Aishah sah dah dikeluarkan dari hospital. Tapi sebelum balik ada satu benda yang dia sempat buat untuk frontliners yang menjaganya.

Penyanyi terkenal Aishah berkongsi berita gembira apabila telah keluar dari wad Hospital Ampang selepas postf CVDI9 dan menghidap jangkitan kvman. Perkara itu dimaklumkan menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Alhamdulillah, tak tahu nak cakap macam mana betapa bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah, syukurnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang, doakan juga untuk proses kesembuhan saya okay,” katanya menerusi sebuah video.

Sementara dalam entri berlainan, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu mendedikasikan ucapan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang terlibat menjaganya di hospital.

“Terima kasih kepada frontliners yang menjaga saya selama 12 hari di hospital,” tulisnya. Sebelum tinggalkan hospital berkenaan, Aishah sempat merakam video dan beberapa foto bersama petugas kesihatan yang terlibat.

Sempat Nyanyikan Lagu Bahtera Merdeka Sebelum ‘Discharge’

Selain itu, kegembiraan juga jelas terpancar apabila Aishah kelihatan seperti melompat kegembiraan. Ada juga video dia menyanyikan lagu Bahtera Merdeka.

Video :

https://www.instagram.com/p/CToViyzAAUI/?utm_source=ig_web_copy_link

Ruangan komen di Instagramnya dipenuhi ucapan warganet yang bersyukur dan tumpang gembira ekoran kesembuhannya itu. Ada 30 Ogos lalu, Aishah mengesahkan dirinya postf CVDI9 selepas menjalani ujian calitan, sehari sebelumnya.

Beliau melakukan Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, lalu disarankan doktor untuk segera ke hospital mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus. Sumber : GEMPAK

Oksigen turun mendadak. Sebak ini keadaan terkini Aishah buat ramai yang risau.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aishah berdepan detik cemas apabila tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika, hari ini. Jelas penyanyi Janji Manismu ini, pagi tadi pihak hospital cuba membuka tiub tersebut apabila paras oksigen dilihat stabil. Bagaimanapun, selepas dia ke tandas dan kembali ke katil, oksigennya turun dengan mengejut.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 56, berkata, dia juga berasa bimbang tatkala melihat ada pesakit lain dibawa ke wad khas untuk ditidurkan. “Ya Allah mental tidak kuat hari ini, bila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk di intubate (ditidurkan). Pagi tadi tahap oksigen saya 98, mereka cuba nak buka oksigen.

“Tapi bila ke tandas dan balik ke katil, paras oksigen terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95. Ya Allah teman-teman semua tolong doakan saya tidak sampai ke situ (ditidurkan).

“Saya takut dan masih banyak tanggungjawab pada keluarga yang belum selesai, anak-anak saya banyak lagi hal yang tidak selesai. Saya sangat mengharapkan doa kawan-kawan, ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” luah Aishah di Instagramnya.

Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta. Isnin lalu, Aishah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.

Dah Tak Larat Nak Jawab

I sgt menghargai doa dan segala messages of care. Tp sekrg I dah tak larat nak jawap. Mintak maaf sgt, utk family and friends terdekat boleh refer to my sons Armand or Azhad. Or boleh hubungi my @aishahfcff_official Perlukan rest.

Terdahulu Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, telah memuat naik sebuah video menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan dia sedang melakukan ujian calitan di rumahnya. “Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Dalam pada itu Aishah yang cuba dihubungi Kosmo! bagaimanapun pun tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. “Saya tidak larat untuk jawab telefon.

Sekarang, saya sedang tunggu doktor datang untuk membuat penilaian sama ada saya boleh kuarantin di rumah atau perlu dirawat di pusat kuarantin,” tulisnya menerusi WhatsApp. Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, keadaan Aishah terlihat mengah dan agak lemah.

Malah ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum dibuat ujian calitan oksigen Aishah juga tidak berada pada tahap normal. “Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” mohon Aishah.

Dalam pada itu, suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan. “Anak-anak akan dapat keputusan ujian calitan esok. Harap mereka negatif. “Alhamdulillah, suami saya disahkan negatif, maknanya setakat ini saya seorang sahaja yang positif Covid dalam keluarga kami,” kata penyanyi Janji Manismu itu.

Aishah terpaksa dibawa ke hospital lepas disahkan positif covid 19. Sekali ini pula yang terjadi lepas tu.

PENYANYI Aishah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin. Menerusi Instagram, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, berkata, ini pengalaman mencemaskan apabila dia dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Beberapa jam sebelum dibawa ke hospital, penyanyi lagu Janji Manismu ini memaklumkan dia positif virus berkenaan selepas melakukan ujian calitan atau swab test. “Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan mengenai keadaan terkini kesihatannya tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dijawab.

Aishah alami simptom Covid-19.

Sebelum itu, Aishah ada berkongsi video dia menjalani ujian calitan di kediamannya. Dalam video yang dikongsi itu, Aishah kelihatan lemah dan tidak bermaya. “Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Aishah memberitahu dia turut mengalami gejala demam dan semput. “Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” katanya.

Difahamkan suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Sumber : mStar

2 ahli keluarga pergi menghadap illahi. Zizan Razak dedahkan 24 ahli keluarga disahkan positif covid 19.

Pelawak dan pengacara Zizan Razak menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan pandemik C0vld-19. Zizan berkata, dia cukup terkesan apabila 24 ahli keluarga yang terdiri daripada ibu saudara, sepupu dan sanak saudara dijangkiti C0vld-19 serentak.

Lebih menyedihkan, katanya, covid-19 juga mngrbnkan dua ahli keluarga yang berada di Dungun, Terengganu. “C0VlD-19 bukan perkara main-main. Menambahkan kerisauan apabila berdepan pengalaman ibu saudara bersama empat sepupu yang rapat disahkan positif.

“Lebih menakutkan, bapa mentua ibu saudara dan pembantu rumah menjadi krbn dalam sekelip mata selepas dijangkiti,” katanya. Tambah Zizan, perkara tersebut menyebabkan dia trauma dan ngri untuk keluar dari rumah.

“Saya dan ibu, Anai Ibrahim tinggal di Kuala Lumpur jadi takut mahu keluar rumah. Pelbagai kisah, pengalaman dan teladan ahli keluarga yang positif menimbulkan banyak kesedaran, setiap langkah perlu waspada dan jaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan.

“Jujurnya, saya tiada keberanian nak keluar bekerja dengan jumlah harian positif C0VlD-19 melebihi 20,000. “Saya boleh mohon surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas dasar kerja, namun, saya harus memikirkan nywa dan keselamatan ibu yang tinggal sebumbung dengan saya.

“Lagi pun, kerisauan saya lebih tinggi dengan pengalaman saudara mara dijangkiti C0VlD-19. Ia juga menyebabkan hati saya tidak seronok bekerja di luar. “Kita dapat lihat seorang demi seorang menjadi korbn pandemik, termasuklah rakan baik, Siti Sarah Raissuddin yang menghmbuskan nafas terakhir pada Isnin lalu,” katanya kepada BH Online.

Zizan Razak sempat kongsikan gambar semasa kecil untuk ucapan hari lahir abangnya. Sekali lain pula yang warganet perasan.

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bersama abangnya, Hafiza Razak. Zizan berkongsi foto ‘throwback’ itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sempena ulang tahun kelahiran abang kesayanganya.

“Happy birthday to my big brother @hafizarazak semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa dilindungi Allah dan panjang umur. #happybirthday #sibling,” tulisnya. Bagaimanapun, apa yang menarik perhartian bukanlah gelagat Zizan di dalam foto tersebut sebaliknya bahagian hidungnya.

“Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat” – Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian. “Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat. Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tinggalkan coretan berbentuk gurauan semata-mata untuk mengusik Zizan. “Dulu hidung tak lah macam senapang sangat,” komen @hilmihalim. “Time kecik tak adalah tinggi nau hidung, sekarang bakpe die meninggi nau tu bang,” usik @famy420

“@zizanrazak869 time ni hidung awak belum besau lagi eh… Tapi walau macam mana pun saya minat awak! Time ni awak comey je eh” coret @norah_hanns. Terdahulu, Zizan sebelum ini memang terkenal dengan bentuk hidung yang mancung di kalangan peminatnya. Sumber : GEMPAK / IG Zizan Razak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *