Banyak sangat terpalit dengan kontroversi. Sekali Shuk Sahar tampil buka kedai kopi tepi jalan dan ini sebabnya.

Bukan mudah untuk mendapatkan semangat bagi memulakan perniagaan ketika diri sedang dilanda kontroversi rumah tangga namun pelawak Shuk Sahar tetap bersyukur atas sokongan daripada rakyat Malaysia. Pernah dikritik gara-gara terpalit dengan isu cvrang, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata perniagaan kafe minuman miliknya iaitu Semooth Cafe tidak terjejas dengan apa yang berlaku.

“Sebenarnya empat bulan pertama memang agak mencabar sebab kena keluar duit sendiri dan saya sendiri terpak.sa turun pergi rumah ke rumah untuk buat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membeli minuman. Alhamdulillah… orang Malaysia semua baik-baik. Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong. Malah, kawan-kawan saya pun ramai yang beri sokongan datang ke gerai saya.

Shuk membantu isterinya menyiapkan minuman pelanggan.

“Perniagaan saya, Alhamdullilah tak terjejas pun dengan kontroversi yang berlaku dan Alhamdulillah juga kemelut yang berlaku pun sudah berakhir,” katanya.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minumannya, SemootNgopi di Denai Alam, Shah Alam, Selangor pada Isnin. Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didkwa berlaku cvrang terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong.

Sekitar awal Ogos lalu, konflik itu seakan-akan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit menddahkan satu salinan lapo.ran po.lis berhubung dkwaan kes c4bul melibatkan pelawak itu.

Enggan membiarkan dkwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera membuat lapo.ran po.lis terhadap Fara di Balai Po.lis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu. Dalam pada itu, bercerita tentang perniagaan baharunya, Shuk yang membuka sebuah gerai kecil menjual air kopi di tepi jalan itu berkata, bisnes tersebut juga bertujuan membantu orang ramai yang terminat untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Isteri Shuk yang memberi idea untuk membuka gerai minuman kopi di tepi jalan.

“Idea untuk buka kedai kopi ini daripada isteri saya yang sememangnya minat dalam bidang perniagaan. Kita tengok ramai peminat kopi ni, jadi datanglah idea untuk buat kedai kopi tepi jalan.

“Bila dia bagi idea, saya bincang dengan rakan kongsi untuk buka kedai kecil macam ni. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil. Sebagai contoh, mereka ada modal kecil untuk mula berniaga. Jadi, kita bantu peniaga kecil dengan hanya bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga,” ujarnya. Sumber:mstar

Lepas tular video individu tidak berbaju mirip Shuk Sahar. Tak boleh berdiam sekali tuan badan tampil buka mulut dedahkan sesuatu.

Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar , 36, menafikan video separuh tanpa pakaian di dalam sebuah bilik hotel yang didedahkan seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya bukan video baharu seperti yang tersebar ketika ini. 

Shuk berkata, dia menganggap tindakan berani dibuat wanita terbabit sebagai satu promosi buat dirinya yang sekarang ini sudah kehilangan mata pencarian. 

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugtan. Balai Polis lah cerita. “Takkanlah video baharu, kami tengah keluar berdua ni bersama isteri. Lagipun, badan sekarang tengah g.emuk kan. 

“Nak buat macam mana… Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib,” katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story ketika menjawab persoalan yang ditanya sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera mengenai video tular berkenaan.

Sementara itu, Sera juga tidak menyangka apabila perkara yang selama ini menjadi rahsia antara mereka, akhirnya sudah dibuka sendiri oleh wanita terbabit. Sera turut memaklumkan video itu antara punca mengapa suaminya masih bertahan dan terus menemui wanita berkenaan kerana sering digut dengan perkara sedemikian.

“Alhamdulillah, akhirnya sekarang semua orang dah tahu dan kenapa Shuk bertahan? Video lama yang disimpan, masa main sama-sama semua. “Sebab itu saya bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka aib,” katanya lagi.

Tambah Sera, dia juga mempersoalkan duit yang diminta oleh wanita itu sehingga dengan berani sanggup membuka segala kisah silam hubungan dirinya dengan Shuk sebelum ini. “Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar minyak ke? Bayar duit hotel kamu ke? Kata semalam terima kasih cinta ‘untuk segalanya’,” katanya. 

Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila Sera membuat pendedahan terbuka di Instagram. 

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di media sosialnya ketika itu, Sera mendedahkan Shuk masih tidak setia bersama wanita yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun pada 8 Februari lalu, Shuk berjaya memujuk isterinya selepas meminta maaf dan membuat kejutan membawa rombongan meminang semula Sera ke kediaman mereka. 

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *