Kecoh bila TMJ war warkan nak jumpa dengan Azman Naim. Sekali rupanya ada benda yang TMJ ingin sampaikan dan ini yang Azman Naim luahkan.

Azman Naim yang popular dengan lagu parodi di media sosial sangat terharu apabila sudah tiga kali dipanggil menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia tidak sangka usaha kreatifnya diambil serius serta diminta pandangan untuk ambil bahagian bersama memajukan rakyat negeri Johor.

“Saya terharu dan bangga bukan kerana diri saya semata-mata. Sebaliknya bangga kerana pandangan serta pendapat saya diambil serius oleh baginda. Baginda memiliki visi dan berpandangan jauh demi memajukan rakyat Johor terutama aspek pendidikan, kuasa ekonomi dan melakukan persiapan rapi merealisasikan impian itu” katanya.

Azman berkata, dalam tiga pertemuan itu, mereka banyak membincangkan isu-isu berat dan serius sebegitu. “Baginda turut menyatakan suka dengan pendekatan saya menggunakan media sosial untuk ketengahkan isu rakyat,” katanya.

Menurut anak jati Kulai, Johor itu, dia menghadap Tunku Ismail hujung bulan lalu. Katanya, pada mulanya dia agak berdebar dan tidak tahu apa inti pati perjumpaan itu.

“Memang agak gementar juga dan risau sekiranya tidak sediakan apa-apa. Rupa-rupanya perjumpaan dengannya sangat kasual kerana baginda sangat merendah diri. Saya memang tahu baginda seorang yang bersifat begitu, tapi tidak sangka pula tahap rendah dirinya buat saya sebagai rakyat biasa rasa sangat kerdil dan percakapannya juga sangat lembut. Bagaimanapun, apabila masuk perbincangan mengenai isu rakyat, nampak ketegasannya di situ. Baginda memiliki perancangan yang terbaik untuk anak-anak Johor,” katanya.

Terdahulu, Azman tular apabila video parodinya menerusi lagu My Sejahtera Way mendapat perhatian luar biasa termasuk Tunku Ismail yang mahu berjumpa dengannya. Lagu terbabit diambil daripada lagu asal berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra dan liriknya ditulis dan diubah sendiri oleh Azman. Dia mula memuat naik video lagu parodi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon

Individu yang popular dengan lagu parodi di media sosial, Azman Naim, 36, berhasrat untuk terus mengetengahkan isu masyarakat menerusi nyanyian lagu parodi di media sosial selepas lagu My Sejahtera Way nyanyiannya tular, baru-baru ini. Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia melihat penerimaan drastik terhadap lagu nyanyiannya itu satu pencapaian cukup bermakna untuk misi murninya itu.

“Saya terharu dan terkejut apabila video itu mendapat sambutan luar biasa. Daripada cuma 14,000 orang, kini Instagram saya hampir mencecah 80,000 pengikut. Saya bukan penghibur dan bukan tampil untuk sekadar menghibur. Sebaliknya, saya mahu menjadi penyampai mesej kepada rakyat mengenai isu-isu masyarakat semasa,” katanya.

Lagu My Sejahtera Way diambil daripada lagu asal berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra. Video parodi Azman itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Azman berkata, walaupun dia melakukannya secara suka-suka, dia berharap mesej yang disampaikan memberi manfaat .

“Saya tahu bukan semua nak dengar atau setuju tapi kalau orang suka, semestinya saya gembira,” katanya. Azman mengakui proses menghasilkan lagu parodi memang agak mencabar. Apatah lagi dia perlu membuat kajian serta menyunting sendiri semuanya sebelum dikongsi.

“Corak berkarya saya adalah jujur dan mungkin agak kasar sedikit. Bagaimanapun, saya kena kasar bertempat dan bukannya dengan cara berlagak. Sebelum menghasilkan lagu begitu, saya harus kaji, perhati dan tahu intipati terbaik mesej yang disampaikan. Lirik yang dihasilkan kena betul-betul padu dan bukan cakap kosong. Lirik saja, kadang memang ambil masa sehingga lima hari untuk disiapkan. Namun, untuk My Sejahtera Way, saya cuma ambil masa kurang 10 minit kerana tahu apa yang nak disampaikan,” katanya.

Tolak tawaran kerana tak kena dgn jiwa

Berikutan penularan itu, Azman tidak menafikan dihubungi ramai pihak dengan pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon. Namun, dia akui bukan semua tawaran kena dengan jiwa dan terpaksa menolak.

“Ada yang tawarkan saya untuk menyanyi duet lagu tertentu. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak. Bukan berlagak, tapi kerana ia tidak sesuai dengan jiwa serta pendekatan saya. Saya lebih ke arah jiwa klasik dan muzik metal ekstrim. Kalau lagu-lagu terkini, memang tidak boleh masuk kerana lebih kuat kepada lagu 1980-an atau 1990-an,” katanya. Azman mula memuat naik video lagu parodi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua pada 13 Januari lalu. Sumber : Trending Sangat

Walaupun ramai yang kenal TMJ seorang yang tegas. Namun tak sangka ini rupanya perangai sebenar TMJ dengan anakandanya.

Mendengar nama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasti ada terbayang ketegasannya dalam menjadi pemimpin. Namun dalam ketegasan baginda yang juga merupakan seorang bapa itu, lain pula layanan yang ditunjukkan TMJ apabila bersama ahli keluarganya.

Perkara itu dapat dilihat melalui perkongsian isteri TMJ, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda melalui Instagramnya bersempena sambutan Hari Bapa pada 20 Jun 2021.

“Happy Father’s Day to all the great dads on earth, to the dads in heaven, grand-dads, step-dads, and part-time dads and especially to my dearest husbandWe love you with all our hearts Babah”. Berdasarkan perkongsian tersebut, TMJ dilihat sangat mesra bersama putera dan puterinya dengan aksi bermain mereka.

Layanannya dilihat cukup sweet walaupun secara luarannya beliau dikenali dengan ketegasan. Oleh itu, TMJ menerima reaksi positif orang ramai dengan keperibadian beliau sebagai seorang bapa.

Dalam ketegasan ada kelembutannya, itulah kehebatan seorang insan yang bergelar bapa. Sumber: Instagram YAM Che’ Puan Besar Khaleed & HotFM

Ada pula yang bandingkan TMJ tidak beri sumbangan macam Syed Saddiq. Sekali TMJ tampil terus keluarkan semua bukti.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu thread di laman Twitter tampil berkongsi kesusahan seorang warga emas yang hidup sebatang kara. Susulan daripada itu, beliau sempat memberikan sedikit bantuan kepada pakcik ini yang secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.

Bagaimanapun, seorang warga Twitter dikenali sebagai Sykrn sempat bertanyakan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengapa warga emas itu tidak mendapat sebarang bantuan. ‘Taknak tolong bantu ke?’

Susulan daripada soalan yang diajukan, TMJ tampil memberikan penjelasan warga emas yang dikenali sebagai Rahmat sudah menerima bantuan RM300 sebulan sejak tahun 2010. Ujar Baginda lagi, dia (warga emas) pernah menetap di Kampung Sri Menanti sebelum kembali tinggal di Parit Pali pada April yang lalu. Dia merupakan seorang duda, tinggal seorang diri, pernah dipenjarakan di Penjara Simpang Renggang dan kini bekerja sendiri.

Pernah mendapat bantuan di bawah Program Bantuan Bina Baru Rumah PPRT di Kampung Sri Menanti dengan mendapat kebenaran daripada tuan tanah untuk bina pada tahun 2018 disebabkan masalah pemilikan tanah pusaka. Difahamkan, warga emas ini ‘terasa hati’ dan kembali semula ke rumah (pondok) asalnya setelah mendapat tegvran daripada tuan tanah.

Disebabkan masalah sosial dan aduan daripada kejiranan, tuan tanah menegvr supaya menjaga batas pergaulan supaya tidak menimbulkan m4ksiat, maka dia terasa dan berpindah ke rumah atau pondok asal.

Berbicara lebih lanjut, warga emas ini lazimnya mendapatkan bantuan makanan daripada adik-beradik yang tinggal berhampiran dengannya. Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim & Syed Saddiq Via ohbulan.com/

TMJ tampil jawab soalan warganet di Instagram. Sekali ini responnya soal Syed Saddiq sampai buat warganet terkedu.

Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram sempat membuat sesi soal jawab bersama rakyat jelata. Menerusi sesi tersebut, pelbagai soalan yang diajukan dan antara yang menarik minat adalah mengenai pandangan baginda terhadap ‘prestasi’ Yang Berhormat (YB) Muar, Syed Saddiq yang juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan.

Ketika diajukan soalan adakah Baginda suka akan YB Muar, TMJ secara ringkas menjawab tidak. Pada masa yang sama, Baginda turut menjelaskan sebab mengapa berbuat demikian. Bagaimana dia menjanjikan, dengan cara apa? Apa yang dia buat sebelum ini? Negara kita perlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

Ujarnya lagi, negara memerlukan ahli politik yang komited dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan sepenuh hati bukannya terkenal melalui pujian ramai menerusi media sosial. Jujur, jadi diri anda, dan dedikasi. Tunaikan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Jangan jadi populist (terma yang digunakan buat ahli politik) hanya untuk terkenal dan meraih pujian di media sosial.

Tidak berakhir di situ, menerusi satu soalan yang lain terdapat seorang pengikut yang menjelaskan YB Muar banyak berkhidmat untuk rakyatnya di Muar, dan turut mempersoalkan mengapa TMJ menggelarnya sebagai ‘populist’. Rakyat dia? Dia dari Johor? Adakah dia dari Muar? Awak dari Johor? Dari Muar? Awak terima tak laporan mingguan daripada Pegawai Daerah? Awak terima tak laporan daripada Ketua Kampung dan Penghulu? Dapat kerja di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial adalah dua perkara yang berbeza.

Sumber: Tunku Mahkhota Johor

Sumber : obulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *