Keadaan anak kini berada pada tahap teruk. Rupanya ini yang terjadi pada anak Shahrol Shiro.

KEADAAN kesihatan anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan apabila doktor memaklumkan buah pinggang bayi berusia lapan bulan itu mengalami masalah dan sudah berada di tahap kronik.

Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna berkata anak kedua mereka itu memerlukan rawatan segera selepas kedua-dua buah pinggangnya rosak dan membengkak. “Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah bengkak.

“Kata doktor Ismail perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak. “Memang terkejut dan sedih apabila mendapat keputusan itu. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggang Ismail mengalami kerosakan dan sudah teruk,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Anna berkata dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kesihatan anaknya apabila Ismail sering demam dan terdapat sesuatu yang tidak normal pada air kencing. Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, Anna dan suami mengambil keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

“Dia selalu demam on off… kalau tengok secara fizikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena. “Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.

“Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik,” ujarnya. Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya itu segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus melwn penyakit.

“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami. “Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan untuk anak Anna.

“Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian… semoga Allah balas semua jasa baik kalian,” ujarnya. Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun. Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.

SUMBER: MstarOnline

Anak baru sahaja keluar wad. Sekali Shahrol Shiro pula ditangguhkan keluar dari wad dan ini sebabnya.

Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanan Syamimi mengesahkan suaminya dimasukkan ke wad pada Ahad lalu kerana sinusitis. Nor Farhanan atau lebih mesra disapa Anna itu berkata Shahrol dimasukkan ke hospital bagi menjalani operasi kali ketiga sinusitis.

“Shahrol dit4han di wad sejak Ahad lalu selepas tiga minggu men4han s4kit, sampai tak boleh nak tidur malam pun. Itu yang pergi hospital dan scan…Tengok-tengok dah ada nanah di rongga hidung dan mata. Shahrol menjalani operasi pada Selalu lalu untuk membuang n4nah tersebut. Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Sepatutnya dah boleh balik hari ni tapi masih ada pendr4han, mungkin dalam dua tiga hari ini dibenarkan pulang. Harap-harap sinus dia okay selepas kali ketiga operasi ini,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai keadaan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, 8 bulan, yang juga sedang dirawat di hospital, Anna berkata keadaannya sudah semakin baik.

“Alhamdulillah, Ismail sebenarnya mengalami dem4m panas ketika ayah dia dimasukkan ke hospital Ahad lalu. Namun selepas dua hari memantau, keadaan Ismail nampak membimbangkan dan dia ditahan di wad. Dalam masa sama saya juga risaukan Rizqi (anak sulung). Mujur kakak saya ada dan dia yang jaga Rizqi sepanjang saya menemani Ismail di hospital. Ismail dah boleh keluar hari ini dah semakin ceria,” katanya.

Dalam pada itu Anna mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan suami dan anaknya. “Insya-Allah, Shahrol baik-baik sahaja. Terima kasih yang beri kata-kata semangat dan positif buat suami. Kepada yang mendoakan Ismail juga, terima kasih ya,” katanya dalam nada terharu.

Terdahulu, Shahrol berkongsi mengenai perkembangan terkininya di hospital menerusi laman sosial Instagram (IG)nya. Dalam entri tersebut Shahrol memohon maaf kepada semua yang tidak dapat menghubunginya sejak tiga hari lalu. Sumber : gempak

Isteri Baim Wong dijangkiti sakit ini pula. Ini keadaan terkini isterinya.

Pelakon Paula Verhoeven yang juga isteri aktor terkenal Indonesia, Baim Wong yang sedang sarat hamil ujian sekali lagi teruji apabila dijangkiti denggi berdr4h. Biarpun telah beransur sembuh, Baim memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan ksejahteraan isterinya memandangkan keadaan Paula kini sedang hamil anak kedua.

“Kesayangan saya sudah sembuh. Mohon doanya untuk kesihatan Paula dan juga bayinya. Selepas membaca kapsyen ini, ambil kesempatan untuk baca Al-Fatihah ya. Doa itu didengar Allah SWT. Semakin banyak yang mendoakan, Insha-Allah doanya terkabul,” katanya.

Terdahulu, Paula mencetuskan teka-teki apabila dia berkongsi dirinya berada dalam wad di hospital yang turut ditemani Baim dan anak mereka, Kiano. Sebelum ini, pelakon terbabit turut mencetuskan kerisauan selepas disahkan positif Covd-19 pada Mei lalu dan telah menjalani rawatan dan kuarantin kendiri di rumah. Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun. Sumber -K! ONLINE

Elyana persoalkan kenapa orang lain boleh sembuh dengan sakit yang sama dengan dirinya tapi bukan Elyana. Rupanya ini yang berlaku dengan padanya.

Hujung tahun lalu, penyanyi Elyana memaklumkan barah lmf0m4 yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila turut merebak ke beberapa organ badannya. Meskipun sedang kuat mlw4n barah tersebut, namun Elyana tidak pernah menunjukkan pend.eritaan yang dihadapinya. Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah putus asa melwan sakitnya.

“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas,” katanya. Namun Elyana berkata sebagai manusia biasa dia juga pernah rasa kecewa dan pernah tertanya-tanya mengapa dirinya diuji sedemikian rupa dan mempersoalkan mengapa orang lain boleh sembuh namun tidak dirinya.

“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kecewa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan sakit barah. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya? Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain sakit yang sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya.

Baru sahaja keluar hospital untuk menambah dr4h, Elyana berkata terpaksa menjalani rawatan radioterapi selepas mendapati ada ketmbvhan pada bahagian tengah dadanya.

“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah dr4h, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketmbvhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terpksa menjalankan rawatan radioterapi secepat mungkin. Kesan ketmbvhan ini, saya sukar bernafas, malah b4tuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik b4tuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan. Selain dada, barah turut merebak pada bahagian parv-parv, belakang r.ahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan steroid, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg,” katanya.

Elyana mula terasa kesan radioterapi

Penyanyi dan pelakon Elyana mula mengalami pecah lidah dan ulser dalam mulut selepas menjalani sesi keenam rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam. Elyana, 34, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah dr4h, masukkan susu dan benda lain. Sekarang baru terasa kesan radi0terapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas. Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya.

Elyana yang sudah 10 tahun menghidap barah lmf0m4 tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang. Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini. Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.

Pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram miliknya memaklumkan dia nekad menjalani rawatan radioterapi itu untuk kesembuhan sakit barah tersebut demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak. Menurut Elyana, dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot. Sumber : News Update

Lama menyepi Elyana tampil bersuara dedahkan berat badan dia terkini. Rupanya dia tengah jalani rawatan selama 10 hari.

Baru-baru ini, peyanyi Elyana memuat naik perkembangan terbarunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital. Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Sentiasa berfikiran positif

Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan cairan merah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.

“Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek cairan merah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram. “Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan cairan merah. Ini baru first bag cairan merah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chmo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya. Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.

“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu. Terdahulu, Elyana mengesahkan dirinya menghidap sakit limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu. Sumber  :  http://trendingkini.pw/

Warga emas positif covid 19 yang larikan diri dah ditemui semula. Terkejut ini sebab boleh jumpa balik individu tersebut.

SEORANG lelaki warga emas di Tongod, Sabah yang bersembunyi bagi mengelak daripada mendapatkan rawatan selepas disahkan positif Covid-19, ditemui semula. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Karim Jikri, 69, ditemui di ladangnya dekat kediamannya di Kg Kuala Tongod, kira-kira kira-kira 270 kilometer dari Kota Kinabalu.

Lelaki berkenaan ditemui kira-kira pukul 7 petang Isnin. Warga emas itu dibawa ke klinik Tongod dan kemudian dihantar ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan. Pada Ahad, pasukan perubatan berkunjung ke rumahnya bagi memaklumkan dirinya didapati positif Covid-19 hasil ujian saringan.

“Dia diminta untuk bersiap sedia kerana ambulans akan tiba bagi menjemputnya pada tengah hari, dan dia dilihat mula mengemas,” katanya Dzulbaharin. Beliau berkata, warga emas itu turut dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.Bagaimanapun, kediaman warga emas itu di Kg Kuala Tongod berkunci sebaik pasukan perubatan tiba pada tengah hari bagi menjemputnya. – The Star

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *