29 hari berdepan dengan situasi Covd19. Sekali bila dah stabil ini pula yang Fazli Zainal rasa.

Selepas 29 hari dirawat di Hospital Ampang akibat jangkitan Covid-19, penyanyi Fazli Zainal meluahkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang ke rumah, semalam. Katanya, pengalaman berdepan v1rus menakutkan sepanjang tempoh itu dengan akhirnya sembuh semula umpama diberikan peluang kedua untuk berbakti.

“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan keluar dari wad hari ini (semalam) selepas 29 hari berada di hospital. Allah bagi saya peluang dan nyawa kedua untuk teruskan hidup, berbakti dan sebarkan kebaikan,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Harapan itu dimasukkan ke hospital pada 31 Julai selepas tahap oksigen dalam badannya menurun setelah seminggu dijangkiti C0v1d19. Ketika itu ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati kira-kira 75 peratus paru-parunya dalam keadaan kurang memuaskan.

Fazli, 44, kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi bagi meningkatkan kembali tahap oksigen dalam tubuh badannya. Dia sebelum ini mengatakan belum berkesempatan mengambil suntikan dos pertama vksin yang sepatutnya pada 23 Julai apabila dijangkiti C0v1d19 sebelum tarikh itu. Pada masa sama, Fazli turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyuntik semangat buatnya mengharungi keadaan sukar tersebut.

“Terima kasih banyak semua yang membantu dari segi mental dan fizikal sama ada secara terus atau tidak. Hanya Allah yang boleh membalas budi baik anda. Selesai fasa kritk4l, sekarang saya perlu lalui fasa penyembuhan yang lebih kurang mencabar. Saya perlukan semangat daripada kalian, terus doakan saya,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Fazli pernah muncul dengan single berjudul Mantan Yang Terluka ciptaan Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, selain berduet dengan Bob Yusof menerusi lagu Kurnia pada 2017. Sumber – K! ONLINE

Lama menyepi terkejut bia tiba tiba Jue Aziz disahkan positif covid 19. Sampai macam ni sekali jadi pada Jue Aziz.

Virus Covid 19 tidak mengenal sesiapa. Terkini pelakon Jue Aziz menjadi sasaran terbaharu selepas mengesahkan dirinya positif wabak tersebut. Sedikit info Zuliana Jue Abdul Aziz lahir 18 Februari 1983 merupakan seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.

Beliau mulai dikenali melalui satu program realiti. Jue menyertai program realiti itu secara tidak disengajakan ketika menemani kakak iparnya. Bagaimanapun beliau telah terpilih untuk menyertai program realiti dan seterusnya berjaya menjadi finalis.

Jue memiliki pengalaman berlakon teater sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, berdasarkan dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan rapat ketika itu.

Mohon Doakan

Jue berkongsi khabar duka tersebut menerusi hantaran terbaharu dalam laman Instagramnya sebentar tadi. “Salam kesayangan saya semua. Tolong doakan kesihatan Jue. Jue positif C0vid 19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, selesama, hilang deria rasa.

“Nak makan dan buang air kecil selalu rasa ngilu. Yang paling tak tahan menggigil sejuk badan sampai ke tulang dan macam demam sakit urat,” tulisnya. Pada hantaran sama, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 38, turut memohon maaf sekiranya dia ada berbuat salah mahupun secara sengaja atau tidak.

“Jue ingin memohon maaf sekiranya Jue ada buat salah sama ada sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa-doa kalian,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut berdoa pelakon filem H.antu Bonceng itu agar diberikan kesembuhan.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Sweet Qismina, Aprena Manrose dan Man Kidal juga pernah disahkan positif C0vid 19. Hari ini Malaysia mencatatkan 21,688 k.es dengan 318 pemergian kes baharu Covid 19. Kredit : KM

Kini keluarga Achey pula positif Covd 19. Ini keadaan terkini ibu Achey.

Pelawak Achey memberitahu ibunya, Ngaisah Hassan, 73, kini masih menerima rawatan sebagai pesakit COV1D-19 tahap tiga di Hospital Segamat, Johor. Bagaimanapun, ibunya terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit COV1D-19 tahap empat memandangkan perlu mendapatkan pemantauan rapi.

“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit. Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi. Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” katanya.

Jelas Achey, keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan. “Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak. Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital. Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif COVID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin. Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” tambah Achey.

Kata Achey lagi, kejadian yang menimpanya pada Julai lalu ada hikmah apabila kini dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya menjadi jurugegas menghantarkan barang keperluan di hospital dan rumah keluarganya di Labis.

“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit. Bila semua kena (COVID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan. Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng.

“Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu. Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif. Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya. Menerusi kemaskini di Instagram, keluarga Achey mula dimasukkan ke hospital di Johor sejak minggu lalu akibat dijangkiti COVID-19. Sumber : Gempak

Kali ni Achey diuji keluarga termasuk ibu Achey disahkan positif covid19. Terkedu ini keadaan terkini Ibu Achey.

Pelawak, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey berkongsi khabar duka apabila ahli keluarga termasuk ibunya, Ngaisah Hassan telah disahkan positif covid19. Meski berat untuk menerima dugaan ini, namun pelawak berusia 35 tahun yang kini muncul menerusi single Yang Terindah ini tetap kuat dan tabah mengharungi ujian.

Dia pada masa sama turut memohon semua untuk menitipkan doa buat ahli keluarganya agar sembuh daripada wabak penyakit tersebut. “Bismillah… Satu persatu datang, tk sempat aku usahakan vaksin untuk korang. Tapi takpa aku tau ALLAH sayang.

“Kuat atau tidak kita usaha habis habisan, erti #Iwan yang sebenar. Doakan mereka, kami dan kita kuat,” tulisnya di Instagram. Bintang kelahiran Segamat, Johor ini sempat menasihati semua moga sentiasa menjaga diri.

“Korang semua jaga diri tau, time to redha and fght… #covid l9 #covidisreal,” tulisnya lagi. Sementara itu menerusi satu posting yang dikemas kini, Achey turut berkongsi rakaman yang dilakukan secara panggilan video bersama ibu tersayang.

Terdahulu beberapa minggu lalu, Achey mengalami kelukaan selepas motorsikal yang ditunggangnya hilang kawalan sewaktu ingin mengutip buah durian. Sumber: mediahiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *