Baru je lepas 20 hari Ayash Affan di Hospital. Sekali Shuib dedahkan keadaan terkini anaknya di hospital.

Hasrat pelawak dan pelakon popular, Shuib untuk melawat bayinya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) buat pertama kali sebelum ini tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan berbuat demikian.

Shuib dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang berlangsung secara virtual sebelum ini berkata, dia dihubungi oleh Pengarah HCTM pagi semalam memaklumkan perkara itu.

“Sepatutnya saya dapat berjumpa, namun beliau menjelaskan sudah berbincang dengan doktor dan mendapati keadaan di situ berisiko tinggi kerana C0vid 19. Jadi dia kata untuk lebih selamat, dia cuba tunda lagi perjumpaan ini. Namun, beliau akan cuba dapatkan gambar dan video kerana anak-anak saya, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, hari-hari bertanya mengenai adik mereka. Saya lagilah nak sangat tengok. Apapun saya bersyukur keadaan Ayash Affan stabil. Mereka sudah melakukan dua ujian swab terhadapnya dan keputusannya negatif. Doakan yang terakhir juga (kali ketiga) akan negatif, Insya-Allah,” katanya.

Ditanya berapa lama bayi itu akan berada di hospital, Shuib berkata, semuanya bergantung dengan perkembangan kesihatan Ayash. Menurut Shuib, berat Ayash 1.8 kilogram dan dalam tempoh sebulan dia boleh pulang ke rumah. Saya juga berharap sekurang-kurang dapat gambar dan video anak saya esok (hari ini).

Pengarah HCTM berkata, dia akan cuba sebaik mungkin. Cuma, buat masa sekarang tidak sesuai untuk mereka mengambil gambar Ayash. Mereka bimbang saya akan sedih melihat keadaannya.

Ayash Affan sudah dikeluarkan dari inkvbator

Anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lalu. Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.

“Alhamdulillah, baby dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib). Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.

Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.

“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.

Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri). Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi buat selamanya akibat C0vid 19 di Unit Rawatan Rapi HCTM.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash. Sumber : Online Malaya

Lepas jadi teka teki warganet akhirnya Shuib dedahkan dah jumpa ibu susuan untuk Ayash Affan.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkenaan siapa individu yang layak untuk menjadi ibu susuan kepada anak keempat Shuib dan Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang kini masih berada di hospital.

Dah jumpa ibu susuan Ayash

Susulan itu, ramai yang mula memberi cadangan dan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut namun, menerusi temu bual pelakon dan pelawak itu, dia telahpun menemukan ibu susuan yang selayaknya untuk putera bongsunya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun _inaijari_ dia laman Instagram yang menyaksikan sedikit sebanyak perkongsian dan perkembangan semasa Shuib serta ahli keluarga kecilnya selepas kehilangan isteri tercinta akibat C0vldl9.

“Berkenaan dengan ibu susuan Ayash, kita dah bincang untuk cari dalam kalangan ahli keluarga juga…” “Dia adalah sepupu saya yang baru sahaja dapat baby dalam 6 bulan.”

Terdahulu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin selepas bertrng nywa menentang virus covid19 dalam keadaan tengah sarat mengandung anak keempat.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan yang berusia 7 bulan dapat diselamatkan sementara Siti Sarah pula adalah sebaliknya. Bukan sahaja tidak dapat bertemu bayinya bahkan juga tidak sempat menyusukan anak yang mereka nantikan selama 6 tahun itu. Sumber : redaksi

Tak senang duduk sebab fikir pasal ibu susuan. Sekali ada pulak warganet yang petik nama Sari Yanti untuk jadi ibu susuan untuk anak Shuib.

Shuib sendiri akui bimbang memikirkan ibu susuan buat Ayash Affan. Jelas Shuib, dia mahukan yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan ibu susuan buat Ayash. Shuib mengambil kira khasiat pemakanan yang diamalkan oleh ibu susuan tersebut buat anaknya dan cuba untuk mendapatkan nasihat daripada ustaz terlebih dahulu.

Shuib juga memberitahu, rakan artis antaranya Syatilla Melvin menawarkan untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Dan akan dipertimbangkan oleh Shuib kemudian.

Ada juga sebahagian warganet mencadangkan pelakon Sari Yanti adalah ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash memandangkan Sari Yanti baru melahirkan anak bongsunya dan merupakan isteri kepada sahabat baik Shuib iaitu Jep Sepahtu.

KOMEN WARGANET:

Semoga urusan Shuib dapatkan ibu susuan buat Ayash Affan dipermudahkan dan semoga Shuib kuat membesarkan anak-anak walaupun tanpa isteri tersayang.

Sumber  :  https://bartasangbad.site/

Hampir 5 tahun simpan rahsia. Akhirnya rider kurang upaya ni terpaksa bongkarkan apa yang Siti Sarah pernah buat.

Berita sedih mengenai pemergian penyanyi, Siti Sarah ternyata dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan artis, sahabat baik mahupun para peminat. Rata-rata yang mengenali Siti Sarah secara dekat telah memuat naik posting sebak sebaik sahaja mengetahui penyanyi tersebut sudah pergi menghadap illahi.

Di Instagram mahupun facebook, individu yang pernah mengenali Siti Sarah secara dekat mula membuka mulut dan menceritakan kebaikan yang pernah dilakukan olehnya selama ini.

Lima Tahun Simpan

“Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.” Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya, Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Sarah memberikan bantuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka. “Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya pada Khamis. Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kekurangan fizikal, kdung tangan kiri akibat kejadian jalan raya pada usia 20 tahun.

Mohd Hafiz yang kudung tangan kiri sejak berusia 20 tahun gigih mencari rezeki dengan khidmatnya sebagai penghantar barang. “Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya

akibat jngkitan Covid 19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” luahnya. Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut. Kredit : SinarHarian

Ada pula yang pertikaikan kenapa Shuib boleh uruskan isteri sampai selesai. Sekali penjelasan dari individu ni buat ramai yang terkedu.

Pelawak popular, Shuib Sepahtu telah diberikan kesempatan untuk menguruskan isteriserta menunaikan solat buat isterinya semalam. Shuib yang dilihat berpakaian serba lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) semasa uruskan isterinya di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu Gombak dilihat telah menarik warga maya untuk memberikan pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza malah ada juga yang turut mempertikai keberadaan pelawak berkenaan di kawasan terbabit.

Sekitar di tanah urusan Siti Sarah pada Tengahari Isnin. Keberadaan Shuib menemani isterinya hingga ke lahad juga tidak terlepas dari pertikaian dan kritikan daripada warga maya yang dilihat tidak puas hati kerana diberikan peluang terakhir sebegitu.

Antara komen-komen yang kurang senang

“Mana bole macam ni orang lain tak dibenarkan” “Bukan nak mengadu tetapi rasa mcm double standard, kerana dia artis? bukan dia seorang sahaja yang kehilangan orang tersayang.” “Ramai lagi yang rasa seperti ini, ini adalah tidak adil, kita tak merasa apa yang org lain rasa,”

Itulah antara komen warga maya yang kurang senang dengan keberadaan Shuib di sana. Shuib ketika menunggu pengurusan Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Difahamkan, Shuib mendapat kebenaran untuk menguruskan isternya kerana telah memotong gelang kuarantin dan mendapat kebenaran daripada pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ekoran daripada itu, terdapat seorang individu yang bernama Mat Yoe tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang berbangkit ini. Menurutnya, sekiranya ingin menguruskan ahli keluarga yang pergi menghadap illahi kerana covid-19 adalah dibenarkan tetapi perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pegawai yang bertugas berkenaan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menguruskan covid-19 adalah bukan dalam kuarantin, tidak bergejala, bukan dari kawasan PKPD, sihat tubuh badan, tiada sakit teruk dan patuh kepada arahan pegawai bertugas.

Difahamkan juga, segala SOP boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa bergantung kawasan yang terlibat dan atas budi bicara pegawai yang bertanggung jawab bagi menguruskan kes pemergian tersebut.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *