Betty Rahmad tampil kongsi usaha Erma Fatima jaga ibunya yang dijangkiti Cvd19. Rupanya ini sebab kenapa dia berjumpa dengan ibunya sebelum ini.

Pelakon Betty Rahmad hari ini mendedahkan dia sekeluarga diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali dan pembantunya, Teha, disahkan positif COVID 19.Kedua duanya disahkan dijangkiti wabak tersebut pada pertengahan Ogos lalu dan kini sudah pulih seperti sedia kala. Menerusi kemas kini yang dibuat Betty kepada lebih 800 ribu pengikutnya di Instagram, ibu kepada Adiwira itu menceritakan kronologi mengenai ibu dan pembantunya yang dijangkiti virus tersebut.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTXJwa8nnRa/?utm_source=ig_web_copy_link

“Assalamualaikum semua, inilah yang saya lalui bulan Ogos lalu. Besar ujian yang penuh dengan rahmat dan hikmah. Alhamdulillah syukur Allah swt lindungi saya dan keluarga serta pinjamkan mak sekali lagi pada kami,” tulis Betty pada video pertama yang memaparkan dirinya sekeluarga menjalani tes dan ujian calitan COVID 19.

Isteri Ardy Damis itu menjelaskan hanya ibu dan penjaga Adiwira yang disahkan positif, sementara dia, suami dan anaknya yang sempat demam tinggi kerana tonsil negatif COVID 19.Sebaik mendapat keputusan ujian Teha positif, penjaga anak lelakinya itu terus menjalani kuarantin di sebuah bilik di tingkat dua kediaman mereka.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTYtO1BnOXf/?utm_source=ig_web_copy_link

Video Teha yang sangat teruja dan rindu Adiwira sebaik selesai menjalani kuarantin dan bebas COVID 19 selepas 20 hari cukup menyentuh hati. Teha dilihat berkali kali memeluk erat dan mengungkapkan perasaan rindu terhadap Adiwira yang tidak dapat disentuhnya walau ‘duduk serumah’. Sementara itu, menerusi video kedua yang dimuat naik petang tadi, Betty berkongsi mengenai tindakan pantas yang dilakukan kakaknya, Erma Fatima apabila berk0rban menjaga ibunya yang disahkan positif.

“Allahuakbar Alhamdulillah atas kasih sayang ini YaAllah. The day my mom was tested positive Kak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak rumah lain dan minta kami hantar mak ke rumah dia. Dialah yang masakkan mak. Mandikan mak. Bagi ubat/vitamin check everything dan update kami adik beradik dengan video-video ni dalam group Whatsapp. Sangat luar biasa dan bangga ada kakak macam ni. MashaAllah. Semua adik beradik video call 4-5 kali sehari. Tapi semua kena pretend macam takde apa-apa sebab nak kuatkan semangat mak dan cakap ada kum4n je sikit dekat paru-paru mak. Lebih kurang seminggu di bawah jagaan Kak Erma “doktor tak bertauliah anak subuh”. Tiap-tiap malam my sister buat self test Alhamdulillah Allah lindung,” cerita Betty.

Bagaimanapun mereka terpaksa menghantar ibu ke hospital pada hari ke lapan untuk monitor paru-paru yang ada kum4n.”Keadaan mak semakin hari semakin baik. Fyi she’s 73years old. Mak saya rajin solat, zikir dan mengaji. Kalau solat berjam-jam. Janji Allah itu pasti. Allahuakbar. Allah beri kekuatan dan kesembuhan segera buat mak saya. No bad symptoms Alhamdulillah syukur,” katanya lagi.

Betty yang berkali kali mengingatkan semua agar terus menjaga solat kemudian menjelaskan sebab mengapa dia membawa ibunya datang ke rumah sewaktu PKP.”Bagi yang kenal saya tau macam mana saya strict dan takut nak keluar rumah. Saya tak jumpa siapa-siapa. Bertahun tak jumpa mak. Raya pun tak jumpa walaupun rumah dekat. Tapi terdetik dalam hati saya pada masa tu risau dekat mak sebab kes hari-hari 20k+. Mak saya tinggal dengan abang abang dan kakak ipar saya yang terpaksa keluar bekerja hari-hari.

“Jadi lepas bincang dengan Kak Erma dan Kak Umie dorang suruh saya ambik mak bawak rumah saya memandangkan kami dalam rumah ni memang tak keluar rumah langsung.”Nak cakap terlambat, tidak. Saya mungkin akan lagi ralat kalau saya tak ambik mak masa tu dan keadaan mak mesti akan lebih teruk.” Tidak henti melahirkan rasa syukur, Betty berharap apa yang dikongsikan olehnya dapat memberi manfaat pada semua dan dibawah lindungan Allah.”Semoga dengan perkongsian ini saya harap dapat memberi semangat pada mereka yang sedang bertarung dengan Covid19 dan yang sedang kuarantin.”Ternyata ia bukan mudah. Kuatkan mental dan percaya segalanya dari Allah. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami,” tulisnya. Sumber : Gempak

Erma Fatima adakan majlis merisik secara maya dan ramai yang kagum siap jadikan contoh. Sekali tak nafikan tetap terjadi masalah ini.

Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal Erma Fatima telah berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang dilangsungkan secara maya. Majlis tersebut yang berlangsung pada petang Sabtu disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Walaupun talian internet terputus-putus, namun majlis tersebut berjalan dengan lancar dan rata-rata warganet memuji tindakan Erma dan Bade. Selain dihujani ucapan tahniah, ada di antara warganet yang mahu menjadikan majlis tersebut sebagai contoh.

Tambahan lagi ketika semua rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan pandemik dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Rata-rata memuji kedua-dua belah keluarga iaitu Erma dan bakal besan kerana mematuhi SOP ketika menjalankan majlis ringkas dan penuh bermakna tersebut. Selain Syamil Erma mempunyai empat orang anak angkat iaitu Ahmad Arir, 25, Ahmad Aifin, 23, Citra, 19 dan Nurain, 14. Komen Warganet:

Sumber : https://gempak.com/

Akhirnya cinta bertaut kembali. Terkini Mimi Lana dedahkan dia dah sedia untuk berumah tangga.

Mengesahkan sudah pun putus cinta pada Mei tahun lalu, bagaimanapun pelakon Mimi Lana mendedahkan kembali menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syafiq Kyle. Seolah diberikan peluang kedua, Mimi berkata perpisahan sebelum ini menjadikan hubungannya dengan Syafiq selama enam tahun lebih matang.

“Alhamdulillah, hubungan saya dan Syafiq kini baik-baik sahaja. Apa yang dapat disimpulkan, inilah adalah peluang kedua diberikan, jadi percintaan kami semakin matang. “Kami sudah lama menjalinkan hubungan cinta, hendak masuk enam tahun. Setiap tahun, daripada tahun pertama hingga sekarang, banyak perkara dipelajari,” katanya.

Mimi berkata tidak mahu lagi kesilapan sama berulang, mereka berdua perlu mengenali dan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum melakukan perkara sama kepada pasangan.

“Jika kita sendiri tidak mampu nak menyayangi diri sendiri, mana mungkin mampu melakukan perkara sama pada insan lain. Justeru, saya dan Syafiq perlu ada sifat ini untuk mencipta hubungan yang berlandaskan cinta sejati,” katanya.

Mengakui mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa lebih serius, bagaimanapun Mimi berkata belum masanya lagi. Namun dia mengakui sudah bersedia untuk berumah tangga.

“Apabila bercinta, memanglah kami ada perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya. Namun, dengan situasi sekarang, ia bukanlah masa yang sesuai. “Tarikh perkahwinan memang tiada lagi. Jika nak diikutkan, saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma, saya tidak tahu bila. Cepat atau lewat, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan.

“Pada waktu ini, saya hanya mahu menjadi seorang insan dan wanita yang lebih baik. Apapun, saya percaya, jika niat murni, Tuhan akan permudahkan,” jelasnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Rotikaya via TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *