Suami luah rasa kecewa bila isteri sibuk jaga anak sampai rasa terabai. Sekali bila luah pada gadis ini dan tak sangka ini responnya sampai buat dia terkedu.

Bln puasa, aku blk rmh nk mkn tgh hari tp isteri tak masak. Aku geram yg puasa dia bkn aku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran daei kisah ini. Asalamualaikum admin, mohon admin hidekan profil saya, saya bernikah sudah hampir 5 tahun. Anak 2 orang dan sekarang isteri saya hamil anak ke 3. Isteri saya boleh dikatakan baik, hormat suami, pandai masak, pandai buat kerja rumah, pandai semua benda, cuma satu je masalah. Isteri tak reti layan di tempat tidur.

Ramai isteri tidak sedar, punca suami nak nikah lagi atau suami dingin adalah kerana isteri tak reti layan ditempat tidur. Kisah bermula bila isteri lahirkan anak pertama, isteri selalu menolak permintaan saya. Seminggu hanya 3 kali je sedangkan saya perlukan benda tu setiap hari.

Bukan itu sahaja, sejak ada anak, isteri dah mula abaikan saya, bila saya nak makan sesuatu, alasan nak tidurkan anak dulu, alasan nak pujuk anak dulu. Pkul 10 saya suruh pkul 12 baru dia buat. Pakai alasan anak, isteri saya bukan bekerja, duduk rumah je jaga anak, tapi semua benda nak tunggu. Bila diajak bersama.

Alasan penat penat penat. Apa je yang penat duduk rumah jaga anak? Jaga rumah je penat. Sedangkan saya dari pkul 8 sampai pkul 5 petang duduk ofis je. Balik rumah menghadap jammed sampai rumah pkul 8. Saya penat dalam keadaan macam ni.

Bila balik rumah menghadap lagi karenah anak2. Baru je saya buka pintu rumah, anak semua sr4ng saya, ada nak bermain ada nak bermanja, saya penat min. Isteri saya pula sedap2 duk santai2 atas sofa biar anak kacau saya. Kau rase min? Dia tak sedar ke saya penat cari duit untuk mereka. Bila masa makan, isteri sibuk dok suap anak.

Bila saya minta ambilkan nasi ke pingan. Dia cakap kaut jelah sendiri. Saya sibuk urus anak ni. Kau tau berasap je rasa kepala aku min. Kau bayangkan min aku ni suami dia, seharusnya dia utamakan aku dari anak2. Aku nak makan pun kena ambil sendiri. Baik dia tak payah masak kalau macam ni.

Sampailah di ofis. Aku kenal sorang budak baru, budak ni baik cuma tak pakai tudung. Aku boleh je didik dia pakai tudung. Yang aku suka budak ni. Dia pandai masak, tengah hari dia bawak bekal.

Aku pun bawak bekal sebab bini aku masak. Yg jadi masalah, bekal budak tu lagi sedap dari masakan bini aku. Bini aku kadang2 bagi telur mata, ikan sardin seekor, sayur je. Sedangkan budak tu bawak ayam goreng, steak, macaroni. Tu semua makanan kesukaan aku. Dan budak tu punya citarasa sama dengan aku sedangkan bini aku suka masakan kampung. Dan aku rasa aku aku sudah tidak serasi dengan isteriku.

Lagi2 bulan puasa ni aku tidak boleh bawak bekal ke tempat kerja jadi aku balik rumahlah untuk pergi makan tengah hari tapi masalahnya isteri aku tak masak. Dia masak bubur anak2 je. Ada ke patut dia bagi aku makan bubur? Aku suami dia min, bukannya binaatang. Aku sedih bila dibuat macam ni. Aku suruh dia masak, tapi dia taknak. Alasan puasa.

Yang puasanya dia bukan aku. Lepas tu suka komplen telur habis, ikan habis, sayur habis. Macam mana tak cepat habis. Aku suruh makan telur 1 biji sehari. Tapi dia masak 5 biji sehari. Kau bayangkan min. Sekarang aku stress sangat. Aku luah semua pada budak perempuan tu. Dia pun simpati pada aku min.

Dia cakap tak patut isteri aku buat aku macam tu. Budak tu cakap. Kalau dia jadi isteri aku. Dia akan layan aku sebaik mungkin. Apa maksudnya min? Dia nak aku nikah dengan dia ke? Sumber : Informasiviral

Nenek sanggup buat sesuatu pada kepala cucu yang usia 3 bulan gara gara benci orang kulit gelap. Tapi tak sangka sampai boleh jadi macam ni.

Gambar hanyalah ilusi. Assalamualaikum semua.. Ada yang kata aku berdrama. Aku kira yang cakap aku macam tu punyai ibu ayah yang baik dan keluarga yang sempurna. Ucapkan lah syukur dik. Allah tak uji adik dengan jalan berliku begini. Tapi ada juga punyai kisah yang sama atau hampir serupa dengan aku. Aku harap kita sama-sama kuat untuk teruskan hidup di dunia yang penuh liku ini.

Yang kata aku mereka cerita tu, percayalah, aku bukan jenis yang buang masa untuk perkara yang tak dapat manfaat pun. Aku confess ni bukan dapat duit atau dibayar. Tapi aku nak hilangkan perasaan dend4m dan marah aku ni sebab aku bukan jenis bercerita kisah aku pada orang walaupun kawan baik sendiri.

Sebab aku tahu manusia sekarang ramai yang bertopengkan manusia. Jadi, aku elakkan. Juga, aku tak mahu aib keluarga aku disebar-sebarkan. Aku malu. Jadi, aku cerita di sini sebab tak ada siapa kenal aku.

Sebelum tu, tolong faham kronologi kisah hidup aku ni. Cerita aku di bahagian pertama tu bukan berlaku sekarang. Tapi 14 tahun yang lepas sewaktu umur aku 24 tahun. Sekarang umur aku 38 tahun. Jadi, cadangan anda semua untuk aku atur hidup aku seterusnya itu memang tak boleh aku nak ambil peduli sebab dah berlaku pun.

Sebelum aku mulakan, aku nak berikan penjelasan kepada yang tertanya. Eh, takkan 24 tahun dah ada master dan kerja 2 tahun? Ye betul. Aku habis master umur 22 tahun. Sebenarnya, aku masuk darjah 1 masa umur aku 6 tahun. Aku tak pasti kenapa boleh masuk tapi yang aku pasti, kawan abah aku guru besar di sekolah rendah aku tu. Sebelum tu aku masuk tadika, waktu umur 4 dan 5 tahun. Mungkin abah aku rasa buang masa nak masuk tadika lama-lama, dia masukkan aku ke sekolah rendah terus.

Jadi, aku ambil UPSR umur 11 tahun, PMR umur 14 tahun, SPM umur 16 tahun. Dulu walaupun tak cukup umur 17 tahun, masih dibenarkan untuk duduki SPM. Sekarang KPM dah ketatkan. Umur 17 tahun baru boleh ambil SPM. Kalau lebih tak apa, kalau tak cukup umur tu, kena ulang la tingkatan 4 atau 5 sampai lah umur dah 17 tahun. Jangan persoalkan tentang perkara ini, tapi ini lah yang berlaku dalam hidup aku.

Lepas SPM pulak, aku dapat asasi setahun dan degree 3 tahun. Umur 21 tahun aku dah habis belajar tapi masa tu aku dapat tawaran untuk sambung master setahun. Peluang dah ada, apa lagi, terus aku melangkah. Ha sebab tu lah umur aku 22 tahun aku dah ada master dan lepas tu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah, rezeki aku. Faham dah? Hehe

Sorry agak panjang muqadimah bahagian dua ni. Baik, sekarang aku sambung cerita aku. Ye, aku dan N pergi juga nikah di Siam. Sebelum aku meneruskan niat aku ni, aku dah pergi pejabat agama untuk dapatkan penjelasan dan pertolongan. Tapi prosesnya sangat rumit dan mengambil masa yang lama.

Anda rasa aku boleh tunggu ke dengan keadaan aku yang terumbang ambing? Stres yang aku dapat ni bukan baru tau tapi sejak aku kecil. Aku kira kalau aku tak bertemu N, aku dah dapat depression tahap teruk dan mungkin aku dah 4rwh sebab bnvh d1ri.

Aku tak ada siapa-siapa ye. Hanya adik-adikku yang kesemuanya perempuan tak mampu untuk menolong kakak mereka ketika itu kecuali dengan sokongan. Dan, aku ada N. Seawal 6 pagi kami berangkat menaiki kereta ke sempadan. Dari tempat aku nak ke sana ada lah dalam 3 jam. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, semuanya selesai dan aku sah menjadi isteri kepada N. Sambil-sambil tu kami honeymoon di sana. Aku bahagia

Balik dari Siam, aku dan N terus kemas-kemas rumah yang aku beli tu untuk kami diami. Start dari situ, N mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami dan dia sediakan semuanya termasuk membayar loan rumah seperti yang kami bincangkan sebelum ini.

Oh ya, jangan risau tentang pendaftaran di Malaysia. Walaupun aku tak boleh berfikir secara waras waktu tu, tapi aku belum betul-betul bodoh. Aku dah cari peguam untuk tolong aku hadap proses mahkamah untuk daftarkan pernikahan kami di Malaysia.

Aku ambil private lawyer sebab aku malas nak turun naik mahkamah lama-lama. Aku kena bayar 4 ribu lebih untuk perkhidmatan peguam ni. 14 tahun lalu, 4 ribu ringgit adalah jumlah yang banyak ye. Tapi N top up juga. Sorang separuh.

Walaupun dia baru saja kerja, simpanan biasiswa dia waktu belajar sangat banyak. Aku pun terkejut sebab first time jumpa manusia yang berjimat tahap dewa ni. Tapi, itulah N.

Dalam 3 ke 4 minggu saja aku dan N dah dapat surah nikah Malaysia. Peguam tu sangat membantu. Aku dah tak risau kalau termengandung. Aku penjawat awam dan aku kena denda tapi N tak sebab dia bekerja di syarikat GLC. Tapi aku tak kisah sebab aku sekarang dah ada kawan menangis, kawan ketawa, kawan bercerita, kawan makan, kawan gduh pun ya.

Biasalah, datang horm0n wanita, tak boleh nak kawal emosi. Tapi, N tetap N. Dia sangat lah tenang dalam melayani aku. Lagi sekali aku cakap, aku bahagia. Tiada siapa yang tahu aku dan N sudah bernikah kecuali jiran-jiran kami dan adik-adik aku. Aku beruntung sebab adik-adik aku menyebelahi aku. Mereka selalu juga datang rumah aku jika berkelapangan. Macam biasa, memang kami akan elakkan untuk bercakap mengenai mak.

Aku juga masa tu masih marah tahap gunung berapi memuntahkan lava. Aku tak boleh dengar pun perkataan ‘mak’ dan ‘abang’ aku. Kalau tengok drama pun, pasti N akan tapis seboleh-bolehnya untuk aku tidak terfikir tentang mereka ini.

Selepas setahun, kami bercadang untuk beritahu keluarga N. N ada mak, sorang kakak, sorang abang dan sorang adik. Aku tengok N rapat dengan kakak dia berbanding abang dan adik. Selama setahun ni, kami berlakon seperti pasangan kek4sih di depan keluarga N. N pun kerja di negeri yang sama dengan aku dan dia sebelum ni menyewa bersama rakan-rakan.

Jadi, bila N dan aku di rumah kami, keluarga N tak pernah syak apa-apa. Ye la, mak N ingat N duduk dengan kawan-kawan dia. Rumah yang aku beli tu dekat dengan tempat aku bekerja. Pasal anak? Ye kami merancang. Kami sebolehnya tak mahu anak lagi sehingga semua orang tahu yang kami dah nikah.

Jangan marah kami. Kami nak beritahu awal dan aku sendiri mintak N beritahu mak dia sebelum kami bernikah. Tapi N cakap mak dia minta N kerja lebih lama lagi untuk kumpul duit sebelum mendirikan rumahtangga. Aku rasa mungkin mak dia ingat anak dia tak ada duit lagi, macam mana nak jaga anak orang kan.

Takkan nak bagi makan pasir. N pulak tak pernah bercerita pasal kewangan dia dengan sesiapa pun termasuklah aku. Tapi aku kan isteri, mestilah aku korek-korek sampai ke lubang cacing dan password akaun bank dia dan segala transaksi pun aku tahu. Well.

Ok, kami pun dah bersedia dan kami berterus-terang. Kami berdua duduk depan mak N. Mak N agak terkejut dan macam tak percaya. Tapi dia tak marah. Dia cuma tanya kenapa jadi macam ni. Aku dan N cuma cerita pada mak N yang abah tak mahu jadi wali. Itu sahaja. Mak N tahu mak dan abah aku dah berpisah.

Tapi, peristiwa yang berlaku pada aku sejak aku kecil sehingga ke malam tu, aku kunci rapat dan aku tak izinkan N cerita pada keluarga dia. Aku memang tak mahu orang lain tahu aib keluarga aku.

Aku bersyukur jugak sebab mak N jenis yang menyimpan rahsia. Dia tak bagitahu pada sesiapa pun kecuali kakak N. Mak N nampak okay tapi yang tak okay adalah kakaknya. Amat jelas kelihatan kakak N benci dekat aku.

Bila aku datang rumah mak N dan kalau kakaknya ada sekali di rumah tu, memang dia menjeling-jeling dekat aku. Aku nampak la kadang tu, aku ada saja depan mak dan kakak N, tapi mereka sembang berdua saja. Mak N mungkin pura-pura okay sebab ye lah kami dah kawin kan.

Apa yang aku boleh buat? Padan muka aku kan? Gagah pergi kawin tanpa pengetahuan mak dan abah. Mungkin ramai yang akan cakap macam tu. Aku terima semuanya. Kalau aku ada keluarga yang elok, mana mungkin aku akan belakangkan mak dan abah dalam urusan kehidupan aku.

Malah aku cuba tanpa lelah untuk berbincang dengan abah. Tapi abah tak muncul. Aku ambil jalan short cut sebab aku dah nak tumbang. Aku memang sorang-sorang. Aku tak ada sesiapa yang aku boleh rujuk waktu tu.

Ok, bagi aku teruskan cerita aku lagi sebab ini bukan lah main point aku dalam tajuk aku, salah aku kah? Aku hadap saja apa saja tindakan mak N dan kakaknya. Mak N nak kata tak suka aku tu, tak pernah la dia marah atau jeling aku macam kakak N. Dia buat macam biasa dan aku pun buat macam biasa juga. Tak lama lepas kami beritahu, mak N cadangkan untuk kami buat kenduri sikit.

Ye la, nanti tiba-tiba beritahu saudara mara yang lain kami ni suami isteri, mesti mereka akan bertanya, bila nikahnya? Tambah-tambah lagi bila mak N ni rapat dengan jiran-jiran. Of course, lah makcik-makcik dikawasan sekitar akan tertanya-tanya kan.

Masa ni kami terkejut. Kalau nak buat kenduri, mesti lah dikedua belah pihak. Mak N tak tahu yang aku dengan mak dah setahun tak bertegur sapa. Kami cakap, kami nak berkira-kira dulu bajet semua. Mak N kata okay.

Masa aku tengah hadapi masalah yang satu ni, aku memang minta sungguh-sungguh pada Allah supaya Allah mudahkan urusan aku. Nak tahu apa jadi? ni betul tau bukan aku reka cerita. Aku dapat call dari nombor yang aku tak save atau nombor yang baru aku lihat. Aku angkat call.

“Assalamualaikum, Lela.. mak ni” aku dengar suara yang aku memang kenal di hujung talian. Aku terdiam. Aku tak tahu nak respond macam mana. Walaupun dia mak aku, tapi kami tak rapat macam mak dan anak. Aku tak kej4m. Aku sambut panggilan mak aku dengan baik. Aku masih bercakap macam biasa. Aku tak rasa nak menangis pun. Sebab luuka aku dalam sangat.

Mak mintak aku balik rumah dia. Walaupun dia yang salah, tapi tak pernah dia katakan maaf pada anak-anak dia. Dia seorang mak yang sangat eg0. Aku berani kata sebab pada dia, ibu tak boleh menyembah anak. Jadi ibu saja yang betul, anak akan terus disalahkan.

Aku anak dia, aku tahu baik buruk mak aku. Jadi, jangan cakap aku kej4m sebab aku kata mak aku macam ni. Aku pun eg0. Setahun aku tak contact mak. Tapi, eg0 aku bersebab. Aku pun balik rumah mak aku dengan N. Aku terus beritahu mak yang kami dah kawin. Mak aku nampak tenang. Dia kata yang sudah tu sudah la.

Dia nampak macam boleh terima. Mungkin dia tengok N handsome juga kut. Mak aku ni memang kalau nampak orang tu handsome/lawa dia akan jadi lembik lutut.

Bukan gatal ye, tapi lebih kepada lembut hati. Dalam hati aku terus aku bersyukur. Bersyukur sebab Allah mudahkan kerja aku satu dan bersyukur sebab N handsome. Bayangkan kalau N tak handsome? Apalah agaknya reaksi mak aku kan?

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *