Hampir tiap hari set ulek mayang diganggu. Lebih mengejutkan sampai ini yang berlaku pada Neera Aziz.

“Nak buat Ulek Mayang kena hati-hati dan stand by ustaz,” demikian pesanan awal Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Tuan Asmawi kepada pengarah drama Ulek Mayang, Eoon Shuhaini.Dedah Eoon, sepanjang beberapa hari penggambaran di Lumut, Perak, hampir setiap hari kru dan pelakon ‘diganggu’ dalam pelbagai cara.

Malah, pelakon utamanya, Neera Azizi tidak sedarkan diri ketika penggambaran salah satu babak drama tersebut.”Nak buat siri Ulek Mayang agak susah skit sebab ramai dalam set ketakutan, hari-hari kena kacau dan diganggu…”Kalau mainkan lagu Ulek Mayang dengan gitar pun, kami kena ganggu. Sebelum ini ada juga kena kacau tapi biasa saja, Ulek Mayang ni berbeza sikit!”

Ada salah satu babak watak puteri, Neera Azizi diganggu sehingga terpaksa guna pelakon stand in kerana dia sangat lemah. Dia jadi tak sedarkan diri.”Awalnya dia rasa sedih, menangis kemudian terus tak sedar. Dia pun tak sedar yang dia ada sepak ustaz,” ceritanya.

Lebih mencemaskan, Eoon sendiri terdengar bunyi loceng misteri ketika penggambaran.”Ada part yang saya terdengar bunyi loceng dari jauh sampai dekat dan kemudian jauh kembali.”Ketika itu Ara Johari dan Didi Astillah sampai terhenti dialog dan beritahu saya mereka tak boleh teruskan lakonan,” katanya.

Kata penerbit Malaysian Ghost Stories, Arie Zaharie, objektif utama yang ingin disampaikan kepada penonton adalah mendedahkan generasi muda yang kurang percaya kepada kewujudan entiti seram.”Kami ingin sampaikan kepada penonton pelbagai kisah hantu yang sering diceritakan di Malaysia sebagai hiburan untuk memberi kelainan.”Kebanyakan generasi muda zaman sekarang kurang percaya dengan kewujudan entiti seram.

Oleh itu, kami cari dan himpunkan semula kisah-kisah tersebut untuk dijadikan asas penceritaan utama.”Drama ‘Malaysian Ghost Stories’ bakal mengupas secara terperinci kepelbagaian jenis hantu yang sering didengari di Malaysia agar dapat memberi gambaran dan visual yang jelas mengenai bentuk, rupa dan sifat hantu tersebut serta bagaimana cara untuk mengatasi sebarang gangguan mistiksekiranya ada.

“Setiap kisah yang ditonjolkan sarat dengan nilai murni untuk diambil sebagai teladan dan pengajaran agar kita tidak sewenang-wenangnya mempersendakan kewujudan makhluk ini,” katanya yang turut mendapatkan khidmat nasihat daripada pegamal dan pakar perubatan Islam.Menerusi paparan sebanyak 18 buah episod, himpunan penceritaan kisah seram berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia akan ditampilkan dengan sentuhan baharu.

Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan akan dibawakan pada setiap episod seperti ‘Nenek Hostel’, ‘Hantu Kum Kum’, ‘Nenek Kebayan’, ‘Jin Pemusnah’, ‘Hantu Raya’, ‘Hantu Air’, ‘Balan-Balan’, ‘Pontianak’, ‘Langsuir’, ‘Pelesit’, ‘Hantu Jepun’, ‘Pocong’, ‘Nu Gui’ (Hantu Cina), ‘Nishi Dak’ (Hantu India), ‘Ulek Mayang’, ‘Hantu Tiada Kepala’, ‘Hantu Barang Antik’ dan ‘Hantu Jari’.

Seramai lebih 27 selebriti popular tanah air terlibat untuk menjayakan drama ini. Antaranya termasuklah Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi dan Amerul Affendi.

Turut sama dalam siri Malaysian Ghost Stories adalah Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot dan ramai lagi.Malaysian Ghost Stories ditayangkan pada setiap hari isnin hingga Khamis pukul 11 malam di saluran Astro Ria (124) dan Ria HD (104).Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand. Sumber : Gempak

Lepas Pdrm bersuara kali ni anak anak pula tampil buka mulut bongkarkan kedaan sebenar ayah mereka.

Pukau merupakan salah satu amalan ilmu sihir yang digunakan seseorang untuk memukau sasaran supaya tertidur, kaku hingga membuatkan sasaran menuruti sahaja kemahuan si pemukau.

Meskipun ‘pukau’ bukanlah sesuatu perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, namun masih ramai lagi yang kurang peka mengenai perkara tersebut. Terbaru, seorang wanita menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi pengalaman jiran di hadapan rumahnya dipercayai hampir dipukau oleh seseorang yang tidak dikenali.

Dakwa wanita ini lagi, apabila warga emas terbabit menyedari tindakannya itu diperhatikan, dia terus beredar dari situ dan menuju ke belakang rumah. Lebih menimbulkan tanda tanya adalah bagaimana individu terbabit boleh masuk ke dalam kawasan rumah sedangkan kawasan perumahan itu menggunakan pagar automatik.

Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain.

Dan dah banyak hari kawasan rumah kami asyik jadi blackout tiba-tiba. Alarm akan bunyi tiba-tiba jam 4 5 pagi. Pagi tadi pun jadi lagi. Husband dah banyak kali dengar bunyi orang kuis-kuis batu kerikil tepi rumah.

POLIS KELUAR KENYATAAN TENTANG SIAPA PAKCIK TUA ITU

Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut tidak berpakian di hadapan pasukan polis.

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian. “Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya. “Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya. Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.

Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar. Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.

Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari.

Anak Pakcik Tua Tampil Beri Komen.Selepas tular tentang pakcik tua misteri di media sosial. Perkara tersebut sampai ke anak anak pakcik itu. Salah seorang anak pakcik tersebut telah tinggalkan komen dan memohon agar posting tentang ayah dia diturunkan.

Salah seorang anak pakcik ini turut telah membuat laporan polis tentang apa yang terjadi kepada ayah mereka. Sehingga artikel ini ditulis, posting viral tentang pakcik misteri itu masih belum lagi diturunkan/dipadam. Kami harap semua dapat diselesaikan secara aman.

Rujukan : Oh Bulan / HMETRO

Olahan: AwatttSyeikhh Network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *