Ruhainies muat naik video sakan menari. Tapi benda ni pulak yang warganet perasan dengan pakaian dia.

Sakan Ruhainies menari di TikTok! Ramai yang terpesona dengan kecantikannya. Nampak biasa je pelakon ini menari tapi rupa-rupanya ada mata nakal yang memerhati. Mninjau di ruangan komen, ada yang tak senang tengok seluar yang dipakainya. Sama warna kulit dan nampak macam tak berpakaian pula kata warganet.

Antara komen:

“Terkejut aku, ingatkan dia tidak pakai seluar.”  “Dia yang pakai, aku yang segan nak tengok.” Sementara itu ramai juga yang bagi nasihat supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan apa-apa video yang dimuat naik di media.

Ruhainies tak perasan kot, kan tengah syok menari? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Jodoh rahsia tuhan. Lama menyepi Ruhainies mula bongkarkan sifat baik Zul Ariffin. Dalam diam rupanya ini perangai Zul Ariffin.

Dilihat mesra bersama selepas bergandingan menerusi drama Wifi Sebelah Rumah, ramai peminat mendoakan agar pelakon Ruhainies dan Zul Ariffin bertemu jodoh. Menurut Ruhainies, dia mengakui selesa berkawan dengan Zul namun hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja. Kata Ruhainies sikap Zul yang mudah mesara membuatkan mereka jadi rapat.

“Jodoh dengan Zul? Saya tak berani nak cakap soal itu. Tetapi setakat ini saya cukup selesa berkawan baik dengan dia. Seronok kawan dengan Zul.

“Saya memang suka menyakat dia di set penggambaran. Dia pun g.ila-g.ila juga. Kerja pun jadi senang bila dua-dua serasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies memuji Zul seorang lelaki yang baik serta berharap akan dapat bergandingan bersama lagi selepas ini.

Haihh dia ni kalau xkacau org x sah. susah betul nak cari gambar yang proper. Ada je dia buat muka pelik2. Kang kalau i post dia kata i selfish pulak pilih gmbr i je cantik. Tapi sapa suruh main2 kan! Grrr.. but yang paling penting, we had so much fun on set! Rindu the whole team! Oh, ya! Goodnews untuk korang yang dah lama menanti drama bersiri #wifisebelahrumah !! This drama is now available to watch on @disneyplushotstarmy , yay! Finally, Enjoy guys!

@zul_ariffin is gonna kll me for uploading this video. AHAHHA.  patut tak i block dia sebelum dia nampak? here’s some clips/BTS during on set for drama series #wifisebelahrumah. One of the best project for me. We had so much fun shting for this drama series i swear. It took us only 3weeks untuk habiskan semuanya 16eps!

@zul_ariffin is one of the best sparring partner. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. He’s actually funny + pemalu tbh. walaupun hobi dia suka kacau orang. And tak lupa jugak. @fadlanhazim, @keithfoo, @ridzuan__hashim, @nurinafiqaaah dan yang lain lain.

Im so grateful dapat bekerja dengan all these positive people around me the whole team pun best, our director abg @shuhaimizulkefli yang sangat sporting and fun to work with. To those yang belum tengok, korang boleh subscribe @disneyplushotstarmy dan boleh strim #wifisebelahrumah today. I promise you guys will enjoy this drama as much as i do. Especially during this MCO. Boleh la release stress sikit I love the storyline, the script, the editing, EVERYTHING! have fun!

“Walaupun penggambaran drama itu sudah tamat tapi hubungan kami masih baik. Lagipun kalau peminat suka gandingan kami, maksudnya berjayalah drama tersebut. “Zul pun seorang lelaki yang baik dan sopan. Saya tak kisah pun kalau orang nak cakap atau doakan itu ini, jodoh kan rahsia Tuhan?” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Video ada yang pertikaikan jantina Ruhainies. Terkejut sekali ini yang warganet perasan.

Bergelar anak seni membuatkan pelakon kecil molek, Ruhainies yang kini semakin digemari ramai gara-gara watak Ellani. Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas yang mempunyai wajah cantik molek sering mendapat pujian dari para peminat beliau.

Terbaru dilaman instagram beliau terdapat video menarik perhatian warganet. Video yang berudasi beberapa saat tersebut telah membuatkan para peminat beliau bertanya mengenai jantina Ruhainies.

Ada orang tanya i….. 

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CQOqPMyDBjO/

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Ruhainies

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Apa komen anda?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Teruja Bila Ruhainies Kongsikan Video Pakai Baju Pengantin. Sampai Ada Yang Komen Macam Ni.

Pelakon Ruhainies seakan-akan memberi bayangan bakal menamatkan zaman solo selepas kakaknya yang juga aktres, Risteena Munim selamat bernikah pada Mac lalu. Menerusi laman Instagram, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik posting video reels memaparkan dirinya mengenakan busana serba putih berserta kapsyen ‘menghitung hari’.

Menerusi pemerhatian, video tersebut turut dikongsi oleh produksi video perkahwinan yang tidak asing lagi di negara ini iaitu CST Production di Instagram rasmi mereka.

‘Counting days’

Posting berkenaan menerima komen rakan artis dan peminatnya yang teruja sekiranya benar pelakon berusia 29 tahun itu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Rata-rata mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat Ruhainies melangsungkan perkahwinan apabila sebelum ini dikhabarkan bercinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mr E. Bagaimanapun, tiada pengesahan lanjut daripada Ruhainies mengenai perkara tersebut sama ada video pra-perkahwinan atau hanya gimik drama semata-mata.

Sumber: Instagram Ruhainies

Tular masih ada yang degil sampai nak anjurkan majlis kahwin ketika PKP. Sekali ini tindakan polis.

Semalam kec0h di media sosial apabila polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Komp4un tersebut dikeluarkan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0. Pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar dalam kediaman berkenaan.

Difahamkan juga, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki tuan rumah itu tetapi tindakan itu tidak bertepatan dalam keadaan semasa. Perkara itu sekali gus mengundangan kem4rahan warganet kerana masih ada yang berani dan degil mengadakan majlis ketika orang ramai sedang menjalani ‘total l0ckdown’.

“Kau boleh sabar tak. nak buat majlis kahwin pun. Dah kenapa degil sangat”. Inilah masalah rakyat Malaysia memang degil dan suka ingkar PKP. Takkanlah tak tahu tak boleh buat majlis kahwin. Ingatkan time Cov1d jimat, rupanya tak…sebab kena k0mpaun,” tulis beberapa warganet.

Sekadar info, sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Semalam kerajaan umumkan pkp 3.0 disambung lagi 2 minggu. Tak boleh berdiam sekali Ismail Sabri tampil bersuara jelaskan sebab apa pkp perlu disambung.

KERAJAAN memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021. “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi.

Kes Masih Tinggi. “Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5, 000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam (Khamis) ialah 6, 871.

“Senarai positif atau negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” demikian menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri yaakob pada Jumaat.

Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. Naik semula… Malaysia rekod 6,849 j4ngkitan baharu, 84 lagi krban.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6, 849 kes baharu, menjadikan keseluruhan 646, 411 kes setakat Jumaat. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 78, 864 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6, 849 kes baharu yang dilaporkan, 6, 845 kes merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah jangkitan luar negara. Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 558 kes, diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699) dan Negeri Sembilan (685).

Putrajaya pula merekodkan 10 kes pada hari ini, manakala Perlis dengan dua kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 84 kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3, 768 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat. Beliau berkata, sebanyak 7, 749 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 563, 779 kes.

“Sehingga kini, terdapat 912 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana 458 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. ‘Saya dah lama maafkan semua orang yang marah saya’

Selepas menarik perhatian warganet dengan gambar menutup pintu pejabat, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi jadi perhatian warga net apabila secara spontan menjawab permohonan maaf seorang pengguna media sosial terhadapnya.

Pemilik akaun Facebook Eyra Ziraa dari Taiping sebelum itu memohon maaf secara terbuka kepada Ismail Sabri kerana mendakwa sebelum ini dia sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap naib presiden Umno terbabit.

Melalui pengakuan itu Eyra Ziraa berkata sebelum ini dia banyak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ismail Sabri. Namun katanya ketika ini dia melihat ahli parlimen Bera itu seperti kepenatan kerana bekerja dan menanggung “beban”.

“Menteri lain saya tak tahu, tapi Datuk Seri banyak memikul beban seolah semua benda dipikul Datuk Seri, tertengok live ‘Pak Long Mail’ dengan Dr Noor Hisham, rasa sayu hati,” katanya dalam satu hantaran di ruangan komen Facebook Ismail Sabri.

Ismail Sabri secara spontan tampil menjawab komen Eyra Ziraa dengan berkata dia memaafkan semua individu yang melahirkan rasa marah terhadapnya di media sosial. Bahkan dengan rendah hati Ismail Sabri turut memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia dan berikrar akan melakukan yang terbaik kepada semua rakyat.

“Saya dah lama maafkan Eyra dan semua yang marah kepada saya. “Saya tahu sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah.

“Saya pun mohon maaf.. terima kasih kerana memahami. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” tulis Ismail Sabri. Ismail Sabri merupakan salah seorang menteri kanan dalam kabinet Perikatan Nasional (PN) yang diketua Muhyiddin Yassin.

Diberikan portfolio mengetuai Kementerian Pertahanan, dia menjadi watak utama dalam kempen menangani Covid-19 selepas PN menjadi kerajaan. Malah pada satu ketika Ismail Sabri muncul setiap hari di kaca TV untuk memberikan maklumat terkini mengenai situasi negara.

Dia juga adalah orang yang menjelaskan dari semasa ke semasa perkembangan prosedur operasi standard (SOP) semasa menghadapi Covid-19. Kelmarin Ismail Sabri jadi perhatian apabila memuatnaik gambar menutup pintu pejabat dengan kapsyen tergantung.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…..” tulisnya di Facebook. Hantaran itu dimuat naik selepas dia mengumumkan bahawa kilang arak tidak dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *