Bakal bersidang minggu depan di bawah kepimpinan Pm baru. Ini beberapa kemungkinan pada sidang parlimen nanti.

Parlimen akan bersidang semula pada 13 September, yang merupakan kali pertama ia bersidang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob. Ini juga merupakan persidangan Dewan Rakyat secara bersemuka pertama dalam tempoh 270 hari selepas kali terakhir ia bersidang pada 17 Disember tahun lalu.

Sidang khas parlimen selama empat hari diadakan pada Julai lalu oleh kerajaan Muhyiddin Yassin setelah mendapat tekanan daripada Yang di-Pertuan Agong. Berada di ambang kejatuhan, kerajaan Muhyiddin pada masa itu mengubah sidang khas berkenaan menjadi sesi taklimat oleh para menteri. Kerajaannya bagaimanapun akhirnya tumbang.

Dengan Ismail Sabri kini merupakan perdana menteri dan kurang empat bulan sebelum 2021 berakhir, sidang parlimen tahun ini perlu dihabiskan pada masa yang berbaki. Terdapat dua pusingan mesyuarat yang akan dijalankan secara berturut-turut. Parlimen bersidang dari Isnin hingga Khamis, kecuali cuti umum.

Dalam mesyuarat pertama, Dewan Rakyat akan bersidang dari 13 September hingga 12 Oktober, diikuti oleh Dewan Negara dari 4 Oktober hingga 26 Oktober. Mesyuarat kedua akan disusuli dengan persidangan Dewan Rakyat dari 25 Oktober hingga 16 Disember dan Dewan Negara dari 14 Disember hingga 23 Disember. Belanjawan 2022 akan dibentangkan dalam mesyuarat kedua ini. Inilah yang harus diperhatikan semasa mesyuarat pertama parlimen pada sesi 2021.

Titah diraja

Titah Yang di-Pertuan Agong kebiasaannya disampaikan pada hari pertama mesyuarat parlimen penggal pertama setiap tahun di hadapan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Titah itu disediakan kerajaan dan kebiasannya Agong akan menggunakan teks yang telah disiapkan.

Namun akibat Istana Negara diseret dalam krisis politik pada tahun lalu, perlu diperhatikan jika istana menyisipkan pesanannya sendiri dalam titah diraja tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengisytiharkan darurat pada Januari berikutan kerajaan pimpinan Muhyiddin memerlukan lebih banyak kuasa untuk memerangi wabak Covid-19. Namun pada Jun, Majlis Raja-Raja menitahkan agar Darurat tidak dilanjutkan.

Seri Paduka juga memanggil speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara untuk menitahkan agar parlimen bersidang semula berikutan keengganan kerajaan ketika itu. Agong sekali lagi diseret ke dalam konflik dengan kerajaan Muhyiddin apabila kerajaan menolak untuk

membentangkan Ordinan Darurat bagi dibahaskan di Dewan Rakyat sebagaimana dititahkan. Tetapi drama itu mungkin tidak berakhir di bawah kerajaan baru apabila Seri Paduka kini diseret ke dalam episod “cakap dengar”

Agong secara terbuka menitahkan agar perdana menteri baru membenarkan usul percaya dibentangkan di parlimen, namun kerajaan sekarang mendakwa baginda telah berubah fikiran. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan perkara itu disampaikan oleh Ismail Sabri semasa mesyuarat kabinet.

Tetapi tidak lama selepas itu, timbul persoalan apakah yang diberitahu oleh Ismail Sabri dalam mesyuarat kabinet adalah tepat seperti yang dihendaki Yang di-Pertuan Agong. Sehingga kini, tidak ada pengumuman rasmi bahawa Agong telah menukar pendirian baginda, oleh itu, titah Agong pada hari pertama persidangan parlimen akan menjadi peluang bagi baginda untuk memberi penjelasan.

Undi percaya

Buat masa ini, tidak ada usul dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk Ismail Sabri mendapatkan undi percaya. Keengganan kerajaan mengesahkan majoriti yang diperolehnya adalah aneh kerana sokongan terhadap

Ismail Sabri daripada 114 daripada 220 anggota parlimen di Dewan Rakyat tidak dipertikaikan walaupun oleh pembangkang, dengan dua kerusi masih kosong. Pembangkang kini mempertimbangkan semula mengenai perjanjian keyakinan dan perbekalan dengan Ismail Sabri.

Mereka melihat keenganan menguji majoriti, proses yang normal secara demokratik, sebagai langkah yang salah dan bukan petanda baik bagi komitmennya terhadap pembaharuan.

Menarik untuk diperhatikan jika kerajaan membenarkan usul percaya setelah persidangan parlimen bermula sebagai respons terhadap tekanan yang diterimanya. Akan tetapi, tekanan itu boleh dikendurkan oleh Seri Paduka sekiranya disahkan bahawa baginda tidak lagi mengkehendaki undi percaya.

Kedudukan timbalan speaker

Jawatan timbalan speaker kosong setelah Azalina Othman meletakkan jawatan pada 18 Disember. Secara rasmi, Azalina menyebut perlunya pembaharuan di parlimen, malah mengesyorkan ahli parlimen pembangkang dilantik menggantikan tempatnya.

Selain itu, pengundurannya, kurang seminggu sebelum kabinet baru diumumkan, memberinya peluang untuk dilantik sebagai menteri, berikutan pengalamannya sebagai menteri undang-undang dari tahun 2015-2018.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengetepikan Azalina, yang merupakan penyokong dari kem yang berasingan dalam Umno. Kekosongan jawatan timbalan speaker menarik perhatian kerana ia boleh berfungsi sebagai proksi undi percaya.

Walaupun undi percaya untuk memilih timbalan speaker tidak memerlukan majoriti mutlak, penglibatan penuh ahli parlimen pembangkang akan memaksa kerajaan melakukan hal yang sama, memandangkan Ismail Sabri hanya memiliki majoriti empat kerusi.

Kerajaan juga telah melantik Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, yang merupakan Umno 15 – iaitu antara 15 ahli parlimen Umno yang bertanggungjawab menjatuhkan Muhyiddin Yassin – untuk mengisi jawatan timbalan speaker.

Langkah itu kemungkinan akan mengekalkan sokongan 114 anggota parlimen kerajaan. Kumpulan Umno 15 dilihat hilang sabar atas beberapa keputusan Ismail Sabri, termasuk mengekalkan sebahagian besar anggota kabinet Muhyiddin sebelum ini dan melantik bekas perdana menteri itu sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Kerajaan juga menggunakan strategi serupa yang digunakan kerajaan Muhyiddin sebelum ini untuk melantik speaker dan timbalan speaker dengan mendakwa pembangkang tidak menamakan calon, oleh itu undi tidak diperlukan kerana hanya ada seorang calon kerajaan bagi jawatan itu. Tidak jelas apakah pembangkang menamakan calonnya sendiri untuk jawatan timbalan speaker.

Kedudukan speaker

Cakap-cakap dalam lingkungan Umno 15 adalah mereka mungkin mencalonkan Azalina sebagai speaker baru selepas dia tidak terpilih untuk jawatan menteri. Azalina yang merupakan sebahagian daripada Umno 15, turut menampakkan dirinya sebagai penyokong kuat pembaharuan parlimen.

DAP turut terbuka untuk mencalonkan Azalina sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru. Bagaimanapun, tidak ada petanda bahawa Ismail Sabri mahu menyingkirkan speaker Dewan Rakyat yang sekarang ini, Azhar Harun, yang menunjukkan sikap sebagai sekutu yang boleh diharap buat cabang eksekutif.

Kedudukan Azhar mungkin tidak akan terncm, meskipun jika pembangkang dan Umno 15 bekerjasama, memandangkan apa-apa usul untuk menyingkirkannya, harus melalui dirinya. Membangkitkan soal konflik kepentingan,

Azhar menyerahkan urusan usul untuk menyingkirkannya kepada timbalan speaker, Mohd Rashid Hasnon, seorang ahli parlimen PN yang hampir pasti menyebelahinya, selagi mana kedudukan Azhar itu masih direstui kerajaan. Ada dua jawatan timbalan speaker. Satu lagi kosong buat masa ini.

Perjanjian keyakinan dan perbekalan

Syarat utama ditetapkan pembangkang untuk perjanjian keyakinan dan perbekalan dengan kerajaan ialah pembaharuan parlimen. Menteri undang-undang membayangkan Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) yang dapat memberikan Dewan Rakyat lebih autonomi, dan juga permodenan undang-undang berkaitan parlimen, dengan menggantikan Akta Hak Istimewa & Kuasa Parlimen 1952.

Dia turut berkata kerajaan sedang mengkaji pembaharuan terdahulu yang dicadangkan Muhyiddin, termasuk had penggal untuk jawatan perdana menteri. Bagaimanapun, dengan permulaan goyah yang tidak menggambarkan keyakinan terhadap komitmen kerajaan, pembangkang mungkin mahu melihat komitmen yang lebih meyakinkan apabila parlimen bersidang nanti.

Ini termasuklah pembentukan jawatankuasa dwipartisan untuk meneliti soal pembaharuan. Komitmen kerajaan penting kerana tempoh jawatan Ismail Sabri hanya akan bertahan kurang 22 bulan sehingga luputnya penggal parlimen, yang bermakna sekiranya mereka tidak bertindak tangkas, banyak pembaharuan yang dicadangkan akan terkubur begitu sahaja.

sumber: mkini

Lepas je Ismail Sabri umum boleh rentas daerah antara Kl Putrajaya dan Selangor. Terkejut bila warganet mula luahkan ini di laman fb Ismail Sabri.

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan itu akan menikmati kelonggaran sama dengan negeri-negeri yang sudah memasuki Fasa 2 sebelum ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan kepada individu sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain kebenaran merentas daerah ialah pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Komen warganet:

Rata rata komen warganet di laman Facebook Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kerana memberi kelonggaran tersebut untuk Lembah Klang. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana kes masih terlalu tinggi dan tanpa kelonggaran ini pun kelihatan rakyat mula membanjiri ibukota.

Ada juga komen yang mengatakan tidak sepatutnya diberi kerana gusar ada yang tidak menjaga SOP kerana sudah bebas bergerak ke sana ke sini.“Macam mana dengan Penang? Kes capai 2000++ hari ni. Tiada plan tindakan dikemukakan. Penang cuma negeri kecil. Without a proper plan, it could be a catastrophe”

“Dato tlong la bg kelonggaran kepada suami yg ckup 2 dose teman isteri bersalin…kt kedai dh boleh mkn..xkn suami nk teman isteri bersalin kejap x boleh…mkn kt kedai bila2 masa boleh…teman isteri bersalin bkn slalu…sy hrap dato baca la komen sy…

“Assalam dato Ismail Sabri Yaakob nak tanya la. Kalau dh complete fully vaccine. Boleh tak bawa anak2 jalan2 masuk mall untuk dine in atau beli belah. Xlalu nak tinggal anak time cuti kat pengasuh. Pengasuh pun nk rehat juga . Dah tu anak² pun nk juga bersantai dgn parents diorg kat luar asyik memerap je kan. Boleh ke tidak??”

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI

Makin lama makin habis. Tak boleh berdiam lagi sekali ini luahan Jasmin Hamid sampai tag nama PM.

” Allahuakhbar… Moga Allah permudahkan segala urusan anak seni industry kreatif Malaysia dan kita semua yang sangat terkesan dengan wab4k ini..” Itu luahan pelakon berkaliber, Jasmin Hamid di Instagram beliau merayu pihak kerajaan agar membenarkan sektor industri seni hiburan dibuka semula.

Jasmin, 47, berkata, tiada perkara lain diharapkan oleh penggiat seni yang semakin terhimpit akibat penutupan industri kreatif sejak penularan C0VDI9 selain dari mendapat kebenaran segera bagi melakukan aktiviti penggambaran.

” Mohon Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Ismail Sabri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) beri peluang kepada kami anak seni untuk bekerja semula di Fasa 1, memandangkan banyak sektor sudah di buka semula di Fasa 1. Moga di bawah Pentabiran Tan Sri Annuar Musa , dapat berikan nafas baru untuk kami anak seni. Ramai yang dah ten4t.. Start PKP 3.0 lagi kami dah tak kerja sampai sekarang.. Simpanan dah nipis atau ada yang dah kosong kosong kosong….sampai berhutang sana sini.. Ada yang dah kena halau pun.. Sampai bila nak kena harapkan bantuan kerajaan dan orang ramai? Sebulan dua, orang boleh tolong.. Lepas tu orang pun meluat dan lari. Kami ada kerja tapi masih tak dibenarkan bekerja. Macam mana dengan nasib kami yang terkandas shooting di Fasa 1? Shooting outdoor cuma di benarkan di negeri Fasa 2 ke atas sahaja dengan SOP yang sangat ketat.” Katanya.

Tambah Jasmin, kebanyakan penggiat seni sudah lengkap mendapat svntikan vksin dua dos sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan namun masih tidak dapat meneruskan kerja-kerja seni.

” Sedangkan dah ramai di antara kami yang sudah lengkap dos tapi masih tak dapat sambung bekerja di Fasa 1 terutama kerja yang tertangguh. Kalau macam ni, lambat la lagi uols nak jumpa Mak Ngah Gayah.. Mau berjalan balik dari lumpuh, baru dapat jumpa balik uols.. Saya merayu pada pihak atasan.. Pandanglah kami ni.. Ataupun pandanglah mata anak-anak dan mak bapak kami, di bawah tanggungan kami ni. Mohon pihak MKN beri SOP baru pada FINAS Malaysia untuk kelulusan kami shooting kembali di Fasa 1.” akhiri Jasmin.

Jangan fikir semua pekerja seni kaya

Sementara itu berdasarkan respon warganet, rata-rata bersetuju dengan Jasmin dengan meminta agar kerajaan tidak menganak tirikan golongan pekerja seni. Malah pastinya yang paling terkesan sebenarnya pekerja-pekerja yang bekerja di belakang tabir.

” Ya…jangan fikir semua artis-artis nie kaya-kaya belaka..ada juga yang susah..begitu juga denagn krew di sebalik tabir..aduhai..lama juga tiada pendapatan sejak musim COVlD nie..moga urusan kalian dipermudahkan..aminn” tulis Izhar. Sumber: thebolalive

Walaupun dah lama tak jumpa tapi masih ramah dan sporting. Jasmin Hamid akui tak akan lupa jasa yang pernah Diva AA lakukan.

Pelakon Jasmin Hamid mengatakan dia tidak akan pernah lupa akan jasa baik pengacara sensasi, Azwan Ali terhadapnya. Menurut Jasmin, Azwan atau kini lebih dikenali sebagai Diva AA pernah berkongsi ilmu tentang selok belok dunia pengacaraan kepadanya suatu ketika dahulu.

“Mohon jaga lisan! Selepas bertahun tak jumpa, Allah izinkan kami berjumpa kembali..Masih sama, ramah dan sporting. Saya tak akan lupakan jasa beliau kerana beliau pernah curahkan ilmu sebagai pengacara pada saya masa pertama kali saya jadi pengacara dan kami digandingkan bersama untuk sebuah rancangan hiburan di RTM dulu,” kongsi Jasmin di Instagram. Mengulas lanjut tentang detik yang diimbas kembali itu, Jasmin akui sangat gementar ketika pertama kali bekerjasama dengan Diva AA.

Bagaimanapun menurutnya, pengacara sensasi itu tidak lokek memberi bimbingan kepada pendatang baru.”Hendaknya masa itu, first time saya jadi pengacara dan digandingkan pula dengan pengacara hebat Malaysia, nervous gila saya. Walaupun beliau seorang yang hebat dalam kerjayanya tapi beliau tetap kongsikan ilmu dan beri bimbingan pada saya sebagai orang baru. Buatkan saya rasa selesa bekerja dengan beliau,” kongsinya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata warganet tinggalkan respon positif, ada juga yang mengimbas pelbagai momen Azwan Ali suatu ketika dahulu. Terbaru, Diva AA mencetuskan kontroversi apabila bercadang mahu mengemukakan sam4n terhadap seorang selebriti wanita yang didkwa melakukan ftnah terhadapnya. Diva AA berkata, tindakan tersebut diambil kerana selebriti tersebut telah mengaitkan kemewahan dirinya dengan seorang menteri sebelum ini yang dipercayai Azmin Ali.

Pada 16 Ogos lalu, Gempak melaporkan Diva AA telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit. Terdahulu, kontroversi mula tercetus apabila Diva AA menegur cara berpakaian seorang selebriti wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin. Selebriti wanita itu kemudiannya bertindak membalas ciapan Diva AA di Instagram kerana terkejut dengan perkataan ‘brit mak hang’ yang ditulis pengacara berkenaan. Sumber : Gempak

Boleh pula nak buat lawak dengan agama sendiri. Sekali PU Syed pula tampil tegur Diva AA.

Pengacara terkenal, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontr0versi apabila tular video mendkwa dirinya mempermainkan agama. Dalam video tular itu, Azwan terlebih dahulu ditanya mengenai persediaan menghadapi MalaIkat Mun.kar dan Na.kir. Dia kemudiannya memberi jawapan sp0ntan yang dianggap keterl.aluan oleh orang ramai. Lebih mengec3wakan apabila penyampai radio turut tert4wa selepas mendengar jawapan yang diberikan itu.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pengacara ini muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO. Video viral ini bukan sahaja menerima perhatian pengguna media sosial, malah Pencetus Ummah, PU Syed turut dilihat memberikan t3guran.

Jelas PU Syed, perbu4tan itu adalah mel4mpau, ses4t dan memalvkan agama tidak kiralah sama ada dia bergur4u ataupun tidak. Malah, MalaIkat bukanlah mkhluk yang boleh dibuat gurauan atau s3ndaan. Soal mun.gkar dan na.kir pun saudara boleh buat main, cukuplah warganet dok hadap c4ci mak1 saudara setiap kali berdepan dengan kamera. Mestikah dikaitkan dengan mak bapak orang? Salahkah soalan tu bila diajukan kepada saudara?

Persoalan MalaIkat ni bukan persoalan yang kecil bahkan MalaIkat bukan ma.khluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sen.daan. Dalam hantaran itu, PU Syed turut men3gur penyampai radio yang menjadikan agama sebagai bahan lawak. Juara Pencetus Ummah musim ketiga ini dalam masa yang sama mengajak orang ramai mengenali bagaimana sifat Mun.kar dan Na.kir untuk pengaj4ran bersama. Kredit: Instagram PU Syed

Boleh pula Diva AA kritik Che Ta gara gara pakaian ke PPV. Sekali Che Ta tampil balas balik apa yang Diva AA kata.

Nama selebriti terkenal, Rozita Che Wan, 49, sekali lagi meledak dan menjadi bualan warganet dalam media sosial selepas dia bertindak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengacara popular Azwan Ali semalam. Tidak berdiam diri apabila dilemparkan kata-kata kesat, Rozita atau lebih popular sebagai Che Ta menerusi tangkap layar InstaStory yang tular dalam Twitter berkata Azwan tidak sepatutnya mempertikaikan busana yang dipakainya.

“Tak payahlah melalak pasal akulah. Aku nak pakai apa pun, bukan guna duit mak bapa dan keturunan hang,” tulis kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu. Dalam hantaran sama, Che Ta berkata individu seperti Azwan tidak sepatutnya masih ada lagi di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi. Meninjau dalam Twitter, rata-rata berpendapat Azwan sepatutnya tidak sepatutnya menganggu individu lain sehingga boleh menganggu hubungan persahabatannya dengan Che Ta. Semua orang dia nak kacau, padan muka kena sembur dengan Che Ta. Che Ta 1, Azwan 0,” tulis warganet.

Kosmo! hari ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi individu kritikan seorang pengacara yang terkenal dengan mulut pu4kanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin baru-baru ini. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *