Sanggup beli telepromter untuk mengacara secara virtual. Abil akui ini antara masalah besarnya dalam kerjaya.

Mengacarakan program televisyen secara virtual dari rumah menyerlahkan lagi kesungguhan luar biasa pelakon Nabila Huda ketika bekerja sehingga menyediakan segala kelengkapan rakaman seoalah-olah berada di dalam studio penggambaran.

Demi mempersembahkn sebuah hasil kerja yang berkualiti, terbaharu pengacara program Melodi sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk membeli alat bantu baca atau teleprompter bagi memudahkannya pengendalian program tersebut secara visual di rumah. Nabila atau Abil memberitahu, sikapnya yang mementingkan kesempurnaan menyebabkan dia susah untuk dilihat ‘bermain-main’ ketika berada di set penggambaran dan memilih untuk bersikap profesional.

“Sejujurnya, saya daripada dulu memang orang dah tahu cara saya bekerja. Saya memang seorang yang profesional dan susah nak menceceh banyak benda bila berada di set penggambaran. Saya lebih memilih untuk fokus dengan kerja sebab saya mementingkan kesempurnaan. Jadi bila masuk set, saya akan terlebih fikir tentang persembahan saya daripada hendak bergurau,” ujarnya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Abil berkata dia tidak kisah mengeluarkan modal sendiri demi untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik.

“Atas cadangan ramai, lagi sekali saya keluarkan duit beli teleprompter demi mengacara secara virtual. Janji ini kali terakhir (berbelanja). Tak perlu cadangkan apa-apa lagi. Tolonglah. Bahaya! Jadi semua barang saya sudah lengkap. Tak tengok Melodi di TV3, jaga semua!” tulisnya.

Kesungguhan yang ditunjukkan Abil ketika bekerja turut mendapat pujian dalam kalangan rakan-rakan artis yang memuji semangat dan usaha yang ditonjolkannya.

“Aku hormat usaha artis macam kamu,” ujar pengarah Shahrulezad. “Senang! Tak payah Keisha jadi manual prompter,” ujar pelakon Diana Danielle.

Terdahulu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu pernah memberitahu bahawa dia sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk persiapan busana dan mempunyai pasukan sendiri bagi penampilan imej serta solekan mendapatkan hasil terbaik sepanjang menjayakan Melodi.

“Masalah besar dalam kerjaya saya ialah, saya jenis yang bersungguh-sungguh kalau buat satu-satu benda, termasuk akan berhabis duit demi memastikan segalanya sempurna,” katanya. Sumber – K! ONLINE

Tular perkongsian Nabila Huda yang lakukan begini pada anaknya. Tak sangka ini niat sebenar Abil.

Pejam cel1k pejam cel1k, dah 11 tahun umur anak dara Nabila Huda iaitu Keisha. Sempena ulang tahun kelahiran Keisha baru-baru ini, Nabila dilihat baru berpeluang untuk menyambut dan memberikan hadiah buat anak tungg4lnya itu.

Happy belated birthday

“Benda simple macam ni pun tak boleh buat tau. Mesti nak kena bagi mummy mar4h. Awak tak f0kus eh? Setiap kali semua benda mesti awak tak tahu nak buat apa. Mesti awak akan lemb4b. Why? Suka buat saya mar4h-mar4h tahu tak. Cuba buka ni fokus, saya buka sekejap ja.”

Menerusi rakaman video berdurasi 2:19 saat, Nabila dilihat sedang menegur Keisha atas kesilapan r3meh yang dilakukan. Lambat membuka sebuah k0tak, kanak-kanak ini menjadi terkedv dan men4han untuk menangis setelah dimarahi oleh ibunya secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, Keisha akhirnya menangis apabila melihat sebuah tablet di dalam kotak tersebut. Ternyata, Nabila telah melakukan ‘pr4nk’ terhadap anaknya sempena sambutan ulang tahun kelah1ran. Keisha turut merangkvl Nabila sebaik sahaja menerima hadiah tersebut.

Kena la mar4h dulu kan

“Happy Belated Birthday my babygirl! Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tahu mummy dia tak akan belikan. Abil pernah cerita before this i memang tak akan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak, dia kena usaha. So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi pembantu.”

“Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung RM450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku! haha! I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa minta dekat Abil. Tak pernah dia mereng3k nak something dari kecil. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11. Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positif c0vid. I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa kuarantin tu i decided untuk beli online Ipad tu. Whatever makes her happy. Tapi sebelum happy kena la mar4h dulu kan? Sorry @lilkupukupu, You just got punked!”

Menurut Nabila, anaknya Keisha telah meluahkan hasrat untuk membeli Ipad Pro sejak awal tahun ini. Sebagai ibu, Nabila mahu anaknya berusaha sendiri untuk mengumpul wang dan membeli barang tersebut. Jelas Nabila, anaknya itu memperoleh wang daripada dirinya, suami dan juga keluarga. Malah, Keisha akan menerima wang setiap kali menemaninya ke set penggambaran. Sumber: Nabila Huda

Pernah Mempelajari Bahasa Sepanyol Dan Mandarin. Nabila Huda Kongsi Keterujaan Bila Belajar Iqra Bersama Anak

Baru baru ini,Nabila Huda berkongsi keterujaannya belajar mengaji Iqra bersama anaknya,Keissha Laila bagi memenuhi masa eskoran PKP dijalankan semula. Yang menarik sekali, ini kali pertama aktres itu belajar membaca Iqra seumur hidupnya.

Kata pelakon berusia 37 tahun itu,bahkan sebelum ini dia pernah mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin dan berasa sangat teruja kerana dapat menyertai kelas mengaji bersama anaknya.“Assalamualaikum. Selain daripada belajar bahasa Sepanyol dan Mandarin, hari ini merupakan hari pertama kami belajar Iqra bersama,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Menurut aktres filem Munafik itu lagi, sebelum ini dia bersama Keisha selalu berentap untuk menang dalam apa sahaja pertandingan dan bersetuju untuk sama-sama mengikuti kelas mengaji bersama anaknya.“Semestinya saya teruja sebab tidak pernah belajar Iqra seumur hidup. Masa dahulu kita belajar Muqaddam sahaja. Jadi kita lawn tengok siapa paling handal ,okey?” kata Nabila yang turutmemuat naik sekeping foto mengenakan hijab bersama anaknya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut turut mendapat respons dalam kalangan rakan-rakan selebriti. Masing-masing memuji usaha anak kepada penyanyi legenda, Amy Search itu.“Hanya doa yang baik untuk awak dan seisi keluarga. Allah SWT memberkati awak dan orang yang awak sayangi selalu,” kata penyanyi Faizal Tahir. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *