Semua tertanya siapa yang bakal disandang jawatan TPM. Sekali Ahmad Faizal tampil beritahu apa perasaannya jika dia tidak dilantik sebagai TPM.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak kecewa jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, sekali pun tidak dilantik ke jawatan itu, beliau tetap akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terutama dalam pembentukan barisan Kabinet.

“Saya percaya semua orang boleh nampak saya tak kecewa kalau tak dilantik (Timbalan Perdana Menteri). Saya sentiasa bersemangat untuk memberikan khidmat kepada rakyat. Sekarang saya kembali kepada kapasiti saya sebagai ADUN Chenderiang dan Ahli Parlimen Tambun, dua tanggungjawab ini cukup besar. Saya tak kecewa. Saya gembira apabila kerajaan dapat ditubuhkan dan berharap ini boleh mengeluarkan rakyat daripada kesengsaraan akibat Covid-19. Saya tetap sokong pimpinan Perdana Menteri yang akan membentuk Kabinet, saya akan beri kerjasama penuh,” katanya dalam sidang akhbar secara maya selepas Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, di sini hari ini.

Ditanya jika beliau dilantik ke jawatan menteri, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, jika ia berlaku, ia merupakan satu penghormatan buatnya. “Sudah tentunya jika dilantik menteri, ia datang bersama tanggungjawab besar terutama dalam krisis ekonomi dan kesihatan yang tidak pernah berlaku disebabkan Covid-19. Kalau dilantik menteri, saya akan beri yang terbaik. Jauh lebih penting ialah sokongan kepada perdana menteri untuk menubuhkan pasukan yang akan menyokong dasar-dasar yang akan dilaksanakan kelak,” katanya.

Mengenai pelantikan ahli Parlimen Bersatu untuk menganggotai Kabinet, Ahmad Faizal berkata, majlis pimpinan tertinggi parti telah memutuskan untuk menyerahkan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencadangkan nama-nama calon ahli parlimen dari parti itu untuk jawatan dalam kerajaan.

“Kami serahkan kepada Presiden untuk mencadangkan nama-nama ahli Parlimen Bersatu untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri. Nama-nama ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan diputuskan sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ahmad Faizal merupakan antara pimpinan Bersatu yang disebut-sebut sebagai calon Timbalan Perdana Menteri selain daripada Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Ismail Sabri dijadual menghadap Agong hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di sini, pagi ini. Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri yang bakal dilantik.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Pangkalan Tentera Udara Subang, dijangka mendarat di pangkalan Tentera Udara Kuantan, di sini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka menyambut Ismail Sabri di pangkalan tentera udara sebelum menghadap Seri Paduka.

Petugas media dan polis mula berkumpul di pintu utama istana di sini seawal jam 9 pagi tadi. Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Jumaat lalu, tumpuan terarah kepada mereka yang bakal menyertai barisan Kabinet dalam pentadbiran Ismail Sabri. Pemerhati politik berpendapat, Ismail Sabri dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan senarai nama barisan Kabinetnya disebabkan negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19. Beliau memerlukan pasukan yang mantap kerana di bahu mereka tergalas tanggungjawab besar untuk membawa keluar negara daripada pandemik, menangani masalah ekonomi serta kesejahteraan rakyat yang terjejas. Sumber : Trending Sangat

Muhyiddin Yassin bakal jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekali ini respon dari Ds Ismail Sabri buat ramai yang terkedu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob akan mengumumkan barisan Kabinet kerajaan baharu pada minggu ini. Beliau berkata, pada masa ini, beliau masih belum menyiapkan senarai penuh barisan Kabinet tersebut.

Katanya, beliau akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong selepas senarai Kabinet itu siap nanti. “Tunggu pengumuman. Senarai belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini.

Sementara itu katanya, jawatan Timbalan Perdana Menteri juga belum diputuskan lagi. Semalam Ismail Sabri menyeru semua pihak supaya bersepakat menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’. Perdana Menteri dalam ucapan awam sulungnya berkata, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif.

Pelantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob wajar dibuat dalam jumlah lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Kabinet baharu itu juga perlu diberi keutamaan kepada pemimpin yang berkelayakan dan berkebolehan.

Ini kerana, menurutnya, jumlah Kabinet semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati berlebihan dan tidak menunjukkan prestasi yang baik. “Saya harap tak berapa besarlah (jumlah Kabinet). Setiap menteri sepatutnya ada kebolehan.

“Kita dapati menteri-menteri Muhyiddin (sebelum ini) tak ada kerja apa pun, tak ada buat kerja, dapat gaji sahaja. Janganlah jadi macam itu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program #PulangKeLangkawi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di sini hari ini.

Barisan kabinet Muhyiddin mempunyai seramai 70 orang menteri di bawah 32 portfolio berbeza yang diumumkan pada 9 Mac tahun lalu, menjadikan Kabinet tersebut mempunyai jumlah menteri tertinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya.

Dalam pada itu, ada ura-ura yang mengatakan Tan Seri Muhyiddin Yassin pun boleh dilantik Sebagai TPM. dan Kini Angin bertiup kencang Calonnya ialah Dato Sri Azmin Ali. Daripada jumlah itu, sebanyak 38 orang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan tujuh kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini menjadi pilihan utama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Menurut satu sumber, faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah beliau telah berjaya mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen kepada Bersatu.

“Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga mempunyai peluang yang sama kerana beliau mempunyai imej yang bersih. “Namun kelebihan sekarang hanya kepada Mohamed Azmin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berhadapan dengan masalah dengan sayap pemuda parti tersebut iaitu Armada.

Sumber: viral news

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  :  http://trendingkini.pw/

Mungkin Pm paling pendek. Amanat terakhir Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri buat ramai yang sayu.

Putrajaya: “Saya mungkin Perdana Menteri paling pendek memegang jawatan, tetapi saya kira telah buat apa yang difikirkan perlu untuk menyelamatkan nyawa, rakyat jelata, tentukan mereka ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat.”

Itu antara amanat terakhir disampaikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perjumpaan dengan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) di pejabatnya, di sini hari ini. Dalam video berdurasi 24 minit yang dikongsikan Muhyiddin menerusi Facebook itu,

beliau berkata, walaupun menerajui kepemimpinan negara dalam tempoh paling singkat, tugas yang dipikulnya agak luar biasa kerana perlu berperang dengan pandemik COVID-19. “Dalam setahun atau lebih 17 bulan ini tugas dan tanggungjawab yang saya terpaksa pikul agak luar biasa, ia tempoh yang amat sukar dan belum pernah terjadi sebelum ini.

“Namun, kerana ia adalah satu amanah, kita cuba untuk buat yang terbaik untuk negara,” katanya. TANGKAP layar daripada video dikongsi di FB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, peletakan jawatannya bukan bermakna perjuangan untuk rakyat berakhir begitu sahaja, beliau tidak menolak kemungkinan akan kembali menerajui kepimpinan negara.

“Waktu saya ditendang (dipecat) oleh Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri ketika itu), saya tak ambil banyak masa untuk kemas pejabat, cuma ambil satu novel diberikan oleh kawan. “Saya tak ada sebarang rahsia di dalam laci, surat rahsia, tidak ada.

Sebab saya tahu saya tak patut buat perkara yang salah. Jadi inilah kehidupan, apa yang berada di atas, boleh turun ke bawah, tetapi apa yang berada di bawah, Insya-Allah akan kembali semula,” katanya sambil diiringi tepukan oleh kakitangan JPM.

Menegaskan pendiriannya, Muhyiddin berkata, beliau istiqamah untuk menolak unsur penyelewengan seperti rsh dan ambil duit rakyat.

“Soal rsh tak boleh (toleransi), sebab hukumnya haram, begitu juga orang yang merompak. Sebab itu saya tegak berdiri, istiqamah atas dasar prinsip undang-undang dan hukum. Tapi ramai juga yang lupa, kerana itu saya sanggup bercakap apa yang benar, walaupun pahit.

“Nasihat saya, perjalanan kita ini, laluan sahaja untuk sampai ke jannatun naim, jadi pertimbangan kita bukan duniawi. Sebab itu bagi saya hilang jawatan PM itu duniawi, saya tak boleh bawa ke mana pun,” katanya.

Beliau turut menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan pimpinannya gagal menangani penularan Covid-19. “Pada saya, apa yang diperkatakan orang ramai bahawa (kerajaan) tidak melakukan perkara yang sepatutnya adalah salah.

“Jemaah Menteri yang saya bentuk, kita siang malam (uruskan) Covid-19, siang malam, pagi subuh tengok data. “Lockdown tak berhenti sampai sekarang kerana kita terpaksa buat begitu. Ada pihak kata ia tidak berapa berkesan tapi ia banyak selamatkan nyawa orang ramai.

“Jadi semalam, saya putuskan untuk kali terakhir, bagi membuka lebih banyak sektor dan ia akan berterusan hingga akhir tahun, semua sektor ekonomi boleh dibuka,” katanya. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada semua pegawai yang berkhidmat serta berpesan untuk semua penjawat awam terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Lama menyepi akhirnya ini kata kata Anwar Ibrahim lepas Ismail Sabri berjaya di lamtik sebagai Perdana Menteri ke 9.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sebagai satu cabaran kepada pembangkang untuk bekerja lebih gigih menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pembangkang itu berkata, usaha tersebut supaya pembangkang dapat memenangi semula mandat rakyat yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu. “Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak Covid-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada pilihan raya mum yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri baharu. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan selepas Majlis Raja-Raja Melayu selesai mengadakan mesyuarat khas semalam.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pembangkang menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *