Isteri setuju pisah dengan suami bila perampas setuju nak beri sejumlah RM30k. Rupanya ini yang dia nak buat dengan wang tersebut.

Foto sekadar hiasan. Terima RM30,000, Isteri Setuju ‘Jual’ Suami Kepada Wanita Per4mpas. Seorang wanita di Karnataka, India sanggup ‘menjual’ suaminya kepada kekasih lelaki itu dalam kejadian yang agak jarang berlaku. Difahamkan, rumah tangga pasangan itu mula goy4h apabila si suami tinggal di rumah kekasihnya dan hanya pulang ke rumah isteri selepas habis waktu bekerja.

Si isteri, Ramya, mengetahui suaminya cur4ng lalu tercetvs perg4duhan di antara mereka. Sebaik saja si isteri mendapat tahu tempat tinggal wanita yang mahu mer4mpas suaminya itu, dia terus pergi berjumpa dengan per4mpas terbabit. Ketika dua wanita itu bertengk4r, Ramya ada memaklumkan dia terbeban dengan hutang yang banyak. Per4mpas itu kemudian menawarkan diri untuk membayar semua hvtang tersebut sekiranya Ramya bersetuju berpisah dengan suaminya.

Ramya terkejut tetapi bersetuju dengan tawaran itu kerana suaminya sudah tidak mahu duduk sebumbung dengan dia lagi. Ramya menuntut bayaran 1.7juta rupee (RM100,000) tetapi si per4mpas hanya memberi 500,000 rupee (RM30,000) dan selepas itu Ramya terus tinggalkan suaminya yang tidak guna itu.

Komen warganet :

Up lg 50k

Ohh …dunia dunia..asal bar4ng jadi duit..

Sumber : Nangtime/ Berita Stedy Press

Baru kahwin 2 minggu isteri tiba tiba benarkan suami untuk kahwin lain. Sekali reaksi suami buat ramai yang tak sangka.

Isteri kepada anak seorang penceramah terkenal Indonesia membuat pengakuan bahawa dia tidak kisah untuk bermadu sekiranya suaminya berhasrat untuk berkahwin lebih daripada seorang di masa akan datang, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Pengakuan tersebut disuarakan Nadzira Shafa ketika ditemu bual oleh selebriti dan pelakon terkenal, Oki Setiana Dewi dalam satu paparan di YouTube. Meskipun baru dua minggu berumah tangga, isteri kepada anak Ustaz Arifin Ilham, Ameer Azzikra itu secara terang-terangan mengaku dia bersedia dimadukan kerana turut berasal daripada keluarga yang mengamalkan poligami.

“Sebenarnya, jika bercakap mengenai poligami, saya tidak menentang kerana saya berasal daripada keluarga yang berpoligami. “Jadi, saya dapat memahami amalan poligami,” katanya ketika menjawab soalan daripada Oki.

Tambah wanita itu, jika suatu hari nanti suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, dia ikhlas untuk menerimanya. “Jika ada wanita yang betul-betul perlu dibimbing (oleh suaminya), saya tidak kisah,” ujarnya.

Sementara itu, pengakuan Nadzira Shafa itu dibalas oleh Ameer Azzikra yang mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia memikirkan perkara tersebut.  “Kita kan baru berkahwin. Saya masih belum terfikir ke arah itu,”. Sumber : KOSMO ONLINE

Pasangan Yang Nak Kahwin Kena Bijak Kira Perbelanjaan Untuk Majlis Suapaya Tak Berlaku Pembaziran. Ketahuilah Ini Tips Untuk Dapatkan Kos Yang Berbaloi.

Pasangan pengantin harus bijak mencongak perbelanjaan di majlis perkahwinan mereka agar tidak berlaku pembaziran yang tidak sepatutnya. Sebut sahaja mengenai kahwin, pasti kita terbayangkan dua mempelai segak bersanding di atas pelamin. Tapi harus diingat, ada 1001 perkara yang perlu diuruskan dalam menjayakan majlis raja sehari itu.

Silap hari bulan, mungkin puluhan ribu ringgit terpaksa dibelanjakan demi merealisasikan majlis impian. Namun jangan risau, ayuh semak lapan perkara yang perlu anda ambil tahu dalam menjayakan majlis kahwin impian dengan bajet rendah, namun hasilnya tetap wow!

1) Kad undangan

Zaman pun dah berubah, kad undangan tradisional yang dikirim dalam sampul mungkin sudah tak relevan pada sesetengah individu. Malah, makin banyak kad undangan dicetak, makin mahal pula harganya sehingga mencecah ratusan ringgit. Sekarang anda boleh buat kad undangan digital secara percuma dalam internet. Yang berbayar pun ada, namun harganya cukup murah.

Dengan sekali bayar, anda boleh menggunakannya tanpa had. Lebih menarik, ada fungsi navigasi peta ke lokasi perkahwinan. Fungsi RSVP pun ada, so bolehlah anda buat kiraan awal jumlah tetamu yang bakal hadir.

2) Barang Hantaran

Hidden hantaran atau hantaran bungkus merupakan satu konsep yang cukup menarik. Mungkin sebelum ini ada pasangan yang terpaksa berbelanja mewah kerana tidak mahu hantaran mereka menjadi sindiran orang sekeliling. Namun dengan adanya konsep hantaran bungkus, tiada siapa yang tahu apa isi di dalamnya. Bijak bukan? Kalau nak bungkus kotak kosong pun orang tak tahu, eh gurau je!

Dengan konsep ini, pengantin tidak perlu risau untuk meletakkan barang berjenama sahaja di atas dulang hantaran mereka. Boleh je bagi benda murah, asalkan praktikal dan boleh digunakan selepas kahwin nanti.

3) Gabung Majlis

Kenapa perlu adakan sampai tiga majlis kalau ia boleh dilakukan sekali sahaja? Majlis akad nikah, resepsi belah perempuan, kemudian majlis bertandang di pihak lelaki. Tiga kali majlis, tiga bajet berbeza. Ini semua boleh dielakkan. Apa kata pilih satu venue, lakukan acara akad nikah dan kemudian terus bersanding. Kalau nak tempah katering pun, sekali je. Kalau tiga majlis, tiga kali katering, botaklah pengantin!

4) Sewa baju atau D.I.Y

Busana kahwin menyimpan banyak nilai sentimental buat pengantin. Malah, pasti seronok jika ia boleh ditunjukkan kepada anak cucu kelak. Namun, harga baju kahwin bukanlah murah, apatah lagi jika ia custom-made. Kenapa perlu beli sampai mencecah ribuan ringgit kalau anda boleh sewa pada harga yang murah?

Ada juga pengantin yang membeli baju kurung moden polos, kemudian D.I.Y sendiri labuci dan manik sebelum digayakan pada hari bahagia. Kalau kreatif, apa salahnya kan?

5) Jurufoto

Matematiknya cukup mudah. Kalau anda ambil khidmat fotografi dengan add-on pakej album gambar, harganya pasti mahal. Sebenarnya anda boleh request untuk soft copy sahaja macam seorang pengantin yang berkongsi kisahnya.

Kata Syaheera Sohaimi, dia boleh saja membuat cetakan gambar dan album sendiri selepas berakhirnya majlis kahwin. Dengan ini, dia boleh menjimatkan wang untuk potret hari bahagia. Tambah-tambah zaman sekarang, gambar di Instagram lebih penting berbanding album gambar fizikal, betul tak? Nak lagi murah, ambil gambar guna telefon pintar. Kalau kena teknik mobile-photography, hasilnya pastinya luar biasa, persis bidikan lensa profesional.

6) Kek kahwin

Antara elemen penting dalam sesebuah majlis kahwin tentunya acara memotong kek. Namun, harganya juga boleh mencecah ratusan ke ribuan ringgit, bergantung kepada permintaan pengantin. Kalau anda rajin buat carian di media sosial, wujud lambakan peniaga kek yang menawarkan harga murah dengan rekaan cukup menarik. Serendah RM50 pun ada. Yang penting, rasanya sedap. Rugi kalau tempah kek sampai RM300 tapi rasanya menghampakan. Buatlah pilihan dengan bijak!

7) Cincin

Bercerita mengenai cincin, konsep less is more patut menjadi panduan utama para pengantin.nMengapa perlu membeli cincin yang besar, mahupun penuh dengan permata jika boleh mendapatkan perhiasan itu dalam rekaan lebih simple, polos dan berharga jauh lebih rendah? Dalam anggaran harga RM200 ke RM500 untuk sebentuk cincin. Itu pastinya sudah memadai.

8) Promo promo promo

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19, ramai peniaga yang terjejas. Dalam meneruskan kelangsungan perniagaan, mereka tampil dengan pelbagai pakej dan promo gila-gila, pada harga rendah luar biasa. Para pengantin harus rajin menyemak laman sosial peniaga-peniaga ini. Dengan pakej yang ditawarkan, ia dapat memberikan penjimatan berganda.

Bukan sahaja penyedia kek, pelamin, solekan, mahupun jurufoto, malah ada hotel yang turut menawarkan harga bilik yang cukup murah untuk para pengantin dengan pakej stay and dine di ibu negara. Hanya bayar harga bilik, pengantin boleh menyewa beberapa unit untuk keluarga mereka juga dan makanannya pula percuma. Wow! Buat majlis di hotel pun murah sekarang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *