Anwar tampil jelaskan apa niat sebenarnya dia jumpa PM. Sekali katanya dia tak minta untuk sandang apa apa jawatan.

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jawatan dalam kabinet bukanlah apa yang dikehendaki pembangkang. Justeru, beliau berharap agar perkara itu tidak lagi menjadi isu atau diperdebatkan oleh orang ramai.

“Tidak berbangkit (jawatan ketua pembangkang dalam kabinet) dan saya pun tidak berminat. Saya tidak mahu itu dijadikan isu. Sejak awal kita kata, kita tidak datang untuk meminta jawatan,”

Ujar Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Rabu petang. Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita sama ada terdapat tawaran jawatan untuk Ketua Pembangkang dalam kabinet baharu yang bakal diumum tidak lama lagi.

Jelas Anwar lagi, apa yang paling penting dan diutamakan pada masa ini adalah soal ekonomi rakyat serta pandemik CVlD-19. Anwar yang juga Presiden PKR bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri kira-kira satu jam bermula pukul 2 petang.

“Kita tak akan persulitkan” – Anwar jamin suhu politik stabil dengan syarat selepas jumpa PM

PAKATAN Harapan sedia membantu menstabilkan suhu politik jika kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menangani isu CVlD-19 dengan baik dan memberi tumpuan terhadap program pro-rakyat. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuan dengan perdana menteri di Putrajaya pada petang Rabu merupakan satu permulaan yang baik.

“Kita dijemput oleh perdana menteri untuk mengadakan pertemuan selama lebih sejam. Kita kemukakan tentang menangani permasalahan CVlD-19 yang lebih berkesan dan program pro-rakyat yang lebih menyentuh kepada permasalahan golongan miskin dan kehilangan pekerjaan. Itu yang kami tekankan sebagai (perkara) asas,”

Kata Anwar Ibrahim kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri. Antara lain yang dibincangkan termasuklah hal ekonomi dan moratorium. Beliau juga memberi jaminan bahawa keadaan politik akan lebih terkawal jika kedua-dua perkara itu dapat diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan.

“Untuk mentent3r4mkan keadaan dan mengurangkan suhu politik, itu yang kami kemukakan sebagai keutamaan,” katanya. Mengenai undi percaya di Dewan rakyat bagi menentukan keabsahan perdana menteri, Anwar berkata pembangkang tidak akan mempersulitkannya jika apa yang dilakukan kerajaan adalah pro-rakyat.

Anwar berkata, antara lain yang dibincangkan termasuklah hal ekonomi dan moratorium yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula bercakap tentang kesan parah CVlD-19 di beberapa kawasan serta kaedah lama untuk menanganinya yang perlu diubah. SUMBER/KREDIT :satkobaviral

Anwar perlu cari lagi 6 kerusi yang menyokongnya. Sekali tak sangka rupanya calon ini yang dah mendahului lebih dari Anwar.

Parti pembangkang kekal bersatu dengan 105 anggota parlimen menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka untuk menjadi perdana menteri. Tugas bagi Anwar sekarang, adalah untuk merapatkan jurang dan memperolehi sekurang-kurangnya enam lagi sokongan anggota Parlimen untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Pelbagai sumber mengesahkan bahawa selain 88 ahli parlimen Pakatan Harapan, Anwar kini mendapat sokongan daripada Warisan, Pejuang, Parti Sarawak Bersatu, dan dua wakil rakyat Bebas. Presiden Warisan Shafie Apdal sebelum ini telah mengesahkan bahawa partinya akan menyokong Anwar setelah dia gagal mendapatkan sokongan yang sewajarnya. Ketua Wira Warisan Mohd Azis Jamman selanjutnya mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani SD bagi menyokong Anwar.

“Bola sekarang di gelanggang Anwar,” ciap Azis. Anwar akan bersaing dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang dipercayai sedang mendahului ketika ini. Selain sokongan daripada Umno dan BN, Ismail Sabri juga dijangka mendapat sokongan daripada PAS dan Bersatu.

Sebelum ini seorang anggota parlimen dari GPS berkata mereka secara prinsip telah bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri. Ini membuatkan naib presiden Umno itu cukup sokongan untuk membentuk kerajaan. Namun, tanda tanya mula timbul apabila Pengerusi GPS Abang Johari Openg mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka akan menyerahkan perkara berkenaan kepada “kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong”.

Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri. Abang Johari dan Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof kemudian mengesahkan bahawa GPS belum menyerahkan SD ke istana.

Namun, kedua-dua pemimpin GPS itu enggan mendedahkan siapa yang disokong oleh gabungan berkenaan. Semua anggota parlimen telah diarahkan untuk memaklumkan kepada Istana Negara mengenai calon pilihan perdana menteri mereka sebelum jam 4 petang hari ini. Sumber : Trending Sangat

Ismail Sabri dicalonkan jadi Perdana Menteri. Terkejut sekali benda ni yang jadi dekat laman fb Ismail Sabri.

Kuala Lumpur: Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti itu bersetuju menyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang hari ini.

Tajuddin berkata, Ismail Sabri sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu. “Umno dan BN bersama-sama dan bersetuju mencalonkan satu nama. Tentunya (calon itu mesra kepada semua parti luar BN).

“Ya, (calon itu) Ismail Sabri. Kami sudah melepasi sempadan (majoriti 111 untuk membentuk kerajaan),” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn, hari ini. Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat antara Ahli Parlimen BN bagi memutuskan calon Perdana Menteri yang perlu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia susulan notis dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta Ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bers.umpah menamakan seorang calon Perdana Menteri kepada Istana Negara, sebelum tempoh berkenaan.

Ditanya parti yang turut memberi sokongan kepada Ismail Sabri, Tajuddin berkata, ia diperoleh daripada Perikatan Nasional (PN).
“Kami mendapat sokongan daripada Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PAS,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, Ismail Sabri dipilih sebagai calon Perdana Menteri kerana beliau antara pemimpin paling kanan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau juga bekas Timbalan Perdana Menteri. Dari segi itu, beliau dilihat boleh mendapat sokongan kami semua. Kami harapkan yang terbaik,” katanya. Azalina yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengakui kerajaan baharu yang perlu dibentuk ketika ini, mesti dalam bentuk gabungan dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak kerana perlu menguruskan pandemik covid 19.

Katanya, semua Ahli Parlimen BN dalam mesyuarat malam tadi dimaklumkan calon Perdana Menteri BN akan turut disokong sejumlah parti tertentu untuk mendapat sokongan melebihi majoriti 111.

“Kita tak boleh nafikan fakta bahawa pembentukan kerajaan baharu perlu dalam bentuk gabungan. Sesiapa yang mengetuai pentadbiran negara selepas ini, perlu memberi fokus pada Covid 19. Ia memerlukan kerjasama berpasukan,” katanya.

Sarapan diganggu Oyen, Ismail Sabri dapat ucapan tahniah awal

Seakan menerima bayangan awal, itu yang dapat digambarkan berhubung karenah rakyat apabila rata-rata mereka mula mengucapkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).

Ucapan tahniah itu dibuat rakyat menerusi hantaran terbaru Ismail Sabri di Facebooknya apabila berkongsi gambar sedang bersarapan bersama isteri dan seekor kucing dipanggil ‘Oyen’. Rata-rata rakyat bukan sahaja berharap agar Ahli Parlimen Bera itu bakal memimpin kerajaan baharu, malah turut meminta supaya Ismail Sabri lebih tegas dalam menutup pintu.

Perkataan pintu dikatakan pengguna laman media sosial mungkin boleh dikaitkan dengan operasi kilang di mana sebelum ini isu berkenaan hangat diperkatakan ketika pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Reaksi Orang Ramai

Selamat maju jaya Datuk Seri, kalau betul diberi peluang jadi PM, jangan lupa beli lock pintu yang elok sikit atau tidak payah buat pintu terus,” seloroh Fariz Ibrahim. Mantap bakal PM, mantap juga Oyen, semoga dipermudahkan urusan Datuk Seri,” kata Norsolehah Shahidan.

Sekiranya diberi mandat Datuk Seri mentadbir Malaysia, saya selaku rakyat memohon agar segalanya berpandukan Al Quran dan sunnah,” doa Puan Rina Mohamad. Bakal pengganti abah, semoga semangat dan amanah sama sepertinya, jelas Puan Norhidayah Mahmud. Saya wakil dari Salor, sokong Ismail Sabri sebagai PM, semoga Allah pilih Datuk Seri. katanya.

Kredit : HM/Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Lepas je Muhyiddin Yassin berhenti jadi Perdana Menteri terkejut ini yang terjadi pada akan ig anaknya.

Ruangan akaun Instagram penyanyi anak kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dihujani dengan komen-komen apresiasi daripada peminat. Rata-ratanya melayangkan doa dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti

serta khidmat Muhyiddin sepanjang bergelar Perdana Menteri. Di kesempatan sama juga, ada yang meminta Najwa agar menghasilkan lagu khas tribut buat bapanya yang bersusah payah menjaga negara tercinta.

Peminat Minta Najwa Mahiaddin Ciptakan Lagu Untuk Abah, ‘Payung’ Ucapan Penghargaan Di Ruang Komen

“You dad is great, may Allah bless your family. “Najwa saya cuma nak cakap bestnya ada abah macam TSMY. Dia PM terbaik kami. “Sampaikan dekat abah kami, terima kasih. Abah jangan risau, saya tetap dengan abah. Kekal bertenang juga ya abah.

“Tolong sampaikan dekat abah kami sayangkan dia sangat-sangat. Jangan stress jangan down walaupun dah letak jawatan. Jasa dia kami kenang sampai ke akhir hayat. “Hi, Boleh tak cipta satu lagu untuk bapa kamu nanti,” tulis sebahagian peminatnya di Instagram.

Bagaimanapun, Najwa masih membeku dan tidak pernah membalas sebarang komen yang ditulis peminat di laman media sosialnya sejak sekian lama. Kali terakhir pun Najwa mengemaskini akaun Instagramnya pada Januari tahun ini untuk mempromosikan lagunya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah meletakkan jawatannya dan peletakan jawatan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Sumber : GEMPAK

Mula jalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara tapi boleh ke dia sign cek berjumlah 1 billion. Sekali ini jawapan dari Muhyiddin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. “Ia adalah tugas yang terhormat,

dan saya akan terus jalankan tugas sebagai Perdana Menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari semalam kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta beliau meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara, beliau terus merujuk kepada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengenai bidang tugas itu.

“Saya sudah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai kabinet sementara, Muhyiddin berkata, setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas. “It is a one man show,” katanya secara berseloroh.

Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin berkata, ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi perdana menteri). “Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambah beliau. Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *