Wanita ini kongsikan perjalanan suami lepaskan madu. Tak boleh berdiam sekali bekas madu tampil dedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Baru-baru ini di laman Facebook, kecoh apabila satu perkongsian mengenai seorang isteri yang pernah masuk meminang untuk suaminya kini menemani suaminya untuk berpisah pula.

Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan menemani suaminya menuju ke mahkamah bagi menjalankan urusan mahkamah. Bagaimanapun tindakannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan warganet kerana seolah-olah meraikan berita tentang perpisahan tersebut.

Beberapa individu turut menyingkap kembali kisah wanita berkenaan namun wanita tersebut sehingga kini dilihat tidak menjawab sebarang komen yang ditinggalkan. Untuk pengetahuan anda, kisah mengenai pasangan ini satu ketika dahulu pernah viral kerana isteri sendiri yang pergi meminang untuk suami.

Namun apakan daya, jodoh ketentuan bukan kita yang aturkan. Sementara itu, bekas isteri lelaki berkenaan turut memuatnaik status terkini mengenai hubungan mereka. Melalui kenyataan dengan akaun Facebook Ain Soleh itu,

dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan selain memohon agar ‘pihak sana’ tidak memuatnaik gambar perkahwinan bersama bekas suaminya sebelum ini. Melalui kenyataan Ain, dia dan bekas suami sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung seterusnya membuatkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Tambahnya lagi, dia berlapang dada dengan perkara yang terjadi dan tidak menyimpan dendam pada sesiapa. Ternyata pelbagai reaksi yang diterima di ruangan komen malah ada yang merasakan kisah keruntuhan rumah tangga sebegini tidak sepatutnya dikongsikan di laman sosial.

Apa pun, biarlah hanya pemilik badan sebenar yang menyimpan kisah peribadi dan punca perpisahan mereka. Semoga perkara ini juga menjadi iktibar buat semua.

Sumber: GulaPop

Kali ni teman suami pergi berpisah pula. Terkejut bila bekas madu tampil bongkarkan kisah sebenar.

Tahun lepas, tular seorang wanita yang dengan senang hati membantu suaminya menguruskan majlis pernikahan dengan seorang wanita lain. Hal tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial kerana wanita berkenaan seakan begitu bahagia menyambut kehadiran orang baru dalam rumah tangganya bersama suami setelah 6 tahun berkahwin.

Teman suami berpisah dengan madu. Walau bagaimanapun, menerusi laman sosial wanita yang dikenali sebagai Syiela Rashid itu memaklumkan yang suami dan madunya telah berpisah. Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu menemani suaminya bercerai dengan isteri keduanya.

Hanya mahu berfikir positif. Walau bagaimanapun, Syiela Rashid menulis luahan di status Facebook seakan memberi bayangan yang dia menerima ini semua secara positif dan tetap bersama suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

Maklumkan sudah berpisah dengan isteri kedua. Suami kepada pengguna Facebook itu juga mengakui bahawa sudah melepaskan isteri keduanya di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap pada Selasa 24 Ogos 2021.

Perkongsian pasangan suami isteri itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Mana tidaknya, perkahwinan lelaki tersebut pernah tular sebelum ini kerana ‘madunya’ telah dipinang sendiri isteri pertama dan majlis pernikahan turut diuruskan oleh wanita itu.

Namun, perkahwinan dengan isteri kedua tidak panjang dan lelaki tersebut telah ditemani isteri pertama ketika mahu berpisah dengan isteri kedua. Dalam pada itu warganet meberitahu yang Syiela juga sebnarnya isteri ke dua selepas suaminya melepaskan isteri yang pertama dahulu

Bekas madu yang telah dilepaskan, Ain Soleh telah memuat naik satu status menjelaskan yang beliau telah pun berpisah dengan suami. “ALHAMDULILLAH, HARINI 24/08/2021 HARI DAN PENANTIAN SAYA SELAMA 2 BULAN TIDAK SEBUMBUNG DENGAN INI SAYA NURUL AIN BINTI MD SOLEH SUDAH SAH BERPISAH/BERCERAI DENGAN BEKAS SUAMI KHUBAIB BIN RAMLI.

“Tujuan saya memberitahu kerana saya takmau apa2 ftnh timbul selepas ini masih membabitkan nama baik kami. Saya sudah berlapang dada dengan keputusan yang telah saya putuskan. Saya mengharapkan pihak sana tidak lagi mengekpost gmbar2 bersama atau gmbar kahwin yang lepas.

“Sekali lagi saya memohon maaf dan memaafkan segala perbuatan dan kelakuan yang saya hadapi selama tempoh perkahwinan dan kehidupan berpoligami. “SEMOGA AIN SOLEH TERUS MENJADI INSAN YANG TABAH UNTUK MENJALANI SETIAP HARI HARI YANG BARU. ain soleh memang tak simpan dendam dekat sesiapa.”

Sebelum ini Tular satu kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita, semalam. Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernikahan suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.

Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan perkahwinan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menempuhi perkara tersebut. Lebih menarik perhatian apabila dia turut membantu persiapan majlis pernikahan serta persandingan selain tampil sedondon bersama pasangan pengantin.

Perlu Buat Swab Test 72 Jam Sebelum Akad Nikah. Wanita Ni Kongsikan Proseder Terkini Nikah Di Selangor Masa Pkp.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Urusan pernikahan sewaktu pandemik Covid-19 kini berbeza seperti dahulu. Justeru, penting untuk setiap bakal pengantin tahu bagaimana prosedur-prosedur baharu yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Baru-baru ini, pengguna Twitter Maryam Fatimah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, berkongsi mengenai prosedur dan kaedah pernikahan yang dijalankan di Selangor. Jom kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat!

Penting Untuk Bakal Pengantin, Ini Prosedur Nikah Di Selangor Sewaktu PKP

Firstly, isi borang nikah di SPPIM. Link DI SINI. Senang guna SPPIM ni sebab tak perlu sediakan saksi dah. Cuma isi bahagian pihak lelaki, perempuan, maklumat kebenaran dan wali. Sorang je isikan, bukan dua-dua. Lepas dah isi semua maklumat, boleh hantar and lepas tu dia akan keluar macam ni. Tolong simpan nombor rujukan tu. Fungsi nombor rujukan ialah untuk check balik borang yang kita dah isi tu kalau ada pembetulan.

Lepas tu, boleh print dah borang & checklist. Mudah ada checklist untuk kita refer berapa salinan kita kena sediakan. Checklist tu macam ni:

Checklist 1 Borang Permohonan Berkahwin. Yang ni buat 2 salinan ye. Ada 4 pages, Bahagian A-G. Bahagian D tu details wali, so perempuan je ada details nanti. Wali boleh sign terus dari rumah. Lelaki punya kosong sebab lelaki tak perlu wali. Bahagian F biarkan kosong. Time hantar borang baru sign depan pegawai.

Checklist 2 & 3 tu photostat la IC sendiri dan pasangan 2 salinan. Checklist 4 tu kalau berkenaan, silalah sediakan. Checklist 5, itu borang HIV test. Memang sedia ada dia buat 2 copy. So bawak je time nak buat HIV test nanti. Appointment boleh buat kat Mysejahtera apps. Pilih Digital Health, Clinic appointment booking. I book thru queuemed. Make sure klinik kerajaan ye.

Time HIV test, perlu bayar RM1/sorang. Result dapat terus. Kena tunggu kejap lah kat situ. Bawak powerbank so boleh main game time tunggu. I buat kat KK Kelana Jaya, satu copy dia simpan, satu dia bagi kat you. I photostat buat 1 lagi salinan. HIV test valid 6 bulan tau. So you guys estimate la bila nak buat tu ye. 

Checklist 6. Buat 1 copy. Waktu nak hantar, bawak yang original tau. Checklist 7 (perempuan). Photostat IC wali 2 copy. I bernasib baik sebab ayah i ada di Selangor juga, jadi dia ada untuk jadi wali. Kalau yang wali jauh, perlu isi surat wakalah wali (checklist 14).

Checklist 8 (perempuan). Photostat surat perakuan nikah parents. Lagi sekali, i bernasib baik sebab parents i masih bersama and ada simpan sijil nikah lagi. Kalau yang dah berpisah, boleh sertakan 1 salinan surat perakuan berpisah. Checklist 7, 8 (lelaki) & checklist 9, 10 (perempuan). Sertakan lah borang ni kalau berkenaan.

Checklist 9 (lelaki) & 11 (perempuan). Since saya dan pasangan dua-dua alamat IC bukan di Selangor, kami perlu isi borang mastautin. Borang mastautin perlu pengesahan dari nazir kariah masjid/Penghulu mukim. Cari la masjid berdekatan and minta diorang sahkan.

Macam i, i Google je number orang masjid tapi dia bagi i number Penghulu mukim, jadi i contact dia dan set time untuk minta pengesahan. Kalau ada yang dari daerah petaling, boleh dm i untuk number Penghulu daerah Petaling. Checklist 10 (lelaki) & checklist 12, 13 (perempuan). Yang ni pun sediakanlah kalau berkenaan. Alhamdulillah i dah cukup umur hehe.

Checklist 11 (lelaki) & checklist 16 (perempuan). I memang ada standby gambar passport, so i bagi je yang background biru. Diorang terima saja. Checklist 14 (perempuan). Borang wakalah wali, perlu diisi untuk perempuan yang wali tak boleh hadir. Wali boleh sign siap-siap dari rumah. Bahagian saksi kosongkan. Saksi ialah orang dari PAID sendiri.

Appointment dengan Pejabat Agama Islam Daerah

Okay. So dah settle borang. Ini yang tricky part, nak dapatkan appointment dengan PAID. For now, appointment bulan 8 & 9 memang dah penuh. Jadi i would suggest korang follow @IamAjak and on notification sebab dia selalu update bila sistem dibuka. Link DI SINI

Alhamdulillah rezeki i haritu, dapat tarikh 11/8 untuk hantar borang. Kebetulan i dengan suami dari daerah yang sama, so buat 1 appointment je untuk hantar borang and pergi sekali. Yang daerah lain, hantar borang lelaki dulu lepas tu baru submit borang perempuan ye. Buat 2 appt.

Time hantar borang tu baru boleh check available date untuk nikah. So far, Selangor boleh nikah di pejabat agama saja. Bila dah dapat tarikh, swab test buat 72 jam sebelum tarikh nikah. I buat PCR dekat BP lab, guna promo code ‘Takaful’ dapat discount RM90.

Waktu hari akad nikah, make sure datang on time. Sebab i buat google meet, kita boleh setup tripod dulu. Tripod memang diorang dah standby kat dalam bilik nikah so senang lah. Tapi ni untuk daerah Petaling lah ye. Saksi pegawai PAID pun baik tolong adjust kan video.

Jangan lupa sediakan upah jurunikah dan saksi. Untuk daerah Petaling, total RM230. RM190 satu sampul surat – jurunikah. RM20 – buat 2 sampul surat untuk 2 saksi (RM40). Bawa sekali duit mas kahwin dan cincin/pemberian kalau ada. Sesi akad nikah dalam 30 minit je.

Takde pun soal jawab tanya rukun islam, rukun iman ke. Dia just briefing tanggungjawab suami & isteri, then terus akad nikah. Jangan lupa bawa IC ye. Tisu pun kalau you jenis kuat nangis (like me). Jadi, kalau nak dapat apa-apa info, rajin-rajin lah check tweet @IamAjak or join group ni kat Facebook: Pengantin PKP Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Twitter Maryam Fatimah

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *