakan Vida atau Hasmiza Othman merahsiakan hubungan istimewa mereka itu boleh mengganggu emosi dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan.

“DSV kena terus-terang beritahu tentang hubungan kita ini… dari awal lagi saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main peranan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu. Takkan saya pula nak cakap dengan Cik B! Sejak dahulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami, jadi saya sedikit terk1lan sebab dia lebih selesa berahsia… sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu. Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah semasa kecil yang berbeza dengan remaja lain sebab itulah saya kena fikirkan perasaan dia juga,” katanya.

Cik B sensitif apabila menyebut mengenai perkahwinan ibunya.

Menerusi laporan sebuah portal berita pada Selasa lalu, jutawan berusia 49 tahun ini memberitahu dia belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal perkahwinan tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B. Katanya, biarlah anak-anak mengetahui perkara ini melalui media terlebih dahulu sebelum dia menjelaskan mengenai niatnya ingin berkahwin itu. Sumber : Figuraku.com

DSV jalani ujian Ovarian Reserve. Sekali Iqbal dedah voice note tangisan gembira pada Iqbal.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi pula sepotong video dirinya menjalani ujian ovari4n reserve untuk menguji tahap kesuburannya akhir Ogos lalu. Kata Vida, menerusi ujian terbabit, dia bersyukur dirinya masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat.

“Bila ada kisah-kisah nak kahwin ni, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah… Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan boleh mel4hirkan zuriat. Maka saya buat ujian ovari4n reserve, ambil dr4h untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya. Kata doktor, tiada kolesterol pun dalam d4rah saya. Macam dr4h anak dara…,” ujarnya yang berkongsi sepotong video menjalani prosedur terbabit.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTUz-pDB90m/?utm_source=ig_embed&ig_rid=ac231c88-c791-42da-bec4-5e14f4011727

Dalam perkembangan sama, bekas pembantu peribadi yang turut digosipkan bersamanya, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi sepotong video di Instagram Stories bukti perbualannya bersama Vida. Dalam video berkenaan, Vida mengirimkan voice note men4ngis kesyukuran difahamkan selepas menjalani ujian terbabit.

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat, beginilah beliau apabila dengan saya. Voice note pagi ini beliau hantar pada saya. Men4ngis gembira. Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau kerana ‘mengik1s harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” ujarnya.

Sumber:Gempak

DSV bakal umumkan tarikh nikah. Sekali DSV akui dia memang ikhlas terima dan harap ini jodoh terbaik.

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin!

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Selepas beberapa hari desas desus pekara tersebut,akhirnya Dato Sri Vida bakal mengumumkan tarikh nikah beliau tidak lama lagi. Perkongsian tersebut telah dibuat melalui laman IG beliau pada semalam.

KOMEN WARGANET:

Sumber : Instagram Dato Seri Vida@KLMENJERIT

Kini DSV akui bakal berkahwin. Tapi ada satu benda pula yang dia kena pastikan dulu sebelum buat keputusan.

Taikun kosmetik, Datuk Seri Vida memaklumkan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak mahu terhegeh-hegeh berkahwin andai tidak mampu melahirkan zuriat memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak. Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak. Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Vida bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli selepas rakan baik usahawan berkenaan, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak memuat naik video klip pendek perbualan yang mendedahkan perkara tersebut.

Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya. Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu I Am Me itu menafikan sambil tinggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: “Tak kot (tertawa).

Iqbal dalam satu kenyataan kepada portal hiburan memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian kesuburan dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya. Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree pergi buat selamanya dalam satu kebk4ran di rumah Vida di Ipoh pada 2013. Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun berpisah pada 7 April 2017. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *