Ds Ismail Sabri terima kunjungan Najib Razak di pejabat. Sekali Najib dedahkan punca sebenar dia jumpa dengan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya, di Putrajaya. Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, beliau dan bekas Perdana Menteri berbincang mengenai cabaran ekonomi dan strategi menangani COVID-19.

“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik COVID-19.

“Datuk Seri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” katanya dalam hantaran Facebook.

NAJIB RAZAK JELASKAN SEBAB SEBENAR JUMPA ISMAIL SABRI

“Jib jib dah jadi pengulas sukan ke?” “Eh beli roti pula” Ya saya tahu. Saya baca. Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lwn. Jika baik, saya sokong. Face to face, atau kat media sosial.

Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat. Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.
Make no mistake. Terus terang saya kata.

Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat. Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran.

Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018. Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing.

Secara umumnya, itulah yang saya sampaikan kepada semua yang sudi mendengar dan menerima pandangan. Semoga dimanfaatkan cadangan, strategi dan pengalaman yang ada. Sekarang tiba masa bagi Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Kita tidak mampu gagal lagi. Demi Keluarga Malaysia.

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB NAJIB RAZAK

Lepas Muhyiddin Yassin ditumbangkan. Terkejut sampai macam ni sekali yang jadi di media sosial Najib Razak.

Para pemimpin di Malaysia turut tidak ketinggalan menyertai gelombang media sosial, sama ada digunakan sebagai wadah menyampaikan berita, menyebarkan propaganda, mengkritik parti lain dan mendedahkan cerita-cerita panas politik.

Tidak dapat dinafikan kuasa media sosial sama ada daripada aspek positif atau negatif amatlah ketara terutamanya dalam dunia politik. Dalam konteks Malaysia, jika sebelum pilihan raya ke-14 pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin paling berpengaruh di media sosial sehingga digelar Raja LiveFB.

Namun, dengan hashtag Malu Apa Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak mula meraih sokongan warganet terutamanya kelompok pengguna laman sosial muda sehingga digelar Raja Troll. Yang pasti, hari ini berdasarkan statistik jumlah pengikut di Facebook dan Twitter, Najib merupakan pemimpin paling berkuasa di media sosial Malaysia apabila menjadi pemimpin politik yang memiliki pengikut paling ramai.

Berdasarkan laman web Socialbakers yang menganalisis statistik media sosial, Najib berada di depan dengan 3.9 juta pengikut di Facebook dan 4.2 juta pengikut di Twitter. Senarai 10 pemimpin Malaysia dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.

Dr Mahathir berada di tempat kedua di Facebook dengan jumlah 3.6 juta pengikut, tetapi ranking kedua di Twitter pula menjadi milik Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan 2.4 juta pengikut. Juara carta pemimpin paling banyak pengikut di laman media sosial akan sentiasa berubah, namun yang pasti media sosial kini merupakan ‘senjata’ penting ahli politik dalam memikat hati penyokong mereka

Media sosial sasarkan Najib selepas Muhyiddin ditumbangkan

Najib Razak kini menjadi sasaran kritikan di Facebook, menyertai pimpinan pembangkang dan sekutu mereka dalam kalangan aktivis terkemuka dalam menggesa peletakan jawatan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kritikan berterusan yang diterima Najib itu menandakan peralihan dari beberapa keadaan sebelum ini di mana beliau menggunakan media sosial untuk mempertikaikan cara kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Najib kini dilihat gembira dengan peletakan jawatan Muhyiddin dengan satu baris ayat yang sering menonjol dalam kempen media sosialnya sejak tumbang dari tampuk pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum 2018.

Bahkan dalam hantaran yang menggesa rakyat Malaysia menyokong kontinjen negara ke temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020, beliau turut dilihat dikritik ekoran peranannya yang menjadi punca kelompongan kuasa ketika negara dilanda pandemik.

“Hilangnya TSMY dari hiraki Kabinet kerajaan, hilang jugak idea bijaksana anda berkait Covid. “Biasanya anda mulakan setiap hari baru di muka buku dengan ratib wirid pelbagai salah silap TSMY bersabit Covid-19. Barangkali juga bersama-sama TSMY ada Covid 19? Hilang TSMY, maka hilanglah Covid-19,” kata seorang pengguna.

Seorang pengguna lagi dilihat mengingatkan Najib mengenai ahli-ahli Parlimen yang beliau kumpulkan untuk menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin sehingga kerajaan hilang majoriti. “Waktu sukan Olimpik tempoh hari, menteri KBS dari Umno ada di sisi atlet-atlet berjuang.

“Tetapi angkara 15 ekor MP yang bangang, kini atlit paralimpik terpaksa berjuang tanpa kelibat seorang menteri KBS,” katanya merujuk Reezal Merican Naina Merican, salah seorang dari 20 ahli Parlimen Umno menolak untuk mengikut gesaan Najib untuk meletakkan jawatan.

Najib bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin utama dalam siri percubaan menggulingkan Muhyiddin. Kedua-dua mereka juga turut mendukung pemimpin PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya menduduki jawatan perdana menteri.

Pengikut palsu

Sejak beliau tumbang pada 2018 dan disusuli dengan pelbagai pendedahan jutaan wang tunai dan barangan mewah yang disimpannya, pasukan komunikasi Najib telah berusaha untuk membina semula imejnys menggunakan kuasa media sosial.

Bekas perdana menteri itu mengumpul sekurang-kurangnya 4.5 juta pengikut di Facebook. Bagaimanapun wujud keraguan mengenai angka tersebut sekitar lapan tahun selepas sebuah syarikat pemaju perisian yang berpangkalan di United Kingdom mendedahkan Najib adalah pemimpin politik utama yang memiliki pengikut palsu.

Menggunakan “Fake Follower Check” yang dibangunkan Rob Waller, beliau mendapati Najib memiliki jumlah pengikut palsu paling tinggi dibandingkan tujuh pemimpin lain dari Amerika Syarikat, Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.

Beliau turut mendapati sekitar 70% dari 1.4 juta pengikutnya pada waktu itu adalah akaun palsu. Aplikasi yang dibangunkan Waller itu kemudian dibatalkan susulan beberapa perubahan berlaku dalam ekosistem media sosial.

Setakat ini, masih tidak ada aplikasi atau alat efektif yang mengenal pasti keaslian sokongan dalam media sosial, terutamanya dengan kewujudan “cybertrooper” – mereka yang ditugaskan untuk memberikan sokongan kepada agenda seseorang pemimpin dengan menggunakan akaun palsu.

INI KOMEN NAJIB RAZAK SELEPAS ISMAIL SABRI SELESAI BERI UCAPAN

Selepas selesai ucapan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan untuk Perdana Menteri Ismail Sabri. “Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

“Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

“PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melwn Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi. “Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

“Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini. “Kita maju jaya bersama. Beriktu pula antara reaksi warganet di laman Facebook beliau.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Lepas Ismail Sabri selesai buat ucapan pertama terkejut sampai macam ni sekali Najib Razak tampil bagi komen.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperkenalkan penggunaan frasa Keluarga Malaysia bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. “Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

“Kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan sudah mengikat mereka semua,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri juga meminta seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara. “Marilah kita, dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri mengakui, ketika pandemik masih belum reda, beliau menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak COVID-19.

“Saya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah. Saya menginsafi kepayahan, kesengsaraan dan keperitan hidup yang mencengkam kita semua.

“Ada yang hilang mata pencarian, ada pula yang putus bekalan makanan dan bukan sedikit yang dibuang kerja. “Kita sebagai satu keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Setiap daripada anda adalah seperti keluarga saya sendiri, sama ada anak muda, mahupun yang berusia. Kita diibaratkan saling melengkapi, umpama anggota tubuh yang saling memerlukan,” katanya.

INI KOMEN NAJIB RAZAK SELEPAS ISMAIL SABRI SELESAI BERI UCAPAN

Selepas selesai ucapan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah mengeluarkan satu kenyataan untuk Perdana Menteri Ismail Sabri.

Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna. Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melwan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi. Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini. Kita maju jaya bersama.

Sumber : BHARIAN ONLINE / NAJIB RAZAK (FB)

Lama menyepi akhirnya ini kata kata Anwar Ibrahim lepas Ismail Sabri berjaya di lamtik sebagai Perdana Menteri ke 9.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sebagai satu cabaran kepada pembangkang untuk bekerja lebih gigih menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pembangkang itu berkata, usaha tersebut supaya pembangkang dapat memenangi semula mandat rakyat yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu. “Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada pilihan raya mum yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri baharu. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan selepas Majlis Raja-Raja Melayu selesai mengadakan mesyuarat khas semalam.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pembangkang menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9: Anwar junjung kasih titah Agong

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan media malam ini, beliau yang mewakili pihak pembangkang keseluruhannya mengambil maklum keputusan oleh Seri Paduka Baginda itu. “Kami mengambil maklum bahawa keputusan ini dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan,” katanya.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang anda perlu ketahui:

1) Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960. 2) Mendirikan rumah tangga pada 1986 bersama pasangannya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

3) Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. 4) Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, manakala anak lelakinya, Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Dafi merupakan penyanyi dan pelakon.

5) Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bangau, Temerloh, Pahang (1967), Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976). Beliau menyambung pengajian Tingkatan Enam di Jaya Akademik dan kemudiannya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (1980).

6) Memulakan kerja sebagai peguam sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik, pada 1995 dan berpengalaman menjadi jemaah menteri sejak 2008.

7) Menjadi Ahli Parlimen Bera dari 2004 sehingga kini. 8) Menerajui lima kementerian iaitu menjadi Menteri Belia dan Sukan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Pertahanan.

9) Sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain menjadi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 10) Dalam parti politik, beliau bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Temerloh (1987), Ketua Penerangan Umno Bahagian Temerloh (1988), Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh (1993) dan Timbalan Ketua Bahagian Temerloh (2001) serta Ketua Umno Bahagian Temerloh (2004). Kini, beliau merupakan Naib Presiden Umno.

Alhamdulillah terkini Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri ke 9.

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ia selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Sementara itu, ucapan tahniah atas perlantikan itu dimuat naik Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Facebook (FB) sebentar tadi.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. “Saya sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan.

“Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #Covid19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat,” katanya hari ini. Beliau yang juga bekas Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan)

memberi jaminan akan membantu Ismail Sabri atas apa juga kapasiti demi kepentingan negara. “Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Lepas je Muhyiddin Yassin berhenti jadi Perdana Menteri terkejut ini yang terjadi pada akan ig anaknya.

Ruangan akaun Instagram penyanyi anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dihujani dengan komen-komen apresiasi daripada peminat. Rata-ratanya melayangkan doa dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti

serta khidmat Muhyiddin sepanjang bergelar Perdana Menteri. Di kesempatan sama juga, ada yang meminta Najwa agar menghasilkan lagu khas tribut buat bapanya yang bersusah payah menjaga negara tercinta.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *