Hafiz Mahamad dedah cerita sebenar bagaimana saat dirawat. Tidak apa yang perlu cemburu dengan dirinya.

Isteri Kena Sihir, Hafiz Ceritakan Bagaimana Isteri Dia Tahu Dlm Badan Ada Org Hantar Sihir

Ahli perniagaan dan personaliti media sosial popular, Hafiz Mahamad akhirnya membuka mulut mengenai situasi sebenar yang berlaku ke atas belahan jiwanya, Syafiqah Aina. Menerusi sesi siaran langsung di Instagram semalam, Hafiz berkata, isterinya kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz yang juga pengamal perubatan Islam. “Selepas berubat dengan ustaz berkenaan, alhamdulillah, keadaan Aina kini kembali seperti sedia kala,” katanya.

“Diri Saya Takda Apa-Apa Untuk Didengkikan”

Hafiz mengulas mengenai beberapa hantaran video di Instagram Storynya sebelum itu yang memperlihatkan Aina menangis sewaktu sedang mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz. Dalam masa yang sama, Hafiz turut berkongsi mengenai pengalamannya berdepan dengan situasi mistik berkenaan.

“Sebenarnya saya sudah mengalami rasa tidak sedap badan sejak lebih setahun. Rasa letih dan kadang-kadang seperti ada orang ‘menemani’ saya ketika saya bekerja berseorangan dalam bilik. Tetapi, saya jenis tak berapa percayakan perubatan secara kerohanian. Setiap kali sakit, saya mesti pergi hospital. Tetapi entah kenapa sejak akhir-akhirnya ini, gerak hati saya kuat untuk mendapatkan rawatan Islam,” kata Hafiz.

Selepas Hafiz memberitahu niatnya untuk bertemu ustaz bagi mendapatkan rawatan, Aina secara tiba-tiba berkongsi yang dia juga mengalami lebam-lebam pada bahagian kaki.

“Selepas ustaz berkenaan menyentuh saya, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan saya. Tetapi, apabila dia sentuh ibu jari kaki Aina pula, isteri saya terus menangis dan meraung,” ujar Hafiz yang turut berkongsi keadaan isterinya ketika sedang menjalani rawatan berkenaan. Hafiz menambah, ‘benda’ yang dihantar itu sebenarnya bertujuan untuk merosakkan dirinya.

“Ustaz berkata, ‘benda’ itu ditujukan kepada saya tetapi dihantar melalui Aina. Kemudian, ustaz juga berkongsi yang kemungkinan besar ia dihantar menerusi makanan. Saya faham, ramai yang mengirimkan makanan kepada saya dan saya review makanan mereka secara percuma. Tetapi saya cakap dengan Aina, walaupun kita diuji sebegini, namun, ia tak membuatkan kita untuk tidak terus membantu orang lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hafiz turut memberitahu dia nampak perubahan yang ketara pada Aina selepas sesi perubatan berkenaan.

“Apa yang saya amati, sejak dia bersalin, Aina kerap naik angin, suka marah, waima benda kecil sekalipun. Sampaikan saya rasa saya kehilangan isteri yang saya kenal. Namun saya bersyukur yang isteri saya sudah kembali,” tuturnya dalam nada sebak. Hafiz turut berkata yang dia sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan hal yang tidak baik itu kepadanya.

“Diri saya ini tidak ada apa-apa untuk didengkikan. Saya juga tidak jadikan isteri dan anak sebagai k0rban untuk pemasaran produk. Apa pun, saya maafkan si pelaku dan reda dengan apa yang telah terjadi.

“Saya berharap agar kawan-kawan semua dapat mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga,” tutup Hafiz. Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017 dan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019. Sumber : GEMPAK

Hafiz Mahamad dedah isteri kena buatan orang. Sekali ini pula pesanan warganet pada Hafiz.

Pendedahan yang dibuat oleh usahawan dan influencer terkenal Hafiz Mahamad apabila memaklumkan yang isterinya mengalami gangguan mahkluk halus di IG live tempoh hari telah tular di media sosial.

Kronologi kejadian tersebut telah dikongsikan semula oleh warganet dan mendapat perhatian ramai. Video isteri kepada Hafiz iaitu Syafiqah Aina yang berada dalam keadaan separa sedar dan seakan bertindak diluar kawalan juga tular.

Pesanan buat hafiz Mahamad

Susulan daripada itu, seorang pengguna Facebook mewakili beberapa warganet lain telah meninggalkan pesanan dan menasihati influencer itu agar mengurangkan sedikit perkongsian berkenaan kebahagian bersama anak dan isteri di media sosial.

Ia bertitik tolak daripada beberapa rumor dari warganet yang mengaitkan kejadian ganguan tersebut dengan penyakit ain yang dikatakan ada kena mengena dengan rasa dengki orang yang melihat kita.

Mungkin ganguan tersebut adalah penyakit ain

Tak hanya itu, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Asilah Ab Aziz itu juga turut menyertakan sekali beberapa tangkapan layar berkenaan maksud penyakit ain yang mungkin menjadi salah satu punca Syafiqah Aina mengalami gangguan tersebut.

Kalau betul dengki, dari dulu orang dah buat

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet dilihat telah tinggalkan komen menyatakan rasa setuju dengan pendapat yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Asilah Ab Aziz itu. Mereka juga perasan yang influencer berkenaan terlalu kerap berkongsi berkenaan keluarganya dan boleh jadi ia salah satu sebab wujud perasaan dengki dari orang lain sehingga terjadinya penyakit ain.

Patut dulu orang tua2 suka cakap baby buruk

Memang nampak macam suka menunjuk

Pelik bila dia cakap kena sihir

Tak salah nak rakam, tapi biar jadi tatapan sendiri

Kadang gambar sekeping dua pun jadi masalah

Sumber: Facebook Asilah Ab Aziz

Hafiz Mahamad dedah rakaman Syafiqah Aina menangis diganggu benda ghaib. Sanggup orang tu buat macam ni dan ini yang Hafiz minta.

Sebut sahaja nama Hafiz Mahamad, pasti ramai juga mengenali isteri nya, Syafiqah Aina. Mereka seringkali berkongsi dengan pengikut pengikut halaman instagram mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan. Terbaru, menerusi halaman ‘Story’ Instagram milik Hafiz Mahamad, beliau berkongsi klip durasi pendek yang isteri nya, Syafiqah Aina seperti d1sihir orang yang tidak senang dengan mereka.

Video :https://youtube.com/watch?v=vWLgKxAjiYE%3Ffeature%3Doembed

Klip durasi pendek tersebut difahamkan telah mendapat persetujuan isterinya juga untuk dikongsi pada pengikut pengikut nya dalam halaman Instagram. Hafiz Mahamad juga berkongsi dengan memberi bantuan pada setiap stafnya yang akan melahirkan zur1at di hosp1tal swasta.

“Ingat dulu Aina surprise saya dia pregnant, sujud syukur & happy sangat waktu tu.. Tak lama selepastu, Allah jemput anak dalam kandungan tu waktu betul betul saya tengah tolong sahabat. Allah ambil pada waktu yg baik.. Waktu PKP ni, seronok tengok staff ada yg pregnant & nak melahirkan. Saya tumpang kebahagiaan mereka & decide untuk sponsor semua staff yg pregnant untuk melahirkan di swasta hosp1tal musim pkp ni.. Ada yg 2 minggu dah nak bers4lin & sepatutnya bers4lin di hosp1tal kerajaan. Last minit. Saya minta dia register ke swasta & taknak mereka fikir tentang cost hospital. Semalam pergi selesaikan semua bill hosp1tal staff yg melahirkan.. Bukan apa, saya hanya nk menghargai mereka & suami ada disebelah mereka bila bersalin. Staff saya ada yang baru kahwin & pregnant. Pasti duit nak pakai banyak, takpalah ada rezeki Allah ni dari berniaga ni. Kita berkongsi untuk memudahkan urusan mereka.. Alhamdulilah ramai anak anak saya dalam office tu nanti. Saya nk mereka happy.. Saya tumpang kebahagiaan mereka, nanti mereka doakan rezeki zuriat buat saya & isteri pula insyaAllah..”

Boleh pula pesakit Covid 19 yang telah pergi boleh hilang. Sekali Dwan Hamid tampil kongsikan pengalaman mistiknya.

Dwan Hamid bertugas sebagai sukarelawan menguruskan jn4zh yang dijangkiti covid-19. Kelibat selebriti sebagai sukarelawan terutamanya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mungkin sudah biasa hingga timbul juga cerita-cerita tidak sedap didengar.

Namun sesuatu yang menarik apabila mengetahui pelakon Dwan Hamid menawarkan diri untuk bertugas di tempat penyimpanan jn4zh atau my4t mngs4 Covid-19 di sebuah hospital di Lembah Klang. Selain risiko jangkitan, Dwan atau Muhammad Ridzuan Shahul Hamid, 30, turut berdepan pelbagai pengalaman mistik yang sukar dilupakan.

“Saya memilih untuk bertugas mengurus jnz4h my4t Covid-19. Saya anggap ini sebagai peluang besar untuk menyumbang tenaga membantu petugas barisan hadapan. Sebab saya ni jenis yang suka buat perkara yang orang tak nak dan benda yang orang lain takut… tapi saya nak,” katanya. Pelakon Tanah Kbvr ini menjadi sebahagian daripada Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) sejak awal Julai.

Bercerita tentang skop tugas, Dwan berkata dia dan pasukannya bertanggungjawab mengurus, memandi dan menkf4n jnz4h. Cerita Dwan lagi, sepanjang tiga minggu bertugas di hospital berkenaan dia baharu sahaja berdepan kejadian aneh yang mendebarkan. “Kejadian ni baru berlaku hari Selasa lepas, ada waris ni datang nak tuntut jnz4h keluarga dia… jadi saya pergi la tengok my4t tu, tapi tak ada!

Ada waris ni datang nak tuntut jnz4h keluarga dia… jadi saya pergi la tengok myt tu, tapi tak ada!

“Memang terkejut dan pelik… saya dah cari dua tiga kali di tempat tu, tetap tak jumpa. Perasaan pada ketika memang cuak dan hairan, bagaimana my4t yang memang sepatutnya ada di situ secara tiba-tiba boleh hilang?” katanya. Tidak berdiam diri, Dwan berkata dia segera memaklumkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan lanjut.

“Saya maklumkan kepada doktor fasal my4t tu tak ada… tapi doktor tak percaya. Namun apabila dia datang cari pun tak ada. Kemudian kami cari sekali lagi di tempat yang sama… Allahuakbar tiba-tiba ada! Tapi menurut cerita orang lama, kejadian begitu adalah normal dan memang selalu berlaku. Tak sangka pula saya sendiri alami kejadian begini… ia cukup menginsafkan,” katanya lagi.

Tambah Dwan, pengalaman tersebut membuatkan dia berfikir tentang kemt1an. “Saya rasa takut, teringat tentang amalan sendiri yang kadang-kadang sembahyang dan ada kalanya tertinggal. Rasa insaf apabila fikirkan jika pada ketika itu nyawa saya ditarik.

“Hakikatnya kerja ni memang berat dan agak mencabar, tapi sedikit sebanyak mengajar saya tentang cara nak urus my4t. Sepatutnya lebih ramai anak muda di luar sana mengikuti aktiviti sukarelawan begini, selain niat kena betul,” ujarnya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *