Isteri dah selamat lahirkan anak. Rupanya ada seseorang yang tampil cuba bantu kos bersalin isterinya.

Pandemik Covid-19 cukup terkesan, pelakon senior Aman Graseka, 53, juga turut terpalit dengan situasi yang melanda negara dan dunia ini. Malah dia dan isteri Nurul Amrina Zamri, 32 yang kini menetap di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah akui sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 sekaligus mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

Terdahulu Aman Graseka Perlukan Wang Untuk Isterinya Bers4lin

Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Aman meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu. Pelakon itu memerlukan wang tersebut kerana isterinya akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan. Aman dan Nurul Amrina sudah dikurniakn seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

“Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” ungkapnya. Malah dia juga ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan. Malah menurut Aman dia juga turut meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang respons.

Isteri Aman Graseka Selamat Lahirkan Bayi LeIaki. Kos BersaIin Ditanggung Oleh Seorang Pelakon Wanita

PeIakon Aman Graseka, 53, dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Nurul Amrina Zamri selamat meIahirkan bayi mereka di pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah, petang semalam. Menurut Aman, anak keduanya itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 3.54 petang dengan berat 3.1 kilogram.

” Syukur semuanya selamat. Isteri masuk hospital kira-kira jam 1 pagi, namun tanda-tanda kelahiran belum kelihatan. Doktor suruh tunggu dan akhirnya jam 3.54 petang barulah bayi kami keluar untuk melihat dunia. Alhamdulilah ibu dan bayi sihat,” katanya.

Kos bersalin isteri ditanggung seorang pelakon wanita

Sementara itu, Aman berkata, kos bersalin isterinya di pusat perubatan tersebut telah ditanggung seorang pelakon wanita yang juga rakannya.

” Dia seorang pelakon wanita yang hebat dan rakan yang baik hati,” katanya. Aman dan Nurul Amrina, 32, turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun. Sebelum ini, Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem 1875 meminta penerbit dan pengarah filem terbabit menjelaskan baki bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pndemik COVlD-I9 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon. Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka pada awal Julai.

Dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana mereka juga berdepan kesusahan. Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tetapi tiada bantuan dihulurkan.

Aman akhirnya menerima sumbangan sebanyak RM500 dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) serta daripada rakan-rakan artis yang bersimpati.

” Mana lagi ikhtiar saya nak cari duit”. Itu luahan Aman pada Julai lalu yang meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,OOO yang tertunggak sejak empat tahun lalu. Isteri nak bersalin. Situasi COVlD-l9 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” luahnya.

Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan.

” Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain. Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain. Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.” Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,OOO. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar. Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.

Aman berkata, dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan. Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.

Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon Nurul Amrina setelah 10 tahun menduda. Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun. Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun. Sumber:hmetr0

Sharnaaz kongsi ucapan hari lahir buat anak tunggalnya. Sekali dapat perhatian dari bekas isteri dan ini responnya.

Nama Sharnaaz Ahmad rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti yang juga seorang usahawan ini sangat aktif di media sosial dan tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya di Instagram terutama ketika bersama anak.

Walaupun bergelar single father, dia tetap bahagia melayani anaknya, Jebat Jayden dan hubungan dengan bekas isteri juga baik-baik sahaja.

Kena sama2 pakai kostum Spiderman

Beberapa hari lepas, Sharnaaz ada berkongsi video memperlihatkan anaknya memakai kostum Spiderman dan dia juga turut ‘terjebak’ sama memandangkan hari lahir mereka jatuh pada hari yang sama.

Akan terus ada dengan anak

Jadi, dia telah memuat naik ucapan yang sungguh menyentuh hati kepada anaknya. Dia memaklumkan akan sentiasa ada bersama Jebat yang kini sudah berusia 3 tahun dan akan terus menyayanginya.

Selain itu, pelakon tersebut juga sempat berseloroh dengan memaklumkan siapa yang ingin menjadi ibu tiri Jebat perlu menghantar resume kepada anaknya terlebih dahulu.

Nak hantar resume boleh cc dekat sini jugak

Disebalik ucapan-ucapan selamat hari lahir untuk mereka berdua, komen bekas isterinya iaitu, Noor Nabila Mohd Nor di posting paling menarik tumpuan.

Dalam komen tersebut, Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz kerana menjadi seorang ayah yang sangat baik kepada Jebat dan mengakui yang anak mereka bertuah memiliki seorang ayah seperti pelakon tersebut. Kakak kepada Neelofa ini turut sempat berseloroh dengan menyatakan sesiapa yang mahu menghantar ‘resume’ boleh tinggalkan di ruangan posting berkenaan.

Sudah pasti komen berkenaan mendapat maklum balas yang positif daripada warganet. Rata-rata gembira melihat hubungan baik mereka walaupun sudah berpisah dan mempunyai kehidupan sendiri. Untuk makluman, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah berkahwin pada 2017. Namun pasangan ini telahpun berpisah sekitar tahun lalu dan Noor Nabila sudahpun mendirikan rumah tangga semula dengan Engku Emran. Sumber: Instagram Sharnaaz Ahamd

Wajah Azira Shafinaz ada bayangan macam bekas isteri. Azira muat naik foto di laman ig sekali peminat teruja tunggu Sharnaaz Ahmad beri komen emoji hati.

Tidak salah jika seseorang itu ingin menyemai semula putik-putik cinta meskipun mencari pengganti untuk mengubati hati itu bukan mudah. Biarpun, cinta dikatakan memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan, hal yang demikian kerana tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jinjang pelamin.

Ada yang bertahun-tahun menyulam cinta, namun tidak tertulis dia jodohnya kasih tetap terlerai juga. Apa yang pasti, mendoakan seseorang untuk disatukan jodoh itu satu usaha yang baik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.

Memuat naik gambar di laman Instagram,  penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz dihujani komen-komen nakal berhubung aktor tampan kelahiran Pulau Pinang itu. Menjengah ke ruangan komen,

rata-rata peminat begitu teruja menantikan kehadiran “mesej cinta” daripada Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra disapa Mamu setelah berkali-kali mempamerkan perhubungan mesra di antara mereka dikhalayak umum.

Terdahulu Sharnaaz  ada tinggalkan emoji kiss dalam satu hantaran foto Azira di laman Instagram. Reaksi Sharnaaz dikatakan terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan selebriti jelita Azira ini.

Gara-gara mereka ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama dan dilihat secocok, ramai yang beranggapan bahawa Azira ini mampu menjadi pengganti suri hati buat Sharnaaz setelah berpisah dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal.

Meskipun, Azira acap kali diusik oleh Sharnaaz ketika bersama  secara langsung menerusi Live Instagram, dia hanya tersenyum dan tidak mempamerkan reaksi yang berlebihan sehingga dikatakan mengundang kontroversi.

Menurut sumber sebuah laporan berita, Azira sememangnya mengakui bahawa dia berkawan baik dengan semua rakan selebriti termasuk Sharnaaz. “Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz”

Wah sweet betul diorang ni, tak apalah kita doa yang baik-baik sahaja. Mana tahu doa-doa peminat buat Azira ini mustajab kan? Sumber:Instagram Azira Shafinaz.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *