Ds Ismail Sabri muat naik gambar terbaru. Sekali tiba tiba Aaron Azizi tampil tanya soalan ni sampai beratus masuk komen.

Sebelum ini, penampilan Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media harian berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi perhatian.

Baju batik, berona ceria mahupun berwarna-warni yang dipakai oleh Menteri Kanan (Keselamatan) itu disamakan dengan kuih-muih, ais krim dan pelbagai manisan lain. Begitulah kreatifnya warganet yang sentiasa mengikuti sidang media yang dikendalikan oleh ahli Parlimen Bera itu saban hari tanpa jemu, sehingga disambut baik oleh beliau sendiri.

Aaron Aziz jatuh hati

Seutas jam tangan dengan corak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik perhatian warganet termasuk pelakon, Datuk Aaron Aziz.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 45, meluahkan rasa teruja dengan jam tangan bercorak ala t.entera yang dipakai oleh Sabri ketika sambutan Hari Kebangsaan 2021 hari ini.

Pelakon itu turut meminta bantuan peminatnya untuk mencari maklumat tentang jam tangan tersebut. “Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa? (merujuk jam tangan yang dipakai Sabri). Semua tahu kurta abang camo (singkatan untuk camouflage iaitu corak celoreng ala tentera), beg abang camo dan tudung isteri pun camo.

“Tengah menahan sakit dekat hospital tiba-tiba nampak jam Perdana Menteri pakai. Nampak cantik pula,” katanya. Menjengah dalam ruangan komen, pelbagai jawapan diberi oleh pengikutnya dalam Instagram tentang status jam tangan tersebut.

“Casio G-Shick GA-700CM,” ujar salah seorang pengguna Instagram. “Submarine Watch. Ada tiga pilihan warna. Airforce (t.entera udara), Army (tentera darat) dan Navy (tentera laut). Jam yang Perdana Menteri pakai, saya pun ada,” kata seorang lagi pengikutnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberitahu bahawa jam tangan yang dipakai Perdana Menteri tidak dijual sembarangan dan hanya dipakai oleh anggota tentera dan polis sahaja.

“Pernah pergi sebuah booth menjual jam camo seperti ini. Tapi untuk tmentera dan polis sahaja. Nak beli kena tunjuk kad pengenalan. Tak pasti 100 peratus, tapi penjual yang kata begitu,” kata pengguna Instagram itu.

Difahamkan, pelakon filem Ombak Rindu itu kini berada di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak malam semalam untuk mendapatkan r.awatan selepas diserang s.akit pada sendi tengkuk yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Biar betul Lembah Klang bakal beralih ke fasa baru. Sekali ini yang Ismail Sabri jelaskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ‘bayangan’ bahawa Lembah Klang akan beralih kepada fasa seterusnya selepas kadar vksinasinya sudah melebihi 80 peratus. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya. Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri bangga dengan dengan semua orang yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi atas dan pencapaian yang luar biasa. Sementara itu, berdasarkan carta yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0vd19 (JKJAV) di laman Facebooknya, jumlah penduduk Lembah Klang yang sudah lengkap dua dos vksin kini mencecah 90.3 peratus sehingga semalan. Sumber -K! ONLINE

Ramai yang dah tertanya keputusan PKPD mukim di Selangor. Ini jawapannya.

Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 34 mukim di Selangor tamat mengikut jadual yang ditetapkan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terlibat. Sumber– K! ONLINE

Biar betul KL dah bebas dari PKPD. Tapi ini pula yang merunsingkan Selangor.

Sembilan lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ­ (PKPD) sejak 3 Julai lalu tamat hari ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilan lokaliti itu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Ba­lang dan Taman Koperasi Polis (Fasa 2). Turut ditamatkan Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas.

Namun, nasib lapan daerah di Selangor yang membabitkan 34 buah mukim yang turut diumumkan PKPD sebelum ini masih belum diputuskan lagi. Terdahulu, pada 1 Julai lalu, Ismail Sabri telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur.

Perintah tersebut dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula 3 Julai dan dijadualkan tamat hari ini. Dalam pada itu, sebanyak tiga lokaliti di Sabah dan tiga lokaliti di daerah Kerian, Perak akan dilaksanakan PKPD bermula 17 Julai sehingga 30 Julai 2021.

Ismail Sabri berkata, tiga lokaliti di Sabah adalah Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry, Sipitang dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau. “Tiga lagi lokaliti di daerah Kerian, Perak adalah, Apartmen Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai,” jelasnya. Sumber : K! Online

Nekad hantar anak pergi sekolah. Ramai yang tak senang duduk bila isteri kepada ahli politik ni terbang ke luar negara lepas kerajaan umumkan pkpd.

Kes harian Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan semula selepas beberapa minggu berada di angka bawah 6,000 kes. Oleh itu, pihak kerajaan mengambil langkah lebih ketat dengan mengumumkan Perintah KawaIan Pergerakan Diperketat (PKPD) dibeberapa kawasan yang mempunyai kes positif harian tinggi seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Boleh ke pergi ke luar negara? Namun begitu, disebalik kegusaran dan kesusahan rakyat Malaysia, tuIar di media sosial apabila ada akaun Twitter memaklumkan seorang isteri kepada ahli poIitik sedang ‘terbang’ ke luar negara bersama anaknya.

Menerusi ruangan komen di Twitter milik @meinmokhtar, isteri kepada ahli poIitik berkenaan dipercayai menghantar anaknya berusia 5 tahun untuk belajar di Perancis. Beliau turut memuat naik beberapa perkongsian di media sosialnya menunjukkan kegembiraan mereka yang berada di dalam pesawat. Hantar anak pergi sekolah katanya.

Hal ini membuatkan warganet mulai tinggalkan komen dengan berasa tidak puas hati melihat perkongsian berkenaan. Hal ini berikutan negara masih berada dalam situasi ‘total Iockdown’ dan rakyat juga tldak dibenarkan kemana-mana. Kenapa suka sakitkan hati rakyat?

Jnganlah kritik beliau. Walau bagaimanapun, menerusi Instagram isteri ahli poIitik berkenaan, beliau ada mempersoalkan mengapa warganet mengkritik sedangkan beliau tldak mempunyai kuasa. Jadi, beliau meminta agar orang ramai mengkritik mereka yang mempunyai kuasa dan bukan dirinya. Sumber: Twitter @meinmokhtar ,omm

Seronoknya boleh tengok orang luar tarik beg untuk pergi bercuti. Rakyat dah mula cemburu bila tengok ada pelancong dah boleh mula masuk Phuket.

Sejak semalam, tular beberapa gambar memaparkan kegembiraan pelancong dari beberapa negara tiba di Pulau peranginan terkenal Thailand, Phuket. Selepas lebih setahun ditutup ekoran pandemik Covid-19, Phuket akhirnya dibuka kepada pelancong asing.

Difahamkan, pelancong yang masuk ke Phuket tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya mereka sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 lengkap. Suntikan itu perlu lah sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari dan hasil ujian saringan wajib negatif ketika tiba di negara ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Thailand, Bhummikitti Ruktaengam berkata, pelancong perlu menunggu keputusan ujian saringan di dalam bilik hotel dan sekiranya negatif, mereka bebas bergerak di seluruh Phuket.

“Jika mereka ingin mengunjungi bahagian lain di Thailand, mereka perlu duduk di Phuket sekurang-kurangnya 14 hari terlebih dahulu,” katanya. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di beberapa platform media sosial, waranet Malaysia dilihat agak sedih apabila tidak dapat menyertai pelancong negara lain ke Phuket.

“Bestnya tarik beg luggage bercuti, lama tak merasa” “Bila lah Malaysia nak kurang kes ni, aku dah rindu nak travel, travel dalam negara pun jadilah,” tulis beberapa warganet. ifahamkan, Phuket menjadi wilayah pertama di Thailand yang menerima kunjungan pelancong asing tanpa keperluan kuarantin. Sumber : Gempak

Terkini Terengganu benarkan solat jumaat solat aidiladha dan ibadah korban sebab kes covid terkawal.

Bermula hari esok, negeri Terengganu membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja. Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.

“Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber : K! Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *