Nak menangis rasanya. Noorkhiriah dedah dah ada 4 van untuk bantu pesakit yang telah tiada dan dia dedahkan macam mana boleh terfikir.

Pejam celik, sudah setahun lebih usia Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang diusahakan oleh pelakon Noorkhiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan. Badan amal yang memberi bantuan pengurusan jnz4h secara percuma itu bermula dengan hanya satu van jnz4h yang pada asalnya adalah kenderaan pelbagai guna milik pasangan tersebut.

“Bila kenang balik, rasa hendak menangis, seperti mimpi buat semua ini. Bermula dengan borak-borak dengan suami pada Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP1). Kemudian, keluarkan duit ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tukarkan kereta jadi van jnz4h, tiba-tiba sudah setahun lebih @pertubuhanamalnurbykhiriah,” tulis pelakon drama Nur itu menerusi Instagramnya semalam.

Dalam pada itu, Noorkhiriah atau nama sebenarnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, menjelaskan, pada awalnya dia turut berasa bimbang untuk menggerakkan pertubuhan amal tersebut. Hal ini kerana, pertubuhan tersebut memberikan perkhidmatan menguruskan jnz4h bermula daripada kain kaf4n sehinggalah dibawa ke tempat persemadian secara percuma.

“Allahuakbar, kemudian suami beritahu jangan risau, kita jalan saja, pasti ada rezeki. Bagaimana mahu bayar penyelenggaraan kereta kalau rosak, minyak dan tol lagi, sebab suami memang buat @pertubuhanamalnurbykhiriah percuma.

“Mandi, kf4n, solat sampai hantar ke tempat persemadian, tidak perlu bayar walau sepuluh sen,” tulis Noorkhiriah lagi. Sungguhpun begitu, ibu kepada dua orang anak itu bersyukur kerana usaha murninya dipermudahkan, malah rezekinya semakin melimpah-ruah.

“Daripada satu van jnz4h, tiba-tiba jadi dua dan kini sudah ada empat. Dua daripadanya adalah hasil infak. Baiknya Allah, dipermudahkan dari mula sampai sekarang. Ditambah ada yang tidak putus-putus menyumbang. Dari satu kes ke satu kes, pelbagai cara kehilangan. Sampai saya tidak berani buka galeri gambar suami,” tulisnya.

Noorkhiriah mengharapkan orang ramai terus mendoakan usahanya dipermudahkan agar dapat membantu lebih ramai orang pada masa akan datang. “Doakan usaha kami dipermudahkan untuk membantu mereka yang memerlukan tidak kira tua, muda, miskin dan kaya. Sampai ke tempat persemadian kami hantar, kami akan bantu, itu janji @pertubuhanamalnurbykhiriah,” tulis Noorkhiriah. Sumber – K! ONLINE

Boleh pula pesakit Covid 19 yang telah pergi boleh hilang. Sekali Dwan Hamid tampil kongsikan pengalaman mistiknya.

Dwan Hamid bertugas sebagai sukarelawan menguruskan jn4zh yang dijangkiti covid-19. Kelibat selebriti sebagai sukarelawan terutamanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mungkin sudah biasa hingga timbul juga cerita-cerita tidak sedap didengar.

Namun sesuatu yang menarik apabila mengetahui pelakon Dwan Hamid menawarkan diri untuk bertugas di tempat penyimpanan jn4zh atau my4t mngs4 Covid-19 di sebuah hospital di Lembah Klang. Selain risiko jangkitan, Dwan atau Muhammad Ridzuan Shahul Hamid, 30, turut berdepan pelbagai pengalaman mistik yang sukar dilupakan.

“Saya memilih untuk bertugas mengurus jnz4h my4t Covid-19. Saya anggap ini sebagai peluang besar untuk menyumbang tenaga membantu petugas barisan hadapan. Sebab saya ni jenis yang suka buat perkara yang orang tak nak dan benda yang orang lain takut… tapi saya nak,” katanya. Pelakon Tanah Kbvr ini menjadi sebahagian daripada Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) sejak awal Julai.

Dwan bertugas sebagai sukarelawan sejak dua minggu lalu. Bercerita tentang skop tugas, Dwan berkata dia dan pasukannya bertanggungjawab mengurus, memandi dan menkf4n jnz4h. Cerita Dwan lagi, sepanjang tiga minggu bertugas di hospital berkenaan dia baharu sahaja berdepan kejadian aneh yang mendebarkan. “Kejadian ni baru berlaku hari Selasa lepas, ada waris ni datang nak tuntut jnz4h keluarga dia… jadi saya pergi la tengok my4t tu, tapi tak ada!

Ada waris ni datang nak tuntut jnz4h keluarga dia… jadi saya pergi la tengok myt tu, tapi tak ada!

“Memang terkejut dan pelik… saya dah cari dua tiga kali di tempat tu, tetap tak jumpa. Perasaan pada ketika memang cuak dan hairan, bagaimana my4t yang memang sepatutnya ada di situ secara tiba-tiba boleh hilang?” katanya. Tidak berdiam diri, Dwan berkata dia segera memaklumkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan lanjut.

“Saya maklumkan kepada doktor fasal my4t tu tak ada… tapi doktor tak percaya. Namun apabila dia datang cari pun tak ada. Kemudian kami cari sekali lagi di tempat yang sama… Allahuakbar tiba-tiba ada! Tapi menurut cerita orang lama, kejadian begitu adalah normal dan memang selalu berlaku. Tak sangka pula saya sendiri alami kejadian begini… ia cukup menginsafkan,” katanya lagi.

Tambah Dwan, pengalaman tersebut membuatkan dia berfikir tentang kemt1an. “Saya rasa takut, teringat tentang amalan sendiri yang kadang-kadang sembahyang dan ada kalanya tertinggal. Rasa insaf apabila fikirkan jika pada ketika itu nyawa saya ditarik.

“Hakikatnya kerja ni memang berat dan agak mencabar, tapi sedikit sebanyak mengajar saya tentang cara nak urus my4t. Sepatutnya lebih ramai anak muda di luar sana mengikuti aktiviti sukarelawan begini, selain niat kena betul,” ujarnya.

Covid 19 di Selangor gagal diuruskan secara berkesan. Tak boleh berdiam sekali ini respon Najib Razak. Terkejut bila tiba tiba Najib cakap pasal dosa.

Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa berdoosa membiarkan rakyat yang sakit berada dalam kesusahan sehingga terpaksa menunggu sepuluh jam bagi mendapatkan perhatian.

Najib meluahkan rasa bimbang berhubung pengurusan kes covid-19 di Selangor yang gagal diurus secara berkesan.“Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang sakit, tahu?

“Berdosa ‘korang’ biarkan orang yang sudah sakit untuk beratur sepuluh jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian. “Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi pusat penilaian covid-19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.

“Jika kita boleh buat banyak mega PPV (pusat penerimaan vaksin), takde sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pasukan perubatan kecemasan Sabah dikerahkan ke CAC di Stadium Melawati, Shah Alam dan Dewan Sri Andalas di Klang untuk merawat keadaan pesakit covid-19 yang teruk sementara menunggu kemasukan mereka ke hospital.

Ini berlaku setelah keadaan beberapa pesakit di CAC Stadium Melawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital. Pasukan Respons dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) yang menyediakan sukarelawan di kedua-dua CAC berkenaan berkata, mereka hanya boleh memberikan bantuan oksigen untuk pesakit terbabit.

Ketua penyelaras Imaret, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, seramai 20 hingga 40 pesakit tersekat di Stadium CAC Melawati minggu lalu, sesetengahnya sehingga larut malam. “CAC dikendalikan oleh doktor dan pegawai perubatan dari klinik kesihatan. Kita perlu memulakan pasukan kecemasan di CAC,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi

Dalam pada itu, Najib berkata isu kesesakan di CAC pernah diutarakannya sebelum ini dengan memberi cadangan penyelesaian. “Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka?  “Ibu dengan anak, warga emas. Semua sedang sakit. Ada yang tenat. Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit covid,” katanya lagi.

Peningkatan kes di Selangor menyebabkan Pusat Penilaian covid-19 di Stadium Malawati terus dikunjungi orang ramai dalam mendapatkan penilaian kesihatan. CAC Stadium Malawati tersebut mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dengan mampu menampung sehingga 1,500 pes4kit.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai didapati telah menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 6 pagi walaupun CAC itu dibuka pukul 9 pagi. Hasil tinjauan juga mendapati pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, pekerja kilang malah ada yang kelihatan uzur ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Seorang ‘pengunjung’ CAC mahu dikenali Azman memberitahu, dia hadir ke CAC itu pukul 12.30 tengah hari tadi dalam mengetahui status kesihatannya. “Ramai suka datang sini sebab CAC besar walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah Jabatan kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam menambah baik kemudahan CAC tersebut.

“Kalau CAC, ramai hanya ingat Stadium Malawati walaupun di setiap daerah ada CAC sendiri. “Prosesnya sama itu memberikan dan memotong gelang (pink) dan penilaian lain termasuk keperluan butiran. Kalau pergi CAC lain silap-silap jangka masanya lebih pendek,” jelasnya. Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *