Shuib minta nak tengok gambar di ipad Matin. Sekali apa yang dia tunjuk buat ramai yang sebak.

Menerusi entri ‘story’ Shuib, seperti biasa, Shuib akan berkongsi dengan pengikut pengikut nya dalam halaman instagram perihal aktiviti nya bersama anak anak. Menerusi perkongsian Shuib sendiri dalam ‘youtube’ nya, ramai yang memberi kata kata semangat dan berdoa kesejahteraan pada keluarganya.

Komen Warganet

“Beruntung masih ada datuk dan nenek yang sama sama membantu dan memberi kasih sayang untuk Uwais, Talita dan Matin. brblah adik beradik… sejam kemudian ok dah. Matin cute je… Moga Uwais, Talita dan Matin diberikan sepenuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh dan solehah..”

“Semoga Shuib dipermudahkan segala urusan , sentiasa sihat dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. Semoga ikatan adik beradik ni akan kekal hingga ke Jannah dan takkan pernah terputus wala apa pun yg terjadi dan berjaya dunia akhirat..”

Seperti sedia maklum, Shuib kini menjaga sepenuhnya empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru dilahirkan. Terdahulu, Shuib kongsi yang dia akan menatap anak nya yang sulong sekiranya rindu pada isteri tercinta nya.

“Perasaan rindu sangat kuat apabila Sarah tiada. Anak sulung, Uwais Alqarni banyak mewarisi Sarah. “Jika rindu, wajah Uwais yang akan ditatap untuk mengubat kerinduan,” kata Shuib. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : IG Shuib

Genap 17 hari Siti Sarah pergi menghadap illahi. Sebak ini yang terjadi pada anak anak sampai Shuib hilang kata kata.

GENAP 17 hari pemergian isteri tercinta penyanyi Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkongsi perkembangan terkini anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang kini sudah dipindahkan keluar dari inkubator.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, bayi yang kini berusia 20 hari itu mula diberikan susu badan dan akan dibuka alat bantuan pernafasan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, tiga hari lalu Ayash dah keluar dari inkubator dan dia dah mula minum susu ibu yang saya dapat daripada sepupu sendiri. “Insya-Allah dalam dua minggu lagi, doktor akan buka alat bantuan pernafasan. Insya-Allah minggu ketiga nanti Ayash akan pulang ke rumah,” ujarnya.

Shuib, 37, berkongsi perkara itu ketika sesi Instagram Live (IG Live) bersama rakannya, Abu Talib Husin dan pendakwah Mohammad Yaakub Yusra pada Khamis. Sementara itu, berkongsi perkembangan lain, Shuib berkata, dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sering bertanya tentang sarah setiap kali sebelum tidur.

“Macam Matin… dia baru berusia enam tahun, kadang-kadang apabila teringat dia akan tanya. Anak perempuan pula apabila sedih dia akan tunjuk. “Sebelum tidur, dia akan tanya ibu dekat syurga, kenapa ibu lama kat sana padahal dah janji nak berjalan sama-sama, tidur sama-sama, nak kongsi barang sama.

“Dia akan tanya kenapa ibu pergi dan tinggalkan dia. Nak tak nak kena jawab, kalau tak ada jawapan… bagi air mata saja. “Uwais dah faham… dia la menjadi penenang untuk adik-adik. Bersyukur Allah maha besar, dia ambil kesayangan bidadari saya ganti dengan anak sulung yang miripnya,” kata Shuib.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu. Dua hari sebelum itu, sarah menjalani poperasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Anak perempuan Siti Sarah, Talita sedih tak dapat luangkan masa lebih lama bersama ibunya. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Dalam pada itu, Shuib turut bercerita dia memasang niat untuk menjadikan kesemua anak-anaknya sebagai tahfiz al-Quran sebelum mereka memilih kerjaya masing-masing. Malah dia berazam untuk menghantar anak bongsunya iaitu Ayash untuk menjadi seorang tahfiz pada usia tiga tahun.

“Saya nak semua anak-anak saya bergelar tahfiz sebelum mereka bekerja nanti. Saya mahu mereka hidup berpandukan al-Quran. “Anak yang kecil saya nak dia diajar pada usia tiga tahun. Saya ni datang daripada keluarga yang daif tiada ahli keluarga yang tahfiz jadi saya mahu anak saya tahu tentang agama,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Lepas jadi teka teki warganet akhirnya Shuib dedahkan dah jumpa ibu susuan untuk Ayash Affan.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkenaan siapa individu yang layak untuk menjadi ibu susuan kepada anak keempat Shuib dan Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang kini masih berada di hospital.

Dah jumpa ibu susuan Ayash

Susulan itu, ramai yang mula memberi cadangan dan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut namun, menerusi temu bual pelakon dan pelawak itu, dia telahpun menemukan ibu susuan yang selayaknya untuk putera bongsunya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun _inaijari_ dia laman Instagram yang menyaksikan sedikit sebanyak perkongsian dan perkembangan semasa Shuib serta ahli keluarga kecilnya selepas kehilangan isteri tercinta akibat C0vldl9.

“Berkenaan dengan ibu susuan Ayash, kita dah bincang untuk cari dalam kalangan ahli keluarga juga…” “Dia adalah sepupu saya yang baru sahaja dapat baby dalam 6 bulan.”

Terdahulu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin selepas bertrng nywa menentang virus covid19 dalam keadaan tengah sarat mengandung anak keempat.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan yang berusia 7 bulan dapat diselamatkan sementara Siti Sarah pula adalah sebaliknya. Bukan sahaja tidak dapat bertemu bayinya bahkan juga tidak sempat menyusukan anak yang mereka nantikan selama 6 tahun itu. Sumber : redaksi

Tak senang duduk sebab fikir pasal ibu susuan. Sekali ada pulak warganet yang petik nama Sari Yanti untuk jadi ibu susuan untuk anak Shuib.

Shuib sendiri akui bimbang memikirkan ibu susuan buat Ayash Affan. Jelas Shuib, dia mahukan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan ibu susuan buat Ayash. Shuib mengambil kira khasiat pemakanan yang diamalkan oleh ibu susuan tersebut buat anaknya dan cuba untuk mendapatkan nasihat daripada ustaz terlebih dahulu.

Shuib juga memberitahu, rakan artis antaranya Syatilla Melvin menawarkan untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Dan akan dipertimbangkan oleh Shuib kemudian.

Ada juga sebahagian warganet mencadangkan pelakon Sari Yanti adalah ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash memandangkan Sari Yanti baru melahirkan anak bongsunya dan merupakan isteri kepada sahabat baik Shuib iaitu Jep Sepahtu.

KOMEN WARGANET:

Semoga urusan Shuib dapatkan ibu susuan buat Ayash Affan dipermudahkan dan semoga Shuib kuat membesarkan anak-anak walaupun tanpa isteri tersayang.

Sumber  :  https://bartasangbad.site/

Hampir 5 tahun simpan rahsia. Akhirnya rider kurang upaya ni terpaksa bongkarkan apa yang Siti Sarah pernah buat.

Berita sedih mengenai pemergian penyanyi, Siti Sarah ternyata dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan artis, sahabat baik mahupun para peminat. Rata-rata yang mengenali Siti Sarah secara dekat telah memuat naik posting sebak sebaik sahaja mengetahui penyanyi tersebut sudah pergi menghadap illahi.

Di Instagram mahupun facebook, individu yang pernah mengenali Siti Sarah secara dekat mula membuka mulut dan menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya selama ini.

Lima Tahun Simpan

“Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.” Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya, Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Sarah memberikan bantuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka. “Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya pada Khamis. Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kekurangan fizikal, kdung tangan kiri akibat kejadian jalan raya pada usia 20 tahun.

Mohd Hafiz yang kudung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang. “Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya

akibat jngkitan Covid 19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” luahnya. Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut. Kredit : SinarHarian

Ada pula yang pertikaikan kenapa Shuib boleh uruskan isteri sampai selesai. Sekali penjelasan dari individu ni buat ramai yang terkedu.

Pelawak popular, Shuib Sepahtu telah diberikan kesempatan untuk menguruskan isteriserta menunaikan solat buat isterinya semalam. Shuib yang dilihat berpakaian serba lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) semasa uruskan isterinya di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu Gombak dilihat telah menarik warga maya untuk memberikan pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza malah ada juga yang turut mempertikai keberadaan pelawak berkenaan di kawasan terbabit.

Sekitar di tanah urusan Siti Sarah pada Tengahari Isnin. Keberadaan Shuib menemani isterinya hingga ke lahad juga tidak terlepas dari pertikaian dan kritikan daripada warga maya yang dilihat tidak puas hati kerana diberikan peluang terakhir sebegitu.

Antara komen-komen yang kurang senang

“Mana bole macam ni orang lain tak dibenarkan” “Bukan nak mengadu tetapi rasa mcm double standard, kerana dia artis? bukan dia seorang sahaja yang kehilangan orang tersayang.” “Ramai lagi yang rasa seperti ini, ini adalah tidak adil, kita tak merasa apa yang org lain rasa,”

Itulah antara komen warga maya yang kurang senang dengan keberadaan Shuib di sana. Shuib ketika menunggu pengurusan Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Difahamkan, Shuib mendapat kebenaran untuk menguruskan isternya kerana telah memotong gelang kuarantin dan mendapat kebenaran daripada pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ekoran daripada itu, terdapat seorang individu yang bernama Mat Yoe tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang berbangkit ini. Menurutnya, sekiranya ingin menguruskan ahli keluarga yang pergi menghadap illahi kerana covid-19 adalah dibenarkan tetapi perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pegawai yang bertugas berkenaan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menguruskan covid-19 adalah bukan dalam kuarantin, tidak bergejala, bukan dari kawasan PKPD, sihat tubuh badan, tiada sakit teruk dan patuh kepada arahan pegawai bertugas.

Difahamkan juga, segala SOP boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa bergantung kawasan yang terlibat dan atas budi bicara pegawai yang bertanggung jawab bagi menguruskan kes pemergian tersebut.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *