Iqbal dah anggap usia tidak menghalangnya untuk halalkan hubungan dengan DSV. Tapi ada pula perkara yang libatkan Cik B.

Meskipun timbul cakap-cakap belakang mengenai kisah jalinan hubungannya dengan Vida, bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik itu, Ahmad Iqbal Zulkefli (Iqbal) tidak melihat perasaan yang timbul seperti bertepuk sebelah tangan.

Secara peribadi, Iqbal berkata, dia juga tidak melihat ia sebagai penghalang biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka. Namun, kata Iqbal, dia tidak berani untuk menterjemahkan perasaan itu lebih daripada apa yang sepatutnya.

“Saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan. Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga. Masa dia berpisah pun, saya ada di sisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,” katanya.

Kata Iqbal lagi, hubungan dan perasaan itu dilihat terus terbatas apatah lagi memikirkan perasaan anak Vida, Cik B juga perlu dijaga.

“Cik B tak mahu ibunya terus terluka. Justeru, selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes. Jika ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia tidak bersemangat. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,” katanya.

Kisah hubungan antara Vida dengan Iqbal kembali hangat diperkatakan baru baru ini susulan sesi siaran langsung antara usahawan sensasi Aliff Syukri yang memetik kisah jodoh Vida dengan pemuda itu. Malah Aliff sendiri mahu Vida berkahwin saja dengan bekas pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam penulisan kreatif itu.

Iqbal, 27, sendiri turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan dan dikongsi di laman Instagramnya. Bagi Iqbal yang turut meneroka dunia niaga produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi (Iba Perfumes), kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun tersebut sebenarnya agak merumitkan.

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Sejak dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami sebenarnya antara majikan dan pekerja. Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya. Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya. Sumber : Trending Sangat

DSV bakal umumkan tarikh nikah. Sekali DSV akui dia memang ikhlas terima dan harap ini jodoh terbaik.

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin!

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Selepas beberapa hari desas desus pekara tersebut,akhirnya Dato Sri Vida bakal mengumumkan tarikh nikah beliau tidak lama lagi. Perkongsian tersebut telah dibuat melalui laman IG beliau pada semalam.

DIA MEMANG IKHLAS TERIMA SAYA..HARAP INI JODOH YANG TERBAIK..

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTHcx75K6HF/?utm_source=ig_embed&ig_rid=af5862b7-e8fb-4675-bfdb-4501362e4bd9

JODOH DAH SAMPAI..TUNGGU SAYA BAGITAHU TARIKH NIKAH YEE..

Video :

https://www.instagram.com/tv/CTHy1bwq2m3/?utm_source=ig_web_copy_link

KOMEN WARGANET:

Sumber : Instagram Dato Seri Vida@KLMENJERIT

Kini DSV akui bakal berkahwin. Tapi ada satu benda pula yang dia kena pastikan dulu sebelum buat keputusan.

Taikun kosmetik, Datuk Seri Vida memaklumkan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak mahu terhegeh-hegeh berkahwin andai tidak mampu melahirkan zuriat memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak. Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak. Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Vida bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli selepas rakan baik usahawan berkenaan, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak memuat naik video klip pendek perbualan yang mendedahkan perkara tersebut.

Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya. Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu I Am Me itu menafikan sambil tinggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: “Tak kot (tertawa).

Iqbal dalam satu kenyataan kepada portal hiburan memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian kesuburan dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya. Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree pergi buat selamanya dalam satu kebk4ran di rumah Vida di Ipoh pada 2013. Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun bercerai pada 7 April 2017. Sumber – K! ONLINE

Bagi anak kahwin dengan Dato Vida sebab harta. Ibu Iqbal teruk dikritik oleh warganet. Sekali ini respon Iqbal buat ramai yang terkedu.

Baru-baru ini kecoh apabila usahawan Datuk Seri Vida (DSV) digosipkan dengan pembantu peribadinya sendiri, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23. Rata-rata warganet berpendapat bahawa lelaki berkenaan hanya mahukan wang, bahkan ibu Iqbal turut terkena tempias apabila dia mengeluarkan kenyataan tidak halang jodoh DSV dan anaknya jika ada jodoh antara mereka.

Maznuni Che Yusof, 49 dalam kenyataannya bersama Berita Harian memberitahu bahawa hubungan anaknya dan DSV hanyalah sebagai seorang pekerja dan majikan, walau bagaimanapun dia tidak menafikan jika ada jodoh antara mereka.

“Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah. Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana,”

“Kalau DSV Orang Biasa, Makcik Nak Bagi Anak Makcik Kahwin Ke..Sebab Harta Kan?”, Warganet kritik Ibu Iqbal, Dakwa Mahu Harta DSV!

Iqbal ketika ditemubual turut menafikan dakwaan bahawa dia ingin mengambil kesempatan terhadap penyanyi ‘I Am Me’ itu. “Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan hartanya kerana akhirnya kita mati jua.

Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menafikan. Tidak pula cepat membuat keputusan. Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutamanya untuk kebahagiaan dia.

Pihak keluarganya tidak menggalakkan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana-mana lelaki pun disebabkan serik tiga kali perpisahan,”

Rata-rata warganet berpendapat bahawa wanita berkenaan bersetuju bermenantukan DSV hanya mahukan wang, walau bagaimanapun ada juga yang menyokong Maznuni dengan menyatakan bahawa wanita berkenaan tidak bersalah. Sumber:kisah dunia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *