Isteri Aman Graseka selamat lahirkan bayi di Hospital Swasta. Terkejut sekali ada pula yang persoalkan tentang duit.

GARA-GARA pernah berkongsi diuji dengan kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19, tindakan Aman Graseka membawa isterinya bersalin di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah pada Rabu lalu dipersoalkan warganet.

Tampil menjelaskan hal itu, isteri pelakon berkenaan, Nurul Amrina Zamri, 32, atau lebih mesra disapa Reena berkata, kos untuk dia bersalin di pusat perubatan itu ditanggung seorang seorang pelakon wanita yang enggan namanya didedahkan.

“Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan. “Lagi pula sekarang kes Covid-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkan daripada terdedah kepada jangkitan. Dalam masa sama, kita pun cuba bantu kurangkan beban hospital kerajaan yang perlu fokus kepada pesakit Covid-19.

“Saya ikut sahaja sebab ini permintaan pelakon itu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekali pun kerana sakitnya tetap sama,” katanya ketika dihubungi mStar. reena 2Reena hanya ikut permintaan suami dan penaja yang mahu dia bersalin di hospital swasta.

Reena selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram secara normal pada pukul 3.54 petang, Rabu lalu. Terdahulu, segelintir warganet mempersoalkan kewajaran pelakon itu membawa isterinya bersalin di hospital swasta yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi.

Menurut warganet, tindakan itu tidak selari dengan kenyataan pelakon itu sebelum ini yang mendakwa berada dalam kesempitan hidup akibat Covid-19. “Sanggup eh meminta simpati orang demi nak bersalin swasta, tak faham aku pemikiran orang-orang begini,” ujar salah seorang warganet.

Pada 29 Julai lalu, Aman, 53, pernah menyuarakan rasa kesal kerana masih belum menerima bayaran tunggakan lakonannya sejak empat tahun lalu. Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut kalau saya tahu nanti, saya terlepas cakap dekat orang lain.

Menurut Aman, sudah dua tahun dia hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang menyekat peluangnya untuk berlakon. Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka.

reena 1 Suami rahsiakan penaja kos bersalin. Sementara itu ditanya siapakah aktres yang bermurah hati berkenaan, Reena berkata sehingga kini suaminya tidak mendedahkan mengenai identiti pelakon wanita tersebut.

“Semua hal bersalin abang yang uruskan… sejujurnya saya pun tak tahu siapa pelakon yang bayarkan kos bersalin itu. “Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut jika saya tahu mungkin saya terlepas cakap dekat orang lain… saya tanya banyak kali pun dia tak mahu beritahu.

“Sampai sekarang saya tak kenal siapa pelakon tu. Apa-apa pun saya bersyukur sangat-sangat ada yang sudi menaja kos bersalin ini. Semoga individu itu dimurahkan rezeki,” ujarnya. reena keluargaReena bersalin di hospital swasta kerana risau kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Berkongsi mengenai proses kelahiran kedua ini, Reena bersyukur ia berjalan lancar dan dipermudahkan. “Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sama saja macam kelahiran anak pertama dulu, cuma kali ini kontraksi tak terlalu lama, sejam sahaja dalam bilik bersalin, baby dah keluar.

“Saya berpantang di rumah sendiri tapi emak datang bantu urus… Alhamdulillah bayi semua sihat cuma abang la letih sikit kerana dia yang mengambil tugas uruskan anak pertama,” katanya. Aman berkahwin dengan Reena yang juga merupakan model dan pelakon pada tahun 2018. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Isteri bakal bersalin bulan depan. Aman Graseka tak senang duduk cari duit lepas hilang punca pendapatan.

Kuala Lumpur: Pelakon, Aman Graseka, 53, meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem itu berkata, dia memerlukan wang itu kerana isterinya, Nurul Amrina Zamri, 32, akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

“Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” katanya. Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan. “Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain.

Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain. “Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran. “Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,000. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

“Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.

Aman berkata, dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan. Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan. Aman dan Nurul Amrina turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Sumber:Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sarat Hamil Hampir 7 Bulan. Terkejut Bila Siti Sarah Dedahkan Sekeluarga Disahkan Positif Covid 19. Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Tak Senang Duduk.

SARAT hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah diuji dengan dugaan besar apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19. Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkata dia dan suami, Shuib Sepahtu serta ketiga-tiga anak mereka baharu sahaja mendapat tahu tentang keputusan ujian calitan yang dilakukan pada Isnin.

“Kami dah dapat keputusan swab test pagi ini (Selasa)… dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19. “Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. “Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni… kami serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan mahu terus kekal positif demi keluarganya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya.

“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ini bagi pihak saya,” ujarnya. Pada Isnin, Sarah memuat naik satu video menunjukkan mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan di kediamannya di Puchong, Selangor.

Sarah sekeluarga membuat ujian tersebut selepas pembantu rumahnya terlebih dahulu dijangkiti virus berkenaan. “Jantung ni macam nak jatuh bila maid saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah, yang saya risau anak-anak dan baby dalam perut ni.

“Saya kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan (usia kandungan),” katanya. Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 7, dan Ariq Matin, 5.

Tak Lama Lagi Dah Nak Bersalin. Siti Sarah Minta Anak Teka Jantina Adik Baru Lepas Kongsi Gambar Ultrasound Dalam Kandungan.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memanjatkan rasa syukur apabila dia bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi dengan izinNya. Menerusi satu video yang dikongsikan, Sarah dan suaminya, Shuib ada berkongsi foto terbaru ‘ultrasound’ bayi dalam kandungan lalu meminta anak-anaknya untuk meneka jantina adik baru mereka.

“Alhamdulillah dengan izinNya tak lama lagi akan bertambah family baru dalam keluarga kami. Sarah doakan yang masih menunggu cahaya mata akan dipermudahkan, diberikan rezeki anak pada masa dan waktu yang tepat. “InsyaAllah.. so yang keempat ni korang rasa lelaki ke perempuan? Budak-budak ni kemain seronok lah nak dapat adik. Saya doakan pada pasangan yg belum dapat baby, Allah kurniakan cahayamata yg soleh,” tulis Sarah di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama meneka jantina anak keempat yang bakal lahir selain mendoakan agar urusan bersalin penyanyi Manis itu dipermudahkan. Terdahulu, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan pasangan selebriti ini dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

Sumber : MH

Lama Menyepi Ramai Yang Teruja Bila Vivy Yusof Kongsikan Berita Gembira Di Lama Ig. Vivy Umumkan Kini Tengah Hamil Anak Keempat.

Usahawan dan ikon fesyen popular, Datin Vivy Yusof berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya apabila disahkan hamil cahaya mata keempat. Pengasas FashionValet and dUCK Group itu meluahkan rasa syukur dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan alat ujian kehamilan sehingga meraih 132,000 tanda suka.

“Mungkin cahaya mata kali ini akan mirip wajah awak, @fadzaanuar. Katakan hello kepada bayi keempat kami,” tulis wanita berusia 34 tahun itu. Teruja dengan khabar itu, posting berkenaan dihujani lebih 3,000 komen daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar atas kurniaan rezeki itu selain mendoakan agar proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Selain itu, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof turut berkongsi sebuah lagi posting memaparkan reaksi suaminya mengenai kehamilan tersebut. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Sumber: Instagram Vivy Yusof

Macam Macam Cara Dah Guna Tapi Tkde Rezeki Lagi. Penantian Hampir 2 Tahun Untuk Ada Anak. Akhirnya Wanita Ini Disahkan Hamil Sebab Laki Selalu Minta Kucing Doakan.

TIDAK dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata. Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.

Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu. “Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.

“Akibat terlalu sunyi, saya dan suami bersepakat untuk bela kucing dan kami beli daripada salah seorang rakan kami. “Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan mengandung, ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.

“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya. “Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.

“Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti,” katanya yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang. Bercerita lanjut, Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.

“Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. “Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing. “Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing,” ujarnya yang tidak menyangka perkongsian itu akan menjadi viral.

Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya. “Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Selain itu Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi. “Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.

“Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. “Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri, ujarnya.

Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan. “Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.

“Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke? Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka.

“Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah, ujarnya. Pada 7 Februari lalu mStar Online ada menyiarkan kisah pemuda berusia 22 tahun iaitu Mihd. Fikri Iman Ridwan yang dua bulan menganggur mendapat tawaran kerja sehari selepas dia memberi makanan kepada beberapa ekor kucing. Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *