Disebabkan nama tidak dilantik dalam kabinet. Kini Tok Mat dedah ada pihak yang cuba nak jatuhkan karier politiknya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya. Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah. Itu namanya politik. Mereka hendah bunvh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu, Ketuanya. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka. Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad. Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Rata-rata warganet menasihati Tok Mat supaya lebih bermuhasabah diri dan mencontoh kepimpinan KJ dalam UMNO.

“Ini satu kenyataan yg tak perlu dikeluarkan kerana jelas menunjukkan kekecewaan akibat tidak dilantik dlm kabinet baru. Tok Mat tak perlu salahkan orang lain sebaliknya perlu tengok diri sendiri. Tok Mat perlu dilihat sebagai pemimpin nasional / bukan kenegerian yg berani menonjolkan buah fikiran agak garang. Biarlah sekali-sekala menongkah arus. Anda perlu sesuaikan dg jawatan timbalan presiden.Anda perlu sebaik mungkin boleh mengawal mkt Umno juga.Saya fikir KJ ada sifat ini dan lebih bersifat pemimpin nasional”

Terdahulu Tok Mat telah menyertai beberapa pemimpin Umno yang di ketuai oleh Zahid untuk tarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin sehingga menyebabkan kerajaan tumbang. UMNO secara rasmi menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diumumkan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media secara maya, petang Selasa. Ahmad Zahid berkata, Umno memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media, petang Selasa. Sumber : Trending Sangat

Ismail Sabri lahir perkongsian penghargaan buat isterinya. Sekali Ismail Sabri dedah sesuatu soal isterinya buat ramai terharu.

DATIN Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
Walau tidak selalu menemani Datuk Seri Ismail Sabri, namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.

Ismail Sabri Lahir Penghargaan Buat Isteri

“Isteri saya orang yg sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dgn dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga. Nani adalah seorang yg sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama.”

Raut Wajah Lembut & Low Profile, DATIN SRI MUHAINI Isteri Tercinta DS ISMAIL SABRI!

Datin Sri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Sri Muhaini di depan khalayak. Walau tidak selalu menemani Dato’ Sri Ismail Sabri namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.

Ini dibuktikan melalui perkongsian gambar di media sosial milik Dato’ Sri Ismail Sabri dan anak-anak mereka sendiri. Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Sri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.

Ada sahaja sesuatu sambutan, tidak kira ketika Hari Raya, Hari Bapa mahupun ulang tahun kelahiran.. pasti sekeluarga ini akan berkumpul. Semalam, wajah Datin Sri Muhaini menarik perhatian apabila foto terkini yang dikongsikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi viral di media sosial. Memuat naik gambar bersama isteri tercinta beserta kapsyen, “Baru nak breakfast berdua… Si Oyen ni nak join jugak,” entri terbaharu itu nyata mencuit tumpuan ramai.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan followers Dato’ Sri Ismail Sabri mengagumi keakraban suami isteri berkenaan dan tidak kurang juga yang mendoakan agar Ahli Parlimen Bera ini dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9. Wah, ramai yang nak bapa penyanyi Dafi ini jadi pengganti Tan Sri Muhyiddin!

Mengimbas perkahwinan Dato’ Sri Ismail Sabri, beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Muhaini pada tahun 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak; seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

Anak sulung, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie. Manakala Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi pula ialah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF). Di samping anak sulung, Datin Nina Sabrina.

Dato’ Sri Ismail Sabri yang dilahirkan pada 18 Januari 1960 dan kini berusia 61 tahun. Beliau memulakan karier sebagai peguam sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1987. Sepanjang lebih 30 tahun berada dalam arena politik tanah air, Dato’ Sri Ismail Sabri pernah menyandang beberapa jawatan Menteri Kabinet antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Menteri Pertahanan.

Pada 7 Julai lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri namun melepaskan jawatan tersebut pada 16 Ogos 2021 selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8. Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *