Supaya dapat fokus dengan lompatan. Kakak terpaksa rahsiakan sesuatu dari latif Romly.

Kerana mahu fokusnya tidak terganggu dan risau, kakak jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly mendedahkan dia terpaksa merahsiakan tentang diri dan keluarganya dijangkiti Cvd19.

Menurut Rahaya Romly, dia enggan pemenang pingat emas itu hilang fokus memikirkan keadaan keluarga di Malaysia.Difahamkan, Rahayu dan empat anaknya disahkan positif virus itu bulan lepas dan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan CVD19 (PKRC) di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.

Sebelum beraksi di Stadium Olimpik Tokyo, Rahayu sempat hubungi adiknya untuk memberikan kata-kata semangat namun merahsiakan keadaan dirinya serta keluarga.

Sebenarnya (saya merahsiakannya) kerana tidak mahu dia risau. Kami sudah mengetahui perkara ini (positif CVD19) sebelum dia terbang ke Tokyo lagi tetapi kami tidak mahu dia risau dan memilih untuk merahsiakannya. Ia supaya dia dapat fokus kepada lompatannya sehingga saat-saat akhir.”

Tetapi Alhamdulillah, apabila kami sudah boleh balik, kami dapat melihat dia memenangi pingat emas. Sewaktu itu, kami sudah memotong gelang (pesakit) dan dapat berada di rumah untuk menonton secara langsung Latif beraksi.”

Ternyata tindakannya menyembunyikan keadaan tersebut dari pengetahuan Abdul Latif adalah tepat selepas atlet itu berjaya mendapat tempat pertama dan menyumbangkan pingat emas, sekaligus melengkapkan sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan kontinjen negara.

Alhamdulillah, cuma risau apabila dia tercd3ra ketika lompatan kelima.” Sehari selepas dia beraksi, saya ada menghubunginya untuk bertanya khabarnya dan barulah kami memberitahunya perkara sebenar.” Sumber : Lobak Merah

Ramai yang terkejut Latif Romly merupakan atlet pertama yang raih ganjaran lebih dari satu juta.

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Secara keseluruhan dalam edisi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang melabuh tirai hari ini, Malaysia merangkul tiga pingat emas dan dua perak. Malaysia membuka tirai meraih pingat emas melalui jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Emas kedua pula hadir melalui acara badminton melalui Cheah Liek Hou yang menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam kategori SU5.

Melengkapi sasaran emas negara, jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016. Ketiga-tiga mereka melayakkan diri meraih wang ganjaran kemenangan.

Berdasarkan imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), pemenang emas Sukan Olimpik atau Paralimpik bakal menerima imbuhan RM1 juta manakala perak RM300,000 dan gangsa RM100,000.

Mereka turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) yang diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Latif Romly atlet pertama raih ganjaran RM2 juta

Paling menjadi tumpuan adalah Abdul Latif yang kini merangkul jumlah keseluruhan sebanyak RM2 juta selepas meraih emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik. Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly.

Pada 2016, anak jati Kampung Paya Kelubi, Perlis ini menghadiahkan pingat emas di Sukan Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual). Ketika itu dia mencipta rekod lompatan sejauh 7.60 meter (m) sekaligus mencipta rekod baharu dunia.

Semalam, Abdul Latif yang kini berusia 24 tahun mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui lompatan sejauh 7.45m. Kemenangannya itu menutup tirai Sukan Paralimpik 2020, sekali gus melengkapkan sasaran kontinjen negara pada temasya di Tokyo itu.

Pada awalnya, jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli hampir untuk menjadi atlet pertama meraih wang ganjaran RM2 juta dalam edisi namun kemenangannya di Tokyo dinafikan. Olahraga Para Dunia membuat keputusan itu adalah berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia –

‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room. Difahamkan, Ziyad lewat dalam tempoh dua hingga lima minit. Pada Paralimpik Rio 2016, Ziyad menyumbangkan pingat emas buat negara melalui acara sama.

Reaksi warganet

“Siapa sangka kan, boleh membaca cuma di usia 15 tahun dan kemudian menjadi pemegang rekod dunia, atlet emas negara dan dianugerahkan 2 juta oleh kerajaan. Benarlah, Allah beri rezeki untuk setiap hamba-Nya. Yang berbeza cuma masa dan bentuk. Tahniah, Latif!

“Rezeki Allah bagi hasil usaha keras. Baru umur 24 tahun tapi harta sampai beranak cucu nanti makan tak habis kalau bijak uruskan. ”Umur bru 24 masih muda bygkan 2 edisi lg mampu kekal lg emas dpt lg 2 juta utk 2 edisi lg jd 4 juta keseluruhan dan pencen seumur hidup 5k kali 4 jd 20k rezeki yg teramat byk dr Allah,,, terbaikkk

”Alhamdulillah rezeki dia. Penat lelah berlatih selama ni mesti diambil kira. Bukan sekelip mata boleh melompat & terbang sebagai juara. Teruskan usahamu selagi mampu Latif! Harumkan nama Malaysia dipersada dunia. Semoga menjadi inspirasi anak2 muda. 

” 1 dalam 2 juta. Moga lebih banyak atlet mbk lahir selepas ini… Setiap insan mampu menyumbang kepada masyarakat, , agama dan negara.. Semoga kejayaan ini membuka mata semua pihak yang memandang enteng murid2 mbk…

Ramai yang persoalkan siapa yang perlu bertanggungjawab bila Ziyad hilang Rm1.12 juta. Sekali ini respon dari jurulatih Ziyad.

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di sebalik kejadian pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik balik pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kelmarin?

Kelewatan juara bertahan itu memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan yang menjadi punca kemenangannya dibatalkan, adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku dan sukar diterima.

Malah, dek kerana kecuaian itu bukan sahaja Ziyad dan kontinjen negara hilang emas, tetapi lebih malang Ziyad terlepas ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik selain RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

Jaguh negara berusia 31 tahun itu juga hilang statusnya sebagai pemegang rekod dunia. Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang pernah menjadi ketua kontinjen di Paralimpik London 2012 dan Sukan Asia Guangzhou 2018 mengakui kejadian itu tidak masuk akal kerana ini bukan pertama kali kontinjen negara bertanding di Paralimpik.

“Ada empat peringkat yang akan memastikan setiap urusan atlet negara di mana-mana temasya berjalan lancar bermula daripada ketua kontinjen, pegawai urusetia, pengurus pasukan dan jurulatih. “Ketua kontinjen dan pegawai urusetia menguruskan hal kontinjen secara keseluruhannya manakala setiap sukan pula ada pengurus dan jurulatih.

“Jadi, bagaimana perkara ini (lewat memasuki bilik menunggu) masih boleh berlaku? Ini yang perlu diberikan penjelasan, mengapa boleh lewat dan siapa yang perlu bertanggungjawab. Lagipun, ini bukan kali pertama kita bertanding di Paralimpik,” katanya kepada BH Sukan.

Terdahulu, emas dan rekod dunia yang dilakukan Ziyad ditarik balik selepas protes yang dilakukan kem Ukraine yang mendakwa dia bersama dua lagi atlet Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Walaupun kontinjen Malaysia mengemukakan rayuan namun ia ditolak oleh Juri Rayuan Olahraga Para Dunia berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke bilik menunggu yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke bilik menunggu pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual bilik menunggu, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan itu juga, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke bilik menunggu. Zolkples berkata, insiden itu juga seharusnya menjadi pengajaran berguna buat semua atlet negara tidak kira atlet normal mahupun atlet kurang upaya.

“Jangan ambil mudah perkara sebegini walaupun pun sudah mahir dengan peraturan dan selok belok kawasan pertandingan. Bila-bila masa boleh berlaku kesilapan sekiranya kita lalai dan ianya amat merugikan. Sesal kemudian tidak ada gunanya. Lepas itu kita salahkan orang lain pula akibat dari kesilapan kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam menjelaskan kelewatan didakwa berlaku selepas ketiga-tiga atlet masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke bilik menunggu tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

“Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan berkenaan yang agak padat dengan atlet-atlet dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlet terbabit telah terhalang untuk memasuki bilik menunggu dan pada ketika itulah mereka didakwa lewat melaporkan diri.

“Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlet berkenaan sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke bilik menunggu. Selepas merayu supaya dibenarkan masuk, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *