Bekas PA dah ready nak masuk memainag. Terkejut sekali tiba tiba Vida minta buat benda ni dulu.

SEDIA memasuki alam perkahwinan, bekas pembantu peribadi (PA) kepada Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli merancang meminang jutawan kosmetik itu dalam masa terdekat. Menurut Iqbal, 27, dia serius mahu melangkah ke fasa baharu kehidupan dan enggan membuang masa bermain cinta dengan bekas majikannya itu.

“Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama. Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat. Saya pun sudah menghubungi kakaknya di kampung dan beritahu mengenai niat ini.

“Cuma bila waktunya saya tak boleh nak bagi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan keluarga untuk bertemu tapi kalau boleh minggu depan saya nak hantar rombongan. “Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan, jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dahulu… saya pun tak nak buang masa dah,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini sepatutnya berkahwin pada tahun 2018. Sebelum itu, menerusi Instagram Vida ada berkongsi rakaman panggilan video bersama Iqbal yang dilakukan baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, Iqbal mengakui terlalu merindui jutawan kosmetik itu dan mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa baharu.

Sementara itu, Iqbal yang juga merupakan usahawan produk wangian berkata dia lega apabila Vida disahkan oleh doktor masih subur dan boleh mendapatkan zuriat. Dalam masa sama terdetik juga rasa kasihan kerana dia perlu mengandung lagi di usia begini!

“Dah dua kali DSV buat ujian kesuburan… Alhamdulillah dia boleh hamil lagi. Itu satu berita yang baik untuk kami jika berkahwin, sekurang-kurangnya nanti kami boleh timang anak. “Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.

“Tapi dalam masa sama terdetik juga rasa kasihan kerana dia perlu mengandung lagi di usia begini. Namun dalam sesebuah perkahwinan semestinya soal zuriat juga penting,” ujarnya. Dalam pada itu, Iqbal menafikan dia dan Vida menjaja kisah cinta ini sebagai gimik untuk melariskan produk jualan mereka.

“Semua yang kami kongsi di media setakat ini benar cuma DSV biasalah, tidak boleh lari daripada menjual produk. Iqbal enggan buang masa dan mahu terus mengahwini Vida. “Saya minta dia perlahankan sikit menjual tapi dia kata itu dah sebati dengannya.

“Tapi saya mahu orang ramai tahu, luahan perasaan saya ini adalah benar. Saya tak boleh nak simpan perasaan yang dah lama terbuku dalam hati ini,” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada 28 Ogos lalu, Iqbal mendedahkan dia dengan Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 49, hampir berkahwin pada tahun 2018. Namun perancangan mereka itu tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Bagi anak kahwin dengan Dato Vida sebab harta. Ibu Iqbal teruk dikritik oleh warganet. Sekali ini respon Iqbal buat ramai yang terkedu.

Baru-baru ini kecoh apabila usahawan Datuk Seri Vida (DSV) digosipkan dengan pembantu peribadinya sendiri, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23. Rata-rata warganet berpendapat bahawa lelaki berkenaan hanya mahukan wang, bahkan ibu Iqbal turut terkena tempias apabila dia mengeluarkan kenyataan tidak halang jodoh DSV dan anaknya jika ada jodoh antara mereka.

Maznuni Che Yusof, 49 dalam kenyataannya bersama Berita Harian memberitahu bahawa hubungan anaknya dan DSV hanyalah sebagai seorang pekerja dan majikan, walau bagaimanapun dia tidak menafikan jika ada jodoh antara mereka.

“Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah. Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana,”

“Kalau DSV Orang Biasa, Makcik Nak Bagi Anak Makcik Kahwin Ke..Sebab Harta Kan?”, Warganet kritik Ibu Iqbal, Dakwa Mahu Harta DSV!

Iqbal ketika ditemubual turut menafikan dakwaan bahawa dia ingin mengambil kesempatan terhadap penyanyi ‘I Am Me’ itu. “Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan hartanya kerana akhirnya kita mati jua.

Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menafikan. Tidak pula cepat membuat keputusan. Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutamanya untuk kebahagiaan dia.

Pihak keluarganya tidak menggalakkan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana-mana lelaki pun disebabkan serik tiga kali perpisahan,”

Rata-rata warganet berpendapat bahawa wanita berkenaan bersetuju bermenantukan DSV hanya mahukan wang, walau bagaimanapun ada juga yang menyokong Maznuni dengan menyatakan bahawa wanita berkenaan tidak bersalah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:kisah dunia

Kecoh ada yang kata DSV nak kahwin. Sekali DSV kongsi ciri ciri lelaki yang menjadi pilihannya.

Menjengah usia 50-an, soal jodoh pengasas produk kosmetik, Dato’ Seri Vida masih menjadi perhatian ramai. Walaupun tidak memikirkan perkara tersebut ketika ini, Vida bagaimanapun menjelaskan dia akan memilih calon yang stabil dari segi ekonomi dan berusia sebaya dengannya.

“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti)”

“Ada ke lelaki yang nak saya”

Menerusi posting terbaru di Instagramnya, Vida turut menjelaskan fokusnya kini hanyalah buat keluarga serta perniagaan yang semakin berkembang. Sempat berseloroh, dengan mempunyai karakter yang ‘brutal’, pastinya sukar untuk dia memikat hati mana-mana jejaka.

“Ada ke lelaki yang nak saya? Tengoklah saya jenis ‘brutal’ gini (begini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Sebelum ini Vida pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun pasangan tersebut disahkan berpisah pada 7 April 2017. Sumber: Harian Metro

Ramai yang tak puas hati dengan kenyataan DSV. Sekali bila nak mintak maaf boleh pulak dia bagi respon macam ni.

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak akan membuat permohonan maaf berhubung video dalam aplikasi TikTok di mana dia dikatakan tidak sensitif dengan isu kibar bendera putih. Vida ketika dihubungi berkata, tiada keperluan untuk dia meminta maaf kerana dia tidak bermaksud untuk menghalang bantuan untuk mereka yang memerlukan.

“Saya nak minta maaf untuk apa? Warganet sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang mengkritik saya. Ada yang kata saya kaya tapi riak tak nak tolong orang dan macam-macam lagi. Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila memuat naik video dalam aplikasi TikTok ketika singgah di gerai milik seorang pemuda di sebuah kawasan perumahan. Dalam video berkenaan, Vida menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Vida berkata, ada yang memaklumkan bantuan ini hanya bersifat sementara bagi menunggu PKP selesai, namun dia melihat sebaliknya.

“Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hnt4m walaupun saya buat penjelasan sebenar. Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih. Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?” katanya.

Katanya, perniagaan ini boleh dibuat dari rumah atau membuka gerai di depan rumah. “Itu yang saya maksudkan. Ada juga jenis perniagaan di mana orang boleh buat ‘dropship’ tanpa modal. Tapi, nak cakap apa pun mereka dah tak peduli dan nak juga kritik.

“Fikirkan kalau sekiranya bantuan berupa sumbangan makanan, jadi sewa rumah, bil elektrik dan air siapa nak bayar? Sampai bila nak terus begini? Saya maksudkan, mereka boleh berniaga sampai habis PKP dan selepas itu kembali bekerja seperti biasa,” katanya. Diva mengakui banyak pihak menanti masa untuk menghnt4m dan dia hanya menelan semuanya.

“Sejak tahun lalu lagi saya sebenarnya dah banyak menyumbang tapi bukanlah saya hantar sendiri atau turun padang. Alhamdulillah ribuan juga saya bantu. Tapi dalam keadaan sekarang saya pun dah rasa bosan dan nak turun padang bagi bantuan pada peniaga. Bolehlah saya buat video sikit. Bukan niat saya nak balas dendam kerana nanti warganet kata dah kena kritik nak tunjuk baik pula,” katanya.

Vida berkata, dia mempunyai pengalaman sendiri semasa memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib sebelum ini. “Alhamdulillah, makan dah ada tapi mereka risau pasal sewa rumah pula. Takkan kami nak kena bayarkan pula. Kalau sebulan bolehlah tolong tapi selepas itu macam mana pula. Saya dah pernah berdepan perkara itu dan itulah sebabnya saya keluarkan kenyataan yang dianggap melampau,” katanya. Sumber : hmetro

DSV akui lebih bahagia dengan anak anak daripada orang yang macam ni. Sekali ramai pula yang setuju dengan perkongsian tersebut.

Hampir empat tahun berpisah, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui kini hidup selesa bersama anak-anak meskipun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi. Kata Vida lagi, lebih membimbangkan jika bertemu dengan pasangan yang salah terutamanya jika dapat lelaki jenis biawak hidup yang malas bekerja.

“Realiti Zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini utk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup. Kerja malas. Tau nak makan tidur. Betul la kan?Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” katanya.

Perkongsian Vida di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut bersetuju dengan pendapatanya itu. Kata warganet lagi, jika sudah memiliki semuanya mengapa perlukan lelaki lagi. Dalam pada itu, ramai mendoakan semoga Vida bahagia bersama anak-anaknya dan terus berjaya dalam perniagaan. Terdahulu, perkahwinan ketiga Datuk Vida bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada 2017 selepas mendirikan rumah tangga selama 3 tahun. Sumber:Media Hiburan

Mengejutkan Cik B Tetiba Upload Rakaman Yg Dia Tengah Hisap Rokok Di Laman Ig Nya. Tergamam Ini Yg Dato Seri Vida Lakukan Bila Dpt Tahu Tentang Kelakuan Anknya Itu.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) terkejut melihat aksi anak sulungnya, Cik B yang sedang menghisap vape. DSV telah memuat naik video aksi tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida.

“Cik B hisap vape? Macam ye ye jer.. Muka sikit punya feeling… Tapi yang penting… Cik B dah berjinak jinak dgn foundations… Kreatifnya dia punya imaginasi… Kejut mama tengok,” tulis DSV. Menerusi video tersebut, DSV merakam aksi Cik B yang kononnya sedang menghisap vape.

Objek yang sedang dihisap oleh Cik B merupakan sebotol bedak asas yang menyerupai bentuk vape. Selepas melakukan aksi menghisap ‘vape’, Cik B melakukan silap mata dan mengeluarkan kapas dari mulutnya. Di akhir video, Cik B mencalitkan bedak asas tersebut ke tangan dan menyapu bedak itu ke muka.

Aksi lawak Cik B nyata menghiburkan hati warganet, terutamanya pengikut laman Instagram DSV. Cik B sering melakukan video-video kreatif dan mengumpul peminat tersendiri di laman Instagram miliknya, @cikb_havoc66 yang kini mengumpul lebih 95,000 pengikut. Sebelum ini, Cik B pernah menghasilkan video kelakar berkenaan dengan topik jejaka yang ingin menghampiri ibunya. Foto: Instagram @datoserivida

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *