Patutlah lama tak dengar khabar. Bapa Fattah Anas dah jual akaun IG dan barang dalam rumah. Rupanya ini punca dia nekad buat macam tu.

Siapa yang tidak kenal dengan kanak-kanak comel Muhammad Fattah Anaz Mohamad Firdaus atau lebih dikenali sebagai Fattah Anas yang mempunyai lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Fattah Anas mula tular pada 2018 dengan videonya yang ketika itu berusia dua tahun masuk ke dalam sangkar kucing, sebelum diusik bapanya.

Namun si cilik itu seperti terus menyepi sejak para pengikutnya digemparkan dengan bapanya menghidap sakit misteri akhir tahun lalu. Bapa Fattah Anas, Mohamad Firdaus Mohamed tampil menjelaskan bahawa dia telah sembuh sepenuhnya daripada sakit itu pada Julai lalu.

“Syukur Alhamdulillah, bila mula-mula saya dah sihat, saya rasa macam mat1 hidup balik. Tak sangka Allah bagi saya segar semula sehingga saya blur kenapa rasa lain. Maklumlah berbulan-bulan saya mengalaminya sampai lupa apa yang dah jadi. Dah sihat ni saya bersyukur sangat nak teruskan kehidupan dan kuatkan iman dengan mendalami ilmu agama daripada mereka yang berpengalaman seperti ustaz,” katanya ketika dihubungi.

Fattah Anas sebelum ini mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram.

Bapa berusia 28 tahun itu turut mendedahkan bahawa akaun Instagram anaknya, fattahanas_boyyeah yang mempunyai 1.2 juta pengikut itu telah dijual pada Jun lalu. Firdaus berkata, dia membuat keputusan untuk menjual akaun tersebut selepas hilang punca pendapatan menerusi bisnes dan reviu media sosial akibat menderita sakit misteri.

“Saya jual IG (Instagram) tu bagi membayar hutang rumah, kereta dan motosikal yang tertunggak termasuk refund ke atas reviu-reviu yang terpaksa dibatalkan kerana saya sakit. Selepas jual IG dan barang-barang dalam rumah, Alhamdulillah segala-galanya dapat diselesaikan secara perlahan-lahan,” katanya yang menjual IG tersebut pada harga ‘lima angka’.

Fattah Anas membuat latihan di rumah.

Susulan kejadian yang berlaku, bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dia sekeluarga nekad berpindah tetapi masih menetap di Kuantan, Pahang. Mengenai tindakannya yang menjual akaun Instagram yang mempunyai ramai pengikut, Firdaus bagaimanapun reda dan menganggap ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

“Saya percaya rezeki Allah. Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai yang mengikuti saya dan Fattah Anas. Nak lepaskannya ada hikmah. InsyaAllah ada rezeki nanti, dulu pun kami dikurniakan rezeki. Saya percaya takdir Allah. Jadi, tak berat untuk saya melepaskan IG tersebut. Saya terus fikir dan buat keputusan yang terbaik dengan menggunakan jalan terakhir yang dapat membantu,” katanya.

Firdaus (kanan) sekeluarga mahu menjalani kehidupan baharu.

Firdaus kini kembali bangkit dengan memulakan bisnes percetakan baju secara kecil-kecilan dari rumah sejak kira-kira seminggu lalu. Malah, dia turut kembali aktif di media sosial berkongsi mengenai aktiviti anak-anaknya di laman sosial sejak akhir Julai lalu menerusi dua akaun baru, fattahanas_family dan fattahanas_family2 yang dikendalikan bersama isterinya.

Saya percaya rezeki Allah. Sebelum ini pun kami tak kejar jumlah followers, tapi kami bersyukur ramai yang mengikuti saya dan Fattah Anas

“Bila fikir balik sekarang zaman online. Nak tak nak, saya perlu kembali aktif di laman sosial. Tapi perlahan-lahan, masih baru lagi. Anas yang dulu terkena tempias dengan mengalami sakit kulit dan emosi yang tidak stabil kembali sihat dan ceria. Alhamdulillah, Anas belajar mengeja, membaca dan mula menghafaz surah-surah al-Quran,” tambahnya.

Firdaus kini memulakan bisnes percetakan baju.

Firdaus berkata, dia sekeluarga bersama Fattah Anas yang kini berusia lima tahun membuat kemunculan semula di laman sosial, sebagai sebahagian daripada kehidupan baharu.

“Saya nak buka buku baru. Semoga keadaan bertambah baik dan saya minta doa semua supaya kami dalam keadaan yang sentiasa dilindungi Allah,” katanya. Sumber: Mstar

Isteri Baim Wong dijangkiti sakit ini pula. Ini keadaan terkini isterinya.

Pelakon Paula Verhoeven yang juga isteri aktor terkenal Indonesia, Baim Wong yang sedang sarat hamil ujian sekali lagi teruji apabila dijangkiti denggi berdr4h. Biarpun telah beransur sembuh, Baim memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan ksejahteraan isterinya memandangkan keadaan Paula kini sedang hamil anak kedua.

“Kesayangan saya sudah sembuh. Mohon doanya untuk kesihatan Paula dan juga bayinya. Selepas membaca kapsyen ini, ambil kesempatan untuk baca Al-Fatihah ya. Doa itu didengar Allah SWT. Semakin banyak yang mendoakan, Insha-Allah doanya terkabul,” katanya.

Terdahulu, Paula mencetuskan teka-teki apabila dia berkongsi dirinya berada dalam wad di hospital yang turut ditemani Baim dan anak mereka, Kiano. Sebelum ini, pelakon terbabit turut mencetuskan kerisauan selepas disahkan positif Covd-19 pada Mei lalu dan telah menjalani rawatan dan kuarantin kendiri di rumah. Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Kiano Tiger Wong yang kini berusia satu tahun. Sumber -K! ONLINE

Elyana persoalkan kenapa orang lain boleh sembuh dengan sakit yang sama dengan dirinya tapi bukan Elyana. Rupanya ini yang berlaku dengan padanya.

Hujung tahun lalu, penyanyi Elyana memaklumkan barah lmf0m4 yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila turut merebak ke beberapa organ badannya. Meskipun sedang kuat mlw4n barah tersebut, namun Elyana tidak pernah menunjukkan pend.eritaan yang dihadapinya. Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu tidak pernah putus asa melwan sakitnya.

“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas,” katanya. Namun Elyana berkata sebagai manusia biasa dia juga pernah rasa kecewa dan pernah tertanya-tanya mengapa dirinya diuji sedemikian rupa dan mempersoalkan mengapa orang lain boleh sembuh namun tidak dirinya.

“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kecewa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan sakit barah. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya? Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain sakit yang sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya.

Baru sahaja keluar hospital untuk menambah dr4h, Elyana berkata terpaksa menjalani rawatan radioterapi selepas mendapati ada ketmbvhan pada bahagian tengah dadanya.

“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah dr4h, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketmbvhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terpksa menjalankan rawatan radioterapi secepat mungkin. Kesan ketmbvhan ini, saya sukar bernafas, malah b4tuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik b4tuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan. Selain dada, barah turut merebak pada bahagian parv-parv, belakang r.ahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan steroid, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg,” katanya.

Elyana mula terasa kesan radioterapi

Penyanyi dan pelakon Elyana mula mengalami pecah lidah dan ulser dalam mulut selepas menjalani sesi keenam rawatan radioterapi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam. Elyana, 34, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.

“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah dr4h, masukkan susu dan benda lain. Sekarang baru terasa kesan radi0terapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas. Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya.

Elyana yang sudah 10 tahun menghidap barah lmf0m4 tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang. Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini. Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.

Pada 16 Jun lalu Elyana menerusi bual bicara langsung di Instagram miliknya memaklumkan dia nekad menjalani rawatan radioterapi itu untuk kesembuhan sakit barah tersebut demi keinginan mahu terus bermain bersama anak-anak. Menurut Elyana, dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot. Sumber : News Update

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *