Kini dah terjawab penjelasan kisah 2 minit. Sekali Ziyad tampil dedahkan perkara sebenar yang berlaku.

Isu atlet lontar pelvru negara kehilangan emas kerana lewat ke bilik panggilan masih lagi menjadi bualan orang ramai, apatah lagi atlet lontar peluru tersebut memecahkan rekod dunia dan peribadinya.

Ziyad Jelas Perkara Sebenar ‘Lewat 2 Minit’

Kini Ziyad Zolkefli membuka cerita dan menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku pada dirinya sewaktu hari pertandingan berlangsung.

“Saya pun keliru bila ada orang bertanya kenapa jurulatih saya tidak mengaku sahaja saya lewat, sedangkan saya sendiri telah mengaku kepada isteri saya yang saya lewat 2 minit seperti disiarkan oleh Astro Arena. Ada yang cakap saya lewat sebab sedang sebok telefon keluarga saya.. Pening saya. Sebenarnya saya Tidak lewat.. Rupanya ianya salah faham aje.

Selepas penyertaan saya dibatalkan, saya berjumpa dengan jurulatih saya. Coach saya memberitahu pengadil, mengatakan saya lewat 2 minit. Saya mengubungi isteri dan berbual dengan isteri, saya bagitau isteri yang pengadil kata saya lewat 2 minit.

Mungkin ini yang salah fahamnya.. Seolah-olah saya mengaku saya lewat 2 minit kerana sedang bercakap telefon dengan keluarga saya. Saya nak bagitau semua dan saya yakin yang saya dan jurulatih saya, sampai tepat pada waktunya iaitu 5.55 petang… Itu saja.”

Warganet Tetap Anggap Ziyad Sebagai Hero Malaysia

Melihat penjelasan yang dikeluarkan Ziyad, orang ramai meluahkan pandangan mereka dan masih menganggap Ziyad sebagai hero Malaysia. Dan mendoakan agar Ziyad dapat berjuang lagi untuk Malaysia di masa akan datang.

“Ziyad tetap hero kami semua!”

“Lewat itu tidak boleh merubah 1 dunia menyaksikan awak juara dan pecah rekod dunia. Ujian itu Allah hadirkan untuk orang yang terpilih. Awak sabar dan awak akan dapat ganjaran lagi masyur di akhirat. Teruskan semangat dan berjuang lagi untuk Malaysia dan di mata dunia”

“InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni, kekal kuat. Saya doakan abang Ziyad dekat Paris nanti boleh dapat emas. Terima kasih atas penjelasan. Hero Malaysia” Anda sentiasa seorang hero.. Kita tawan balik Paralimpik Paris 2024. Kita buktikan Malaysia masih berbisa” Kuatkan semangatkan Ziyad, dan bangkit jadi lebih kuat untuk sukan Paralimpik yang seterusnya nanti! Sumber : murai.my

Emas dan rekod dunia ditarik balik. Tak boleh berdiam sekali jurulatih Ziyad tampil buat pengakuan ni.

“Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain.” Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lwn sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal. Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 7.05 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di ‘call room’.

Difahamkan, penganjur menetapkan jam 5.55 petang (70 minit sebelum pertandingan) sebagai waktu ‘cut off’ untuk semua atlet dalam acara berkenaan. “Kami sampai awal dekat trek, dalam 4.15 petang. Bila kita dah sampai, Ziyad ‘warm up’ dari 4.45 petang sampai 5.30 petang.

“Dalam proses dari 5.30 ke 5.45 petang, kita ‘prepare’ untuk Ziyad, kita urut sikit sebab Ziyad kata ada rasa tegang otot. “5.45 petang, kita bergerak dari trek ke ‘call room’. Kita dah buat kiraan kalau dari trek, lebih kurang 8 ke 10 minit. Kalau jalan laju, dalam 5 ke 6 minit.

“Bila sampai ‘call room’, kita tak bergegas pun, kita jalan biasa, saya bagi nasihat dan semangat kepada Ziyad. “Depan kita ada atlet Greece, dia sampai dan boleh masuk dan kami ditahan. Kami tengok masa, 5.55 petang. Bila ditahan, kita rayu untuk masuk, dia (pegawai pertandingan) suruh tunggu,” katanya.

FAIZOL Harun bercakap kepada pemberita ketika tiba di KLIA, Sepang hari ini. 

Tambah Faizol, pada waktu itu juga terdapat jurulatih Ukraine berhampiran pegawai bertugas. “Selepas itu, atlet Australia dan Ecuador ada di belakang, mereka minta masuk. Pada masa sama, pembantu pengadil panggil atlet lompat tinggi masuk.

“Masa itu kita rayu lagi untuk masuk tapi pegawai kata “Sorry, you are late.” “Dia tunjuk jam dah 5.56 petang. Saya lihat masa itu peserta kategori Ziyad ada di ‘call room 1’, tidak bergerak lagi ke ‘call room 2’.

“Sebab itu kita minta masuk tapi bila pagar tutup, jurulatih Ukraine lakukan provokasi kepada pembantu pengadil. “Dia kata kalau benarkan Ziyad masuk, dia akan protes. Lepas bercakap dengan Ketua Pengadil, Ziyad dibenarkan masuk,” ujarnya.

Selepas anak buahnya dibenarkan masuk, Faizol menghantar Muhammad Ziyad dan masuk ke stadium. “Saya tidak tahu apa-apa (berkaitan penyertaan dibatalkan). Selepas lontaran ketiga, saya dimaklumkan pegawai yang Ziyad ‘DNS’ (Did Not Start).

“Kalau saya tahu awal, saya tak benarkan Ziyad bertanding,” katanya menjelaskan panjang lebar kepada media di KLIA. Ketika ditanya bukti anak buahnya tiba awal dan berdepan masalah untuk memasuki ‘call room’, ini jawapan Faizol:

“Itulah masalahnya sebab dalam kawasan itu memang tidak boleh ‘live’ atau rakam apa-apa,” jelasnya. Muhammad Ziyad dan Faizol tiba di KLIA pada Jumaat kira-kira jam 6.43 petang bersama tujuh lagi atlet dan pegawai termasuk pemenang pingat perak, Chew Wei Lun.

Pada Selasa lalu, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.

Pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS. Sumber : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *