Terlepas panggil sayang. Kini Zizi Kirana tampil dedahkan status hubungannya dengan Yusuf Bahrin.

Penyanyi rap, Zizi Kirana mengulas isu panggilan sayang dan status sebenar hubungannya dengan pelakon Yusuf Bahrin selepas warganet kerap kali melihat kedua-duanya intim di media sosial kebelakangan ini.

Selesa Berkawan

Zizi juga turut mengakui bahawa dirinya berasa selesa berkawan dengan Yusuf disebabkan dia seorang lelaki yang baik dan suka bercakap lembut. Dalam pada itu, dia tidak meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka. Saya akui selesa berkawan dengan Yusuf tetapi tak pernah pula meletakkan sebarang status dalam perhubungan ini.

Panggilan Sayang Sebagai Gurauan

Menurutnya lagi, panggilan sayang yang dipanggil oleh Yusuf kepadanya dalam satu video yang menjadi viral sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata.

Panggilan sayang itu pun saja-sajalah. Bukanlah sememangnya kami menggunakan panggilan itu. Bergurau saja. Cuma tak sangka pula ramai peminat suka melihat gelagat kami berdua di media sosial. Untuk makluman, baru-baru ini tular sebuah video yang menyaksikan Yusuf berada di rumah ibu Zizi Kirana dan secara spontan memanggil Zizi dengan gelaran sayang. Video tersebut menjadi perhatian apabila ramai peminat memuji dan suka melihat gelagat pasangan ini di media sosial. Sumber : MuraiMy

Anju nampak mesra dengan Zoey Rahman. Rupanya ini hubungan sebenar Anju dan Zoey Rahman buat ramai yang terkejut.

Nama pelakon Zarina Anjoulie atau Anju sentiasa hangat dengan kontroversi. Namun beliau mempunyai peminat yang tersendiri yang suka menyokong apa yang dilakukannya. Pada 29 Jun 2021, pelakon Zoey Rahman telah memuat naik satu foto bersama dengan Anju untuk memberitahu tentang satu sesi siaran langsung melalui Instagram yang ingin dilakukan bersama pada malamnya.

Melalui siaran langsung tersebut, Anju dan Zoey ada memberitahu tentang persahabatan mereka yang sudah lama bermula ketika mereka mula-mula berlakon dahulu. Zarina turut memuji wajah Zoey kini yang kelihatan awet muda walaupun usianya sudah 36 tahun. Sementara itu melalui ruangan komen, ada warganet yang merasakan mereka kelihatan sepadan.

Baguslah Zoey dan Anju kerana masih lagi mengekalkan persahabatan mereka walaupun sudah lama tidak terlibat dengan projek lakonan bersama.

Sumber: Instagram Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie (HotFM)

Live Instagram Dengan Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Diasak Soalan Warganet– “Anju Memang Ambil bahan terlarang Ke?”

Selepas media melaporkan seorang selebriti wanita dithan kerana dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan bahan terlarang di Nilai, Negeri Sembilan, nama Zarina Anjoulie, 34, menjadi panas dalam kalangan warganet.

Zarina atau mesra dipanggil Anju dikatakan sebagai selebriti yang ‘kantoi’. Lantaran itu malam tadi, Zarina yang membuat sesi siaran langsung dengan pelakon Zoey Rahman, 36, di Instagram (IG) diajukan soalan mengenai laporan tersebut.

Sesi yang memakan masa antara 10 hingga 15 minit itu dihujani dengan komen penonton yang ingin mendapatkan kesahihan tentang berita itu. Bagaimanapun, Zarina dan Zoey tidak menjawab soalan panas kerana sedang rancak berborak mengenai kecantikan wajah dan pemakaian pendakap gigi. Selepas Zarina keluar daripada live tersebut, Zoey sempat membaca dan menjawab beberapa komen.

“Betul ke Anju ambil bahan terlarang? “Zoey, Anju memang ambil bahan terlarang ke?” antara soalan yang ditanya. Bagaimanapun, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menyatakan dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

“Mana lah saya tahu,” jawab Zoey secara ringkas. Terdahulu, seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat di rumah berkenaan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Gempak

Video Anju marah bila ada individu yang baru kenal tiba tiba dah ajak tidur rumah dia. Tak boleh berdiam sekali ini respon Anju buat ramai yang bangga.

Seleps rumah tangga Zarina Anjoulie runtuh pada mac lalu, Semakin ramai lelaki yang cuba menghampirin dirinya. Menerusi Instagram, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul telah berkongsi satu hantaran video menarik perhatian ramai .

Baru kenal kau beriya nk tido umah aku kenapa?? Jijik … tolong la bawak knek busuk korang else where.

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CQQyopKDF3q/

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Zarina Anjoulie & http://www.dnq.pw/. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Lepas je Anju kantoikan apa yang bekas suami buat. Sekali bekas suami Anju ditahan polis atas sebab ni.

Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat plis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Memetik laporan Sinar Harian, Eilyas ditahan susulan laporan polis dibuat Zarina pada Sabtu lalu berkenaan ugtan yang diterima daripada bekas suaminya.

Ketua polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata Zarina mendakwa menerima pesanan berunsur ugtan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), sspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan dithan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 507  dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.

Terdahulu, Zarina ada memuat naik bukti paparan mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin dilepaskan, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

Menerusi satu lagi perkongsian, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib. Sumber: rotikaya

Tular tentang Anju buat pendedahan tentang bekas suami. Sekali tiba tiba Fara Mendoza pula mula bersuara tentang isu ni.

Tidak lama selepas Zarina Anjoulie membuat beberapa pendedahan mengenai bekas suaminya, Fara Mendoza pula membuat hantaran di Instastory. Walaupun tidak menyebut nama individu hantaran itu ditujukan, namun melihat kemlut antara dua selebriti terbabit sebelum ini, tidak mustahil Zarina atau Anju adalah sasarannya.

“Kalau dah berpisah tu, janganlah buka aib pasangan. Tak elok. Nanti aib awak terbuka sekali. “Tolonglah move on je, mungkin Allah nak uji,” tulisnya di IG Story. Fara bagaimanapun berpesan kepada warganet dan diri sendiri supaya tidak menjadi batu api dan menyibuk hal orang lain.

“Jangan nak melaga-lagakan pasangan tu lagi. “Jangan suka cakap lebih-lebih tentang kehidupan orang, takut apa yang kita cakap berbalik pada kita suatu hari nanti,” ujarnya yang meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.

Fara dalam masa sama meminta mana-mana pasangan berpisah supaya berfikiran positif dan tidak menuding jari antara satu sama lain. Sumber: cari

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *