Tak mahu terus memekik minta bantuan. Penggiat seni sampai merayu nak kerja.

KETIKA semakin banyak sektor ekonomi mula dibenarkan beroperasi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), penggiat industri kreatif masih menanti khabar gembira untuk mereka. Enggan hanya berpeluk tubuh, dua pertubuhan iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Pertubuhan Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia (DCAM) cuba menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Tan Sri Datuk Annuar Musa.

Menerusi surat rasmi yang dihantar kepada Annuar, PTVM dan DCAM merayu kebenaran untuk aktiviti penggambaran dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Selain itu, pihak PTVM dan DCAM turut mempersoalkan syarat-syarat Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dianggap terlalu ketat.

Aktiviti penggambaran sepenuhnya masih belum dibenarkan.

“Kami mewakili warga produksi tanahair daripada semua peringkat ingin merayu kepada Tan Sri agar mencari kaedah supaya kami dibenarkan beroperasi semula selaras dengan pembukaan sektor ekonomi yang lain.

“Kami ingin segera bekerja. Kami hairan dan bingung sedang kami tidak dibenarkan melakukan kerja utama iaitu penggambaran (kecuali di negeri-negeri Fasa 2 dan ke atas), sektor lain terus dibenarkan beroperasi walaupun dalam kawasan Fasa 1 tanpa SOP yang terlalu ketat seperti yang dikenakan kepada kami.

“Jika kami ingin membuat penggambaran kami perlu mematuhi syarat-syarat SPP Khas oleh Finas yang ketat. Paling hairan hanya dibenarkan beroperasi di kawasan Fasa 2 sedangkan sektor lain dibuka walaupun di kawasan 1,” demikian menurut kenyataan kepada media. PTVM dan DCAM menghantar surat rasmi itu ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Rabu.

Pada 21 Julai lalu, kerajaan menetapkan hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang tertangguh penggambaran kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.

Syarat lain adalah aktiviti penggambaran hanya boleh dijalankan di negeri yang berada di status Fasa Dua dan melibatkan lokasi atau premis penggambaran luar studio sahaja.

Dalam pada itu, PTVM dan DCAM berpendapat bahawa aktiviti penggambaran tidak berisiko tinggi memandangkan semua faktor masih terkawal selain selaras dengan perlepasan kepada individu yang sudah mempunyai vaksinasi lengkap.

“Kami rasakan aktiviti penggambaran juga merupakan aktiviti berisiko rendah kerana semua faktor adalah terkawal dan tiada orang atau pelanggan yang walk in yang kita tak tahu datang dari mana.

“Selaras dengan pelepasan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksin, kami rasa pelepasan itu seharusnya juga melibatkan kerjaya kami. “Kami mahu bekerja dan tidak mahu terus memekik meminta bantuan.

Kami malu apabila terus kedengaran yang warga produksi seperti kru dan artis yang terus memohon bantuan dan merayu bantuan sana sini sampai tahap perlu bantuan makanan untuk hidup.”Ini terlalu hina rasanya. Justeru kami harapkan pembelaan dan bantuan Tan Sri untuk segera menyelesaikan kemelut ini.

Ada berita gembira bagi orang yang dah ambil 2 dos vaksin. Pm dedahkan ada kelebihan yang ditunggu tunggu rakyat.

Terkini, kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVlD-19, esok atau lusa ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan dalam peringkat akhir untuk memutuskan perincian kelonggaran berkenaan. ” Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu ramai, membabitkan mereka yang sudah dapat dua dos vksin.

” Contoh kelonggaran dan kemudahan yang akan diberi, termasuk membabitkan rentas negeri atau daerah, nak jumpa ibu bapa, suami isteri terpisah atau anak, itu kita akan putuskan.

” Selain itu sektor sosial seperti ‘dine in’ (makan di kedai makan) nak duduk makan bersama keluarga. ” Maka jika diumumkan kelonggaran nanti restoran akan dibenarkan dibuka dan akan diputuskan sehari dua ini,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vksin (PPV) Mobil Felda Lenga Batu 27, di sini, hari ini. Beliau yang meluangkan masa kira-kira setengah jam di situ turut menyampaikan sumbangan makanan basah kepada wakil masyarakat Felda Moakil yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 14 hingga 27 Julai lalu, di lokasi sama.

Terdahulu, Perdana Menteri ke Kampung Batu 23 Lenga, di sini, kira-kira jam 3 petang bagi penyampaian sumbangan bakul prihatin ke rumah penduduk yang terkesan aklbat COVlD-19.

Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal. Pada 15 Julai lalu, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vksinasi COVlD-19.

Muhyiddin dilaporkan berkata, langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Adun Gambir berkata, mengingatkan rakyat kelonggaran diberikan kepada mereka yang lengkap dua dos vksin bukan pasport mengabaikan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

” Saya cuma nak ingatkan kita masih belum sampai nilai ambang atau imuniti kelompok. ” Walaupun ada keterbukaan dan kelonggaran akan diberi, nasihat atau peringatan sentiasa berwaspada perlu diberi kerana warga kita masih belum divaksn 100 peratus,” katanya.

Sumber:hemtr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.asiakini.com/

Muhyiddin dkwa kerajaan PN masih ada keputusan majoriti. Sekali UMNO tampil cabar sesuatu ini pula.

UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan.

Tambahnya lagi, kenyataan Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang mendkwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar. “Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (8) Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri. Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendkwa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dan isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak berbangkit. Jelasnya, beliau telah menyembah maklum kepada Agong, di Istana Negara pada Rabu, bahawa sejumlah Surat Akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, yang menurut dirinya masih mempunyai sokongan majoriti.

Kata Perdana Menteri lagi, Agong juga telah berkenan untuk beliau menentukan keabsahannya di Parlimen melalui undi percaya pada September ini. PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, bilangan Ahli Parlimen dari UMNO yang mahu menarik sokongan daripada Muhyiddin telah bertambah daripada semalam.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Ahmad Zahid lagi. Sumber : Trending Sangat

Muhyiddin dedahkan ada pihak yang tak senang sebab tuntutan tak dilayan. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Najib Razak.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. “Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan.

“Saya juga telah dikatakan mndrhka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung, pada Rabu.

Muhyiddin berkata, beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memaklumkan kepadanya terdapat lapan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

“Saya telah menyembah maklum kepada baginda bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya. Muhyiddin bagaimanapun berkata, beliau menyedari kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering kali dipersoalkan.

“Maka, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen. “Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September ini,” katanya.

Melalui cara itu katanya, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini,” katanya. Pada Jumaat lalu, warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda, sedangkan pembatalan belum lagi diperkenankan.

Dalam warkah itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Seri Paduka Baginda secara maya pada 24 Julai lepas.

Semasa sesi menghadap tersebut, Baginda menitahkan tidak berkenan untuk menandatangani permohonan pembatalan Ordinan Darurat kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita selepas Takiyuddin tidak menuruti titah Baginda malah memberi kenyataan bercanggah dan tidak tepat dalam Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.

Susulan itu, Umno pada Selasa sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

Tidak berdiam diri, Najib Razak terus memberi maklum balas selepas sidang media oleh PM Muhyddin sebentar tadi

“Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti. “Dai kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia. “Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.

“Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September. “Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos? “Sebab Covid masih srng parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah.

“Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedang cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodekdan bukan melwan dia. “Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Selesai menghadap terkini Pm dijangka bakal buat perutusan khas pada hari ni.

Utusan Malaysia sebentar tadi melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri. Menurut sumber mereka, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Terkini tular tentang ketibaan Muhyiddin di Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini pada pagi Rabu. Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada jam 10.59 pagi.

Keabsahan Muhyiddin kini menjadi tanda tanya susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Selasa yang membuat ketetapan untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa ahli Parlimen parti itu difahamkan sudah menandatangani aku janji menarik sokongan terhadap Muhyiddin untuk dipersembah kepada Seri Paduka Baginda. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli MKT UMNO menjadi yang pertama letak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan dijangka lebih ramai akan berbuat demikian dalam tempoh 48 jam.

Tindakan UMNO telah menimbulkan persoalan mengenai jumlah terkini sokongan majoriti ahli Parlimen kepada kerajaan PN dan Muhyiddin. Pintu 1 dan 2 Istana Negara pada Rabu menjadi tumpuan media sejak jam 7 pagi bagi mendapatkan perkembangan semasa politik negara.

Dikritik teruk oleh warganet sebab ayah gagal tadbir negara. Sekali ini tindakan mengejut dari anak Muhyiddin.

Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, nama penyanyi Najwa Mahiaddin. Dia juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Biarpun dia sudah lama tidak memuat naik hantaran terbaru di Instagram, baru-baru ini ramai warganet menyrang ruangan komen pada gambar terakhir.

Walaupun ia dikongsi olehnya pada penghujung Januari lalu. Memetik penulisan OiJom, warganet membanjiri ruangan komen itu dengan rasa amarah serta geram kepada pelantun lagu Got To Go berkenaan.

Mereka mula menyrang penyanyi itu sejak beberapa minggu lalu dan memberi komen ‘pedas’ terhadap Najwa dan ahli keluarga terutama sekali ayahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun tersebut tidak mempedulikan segala kritikan warganet.

Namun dia bertindak menutup ruangan komen pada gambar berkenaan. Difahamkan lagi, komen-komen biadap itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri TSMY dalam mentadbir negara ketika pandemik ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Instagram Najwa Mahiaddin, OiJom (Joww) via balikraya

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat.

Sumber : hmetro

FRU tampil sekat MP Pembangkang dari masuk kawasan parlimen.

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembngk4ng cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya . Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19. Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Anwar umum perarakan bersurai

10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembngk4ng, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

FRU sekat MP masuki parlimen

10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen – Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen. Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

“Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, ” kata seorang anggota dari atas trak berkenaan. Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu. Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk “daulat tuanku” dan “Muhyiddin undur”.

MP pembangkang mula berarak

10.25 pagi: Dataran Merdeka – Ahli Parlimen pembngk4ng mula berarak menuju Parlimen dari sini. Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak. Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak.

Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka

10.15 pagi: Dataran Merdeka – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembngk4ng. Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.

‘Parlimen tempat kerja MP’

10am: Dataran Merdeka – Sebilangan ahli parlimen pembngk4ng berkumpul di sini berikutan jalan menuju parlimen disekat pihak polis. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parlimen adalah ‘tempat kerja’ untuk wakil rakyat dan mereka akan berusaha sebaik mungkin memasuki parlimen. Pemimpin pembngk4ng bergilir-gilir memberikan ucapan terlebih dahulu sebelum merancang untuk berarak ke parlimen.

“Undur Muhyiddin, hidup rakyat, hidup Yang di-Pertuan Agong,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di akhir ucapannya, bersama anggota parlimen yang lain. Turut hadir ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

MP berkumpul di Dataran, rancang berarak

9.50am: Ahli-ahli parlimen pembngk4ng mula berkumpul di Dataran Merdeka sebagai persediaan untuk berarak ke parlimen setelah gagal mengadakan rundingan. Sejak awal pagi ini, beberapa trak Black Maria dilihat berada di lokasi di sekitar parlimen. Anggota pasukan Light Strike Force, selain anggota polis biasa dan pegawai trafik turut dilihat di sekatan jalan raya.

MP berkumpul di Bank Rakyat

9.20am: Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata, sekumpulan ahli parlimen lain berkumpul di bangunan Bank Rakyat di Bulatan Dato Onn, kira-kira 1.5km dari parlimen. “Jalan raya semua disekat. Kami tidak dibenarkan masuk (ke parlimen). Jadi kita boleh berkumpul di lokasi lain dan terus berjalan,” kata Yii.

Jalan-jalan utama ditutup

9.00 am: Jalan-jalan utama menuju ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur ditutup bagi menghalang kemasukan ahli-ahli pembngkang berikutan penangguhan sidang khas parlimen hari ini. Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyiarkan gambarnya berdiri di tepi jalan bersama dua ahli Parlimen lain. “Lockdown Parlimen?! Jalan masuk ke parlimen semuanya disekat oleh polis,” katanya di Facebook. Chan juga berkongsi satu lagi gambar polis trafik sedang bertugas di sekatan jalan raya.

Sumber : Malaysia kini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *