Sampaikan rambut pun Thanasis tolong bersihkan. Sekali ini pula ucapan Thanasis di akaun media sosialnya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila ada sesetengah rakyat Malaysia yang tinggalkan komen buruk di akaun Instagram atlet lontar peluru Paralimpik Ukaraine susulan geram pingat emas Ziyad Zolkefli ditarik.

Namun begitu, kali ini rakyat Malaysia kembali menggunakan kepakaran sebagai ‘tentera bawang’ untuk membuatkan atlet dari Greece bagi acara lompat jauh trending di media sosial.

Ini yang kita mahu lihat

Akan tetapi, untuk kali ini, atlet Greece yang dikenali sebagai Thanasis Prodromou telah dipuji dan menerima ucapan terima kasih kerana membantu atlet Tanah Air kita, Abdul Latif Romly semasa mengalami kecederaan seusai lompatan kelima.

Orang pertama yang bantu

Dapat dilihat dia terus berlari mendapatkan Latif ketika itu sedang memegang pangkal pehanya dan bertanyakan perihal keadaan pemenang pingat emas tersebut.

Bersihkan rambut Latif penuh pasir

Dapat dilihat juga atlet Greece tersebut turut membantu menyapu pasir di rambut Latif ketika atlet negara kita duduk di kerusi roda bagi meredakan kesakitan yang dialami.

Semangat kesukanan yang tinggi

Justeru itu, dia telah dipuji rakyat Malaysia terutamanya di Twitter yang sangat berterima kasih dengan sikap prihatin dan semangat kesukanan yang ditunjukan.

Keprihatinan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan atlet lompat jauh Greece, Thanasis Prodromou di Paralimpik Tokyo 2020 semalam cukup menyentuh hati rakyat Malaysia. Dalam saingan akhir lompat jauh lelaki T20 semalam, Prodromou merupakan yang pertama membantu jaguh lompat jauh negara, Abdul latif Rosly yang mengalami luka seusai lompatan kelima. Malah Prodromou turut dilihat menyapu pasir dari rambut Latif yang ketika itu telah berada di atas kerusi roda.

Keprihatinan atlet Greece ini mendapat pujian rakyat Malaysia sehingga hantaran terakhir di Instagrammnya dipenuhi ucapan terima kasih dari warganet Malaysia. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada Prodromou kerana berjaya meraih perak dalam saingan akhir semalam.

Sebagai balasan kepada rakyat Malaysia, Prodromou mengunggah sebuah Instastory yang bertulis, “Terima kasih banyak atas cinta anda yang unik!”. Prodromou turut menulis ucapan terima kasih tersebut dalam bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris. Sumber : Viral News

Emas dan rekod dunia ditarik balik. Tak boleh berdiam sekali jurulatih Ziyad tampil buat pengakuan ni.

“Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain.” Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lwn sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal. Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 7.05 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di ‘call room’.

Difahamkan, penganjur menetapkan jam 5.55 petang (70 minit sebelum pertandingan) sebagai waktu ‘cut off’ untuk semua atlet dalam acara berkenaan. “Kami sampai awal dekat trek, dalam 4.15 petang. Bila kita dah sampai, Ziyad ‘warm up’ dari 4.45 petang sampai 5.30 petang.

“Dalam proses dari 5.30 ke 5.45 petang, kita ‘prepare’ untuk Ziyad, kita urut sikit sebab Ziyad kata ada rasa tegang otot. “5.45 petang, kita bergerak dari trek ke ‘call room’. Kita dah buat kiraan kalau dari trek, lebih kurang 8 ke 10 minit. Kalau jalan laju, dalam 5 ke 6 minit.

“Bila sampai ‘call room’, kita tak bergegas pun, kita jalan biasa, saya bagi nasihat dan semangat kepada Ziyad. “Depan kita ada atlet Greece, dia sampai dan boleh masuk dan kami ditahan. Kami tengok masa, 5.55 petang. Bila ditahan, kita rayu untuk masuk, dia (pegawai pertandingan) suruh tunggu,” katanya.

FAIZOL Harun bercakap kepada pemberita ketika tiba di KLIA, Sepang hari ini. 

Tambah Faizol, pada waktu itu juga terdapat jurulatih Ukraine berhampiran pegawai bertugas. “Selepas itu, atlet Australia dan Ecuador ada di belakang, mereka minta masuk. Pada masa sama, pembantu pengadil panggil atlet lompat tinggi masuk.

“Masa itu kita rayu lagi untuk masuk tapi pegawai kata “Sorry, you are late.” “Dia tunjuk jam dah 5.56 petang. Saya lihat masa itu peserta kategori Ziyad ada di ‘call room 1’, tidak bergerak lagi ke ‘call room 2’.

“Sebab itu kita minta masuk tapi bila pagar tutup, jurulatih Ukraine lakukan provokasi kepada pembantu pengadil. “Dia kata kalau benarkan Ziyad masuk, dia akan protes. Lepas bercakap dengan Ketua Pengadil, Ziyad dibenarkan masuk,” ujarnya.

Selepas anak buahnya dibenarkan masuk, Faizol menghantar Muhammad Ziyad dan masuk ke stadium. “Saya tidak tahu apa-apa (berkaitan penyertaan dibatalkan). Selepas lontaran ketiga, saya dimaklumkan pegawai yang Ziyad ‘DNS’ (Did Not Start).

“Kalau saya tahu awal, saya tak benarkan Ziyad bertanding,” katanya menjelaskan panjang lebar kepada media di KLIA. Ketika ditanya bukti anak buahnya tiba awal dan berdepan masalah untuk memasuki ‘call room’, ini jawapan Faizol:

“Itulah masalahnya sebab dalam kawasan itu memang tidak boleh ‘live’ atau rakam apa-apa,” jelasnya. Muhammad Ziyad dan Faizol tiba di KLIA pada Jumaat kira-kira jam 6.43 petang bersama tujuh lagi atlet dan pegawai termasuk pemenang pingat perak, Chew Wei Lun.

Pada Selasa lalu, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.

Pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS. Sumber : Astro Awani

Teruk kena kritik dengan rakyat Malaysia. Kedutaan Ukraine sampai terpaksa tutup akaun fb.

Kontroversi berhubung pingat emas yang direntap selepas atlet paralimpik Ziyad Zolkefli dikatakan lewat melaporkan diri ke bilik menunggu sebelum acara bermula terus menjadi buah mulut di media sosial.

Protes yang dibuat oleh Ukraine ini ternyata telah menimbulkan kemarahan dan kekesalan ramai pihak. Malah, media sosial Ukraine dan atlet Ukraine yang berjaya merampas pingat tersebut turut disrang warganet Malaysia.

Bukan itu sahaja, Facebook milik kedutaan Ukraine di Malaysia turut disrng oleh warganet sehingga mereka terpaksa menutup sementara laman rasmi tersebut. Menerusi Twitter, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo

sempat memberikan kenyataannya mengenai kontroversi tersebut. Katanya terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur hingga mengakibatkan keputusan itu. Namun, Olexander berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan sempat mengucapkan tahniah kepada Ziyad atas prestasinya yang luar biasa ketika bertanding semalam.

Ziyad kekal juara sebenar dalam hati ramai orang, bukan hanya rakyat Malaysia.”

Untuk pengetahuan korang, selain Ziyad, dua lagi atlet dari Australia dan Ecuardo juga telah dibatalkan penyertaan dengan status Did Not Start (DNS) atas sebab yang sama.

Atlet Ukraine mohon simpati rakyat Malaysia. Dedah satu komen buat dia rasa sedih lepas rayuan Ziyad ditolak.

Kuala Lumpur: Pastinya ketika ini Muhammad Ziyad Zolkefli antara atlet paling berduka di muka bumi ini. Apa tidaknya, pingat emas yang sudah jelas berada di depan mata bagaikan dirampas oleh penganjur yang memberikan kemenangan kepada atlet Ukraine pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 kelmarin.

Kesedihan dan kepiluan hati Ziyad, atlet para lontar peluru negara, digambarkan dalam satu video berdurasi 27 saat yang menjadi tular sejak semalam. “Apakan daya, masa tak akan kembali, hancur musnahlah semuanya,” nyanyi Ziyad dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Bravo 5. Video itu sudah ditonton lebih 28,000 kali dalam tempoh sembilan jam.

Bait lagu daripada nyanyian legenda Tan Sri P Ramlee itu memang sinonim ketika umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri saban tahun namun kesedihan atlet berusia 31 tahun itu nyata bertempat.

Tidak diketahui tarikh sebenar video itu diambil tetapi Ziyad memakai jersi putih dengan bendera Malaysia di dada dan kelihatan seperti berada di Perkampungan Atlet Paralimpik 2020.

Ziyad, yang memecahkan rekod dunia miliknya sebanyak tiga kali di Stadium Olimpik Tokyo dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) kelmarin, dibatalkan kemenangannya oleh penganjur selepas menerima protes kem Ukraine yang mendakwa atlet negara itu tak patuhi peraturan ‘call room’.

Sekalipun kontinjen Malaysia serta dua negara Australia dan Ecuador membuat rayuan balas terhadap protes Ukraine, penganjur tetap mengekalkan keputusan mereka sekali gus memberikan kemenangan emas-perak kepada Ukraine manakala Greece meraih gangsa.

Sementara itu, sekurang-kurangnya dua saluran YouTube turut memaparkan permohonan maaf atlet Ukraine yang memenangi emas, Maksym Koval susulan rasa tidak puas hati beberapa warga negara ini yang menyrang akaun Instagram miliknya.

“Akaun pertama saya digdam oleh rakyat Malaysia selepas mereka menyrang saya dengan beribu-ribu komen di hantaran saya, jadi saya terpaksa membuka akaun baharu. Saya mohon maaf,” tulis Koval.

Susulan pembatalan kemenangan Ziyad, rakan senegaranya Oleksandr Yarovyi meraih perak manakala Efstratios Nikolaidis dari Greece gangsa.

Atlet Ukraine mohon simpati rakyat Malaysia

Atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval yang menerima pingat emas selepas bantahan kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas akaun pertamanya digodam.

“Akaun pertama saya telah digdam rakyat Malaysia selepas mereka menyrang saya dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran-hantaran saya,” ujarnya melalui Instagram Story. Namun, laman Instagram

baharu tersebut turut tidak terlepas menerima srangan bertubi-tubi daripada warganet Malaysia yang bertindak menulis pelbagai komen berbentuk krtitikan selain ada yang tergamak menyamakan atlet itu dengan haiwan.

Komen Buat Beliau Terasa

Tidak tahan dengan keadaan itu, Koval kemudiannya memuat naik permohonan maaf beserta emoji dua telapak tangan dirapatkan dipercayai bagi merayu agar pertikaian itu tidak dipanjangkan.

Gara-gara ditduh menjadi punca kepada pembatalan pingat emas milik atlet Malaysia, Ziyad Zolkelfi, warganet mula menyrang akaun sosial media yang dikaitkan dengan atlet Paralimpik serta kedutaan Ukraine.

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan tindakan tentera bawang berkenaan sebagai melampui batas dan dianggap tidak matang selain mencemarkan nama baik negara.

Reaksi Orang Ramai

Tidak sokong kritik media sosial atlet paralimpik Ukraine. Apatah lagi bahasa yang cantik digunakan. Bukan semua perkara hendak dikritik sampai koyak. Berpada-padalah. Bahasa jiwa bangsa,” ujar Nur Hasliza Hamar.

Kepada yang melampau sehingga menghina Orang Kurang Upaya memang tidak boleh dimaafkan dan memalukan negara,” komen Rows Uwie. Warganet kritik berlebihan. Boleh sampai melampaui batas. Dia juga manusia. Sepatutnya bantahan kita sudah matang, bukan macam kebudakan. Pepatah Melayu sebut masa ibarat emas. Pepatah Arab pula kata masa itu ibarat pdang,” ulas Abuya Ashaari. Kredit : Kosmo/HM/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *