Ramai yang persoalkan siapa yang perlu bertanggungjawab bila Ziyad hilang Rm1.12 juta. Sekali ini respon dari jurulatih Ziyad.

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan di sebalik kejadian pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik balik pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kelmarin?

Kelewatan juara bertahan itu memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan yang menjadi punca kemenangannya dibatalkan, adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku dan sukar diterima.

Malah, dek kerana kecuaian itu bukan sahaja Ziyad dan kontinjen negara hilang emas, tetapi lebih malang Ziyad terlepas ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik selain RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

Jaguh negara berusia 31 tahun itu juga hilang statusnya sebagai pemegang rekod dunia. Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang pernah menjadi ketua kontinjen di Paralimpik London 2012 dan Sukan Asia Guangzhou 2018 mengakui kejadian itu tidak masuk akal kerana ini bukan pertama kali kontinjen negara bertanding di Paralimpik.

“Ada empat peringkat yang akan memastikan setiap urusan atlet negara di mana-mana temasya berjalan lancar bermula daripada ketua kontinjen, pegawai urusetia, pengurus pasukan dan jurulatih. “Ketua kontinjen dan pegawai urusetia menguruskan hal kontinjen secara keseluruhannya manakala setiap sukan pula ada pengurus dan jurulatih.

“Jadi, bagaimana perkara ini (lewat memasuki bilik menunggu) masih boleh berlaku? Ini yang perlu diberikan penjelasan, mengapa boleh lewat dan siapa yang perlu bertanggungjawab. Lagipun, ini bukan kali pertama kita bertanding di Paralimpik,” katanya kepada BH Sukan.

Terdahulu, emas dan rekod dunia yang dilakukan Ziyad ditarik balik selepas protes yang dilakukan kem Ukraine yang mendakwa dia bersama dua lagi atlet Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Walaupun kontinjen Malaysia mengemukakan rayuan namun ia ditolak oleh Juri Rayuan Olahraga Para Dunia berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke bilik menunggu yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke bilik menunggu pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual bilik menunggu, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan itu juga, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke bilik menunggu. Zolkples berkata, insiden itu juga seharusnya menjadi pengajaran berguna buat semua atlet negara tidak kira atlet normal mahupun atlet kurang upaya.

“Jangan ambil mudah perkara sebegini walaupun pun sudah mahir dengan peraturan dan selok belok kawasan pertandingan. Bila-bila masa boleh berlaku kesilapan sekiranya kita lalai dan ianya amat merugikan. Sesal kemudian tidak ada gunanya. Lepas itu kita salahkan orang lain pula akibat dari kesilapan kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam menjelaskan kelewatan didakwa berlaku selepas ketiga-tiga atlet masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke bilik menunggu tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.

“Ekoran dari hujan yang turun selain dari keadaan di kawasan berkenaan yang agak padat dengan atlet-atlet dari acara-acara yang lain, ketiga-tiga atlet terbabit telah terhalang untuk memasuki bilik menunggu dan pada ketika itulah mereka didakwa lewat melaporkan diri.

“Terdapat bantahan lisan oleh pegawai dari Ukraine pada ketika itu bahawa ketiga-tiga atlet berkenaan sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke bilik menunggu. Selepas merayu supaya dibenarkan masuk, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat ( under protest ) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan,” katanya.

“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku” – Jurulatih Ziyad

“Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain.” Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.

Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lawan sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal. Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 6.00 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di ‘call room’

“Saya tak tahu, tak reda” – Ziyad Masih Kelu Berkata-kata, Belum Terima Hakikat ‘Hilang’ Emas

Sedih, kelu dan masih belum reda. Itulah perasaan yang digambarkan jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang kehilangan pingat emasnya gara-gara isu call room.

Menurut Astro AWANI, Ziyad yang bakal tiba ke tanah air hari ini telah meluahkan kekecewaan yang dialaminya berikutan isu tersebut kepada wartawan menerusi panggilan telefon. Saya tak berani nak cakap apa-apa. Memang tak tahulah. Saya koyak lagi sebenarnya ni.

Tak boleh, tak tahu, tak reda dan tak ada kata-kata yang boleh keluar dari mulut. Tak tahu nak cakap,” katanya. Bila ditanya apakah perasaannya ketika ini apabila mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) memutuskan untuk membatalkan pingat emas yang dimenanginya, Ziyad membalas,

Saya tak tahu nak cakap apa. Sedihlah. Nantilah kita jumpa di Malaysia,” katanya ringkas dalam nada sebak. Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo.

Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’. Pingat emas tersebut kemudian dimenangi atlet Ukraine, Maksym Koval. Semoga Ziyad terus tabah dan kita sama-sama beri support yang terbaik buat dia bila tiba di Malaysia nanti.

Ziyad mohon maaf pada semua rakyat Malaysia. Sekali ini respon dari Khairy Jamaluddin buat ramai yang terkedu.

Kemenangan jaguh lontar peluru negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli telah ditarik balik apabila pihak Ukraine tampil melakukan protes. Susulan daripada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa pihak Malaysia telah menghantar bantahan kepada pihak penganjur sukan Paralimpik Tokyo.

Mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Menerusi posting Ziyad di Instagram, dia memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kemenangannya dibatalkan dan dia turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah menyokongnya.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya.” Walau bagaimanapun, Malaysia telah menghantar bantahan serta menyerahkan segala bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan di luar bilik menunggu berhubung isu berkenaan.

KJ bagi respon

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen, kelihatan  Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sempat tinggalkan respon mengatakan atlet berusia 31 tahun itu tidak perlu meminta maaf kerana keputusan berkenaan adalah tidak adil sama sekali.

“Tak perlu minta maaf, Yad. Keputusan yang tidak adil. Awak paling hebat dalam dunia. Awak luar biasa. Teruskan.” Turut kelihatan ramai selebriti dan warganet memberi kata-kata semangat buat Ziyad untuk sentiasa kekal positif dan bangga dengan pencapaiannya.

Terdahulu, Ziyad meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Sukan Paralimpik Tokya 2020 di Stadium Olimpik, Tokyo, namun dibatalkan kerana atlet berkenaan lewat masuk ke bilik menunggu.

Sokongan dari Menteri Kesihatan dan selebriti

Sumber : ziyadzolkefli

Emas Ziyad terbatal. Tak boleh berdiam sekali ini yang berlaku kepada akaun twitter Tokyo 2020.

Gara-gara menyiarkan nama atlet Ukraine, Maksym Koval sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 di sukan Paralimpik Tokyo 2020 malam tadi, akaun Twitter rasmi @Tokyo2020 diserng oleh ‘tentera bawang’ dari Malaysia.

Tindakan tersebut berlaku lantaran kem Ukraine yang memprotes keputusan akhir acara lontar peluru F20 yang sepatutnya meletakkan atlet Malaysia Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai pemenang pingat emas sekaligus mencipta rekod dunia.

Selepas pingat emas yang dimenangi Ziyad dibatalkan, ‘tentera bawang’ Malaysia terus berkerumun dan tinggalkan komen di laman sosial penganjur. Rata-rata warganet menyifatkan pihak penganjur dan negara Ukraine tidak mengamalkan semangat kesukanan, permpk dan melabel protes itu sebagai satu tindakan yang memalukan.

“Shame of you. Kenapa lepas habis games baru nak protes. Kenapa tak sebelum acara bermula atau semasa pertandingan tak protes. Tak adil langsung,” komen seorang wargamaya. “You should not let Ziyad in the competition if he is disqualified from early. Why you disqualified after he win a gold medal and break a world record? Why did you let him play? We demand explanations because this is so absurd,” ujar seorang wargamaya.

“Tak berkat ye. Tolong bagi tahu dekat ukraine tu TAK BERKAT. Haa kau sabajap. Korang yang buat keje tak betul sebab benarkan dia bertanding sedangkan benda tu jadi sebelum pertandingan. Then kau nak cancel-cancel orang suka hati kau jeee. Tunggu orang Malaysia cancel korang pulak,” luah seorang wargamaya.

“Kau tunggu 2024, tak silap dia lontar kat kepala Ukraine tu tau, ee geram aku,” marah seorang wargamaya. “Isu pingat ni bukan isu ziyad semata-mata. Tapi isu ini isu negara. Isu maruah negara dikala hari kemerdekaan buat rakyat kita hari ini,” kata seorang wargamaya.

“Cuba bayangkan seseorang tu menang pingat emas bukan sebab dia pandai main, tapi sebab dia pandai protes dekat orang lain. Kalau la aku jadi orang tu, malu nak naik podium ambik pingat. Kemenangan tak bermaruah,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan mengenai atlet Ukraine itu telah mendapat hampir 8,000 komen dan 9,000 ulang ciap daripada warga Twitter. Terdahulu, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Pingat emas Ziyad Zolkefli dibatalkan. Rupanya ini punca sebenar ianya diabatalkan buat ramai yang bengang.

Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicri,” katanya di Twitter hari ini. Khairy membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, jelas pingat emas dan perak telah diserahkan kepada dua atlet Ukraine, manakala pingat gangsa jatuh kepada atlet Jerman.

Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS

Isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlwnan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan, umum Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu. Faizal menerusi satu ciapan di Twitter berkata, perbincangan tersebut melibatkan tiga negara yang terlibat dalam bantahan yang dikemukakan.

“Update Tokyo – masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador,” katanya di Twitter hari ini. Menurut kemas kini terkini, Faizal menjelaskan bahawa bantahan Ukraine terhadap tiga negara amat lemah.

“KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protes, doakan,” katanya. Sebelum itu, pingat emas yang dimenangi Ziyad Zolkelfli dalam acara lontar peluru lelaki F20 hari ini telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval.

Difahamkan, Ziyad diprotes atlet berkenaan kerana didakwa lambat memasuki call room sebelum acara bermula, selain penyertaannya juga turut dikategorikan sebagai do not start (DNS).

Sumber : Siakap Keli

Buat kenyataan kurang cerdik. Baru je dilantik jadi menteri Ahmad Faizal mengaku salah cakap.

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas kenyataannya dalam satu video yang tular semalam untuk menambahkan pasukan bertanding di Liga Super pada musim depan.

Ahmad Faizal yang memulakan tugasnya secara rasmi hari ini, turut memohon maaf kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam kerana menyebut nama mereka dalam video itu, yang mencetuskan kekecohan di media sosial semalam.

“Ia merupakan satu kekhilafan atau sesuatu yang kurang cerdiknya saya mengeluarkan kenyataan itu…Jadi saya nak mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga di atas kesilapan itu. Alhamdulillah saya belajar daripada kesilapan itu, yang dilakukan sebelum saya masuk pejabat.

“Hari ini hadir sebagai menteri, saya perlu tahu apa yang patut dan tak patut katakan. Insya-Allah lepas ini, saya berjanji dengan semua rakyat Malaysia dan peminat sukan, akan bekerja kuat dengan timbalan menteri, Ti Lian Ker dan rakan-rakan di kementerian untuk meningkatkan mutu sukan, bukannya berpolitik dan bercakap perkara yang tak mendatangkan faedah, ” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media selepas dia dan Ti melapor diri bertugas secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, hari ini. Semalam, tular satu video di mana Ahmad Faizal dilihat berkata Perak FC yang berdepan risiko penyingkiran dari Liga Super musim ini, berpeluang kekal untuk musim depan jika jumlah pasukan bertanding ditambah kepada 16 berbanding 12 pasukan.

Bagaimanapun, Stuart yang bakal memulakan tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan bahawa pernah berbincang mengenai perkara itu, manakala Presiden MFL Ab Ghani Hassan berkata format kenaikan dan penyingkiran Liga Malaysia kekal seperti sedia ada.

FAM boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya wujud campur tangan kerajaan dalam pentadbirannya. Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berjanji dia akan bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan mutu bola sepak negara, termasuk mengukuhkan peringat akar umbi.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, bertaraf Menteri, semasa era Tan Sri Muhyiddin Yassin kini diberi tugas baharu. Dalam pengumuman senarai

Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.Beliau menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang bertukar sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

-Bernama

Ds Ismail Sabri umumkan kabinet baru. Sekali Syed Saddiq bersuara cakap Perdana Menteri bazirkan peluang sebab tak lantik 4 individu ni.

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menyifatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah membazirkan peluang dalam pemilihan kabinetnya. Syed Saddiq membangkitkan beberapa nama,

yang menurutnya, patut dilantik sebagai menteri, iaitu anggota parlimen Pengerang Azalina Othman Said, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan dan serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

“Mengapa lantik lagi menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian dari Kerajaan ini? “Jadi kerajaan gagal sebelum ini hanya mengambil cuti lebih kurang dua minggu sebelum kembali masuk bertugas,” katanya.

‘Komposisi lama #kerajaangagal’. Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut mempersoalkan mengapa bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said tiada Kabinet baru.
Yeoh berkata pembentukan barisan Kabinet baru tiada banyak perubahan dan terlalu mirip dengan Kabinet bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

“Hanya komposisi lama #KerajaanGagal. Ahli politik yang sama bergilir-gilir memegang jawatan di Putrajaya. “Kabinet Ismail Sabri tiada apa, lebih kepada inspirasi daripada Kabinet Muhyiddin,” katanya. “Kanak-kanak tidak mempunyai wakil yang boleh dipercayai dan macam mana Azalina boleh dikecualikan?

Sekarang saya mahu Ismail Sabri lantik Azalina jadi Speaker Dewan Rakyat untuk semak dan imbang,” katanya dalam ciapan di Twitter. Yeoh juga mempersoalkan mengapa ahli parlimen daripada Perlis, Shahidan Kasim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan pengerusi PSM, S Arutchelvan menyifatkan pelantikan Kabinet hari sangat anti-klimaks. “Kesalahan terbesar yang dilakukan Ismail Sabri adalah pengumuman itu disiarkan secara langsung. Digembar-gemburkan tetapi mengecewakan bagi rakyat. Hampir tidak ada perubahan.

“Satu-satunya perubahan yang ketara adalah Khairy menjadikan Menteri Kesihatan sambil mengekalkan semua menteri yang kontroversi. “Dan ia masih kabinet yang besar. Besar dan besar, “katanya kepada Malaysiakini

KJ dan Adham tukar kementerian

Barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menyaksikan Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba masing-masing bertukar portfolio. Khairy yang sebelum ini merupakan menteri sains, teknologi dan inovatif mengambil alih jawatan sebagai menteri kesihatan.

Sebelum ini, Khairy yang juga parlimen Rembau menggalas tanggungjawab besar sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19. Ketika menggalas jawatan sebagai menteri kesihatan, Adham terpalit dengan beberapa kontroversi.

Kenyataan yang dibuatnya sebelum ini di tengah-tengah negara sedang bertrng dengan pandemik Covid-19 menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengambil alih pengumuman harian kes jangkitan Covid-19.

Adham yang juga ahli parlimen Tenggara kini mengambil alih portfolio Khairy sebagai menteri sains, teknologi dan inovatif. Ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin Yassin, timbul kekeliruan mengapa Khairy dilihat sering menjadi individu utama yang mengendalikan isu menentang Covid-19.

Ini disebabkan kebanyakan aspek berkaitan tugasan tersebut berada bawah Kementerian Kesihatan, tetapi ia sebaliknya dikendalikan oleh Mosti.

Ds Ismail Sabri umumkan senarai kabinet baru tiada Timbalan Pm. Terkejut sekali Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan barisan kabinetnya untuk sama-sama menerajui pentadbirannya. Dalam satu pengumuman yang disiarkan secara langsung pagi Jumaat, jawatan timbalan perdana menteri (TPM) tidak diwujudkan.

Sebaliknya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sekali lagi memegang jawatan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan), manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof memegang jawatan Menteri Kanan (Kerja Raya), diikuti Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Menteri Kanan (Pendidikan). Peling menjadi tumpuan tentunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini menerajui Kementerian Kesihatan sebagai Menteri Kesihatan.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020 mengumumkan kabinetnya merangkumi 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Sebaliknya dia mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pendidikan. Muhyiddin pada 7 Julai lalu melantik pula Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri sebelum meletak jawatan pada 16 Ogos sebagai perdana menteri ke-8 kerana hilang majoriti.

Ismail Sabri pada 21 Ogos lalu secara rasmi diangkat menjadi perdana menteri kesembilan selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar

Ds Ismail Sabri baru je nak bentuk kabinet. Terkejut sekali Tun M mula bersuara bagi satu nasihat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), tindakan berkenaan wajar dibuat selepas majoriti menteri dan timbalan menteri sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menunjukkan prestasi yang baik selain ada dalam kalangan mereka disifatkan sebagai hanya “memakan gaji buta”.

“Saya harap tidak berapa besarlah (Kabinet baharu), tak macam (semasa Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) punya Kabinet. Janganlah tunjuk jawatan menteri itu sebagai satu cara untuk sogok orang (bagi menyokong kita)

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun M

“Menteri (yang dilantik) sepatutnya ada kebolehan (tetapi) kita dapati menteri-menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada kerja apa pun, tidak ada buat kerja, (dan hanya) dapat gaji sahaja, janganlah jadi macam tu,” dakwa beliau.

Tambahnya, Ismail Sabri juga perlu mengelak daripada memberi jawatan di dalam Kabinet termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada kumpulan yang digelar ‘kluster mahkamah’.

Ditanya mengenai jawatan TPM, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan bahawa tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli Parlimen di blok kerajaan layak diangkat bagi jawatan berkenaan. Ini termasuklah daripada kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang majoritinya dianggotai oleh golongan yang melompat parti.

“Saya cuma tahu siapa yang tidak patut jadi Timbalan (Perdana Menteri) iaitu ‘geng kluster mahkamah’, (kumpulan ini) tidak boleh ada dekat dengan kerajaan pun, sepatutnya mereka diasingkan dan sudah tentu tak boleh jadi Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi sempena Program Pulang Ke Langkawi pada Selasa. Pada Isnin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, senarai berkenaan terlebih dahulu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan. Untuk rekod, barisan Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai 70 orang menteri di

bawah 32 portfolio berbeza yang diumumkan pada 9 Mac tahun lalu, menjadikan Kabinet tersebut mempunyai jumlah menteri tertinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya. Daripada jumlah itu, sebanyak 38 orang dilantik sebagai timbalan menteri dengan tujuh kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *