Emas dan rekod dunia ditarik balik. Tak boleh berdiam sekali jurulatih Ziyad tampil buat pengakuan ni.

“Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain.” Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lwn sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal. Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 7.05 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di ‘call room’.

Difahamkan, penganjur menetapkan jam 5.55 petang (70 minit sebelum pertandingan) sebagai waktu ‘cut off’ untuk semua atlet dalam acara berkenaan. “Kami sampai awal dekat trek, dalam 4.15 petang. Bila kita dah sampai, Ziyad ‘warm up’ dari 4.45 petang sampai 5.30 petang.

“Dalam proses dari 5.30 ke 5.45 petang, kita ‘prepare’ untuk Ziyad, kita urut sikit sebab Ziyad kata ada rasa tegang otot. “5.45 petang, kita bergerak dari trek ke ‘call room’. Kita dah buat kiraan kalau dari trek, lebih kurang 8 ke 10 minit. Kalau jalan laju, dalam 5 ke 6 minit.

“Bila sampai ‘call room’, kita tak bergegas pun, kita jalan biasa, saya bagi nasihat dan semangat kepada Ziyad. “Depan kita ada atlet Greece, dia sampai dan boleh masuk dan kami ditahan. Kami tengok masa, 5.55 petang. Bila ditahan, kita rayu untuk masuk, dia (pegawai pertandingan) suruh tunggu,” katanya.

FAIZOL Harun bercakap kepada pemberita ketika tiba di KLIA, Sepang hari ini. 

Tambah Faizol, pada waktu itu juga terdapat jurulatih Ukraine berhampiran pegawai bertugas. “Selepas itu, atlet Australia dan Ecuador ada di belakang, mereka minta masuk. Pada masa sama, pembantu pengadil panggil atlet lompat tinggi masuk.

“Masa itu kita rayu lagi untuk masuk tapi pegawai kata “Sorry, you are late.” “Dia tunjuk jam dah 5.56 petang. Saya lihat masa itu peserta kategori Ziyad ada di ‘call room 1’, tidak bergerak lagi ke ‘call room 2’.

“Sebab itu kita minta masuk tapi bila pagar tutup, jurulatih Ukraine lakukan provokasi kepada pembantu pengadil. “Dia kata kalau benarkan Ziyad masuk, dia akan protes. Lepas bercakap dengan Ketua Pengadil, Ziyad dibenarkan masuk,” ujarnya.

Selepas anak buahnya dibenarkan masuk, Faizol menghantar Muhammad Ziyad dan masuk ke stadium. “Saya tidak tahu apa-apa (berkaitan penyertaan dibatalkan). Selepas lontaran ketiga, saya dimaklumkan pegawai yang Ziyad ‘DNS’ (Did Not Start).

“Kalau saya tahu awal, saya tak benarkan Ziyad bertanding,” katanya menjelaskan panjang lebar kepada media di KLIA. Ketika ditanya bukti anak buahnya tiba awal dan berdepan masalah untuk memasuki ‘call room’, ini jawapan Faizol:

“Itulah masalahnya sebab dalam kawasan itu memang tidak boleh ‘live’ atau rakam apa-apa,” jelasnya. Muhammad Ziyad dan Faizol tiba di KLIA pada Jumaat kira-kira jam 6.43 petang bersama tujuh lagi atlet dan pegawai termasuk pemenang pingat perak, Chew Wei Lun.

Pada Selasa lalu, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.

Pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.

Sumber : Astro Awani

Teruk kena kritik dengan rakyat Malaysia. Kedutaan Ukraine sampai terpaksa tutup akaun fb.

Kontroversi berhubung pingat emas yang direntap selepas atlet paralimpik Ziyad Zolkefli dikatakan lewat melaporkan diri ke bilik menunggu sebelum acara bermula terus menjadi buah mulut di media sosial.

Protes yang dibuat oleh Ukraine ini ternyata telah menimbulkan kemarahan dan kekesalan ramai pihak. Malah, media sosial Ukraine dan atlet Ukraine yang berjaya merampas pingat tersebut turut disrang warganet Malaysia.

Bukan itu sahaja, Facebook milik kedutaan Ukraine di Malaysia turut disrng oleh warganet sehingga mereka terpaksa menutup sementara laman rasmi tersebut. Menerusi Twitter, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo

sempat memberikan kenyataannya mengenai kontroversi tersebut. Katanya terdapat beberapa persoalan tentang keputusan jawatankuasa penganjur hingga mengakibatkan keputusan itu. Namun, Olexander berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan sempat mengucapkan tahniah kepada Ziyad atas prestasinya yang luar biasa ketika bertanding semalam.

Ziyad kekal juara sebenar dalam hati ramai orang, bukan hanya rakyat Malaysia.”

Untuk pengetahuan korang, selain Ziyad, dua lagi atlet dari Australia dan Ecuardo juga telah dibatalkan penyertaan dengan status Did Not Start (DNS) atas sebab yang sama.

Atlet Ukraine mohon simpati rakyat Malaysia. Dedah satu komen buat dia rasa sedih lepas rayuan Ziyad ditolak.

Kuala Lumpur: Pastinya ketika ini Muhammad Ziyad Zolkefli antara atlet paling berduka di muka bumi ini. Apa tidaknya, pingat emas yang sudah jelas berada di depan mata bagaikan dirampas oleh penganjur yang memberikan kemenangan kepada atlet Ukraine pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 kelmarin.

Kesedihan dan kepiluan hati Ziyad, atlet para lontar peluru negara, digambarkan dalam satu video berdurasi 27 saat yang menjadi tular sejak semalam. “Apakan daya, masa tak akan kembali, hancur musnahlah semuanya,” nyanyi Ziyad dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Bravo 5. Video itu sudah ditonton lebih 28,000 kali dalam tempoh sembilan jam.

Bait lagu daripada nyanyian legenda Tan Sri P Ramlee itu memang sinonim ketika umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri saban tahun namun kesedihan atlet berusia 31 tahun itu nyata bertempat.

Tidak diketahui tarikh sebenar video itu diambil tetapi Ziyad memakai jersi putih dengan bendera Malaysia di dada dan kelihatan seperti berada di Perkampungan Atlet Paralimpik 2020.

Ziyad, yang memecahkan rekod dunia miliknya sebanyak tiga kali di Stadium Olimpik Tokyo dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) kelmarin, dibatalkan kemenangannya oleh penganjur selepas menerima protes kem Ukraine yang mendakwa atlet negara itu tak patuhi peraturan ‘call room’.

Sekalipun kontinjen Malaysia serta dua negara Australia dan Ecuador membuat rayuan balas terhadap protes Ukraine, penganjur tetap mengekalkan keputusan mereka sekali gus memberikan kemenangan emas-perak kepada Ukraine manakala Greece meraih gangsa.

Sementara itu, sekurang-kurangnya dua saluran YouTube turut memaparkan permohonan maaf atlet Ukraine yang memenangi emas, Maksym Koval susulan rasa tidak puas hati beberapa warga negara ini yang menyrang akaun Instagram miliknya.

“Akaun pertama saya digdam oleh rakyat Malaysia selepas mereka menyrang saya dengan beribu-ribu komen di hantaran saya, jadi saya terpaksa membuka akaun baharu. Saya mohon maaf,” tulis Koval.

Susulan pembatalan kemenangan Ziyad, rakan senegaranya Oleksandr Yarovyi meraih perak manakala Efstratios Nikolaidis dari Greece gangsa.

Atlet Ukraine mohon simpati rakyat Malaysia

Atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval yang menerima pingat emas selepas bantahan kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas akaun pertamanya digodam.

“Akaun pertama saya telah digdam rakyat Malaysia selepas mereka menyrang saya dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran-hantaran saya,” ujarnya melalui Instagram Story. Namun, laman Instagram

baharu tersebut turut tidak terlepas menerima srangan bertubi-tubi daripada warganet Malaysia yang bertindak menulis pelbagai komen berbentuk krtitikan selain ada yang tergamak menyamakan atlet itu dengan haiwan.

Komen Buat Beliau Terasa

Tidak tahan dengan keadaan itu, Koval kemudiannya memuat naik permohonan maaf beserta emoji dua telapak tangan dirapatkan dipercayai bagi merayu agar pertikaian itu tidak dipanjangkan.

Gara-gara ditduh menjadi punca kepada pembatalan pingat emas milik atlet Malaysia, Ziyad Zolkelfi, warganet mula menyrang akaun sosial media yang dikaitkan dengan atlet Paralimpik serta kedutaan Ukraine.

Bagaimanapun, rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan tindakan tentera bawang berkenaan sebagai melampui batas dan dianggap tidak matang selain mencemarkan nama baik negara.

Reaksi Orang Ramai

Tidak sokong kritik media sosial atlet paralimpik Ukraine. Apatah lagi bahasa yang cantik digunakan. Bukan semua perkara hendak dikritik sampai koyak. Berpada-padalah. Bahasa jiwa bangsa,” ujar Nur Hasliza Hamar.

Kepada yang melampau sehingga menghina Orang Kurang Upaya memang tidak boleh dimaafkan dan memalukan negara,” komen Rows Uwie. Warganet kritik berlebihan. Boleh sampai melampaui batas. Dia juga manusia. Sepatutnya bantahan kita sudah matang, bukan macam kebudakan. Pepatah Melayu sebut masa ibarat emas. Pepatah Arab pula kata masa itu ibarat pdang,” ulas Abuya Ashaari.

Kredit : Kosmo/HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Ziyad mohon maaf pada semua rakyat Malaysia. Sekali ini respon dari Khairy Jamaluddin buat ramai yang terkedu.

Kemenangan jaguh lontar peluru negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli telah ditarik balik apabila pihak Ukraine tampil melakukan protes. Susulan daripada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa pihak Malaysia telah menghantar bantahan kepada pihak penganjur sukan Paralimpik Tokyo.

Mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Menerusi posting Ziyad di Instagram, dia memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kemenangannya dibatalkan dan dia turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah menyokongnya.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya.” Walau bagaimanapun, Malaysia telah menghantar bantahan serta menyerahkan segala bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan di luar bilik menunggu berhubung isu berkenaan.

KJ bagi respon

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen, kelihatan  Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sempat tinggalkan respon mengatakan atlet berusia 31 tahun itu tidak perlu meminta maaf kerana keputusan berkenaan adalah tidak adil sama sekali.

“Tak perlu minta maaf, Yad. Keputusan yang tidak adil. Awak paling hebat dalam dunia. Awak luar biasa. Teruskan.” Turut kelihatan ramai selebriti dan warganet memberi kata-kata semangat buat Ziyad untuk sentiasa kekal positif dan bangga dengan pencapaiannya.

Terdahulu, Ziyad meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Sukan Paralimpik Tokya 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo, namun dibatalkan kerana atlet berkenaan lewat masuk ke bilik menunggu.

‘Terima kasih memberi sokongan pada saya’

Sokongan dari Menteri Kesihatan dan selebriti

Sumber : ziyadzolkefli

Emas Ziyad terbatal. Tak boleh berdiam sekali ini yang berlaku kepada akaun twitter Tokyo 2020.

Gara-gara menyiarkan nama atlet Ukraine, Maksym Koval sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 di sukan Paralimpik Tokyo 2020 malam tadi, akaun Twitter rasmi @Tokyo2020 diserng oleh ‘tentera bawang’ dari Malaysia.

Tindakan tersebut berlaku lantaran kem Ukraine yang memprotes keputusan akhir acara lontar peluru F20 yang sepatutnya meletakkan atlet Malaysia Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai pemenang pingat emas sekaligus mencipta rekod dunia.

Selepas pingat emas yang dimenangi Ziyad dibatalkan, ‘tentera bawang’ Malaysia terus berkerumun dan tinggalkan komen di laman sosial penganjur. Rata-rata warganet menyifatkan pihak penganjur dan negara Ukraine tidak mengamalkan semangat kesukanan, permpk dan melabel protes itu sebagai satu tindakan yang memalukan.

“Shame of you. Kenapa lepas habis games baru nak protes. Kenapa tak sebelum acara bermula atau semasa pertandingan tak protes. Tak adil langsung,” komen seorang wargamaya. “You should not let Ziyad in the competition if he is disqualified from early. Why you disqualified after he win a gold medal and break a world record? Why did you let him play? We demand explanations because this is so absurd,” ujar seorang wargamaya.

“Tak berkat ye. Tolong bagi tahu dekat ukraine tu TAK BERKAT. Haa kau sabajap. Korang yang buat keje tak betul sebab benarkan dia bertanding sedangkan benda tu jadi sebelum pertandingan. Then kau nak cancel-cancel orang suka hati kau jeee. Tunggu orang Malaysia cancel korang pulak,” luah seorang wargamaya.

“Kau tunggu 2024, tak silap dia lontar kat kepala Ukraine tu tau, ee geram aku,” marah seorang wargamaya. “Isu pingat ni bukan isu ziyad semata-mata. Tapi isu ini isu negara. Isu maruah negara dikala hari kemerdekaan buat rakyat kita hari ini,” kata seorang wargamaya.

“Cuba bayangkan seseorang tu menang pingat emas bukan sebab dia pandai main, tapi sebab dia pandai protes dekat orang lain. Kalau la aku jadi orang tu, malu nak naik podium ambik pingat. Kemenangan tak bermaruah,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan mengenai atlet Ukraine itu telah mendapat hampir 8,000 komen dan 9,000 ulang ciap daripada warga Twitter. Terdahulu, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Pingat emas Ziyad Zolkefli dibatalkan. Rupanya ini punca sebenar ianya diabatalkan buat ramai yang bengang.

Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicri,” katanya di Twitter hari ini. Khairy membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, jelas pingat emas dan perak telah diserahkan kepada dua atlet Ukraine, manakala pingat gangsa jatuh kepada atlet Jerman.

Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS

Isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlwnan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan, umum Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu. Faizal menerusi satu ciapan di Twitter berkata, perbincangan tersebut melibatkan tiga negara yang terlibat dalam bantahan yang dikemukakan.

“Update Tokyo – masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador,” katanya di Twitter hari ini. Menurut kemas kini terkini, Faizal menjelaskan bahawa bantahan Ukraine terhadap tiga negara amat lemah.

“KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protes, doakan,” katanya. Sebelum itu, pingat emas yang dimenangi Ziyad Zolkelfli dalam acara lontar peluru lelaki F20 hari ini telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval.

Difahamkan, Ziyad diprotes atlet berkenaan kerana didakwa lambat memasuki call room sebelum acara bermula, selain penyertaannya juga turut dikategorikan sebagai do not start (DNS).

Sumber : Siakap Keli

Buat kenyataan kurang cerdik. Baru je dilantik jadi menteri Ahmad Faizal mengaku salah cakap.

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas kenyataannya dalam satu video yang tular semalam untuk menambahkan pasukan bertanding di Liga Super pada musim depan.

Ahmad Faizal yang memulakan tugasnya secara rasmi hari ini, turut memohon maaf kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam kerana menyebut nama mereka dalam video itu, yang mencetuskan kekecohan di media sosial semalam.

“Ia merupakan satu kekhilafan atau sesuatu yang kurang cerdiknya saya mengeluarkan kenyataan itu…Jadi saya nak mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga di atas kesilapan itu. Alhamdulillah saya belajar daripada kesilapan itu, yang dilakukan sebelum saya masuk pejabat.

“Hari ini hadir sebagai menteri, saya perlu tahu apa yang patut dan tak patut katakan. Insya-Allah lepas ini, saya berjanji dengan semua rakyat Malaysia dan peminat sukan, akan bekerja kuat dengan timbalan menteri, Ti Lian Ker dan rakan-rakan di kementerian untuk meningkatkan mutu sukan, bukannya berpolitik dan bercakap perkara yang tak mendatangkan faedah, ” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media selepas dia dan Ti melapor diri bertugas secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, hari ini. Semalam, tular satu video di mana Ahmad Faizal dilihat berkata Perak FC yang berdepan risiko penyingkiran dari Liga Super musim ini, berpeluang kekal untuk musim depan jika jumlah pasukan bertanding ditambah kepada 16 berbanding 12 pasukan.

Bagaimanapun, Stuart yang bakal memulakan tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan bahawa pernah berbincang mengenai perkara itu, manakala Presiden MFL Ab Ghani Hassan berkata format kenaikan dan penyingkiran Liga Malaysia kekal seperti sedia ada.

FAM boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya wujud campur tangan kerajaan dalam pentadbirannya. Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berjanji dia akan bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan mutu bola sepak negara, termasuk mengukuhkan peringat akar umbi.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, bertaraf Menteri, semasa era Tan Sri Muhyiddin Yassin kini diberi tugas baharu. Dalam pengumuman senarai

Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.Beliau menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang bertukar sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. – Bernama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *