Ramai yang menanti kepulangan Caprice ke tanah air. Sekali tiba tiba dia update sedang berada di hospital gara gara ini.

Aktivis kemanusiaan yang juga penyanyi rap, Caprice dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan dipercayai di Mesir gara-gara demam dan mendapat serng4n ‘p4nic’ selepas menerima suntikan dos kedua vksin. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli berkongsi sebuah video pendek menunjukkan dirinya sedang mendapatkan bantuan oksigen di sebuah hospital.

“Svntikan dos kedua lain macam. Insha-Allah selepas sehari saya akan bangkit,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik dalam ruangan InstaStorynya pula, Caprice memberitahu dia dis3r4ng ‘p4nic 4ttck’ ketika berada di hospital sehingga memerlukan masa sehingga 45 minit untuk dirinya bertenang sebelum dr4hnya diambil oleh jururawat.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Wat Lek Wat Peace itu turut memberitahu kesan daripada svntikan dos kedua vksin yang diterimanya semalam membuatkan dia sentiasa lapar.

“Mungkin kesan sampingan svntikan vksin membuatkan saya sentiasa lapar,” ujarnya. Ujarnya lagi, dia perlu sembuh dengan segera kerana dia mempunyai misi yang perlu dilaksanakan pada hari ini. Terdahulu, Caprice yang kini sedang menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke Gz4, Plst1n sejak pertengahan Jun lalu mendedahkan bahawa dia mempunyai rasa takut dan fobia yang teruk terhadap j4rum dan akan mengambil masa yang lama untuk disuntik. Sumber – K! ONLINE

Kecoh tentang Muhyiddin Yassin nak letak jawatan. Tiba tiba Caprice bersuara pilih Hishammuddin Hussein sebagai Pm Malaysia yang baru.

Penyanyi rap Caprice menyatakan sokongannya kepada Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai ahli politik yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi laman sosial Instagram, Caprice lantang menyuarakan sokongannya itu untuk tatapan umum. Menurut pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini, 33, selain Hishammudin, dia turut menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon terbalik untuk menggalas tanggungjawab itu.

“Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, its not about apa yang kita pilih. Ini hanya berdasarkan ramalan saya. Based on the world agenda, yang paling sesuai for the world agenda adalah Datuk Seri Hishammuddin atau Anwar Ibrahim.

“Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ni, dan kalau kita lihat akaun media sosial Datuk Seri Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri.

“Jadi berdasarkan siapa dia jumpa, berdasarkan world agenda, berdasarkan akaun media sosial, dua tokoh itu memenuhi kriteria world agenda. Tapi kalau kita nak keluar daripada world agenda, siapa lagi senior yang boleh lead Malaysia, someone like Ku Li atau Anwar Ibrahim dan juga Datuk Seri Hishammuddin,” kata Caprice di ruangan IG stories miliknya.

Semalam media memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof, mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pada Isnin.

Caprice yang kini berada di Mesir meneruskan perjuangannya ke Plstin secara solo selepas pasukannya sudah pulang ke Malaysia. Pelantun lagu Xde Hal Bro itu berangkat ke Mesir pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gza.

Sumber : Gempak

Doktor luahkan mula nampak titik cahaya di hujung terowong gelap. terkejut sekali Pm Muhyiddin nak letak jawatan.

Kalau dulu, orang yang telah tiada berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak lantai.”

Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya hari ini. “Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap.

Samar-samar tapi penuh harapan,” katanya yang percaya perkembangan positif itu disebabkan peningkatan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Jelas beliau, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi) untuk pesakit Covid-19 teruk semakin berkurang.

“Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis Unit Rawatan rapi, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang,” katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga emas juga didapati menurun sejak awal Julai, manakala jumlah kemasukan pesakit warganegara menurun sejak minggu lalu.

Tambahnya, majoriti pesakit Covid-19 yang datang menerima rawatan di hospital itu sejak minggu lalu adalah dalam kalangan warga asing. Beliau turut berkongsi maklumat bahawa pesakit teruk yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan pesakit pergi menghadap illahi juga semakin berkurangan.

Katanya, walaupun jumlah pesakit kategori ringan masih ramai, mereka cuma memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja. Dr Hana yang juga ahli Medical MythBuster Malaysia berkata, masih ada kemasukan pesakit Covid-19 teruk ke Unit Rawatan Rapi dalam kalangan warganegara, namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi.

“Ada juga pesakit Covid-19 teruk dalam kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung,” katanya. Beliau berkata, empat pesakit di hospital yang telah divaksin memerlukan bantuan pernafasan hanya tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu bagi pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksin.

“Mereka (yang telah divaksin) pulih dengan X-ray dada yang bersih berbanding dengan majoriti (tidak sempat divaksin) yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah pergi menghadap illahi,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi hospital itu masih ramai hasil kemasukan pesakit sejak sebulan lepas, malah jumlah kes pemergian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.

Melihatkan kepada situasi itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak Covid-19 dengan mengambil vaksin. “Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid-19 teruk di Unit Rawatan Rapi hanya tiga orang – sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka,” katanya.

Rintihan pilu dan sayu Mila Jirin…

Penyanyi, Mila Jirin meluahkan kesedihannya dan memuat nak video menangis apabila diberitakan mengenai desas-desus perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam hantarannya di Instagram, Mila menegaskan bahawa kesedihannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan perdana menteri kepadanya. “Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau perdana menteri nak letak jawatan sebelum ini.

“Tapi mungkin … Sebab dia bantu aku. Dia bantu aku,” katanya dalam nada teresak-esak. Dalam hantaran sama, Mila juga memohon doa daripada Allah supaya memudahkan urusan rakyat Malaysia menentang Covid-19.

“Insya-Allah, aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. Insya-Allah, angkatlah Covid-19 ini jauh-jauh ya Allah. “Insya-Allah, kita bergantung harap kepada Allah. Allah ada. Minta maaf kawan-kawan. Teremosi pula,” katanya.

Video itu sehingga kini ditonton lebih 126,000 tontonan dan menerima lebih 300 komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu.

https://www.instagram.com/p/CSleQa1AAfh/

Muhyiddin tiba di Perdana Putra untuk mesyuarat kabinet

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi. Beliau dijangka akan mempengerusikan satu mesyuarat khas kabinet sekitar pukul 9 atau 10 pagi.

Petugas media yang menanti di hadapan Perdana Putra masih menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menteri-Menteri kabinet dijangka tiba pada pukul 9 pagi melalui pintu dua Perdana Putra.

Mesyuarat kabinet dijangka berlangsung selama satu jam sebelum Muhyiddin dijangka bergerak ke Istana Negara pada pukul 11 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. Muhyiddin kemudian dijangka mengumumkan satu perutusan selepas sesi menghadap.

Pembukaan sekolah berperingkat mulai 3 oktober. Ini kata kata terakhir dari Menteri Pendidikan buat ramai yang terkedu.

SEKOLAH akan dibuka semula pada 3 Oktober secara berperingkat bermula dengan pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengatakan pembukaan semula yang dijadualkan pada 1 September akan ditangguhkan.

“Pembukaan semula sekolah bulan depan hanya akan melibatkan pelajar tahun peperiksaan di Tingkatan Lima dan Enam. “Pembukaan semula, bagaimanapun, tidak akan melibatkan sekolah-sekolah di negeri Fasa Satu,” katanya dalam catatan di Facebook. – THE STAR

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *