Cantiknya Neelofa seri ibu mengandung. Ramai yang masih berteka teki tentang kehamilan Neelofa.

Selebriti dan usahawan popular tanah air, Noor Neelofa, 33, menerima banyak pujian hari ini apabila kalangan pengikut dan peminat yang mengikuti siaran langsung di Instagram dan Shopee yakin dirinya kini sedang berbadan dua.

Memuji kecantikan wanita ini, ada antara peminat juga seolah-olah dapat menghidu gerak-geri pengacara dan pelakon kesukaan mereka ini yang seakan-akan wanita hamil. Antaranya, kata mereka, menerusi bentuk perut Neelofa selain dinilai dari segi percakapannya yang sedikit mengah dan terputus nafas.

Selain itu, ada antara peminat juga terlebih awal melayangkan ucapan tahniah kepadanya selain memuji dirinya yang semakin berseri bak ibu mengandung. Tidak cuma itu, ada juga pengikut yang tinggalkan komen di ruangan Instagram Live itu dengan mengatakan pernah ternampak Neelofa menerima suntikan vaksin tempoh hari di sebuah klinik ibu mengandung.

Pun begitu, kesemua pertanyaan, ucapan dan teka-teki yang dilemparkan menerusi sesi Instagram Live tersebut tidak dijawab oleh Neelofa yang sedang fokus mempromosikan koleksi terbaru jenama tudung Naelofar bersama aplikasi jual beli Shopee.

Sesi tersebut turut menyaksikan Neelofa berinteraksi bersama pengacara Bella semasa mempromosikan koleksi-koleksi terbarunya itu.

Dalam pada itu, Neelofa pada penghujung bicara, sempat melayangkan ucapan buat semua pengikut, peminat dan rakyat sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos ini.

“Kita akan menyambut kemerdekaan dalam masa beberapa hari saja lagi. Selamat Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia di luar sana. Walaupun banyak yang kita lalui selama hampir dua tahun ini, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kita semua.

“Didoakan supaya kita semua sentiasa dilindungi dan hidup dalam keberkatan dan keharmonian dan kita diselamatkan daripada penyakit dan wabak ini,”katanya.

Desas desus mengenai keh4milan Neelofa mula bertebaran sejak awal Julai lalu di mana dia dikatakan sering secara tidak sengaja melakukan aksi memegang perut menerusi Instagramnya. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://transformasi.pw

Neelofa kongsi keluhan peribadi dan gambarkan situasinya saat ini di laman instagramnya. Sekali tak pasal pasal ianya dapat perhatian ramai pula.

Pelakon dan usahawan terkemuka, Neelofa mendapat perhatian setelah berkongsi keluhan peribadi di laman Instagramnya. Empunya nama Noor Neelofa Mohd Noor ini mengundang persoalan ramai apabila memuat naik satu petikan yang menggambarkan situasi dihadapinya saat ini.

“Anda bukan malas, tidak bermotivasi ataupun tersekat. Selepas bertahun hidup dalam mod survival, anda penat. Ada bezanya. Itu menggambarkan penatnya mental dan emosi saya ketika ini,” kongsinya. Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan pengacara sensasi ini. Namun Neelofa setakat ini belum tampil memberikan penjelasan mengenai perkongsiannya itu.

Kerap pegang perut, warganet sekali lagi dakwa Neelofa hamil

Kerap memegang dan mengusap bahagian perutnya, selebriti terkenal Neelofa sekali lagi dihujani ucapan tahniah selepas didkwa hamil. Aksi memegang perut itu kerap kali dilakukan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 32 itu dalam sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk terbaharu daripada jenama tudungnya, Naelofar.

Pemilik empayar jenama Naelofar itu dilihat kerap memegang perutnya dalam sesi siaran langsung sebentar tadi. Paling ketara, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu dilihat memegang dan mengusap perutnya berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri.

Meskipun dihujani dengan soalan dan ucapan tahniah daripada penonton siaran langsung tersebut, Neelofa tidak membalas mahupun menunjukkan sebarang reaksi terhadap pertanyaan warganet. Meninjau dalam Twitter, terdapat segelintir warganet turut mendkwa bahawa bekas pengacara Meletop itu hamil serta ternampak perubahan saiz pada bahagian perut.

“Wah! Neelofa hamil ke? Tengok siaran langsung dia asyik pegang perut dan nampak besar,” ciap seorang warganet. Tangkap layar beberapa pengguna Twitter yang mendkwa Neelofa sedang hamil. Selain itu, dkwaan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu hamil semakin kuat selepas terdapat beberapa warganet memberitahu Neelofa mula mengikuti beberapa akaun berkaitan kehamilan dalam Instagram sejak akhir-akhir ini.

“Rasanya Neelofa mengandung sebab nampak dia mula mengikuti akaun berkaitan kesihatan kehamilan @healthy.pregnancy’s dalam Instagram,” tulis seorang lagi warganet. Neelofa juga dilihat mula mengikuti akaun Instagram berkaitan kehamilan. Terdahulu, Neelofa pernah dikatakan hamil apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan ‘baby bump’ usahawan itu tular di media sosial.

Meski sering dihujani pertanyaan mengenai kehamilan , Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang penafian mengenai hal tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Sumber : Limauasamboi

Pertubuhan kasih Neelofa kerjasama dengan Hospital KPJ sama sama beri bantuan pada golongan ini. Namun ini pesan Neelofa.

Melalui Program Infaq Jumaat, Pertubuhan Kasih Neelofa kali ini telah mengadakan agihan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kurang Upaya di PPR Desa Rejang Kuala Lumpur. Penerima- penerima merupakan orang kurang upaya yang berdaftar dan merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI) yang kesemuanya merupakan penduduk PPR Desa Rejang.

Bantuan makanan asas tersebut merupakan sumbangan daripada Hospital KPJ dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang merupakan simbolik kebersamaan pihak Hospital KPJ kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik.

En Haris bin Ismail, Duta Pertubuhan Kasih Neelofa, ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil PERJATI berkata, “Orang Kurang Upaya di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa. Mereka tidak menumpukan kepada status orang kurang upaya mereka tetapi berusaha untuk mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran. Namun begitu mereka tetap terkesan dengan pandemik ini”

Dalam program agihan ini, wakil dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dijemput untuk hadir bagi memberi penerangan dan berkongsi maklumat-maklumat berkenaan fungsi PERKESO dalam membantu golongan Orang Kurang Upaya yang hilang dan memerlukan pekerjaan bagi mengetahui laluan untuk mendapatkan peluang- peluang pekerjaan.

Puan Noor Neelofa, pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dengan Pertubuhan Kasih Neelofa dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti keperluan asas dan menyediakan peluang pekerjaan.

“Saya berharap kerjasama bersama Hospital KPJ dan PERKESO ini dapat memberi manfaat dalam tempoh jangka panjang yang lebih besar kepada orang ramai.”

Pada hari yang sama, Pertubuhan Kasih Neelofa juga menjalankan agihan daging Qurban sumbangan Yayasan Pelajaran Mara di PPR Lembah Subang 2 serta lokasi-lokasi lain di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Besar Pertubuhan Kasih Neelofa, Puan Tina Noor di talian 018- 3535558. Sumber : Oh My Media

Nampak macam dah hamil. Ramai yang ucapkan tahniah lepas Neelofa muat naik gambar nampak macam mengandung.

Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai. Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak beriisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua. Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bvmp’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri. “Baby bvmp. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregnant (mengandung),” celah seorang lagi pengikut. Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamiil.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisii tu,” tulis seorang pengikut. Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamiil telah hAngat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang daripada pengesahan dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya. Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan svcinya bersama pengacara Next To Neelofa itu. Sumber : KOSMO ONLINE

Lama menyepi ingatkan dah selesai kes Neelofa. Rupanya ini punca kes perbicaraan Neelofa dan suami ditunda.

Pengurusan membabitkan kes selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau sinonim digelar PU Riz yang didakwa tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), ditunda kepada 15 Julai ini, lapor Harian Metro pada Jumaat.

Peguam M Haresh yang mewakili pasangan terbabit berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 23 Jun ini tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Pihak mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya dihubungi hari ini.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di pusat perniagaan Nilai 3 dekat sini, 2 Mei lalu. Mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau ditahan hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. Noor Neelofa, 32, pula ditvduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh yang sama. Sumber : Harian Metro

Baru semalam Neelofa sumbangkan katil dekat Hospital Melaka yang berharga hampir Rm100k sekali warganet perasan benda ni pulak.

Tanpa niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah perkara kebaikan. Jika diperhatikan secara terperinci, setiap ibadat dalam Islam akan disertai dengan kewajipan memasang niat. Antaranya, ia terangkum dalam rukun solat, selain prasyarat supaya ibadat puasa diterima Allah SWT hatta turut dituntut ketika menunaikan zakat.

Ia dapat dikaitkan hikmah amalan memasang azam setiap kali tiba tahun baharu termasuk mengajak manusia supaya sentiasa berpegang kepada niat. Usahawan serta selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa dikatakan telah memberi sumbangan sebanyak 15 katil elektronik bagi kegunaan pesakit C0VID-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital Melaka.

Neelofa sumbang 15 katil

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir di akaun TikToknya, petugas barisan hadapan berkenaan memaklumkan bahawa Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit-pesakit C0VID-19.

Di dalam video berkenaan, doktor itu turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Neelofa atas sumbangan katil yang sangat diperlvk4n pada ketika ini.

Bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital Melaka dan juga rakyat negeri melaka, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit C0VID-19.

Sticker Sumbangan Neelofa

Dalam pada itu, terdapat segelintir dari warganet yang mempersoalkan tanda nama Neelofa di katil berkenaan “Berkenaan Sticker Sumbangan Neelofa tu ada yg cakap itu Pihak hospital yang buat..Tolong jangan berfikiran negatif..”

‘Terima kasih Neelofa di atas sumbangan’. ‘Nampak tak Neelofa sedekah diam-diam je’ Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan berterima kasih kepada Neelofa kerana telah menyumbangkan katil berkenaan kepada pihak hospital. Malah ada juga di antara mereka yang memuji tindakan Neelofa yang bersedekah secara diam-diam.

Sumber : TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *