Tak semua yang layak dapat bayaran Bkc. Rupanya ini cara nak semak layak atau tak yang ramai tak tahu.

Putrajaya: Ketika pembayaran Bantuan Khas C0vid 19 (BKC) mula disalurkan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.

Dalam sidang video bersama warga Bank Simpanan Nasional (BSN) dari kediamannya di Petaling Jaya khusus bagi meninjau proses pembayaran BKC yang bermula, Ismail Sabri berkata, BKC adalah antara bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid 19.

“Harap semua proses pembayaran BKC yang dirancang Kementerian Kewangan berjalan lancar. Semoga tiada perkara tidak diingini berlaku yang boleh sebabkan kelewatan dan sebagainya,” katanya.

Ismail Sabri yang masih menjalani kuarantin kendiri sejak 30 Ogos lalu selepas disahkan kontak rapat pesakit Covid 19 turut menasihatkan warga BSN supaya memastikan penerima BKC yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid 19.

Turut serta dalam sidang video tersebut ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berada di BSN Putrajaya di sini dan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah yang berada di BSN di Bera, Pahang.

“Semoga apa yang diberikan kerajaan hari ini, walaupun mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya dapat bantu mengurangkan perbelanjaan ketika ini,” kata Ismail Sabri yang turut merujuk makluman Tengku Zafrul bahawa banyak lagi bantuan akan diberikan kepada rakyat.

Pada Rabu, Ismail Sabri mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept, dengan dana berjumlah RM 3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM 5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM 2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Mereka dalam rayuan BPR terima BKC selepas peroleh keputusan

Mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas Covid 19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini. Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan mendengar keluhan

segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.

“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima b.antuan ini.

“Kita sedaya upaya memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dibantu menerusi pelbagai kaedah diberikan kerajaan, namun bantuan ini juga mesti mematuhi syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan BKC di sebuah bank di Triang.

Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM 5,001 hingga RM 9,000 untuk isi rumah dan RM 2,501 hingga RM 5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM 1,300; warga emas sebatang kara (RM 500) dan bujang (RM 500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM 800, warga emas sebatang kara (RM 200) dan bujang (RM 200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM 250, warga emas sebatang kara (RM 100) dan bujang (RM 100).

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan mengagihkan pelbagai bentuk bantuan yang dirancang sehingga hujung tahun ini. “Perdana Menteri bersetuju untuk teruskan bantuan-bantuan yang diumumkan,” katanya.

Antara bantuan yang akan diagihkan kerajaan ialah Bantuan Prihatin Rakyat fasa 3 berjumlah RM 2.32 bilion yang akan disalurkan pada akhir bulan ini dan bantuan kehilangan pendapatan pada Oktober. Mengenai proses pembayaran BKC di BSN Putrajaya, Tengku Zafrul berkata ia dikendalikan dengan baik oleh warga BSN.

Bukan Semua Dapat Bayaran BKC

Kredit : HMetro

Menteri Kewangan dedah ada 700k penerima BKC tiada akaun bank. Sekali PM arah buat macam ni buat ramai lega.

Lebih 700,000 penerima Bantuan Khas Cov1d-19 (BKC) didapati tidak mempunyai akaun bank, menurut data Kementerian Kewangan. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan menyediakan baucar tunai bagi memastikan bantuan diberikan kepada penerima tanpa sebarang kelewatan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Isnin memaklumkan, Ismail Sabri meminta Kementerian Kewangan agar memastikan kelancaran proses pengagihan BKC, khususnya penerima di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.

“Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC yang tidak mempunyai akaun bank. Justeru perdana menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurut kenyataan itu.

Ismail Sabri pada Isnin meninjau secara dalam talian proses pembayaran BKC Fasa 1 yang telah dikreditkan kepada 10 juta penerima bermula Isnin. Pada sesi itu, perdana menteri turut berpeluang berinteraksi dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perlis dan Johor.

“Perdana menteri berharap BKC dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik Cv1d19,” menurut kenyataan itu. Pada 1 September, perdana menteri mengumumkan BKC seperti dijanjikan kerajaan sebelum ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang sepatutnya diagihkan pada Ogos, akan dikreditkan kepada penerima bermula 6 September.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September.

Ismail Sabri berkata, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. Sumber : mStar

Alhamdulillah ini yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Terkini Pm umumkan tarikh duit bantuan khas masuk untuk bulan ni.

PUTRAJAYA: Sejumlah RM 3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan pada hari ini bagi bayaran B.antuan Khas Covid 19 (BKC) dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada  kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang  berkelayakan. Kata beliau, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran  tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini. Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan a.kibat p.andemik C0vid 19.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang  ditetapkan. Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap  pembayaran BKC itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid 19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” katanya. Kelayakan penerima BKC dalam golongan m.iskin tegar dan B40 ialah berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan isi rumah atau warga emas (RM 5,000 dan ke bawah), manakala individu bujang (RM 2,500 dan ke bawah).

Bagi kelayakan penerima M40 pula, golongan ini perlu melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah  pendapatan isi rumah (RM 5,001 hingga RM 9,000), manakala bujang (RM 2,501 hingga RM 5,000). Bagi miskin tegar, isi rumah yang berkelayakan menerima jumlah bantuan sebanyak RM 1,300,

ia melibatkan tiga fasa pembayaran iaitu RM 500, RM 500 dan RM 300; warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan kelayakan bantuan RM 500 melibatkan dua fasa pembayaran (RM 200 dan RM 300).

Penerima golongan B40 pula, isi rumah dengan kelayakan bantuan sebanyak RM 800 adalah melibatkan dua fasa pembayaran iaitu RM 500 dan RM 300 manakala warga emas sebatang kara dan individu bujang dengan

kelayakan bantuan RM 200 akan menerima sekali pembayaran. Seterusnya bagi penerima M40, isi rumah dengan kelayakan bantuan RM 250, warga emas sebatang kara dan individu bujang (RM 100) juga menerima sekali pembayaran.

Kredit : Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Baru je Ds Ismail Sabri umumkan tentang kabinet baru. Sekali ini yang terjadi pada laman fb Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Kanan Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Kanan Pertahanan. Pada Kabinet lalu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, jumlah menteri dan timbalan menteri ialah 70 orang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan Kabinet tanpa jawatan timbalan perdana menteri tetapi mempunyai empat menteri kanan. Setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau akan memastikan barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. “Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya.

Lepas Pengumuman Ismail Sabri, Ramai Luahkan Di Laman Mantan Perdana Menteri

Semoga sihat hendaknya tsmy…tukaq pm baru tp kabinet muka2 yg sama.. npk sgt kt situ niat dan menaikkan kuasa mutlak dn kepentingan PARTI. pru15 klu bersatu yg dipimpin tsmy bersama pas insyallah sy akn menyokong penuh.

Alhamdulillah.. pastinya rakyat merindui TSMY, dengan doanya pada rakyat setiap kali muncul di kaca TV.. sesungguhnya, Kita memanjatkan keSyukuran kerana apa yang Tan Sri usahakan selama memeggang jawatan bagi memerangi covid19 sudah menampakkan hasilnya. Saya percaya Tan Sri pada saat ini masih memikirkan nasib rakyat.

ALHAMDULILLAH. DAH UMUM BARISAN CABINET. I think zaman Tan Sri jadi PM, ada 2 orang yang cukup menyerlah iaitu Zafrul dan Noor Hisham. Satu orang corporat, satu orang kerajaan. Itu kejayaan Tan Sri.

Memberi mereka peluang berbakti kepada negara sebaik mungkin. Don’t care la apa Dr Zul nak cakap. Dulu jadi Health Minister hanya sour grape lebih. Tahniah Ismail Sabri. Tahniah juga pada barisan kabinet baru. I tidak ucap tahniah walau kawan kat emir research promo mael kat fb. As I said earlier, tidak begitu pasti tentang arah tuju Ismail Sabri.

Rindu nak dgr abah baca doa dan berucap kat tv. Bila dgr abah nk berucap standby siap2. Bila abah tanya khabar, siap jawab lagi. Pernah menangis dan ketawa ketika mendengar ucapan abah. Kenangan yg takkan dilupakan. Terima kasih abah. Semoga Allah S.W.T melindungi abah dan diberikan kes.ihatan yg baik.

Alhamdulillah, barisan kabinet baru telah diumumkan tadi.. Bersyukur tak dilantik sebagai tpm. Jawatan itu masih kosong dan saya rasa ts lah orang yang paling layak mewakili parti bersatu untuk jawatan tpm. Jangan malu ts kalau untuk kebaikan rakyat dan negara. Gandingan dsis dan tsmy adalah gandingan yang terbaik dan sangat serasi…. InsyaAllah.

Kredit : BH/FB/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Ds Ismail Sabri umumkan senarai kabinet baru tiada Timbalan Pm. Terkejut sekali Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan barisan kabinetnya untuk sama-sama menerajui pentadbirannya. Dalam satu pengumuman yang disiarkan secara langsung pagi Jumaat, jawatan timbalan perdana menteri (TPM) tidak diwujudkan.

Sebaliknya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sekali lagi memegang jawatan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan), manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof memegang jawatan Menteri Kanan (Kerja Raya), diikuti Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Menteri Kanan (Pendidikan). Peling menjadi tumpuan tentunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini menerajui Kementerian Kesihatan sebagai Menteri Kesihatan.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020 mengumumkan kabinetnya merangkumi 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Sebaliknya dia mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pendidikan. Muhyiddin pada 7 Julai lalu melantik pula Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri sebelum meletak jawatan pada 16 Ogos sebagai perdana menteri ke-8 kerana hilang majoriti.

Ismail Sabri pada 21 Ogos lalu secara rasmi diangkat menjadi perdana menteri kesembilan selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *